Minggu depan kita akan membuat pilihan siapa akan menerajui Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia. Pemuda amat penting kerana mereka adalah masa depan UMNO. Belia hari ini, kata Saidina Ali, adalah bangsa akan datang.
Memilih seorang pemimpin sayap yang penting seperti Pemuda ini amat besar tanggungjawabnya. Bukan hanya sekadar berapa wang ringgit yang kita dapat jika memilih calon itu dan calon ini, tetapi soal masa depan negara kita.
Dari pengamatan saya, orang muda yang gopoh dan tidak sabar untuk naik tidak sesuai untuk memimpin. Biasanya orang begini merupakan orang yang mementingkan glamour, kekayaan dan agenda peribadi bukan kepentingan bangsa.
Mari kita imbas semula sejarah UMNO sebelum ini. Kita telusuri kerjaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam UMNO sebelum beliau menjadi 'Robin Hood'. Beliau mengejutkan banyak pihak apabila menyertai UMNO dan bukan PAS. Sebagai pemimpin gerakan Islam(ABIM), semulajadi beliau patut memilih PAS.
Beliau memilih UMNO kerana menurutnya beliau hendak 'mencuci' UMNO dari dalam. Beberapa bulan menyertai UMNO, beliau bertanding menentang Ketua Pemuda Datuk Suhaimi dan menang dengan majoriti 10 undi. Selepas itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dalam UMNO hingga beliau dipecat dari parti pada tahun 1999.
Sepanjang beliau didalam UMNO, Datuk Seri Anwar bagaikan sensasi dengan mencipta kejutan demi kejutan.
Beliau tokoh penting AIDS(Anwar Ibrahim, Daim, Sanusi) yang mana dibelakang Tun Mahathir ketika menentang Tengku Razaleigh 1987. Beliau menang besar sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun itu, menang sebagai Timbalan Presiden ketika menentang Tun Ghapar Baba pada tahun 1993. Beliau dilihat sebagai 'natural successor' kepada Tun Dr. Mahathir.
Method kenaikkan beliau juga mengkagumkan. Dari Menteri Pendidikan ke Menteri Kewangan menggantikan Tun Daim, beliau menguasai media dengan meletakkan 'Empat Budak Melayu' dijawatan yang berpengaruh dalam media(ketika itu internet dan blog belum wujud).
Setelah menguasai lubuk ekonomi(Menteri Kewangan), beliau menguasai media massa dan tentu 'Empat Budak Melayu' ini terhutang budi kepada beliau. Tugas mereka adalah, menggilap imej Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin yang hebat, insan kamil lagi mutakamil, versatile dan karismatik. Maka bermulalah 'cult' Anwar Ibrahim ketika itu, atau Anwarisme.
Mari kita imbas semula kepada zaman ini. Seoarang pemuda yang bercita-cita tinggi(tak salah sebenarnya) dan pernah dilabelkan oleh media 'the most powerful 28', Khairy Jamaludin hampir memiliki segalanya kerana beliau menantu Perdana Menteri.
Dengan bijak beliau mencaturkan bidak-bidaknya, mencipta rangkaian 'Tingkat Empat', mempengaruhi dari pengagihan projek hingga perlantikan dalam politik dan GLC ; akhirnya beliau juga menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda
Seperti Datuk Seri Anwar, beliau juga menguasai media dan mencipta 'personal cult'nya juga.
Dalam NST ada kolum beliau bukan kerana beliau begitu tajam mindanya tetapi kerana beliau menantu Perdana Menteri. Malang sedikit buat beliau, kerana ini zaman blogger cambah bagaikan cendawan, imej beliau tercalar juga dek media altenatif - satu-satunya yang beliau tidak dapat kuasai di Malaysia ini.
Sejarah membuktikan, tokoh seperti Datuk Seri Anwar menjadi musuh no 1 UMNO apabila UMNO tidak dapat memenuhi cita-citanya.
Orang yang sukakan 'personal cult' seperti mereka berdua ini tidak pernah memperjuangkan nasib bangsa. Mereka inginkan kuasa dan sanggup membuat apa saja untuk mendapatkannya - walaupun seperti Dr Faust yang menjual jiwa kepada Devil untuk berkuasa.
Kita pernah ada seorang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita sudah rasa bahananya. Mahukah kita mengulanginya?
Pemimpin 'old guard' UMNO seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir bahkan Tengku Razaleigh Hamzah merupakan pemimpin yang meletakkan kepentingan Melayu di atas segalanya. Pemimpin ini tidak mementingkan 'personal cult' mereka dan jika wujudnya pengkagum atau 'fan club' kerana kejayaan yang mereka capai.
Pertembungan antara Ku Li dan Tun Mahathir adalah perbezaan pendapat tentang method untuk menguruskan UMNO dan Ku Li serta pengikutnya menubuh parti baru kerana tidak dapat menyertai UMNO Baru.
Hati-hati dengan pemimpin muda yang tidak sabar untuk melonjak naik ini. Banyak lagi yang perlu beliau pelajari. Hingga kini, kenaikkan beliau kerana 'sanction' bapa mertuanya bukan kerana merit.
Dan akhirnya masih ada persamaan antara Datuk Seri Anwar dan saudara YB Khairy Jamaludin. Mereka sama-sama pernah jatuh kuda!
No comments:
Post a Comment