Followers

Tuesday, March 17, 2009

20 bodyguard dan macam-macam lagi

Saya merasa geli hati melihat pemimpin-pemimpin pembangkang akhir-akhir ini. Belum mereka berkuasa lagi, mereka dah jadi mabuk, macam kaduk naik junjung.

Gobind Singh yang kononnya berjuang untuk rakyat, menyebabkan Dewan Rakyat bermesyuarat selama 40 minit untuk memutuskan samada perlu atau tidak gantung beliau selama setahun. Cuba 40 minit tu digunakan membahaskan usul-usul penting, baru lah pengundi beliau tidak "very disappointed with him."

Bapanya pula, Karpal Singh, kena dakwa di mahkamah atas tuduhan Hasutan kerana berniat menyaman Sultan Perak. Beliau didakwa di Mahkamah Session, Kuala Lumpur.

Yang paling menggelikan hati saya, Yang Dipertua Dewan Perak, V. Sivarkumar yang mengakui mempunyai bodyguard seramai 20 orang. Paling kurang katanya 4 orang dan beliau tidak berani berseorang di khalayak ramai.

Bagi saya, isunya samada beliau paranoid tahap melampau, atau mabuk kuasa atau syok sendiri tahap melampau. Mungkin beliau membayangkan beliau seorang bintang Bollywood yang kena dikawal 24/7.

Saya rasa ini merupakan sebahagian sindrom snobbisme juga. Melayu kata kaduk naik junjung, si buta dapat tongkat, beruk dapat bunga, si kudung dapat cincin etc etc. Maklumlah baru merasa nikmatnya kuasa tu.

Seperti kata A. Kadir Jasin, kita hairan siapa yang bayar 20 orang bodyguard tu. Duit rakyat ke?

Julius Caesar pun sebagai Consul Rom baru pakai 12 orang Lictor. Maknanya sifat bongkak dan sombong Sivarkumar ni lebih besar dari Diktator Rom. Itu baru jadi speaker, bayangkanlah jika mereka menjadi Perdana Menteri, Menteri Kabinet....

Minta di jauhkan Allah Subhana wa Taala.

2 comments:

Waris Pahang said...

Gobind sengaja tempah, nasib ler. Tapi kita jangan mudah lupa, yang negatif biasanya berjaya dijadikan positif oleh mereka.

Teruskan perjuangan. Sila daftarkan blog anda ke http://gerbangtemumaya.blogspot.com/

sri tri buana said...

rakyat merupakan juri yang adil, cuma pemimpin kita jgn pula leka. HIDUP MELAYU!