Followers

Thursday, September 30, 2010

Apabila PAS Bercakap Tentang Melayu.

Hakikatnya, PAS merupakan pecahan UMNO. Politik pra-Malayan Union hanya ada satu parti untuk Melayu Islam iaitu United Malay National Organisation a.k.a UMNO. Seperti biasa, perebutan jawatan membawa sesuatu perpecahan. Ini juga berlaku dalam UMNO apabila Ustaz Fuad dari Biro Agama keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Agama(Islam) SeMalaysia. 

Dalam Sejarah PAS yang ditulis dalam laman web PAS, mereka mendakwa PAS ditubuhkan pada pada tahun 1951 dalam satu perhimpunan menubuhkan Persatuan Ulama SeMalaya(PUS), kemudian nama itu ditukar kepada Parti Islam SeMalaya pada 24 November 1951. Jadi PAS asalnya dari PUS ke PIS dan akhirnya menjadi PAS - kekal hingga kini(macam cerita P.Ramlee 'Anak Bapak' bunyinya).  Baca sini.

Sejarah melupakan UMNO - FUAD = PUS = PIS = PAS.

Saya pernah tulis dalam posting Asabiyah, Ibnu Khaldun mengulas hadis Rasulullah pemimpin terdiri dari kaum Quraish itu dikategorikan sebagai kriteria 'mampu'.(Klik sini) Di Malaysia, menjadi Melayu/Islam adalah mustahak kerana Melayu/Islam majoriti. Kebetulan perlembagaan mendefiniskan Melayu itu mesti beragama Islam. Secara automatik, mempertahankan kepentingan Melayu adalah mempertahankan kepentingan Islam(bukan agama). 

PAS sebagai parti khawarij(yang menarik diri) sudah tentu perlu kembali kepada UMNO kerana mereka yang keluar UMNO bukan sebaliknya. Nik Aziz membuat kenyataan jika UMNO ikhlas demi perpaduan Melayu, UMNO perlu menyertai PAS. Nik Aziz menyebut perpaduan Melayu bukan Islam. Saya pelik kerana PAS mendakwa sebagai parti yang memperjuangkan  Islam bukan bangsa, tiba-tiba berminat dengan penyatuan Melayu. 

Sebelum itu, Timbalan Setiausaha Agung PAS Takiyudin Hasan berkata jika UMNO ikhlas dalam soal penyatuan Melayu, Dewan Undangan Galas jangan dipertandingkan.Beliau minta kawasan itu dibiarkan terus ditangan PAS. 

Saya makin pelik apabila PAS bercakap tentang perpaduan Melayu. Saya rasa PAS keliru mereka bangsa apa; tetapi mereka sering merujuk ke Arab untuk menunjukan keIslaman mereka lebih tinggi dari orang Melayu. Mereka suka perkataan Arab seperti muktamar, mursyidul, ulama, dinar, dirham, riyal dan berbagai-bagai lagi. 

Apabila menguntungkan mereka, mereka sanggup bekerjasama dengan DAP malah syaitan. Mereka sanggup membuka Dewan Himpunan untuk ahli bukan Islam. Sekarang mereka sanggup bekerjasama dengan UMNO demi Melayu walaupun mereka bangsa wannabe Arab dengan adopt budaya dan bahasa Arab dalam kehidupan sehari-hari mereka. 

Husam Musa pernah sambil berseloroh menyatakan salah satu sebab kekalahan beliau menentang Nashurudin Mat Isa kerana janggutnya tidak cukup panjang. Walaupun berseloroh, PAS sebagai parti yang termasuk 'club of doom' tidak mempunyai masa depan dalam dunia serba global ini apabila kepimpinan ditentukan oleh panjangnya janggut seseorang. 

Di Nehrawan, Syadina Ali menyeru kumpulan Khawarij agar kembali ke barisannya. Jika PAS benar-benar ikhlas, sebagai parti serpihan UMNO dan khawarij(yang bermakna 'yang menarik diri'), PAS perlu kembali ke UMNO tanpa syarat. 

Period.


Wednesday, September 29, 2010

Perkasa adalah Melayu dan Melayu adalah Perkasa.

Perkasa masih diperkatakan. Beberapa menteri seperti Koh Tsu Koon dan Nazri Tan Sri Aziz juga masih menunjukan sikap yang hostile terhadap Perkasa. Secara semulajadi, kaum Cina memang tidak menyenangi Perkasa kerana aspirasi radikal NGO itu.

Melayu liberal juga berpendapat Perkasa hanya membantutkan kemajuan ekonomi kerana menuntut status quo Melayu dikekalkan.Saya berpendapat, Dato Sakmongkol antara yang berfikiran demikian walaupun beliau mungkin bukan Melayu liberal.

Perkasa tidak menuntut hak kaum lain dihapuskan. Kita tidak pernah dengar Perkasa menuntut 'hak-hak istimewa kaum Cina' seperti sekolah jenis kebangsaan dihapuskan. Kita tidak pernah dengar Perkasa menuntut 'hak-hak istimewa kaum India' seperti kebebasan bersuara orang-orang kuat Bar Council dihapuskan. Malah Perkasa tak pernah menuntut kerajaan merampas harta orang India yang boleh mengumpulkan kekayaan dengan menipu dan membunuh beberapa orang Melayu dan bukan Melayu. 

Ini bermakna Perkasa tidak rasis dan tidak radikal. DAP sebagai parti rasis masih boleh diterima di Malaysia, mengapa NGO Melayu yang tidak rasis dan tidak radikal tidak boleh diterima. Belum diambil kira beberapa NGO Cina yang lebih chauvanist dan rasis dari Perkasa, tidak dikecam oleh kaumnya, tidak juga dikecam oleh orang Melayu.

Jika UMNO sebagai parti yang sewajarnya rasis kerana UMNO yang mengambil inisiatif memerdekakan Malaysia dan memperjuangkan kepentingan Melayu sejak azali sudah diasak supaya menjadi liberal, sekarang NGO Melayu juga sedang diasak untuk menjadi liberal. Jika UMNO lari dari agenda Melayu bererti UMNO lari dari fitrahnya sebagai parti Melayu. Ini tidak menjustifikasikan kewujudan UMNO lagi.

Ini permainan minda(mind game) kaum bukan Melayu. Sila baca posting saya sebelum ini yang bertajuk Racism dan Holocoust disini. Mereka sengaja mencipta mitos yang Melayu rasis dan menganaktirikan mereka. Mereka lupa Melayu masih majoriti dan jika Melayu tidak gembira, semua orang tidak gembira di Malaysia ini. 

Mungkin hakikat politik memecahkan undi Melayu, tetapi jika kepentingan Melayu terampas dan Melayu akan lupa mereka dari parti apa. Jika 'the grapes of wrath' ini bangkit dan tidak dapat dibendung, akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti 13 May 1969.

Dari kesilapan masa silam Bapa-bapa Kemerdekaan kita dahulu maka wujudlah DEB untuk merapatkan jurang ekonomi dan pendidikan antara kaum immigran dan orang Melayu. Setelah 40 tahun pelaksanaan DEB, generasi muda sudah lupa peristiwa berdarah itu pernah berlaku dan mula menuntut perkara yang bukan-bukan. Parti politik kaum mereka juga turut bertindak mengambil langkah yang sama kerana ingin popular.

DAP seperti UMNO sejak azali memang berasaskan kepentingan Cina(bagi UMNO - Melayu). Oleh kerana trend pengundi Cina tidak menyokong BN, MCA dan Gerakan juga sudah mula vocal dan menjadi semi-DAP jika tidak keseluruhannya. Semua kita - termasuk Melayu liberal - lupa jika Melayu tidak gembira semua kaum lain tidak gembira. Logiknya bukan kerana Ketuanan Melayu, tetapi Melayu majoriti. 

Perkasa memang tidak akan bercakap tentang model ekonomi kerana itu masalah kerajaan. Perkasa hanya menuntut dan memastikan jangan kerana terlalu ghairah untuk memenangi hati kaum lain dan kerana terlalu hendak mengikut trend menjadi global, kepentingan Melayu tergadai. Ketika Malaysia masih lagi antara harimau Asia, DEB sedang berjalan. Ini membuktikan kemajuan ekonomi tidak ada kena mengena dengan affirmative action.

Perkasa hanya menuntut perkara asas - tentang hak. Seperti kata Tun Dr. Mahathir, kita tidak rasis jika hanya bercakap tentang hak kita. Perkara asas itu adalah artikel 152 dan 153, kedudukan agama Islam, biasiswa untuk orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan beberapa kepentingan ekonomi Melayu. Jika hendak ditukar DEB kerana ingin menghapuskan rent-seeker dan patronage tukar saja kepada affirmative action cara lain tetapi masih melindungi Melayu. Jika dihapuskan sama sekali yang merbahaya untuk orang Melayu. Dan  merbahayakan kaum lain. Akhirnya menghuru harakan Malaysia sendiri.

Saya minta para menteri - baik UMNO atau komponen - biarkan Perkasa bersendirian membawa suara orang Melayu. UMNO sudah semakin menjadi UNO dan bapa kepada BN, sudah tidak boleh melayani sangat anak sulungnya yang bernama Melayu. Biarkan orang Melayu menumpang kasih dengan Perkasa.

Hendak harapkan PAS? Mereka sendiri tidak pasti mereka bangsa apa. 





Tuesday, September 28, 2010

A.I: Artificial Intelligent dan Anwar Ibrahim.

"His love is real, but he is not."

Jika ada orang yang belum menonton filem A.I iaitu arahan Steven Spielberg, saya syorkan elok ditonton filem berkenaan. Filem ini berdasarkan filem masadepan yang mana manusia sudah boleh memprogramkan robot-robot mengikut keinginan mereka. Salah satu program yang dilancarkan adalah memprogram robot  untuk menyayangi. 

Sepasang suami isteri telah mengambil anak angkat dikalangan robot. Ia dinamakan David, berumur 11 tahun, berat 60pound dan tinggi 4kaki 6 inci. Danny diprogram untuk menyayangi ibunya.  David sungguh  real hingga seseorang tidak akan menyangka dia hanya robot. Dia adalah manusia, mempunyai perasaan cuma tidak berdarah daging sahaja.

Kasih sayang David dan 'ibu'nya berakhir apabila ibunya terpaksa membuang David kerana sebagai robot, David hampir mengakibatkan kecederaan anak kandungnya yang sakit. Bermula perjalanan David untuk mencari sesuatu yang disayanginya: iaitu 'ibu'nya. David memang diprogramkan untuk menyayangi dan tidak ada apa yang boleh menghalangnya untuk mencari 'ibu'nya.

David menjadi beku selama beribu tahun dizaman Air Batu pada masa akan datang. David di'hidup'kan semula oleh makhluk asing yang mula menghuni bumi apabila spesies manusia sudah pupus akibat zaman Air Batu. Setelah dihidupkan semula, David yang tidak tahu dia di zaman mana meneruskan pencarian mencari 'ibu'nya yang tercinta.

Dengan teknologi makhluk asing, mereka membina semula memori David dan juga melalui peninggalan DNA ibunya, alien telah construct semula imej ibunya. Untuk sehari, David dapat memenuhi impiannya untuk bersama 'ibu'nya sebelum David sendiri dilupuskan. Ini kisah cinta Artificial Intelligent.

Mari kita tengok A.I yang bermakna Anwar Ibrahim. Setelah dipecat, Anwar telah menubuhkan PKR. Kecintaan PKR kepada Anwar memang tidak ada tolok bandingnya. Kecintaan Anwar terhadap PKR hanya seperti menyintai robot sahaja - hanya alat untuk beliau berkuasa.

Sementara Anwar yang dikagumi PKR menanamkan kebencian kepada UMNO dan menguar-uarkan bahawa PKR parti yang demokratik dan telus. Anwar sudah mencipta  Artificial Intelligent dalam PKR  bahawa mereka parti yang  yang telus dan demokratik. Pengikut PKR benar-benar ingin pemilihan yang adil dan tansparent. Nampaknya 'cinta' mereka real, tetapi Anwar Ibrahim tidak.

Seperti mana-mana parti, sebagai leader Anwar tidak boleh membiarkan penyokong-penyokongnya mempunyai citarasa sendiri tanpa dipandunya. Anwar inginkan Azmin, dan beberapa tokoh kesayangannya. Namun ahli parti diperingkat grass root sudah mempunyai idea dan pendirian sendiri. Sivarasa dan Elizabeth Wong telah tewas dipemilihan cabang PKR.

Begitu juga dengan YB Mike dari Kapar dan Kamarul Baharin telah tewas. Mereka merupakan orang kuat Azmin Ali. Nampak sekarang grass root PKR menyonsong arus dan mengengkari kehendak Paramount Leader mereka iaitu Anwar Ibrahim sendiri. Ada ura-ura pemilihan parti ini akan dibatalkan. Baca laporan Unspinner disini.

PKR yang telah merosot pengaruhnya akibat hijrah beramai-ramai YB-YBnya sudah diragui boleh memimpin Malaysia jika PR menang PRU ke 13 nanti. DAP sendiri mengakui PAS lebih kemas organisasi dan Haji Hadi layak jadi PM jika mereka menang. 

Rakyat atas pagar perlu lihat bagaimana parti yang hendak menyaingi UMNO ini mentadbirkan pemilihan mereka apabila sampai ada insiden bertumbuk dan lempar kerusi. Dilaporkan Xavier telah tewas dan dalam kekecohan beliau telah ditumbuk. Baca laporan Parpu Kari disini. Inikah 'government in waiting' yang diharap menjadi alternative kepada BN?

A.I versi Malaysia iaitu Anwar Ibrahim tidak walk the talk. Sementara ramai yang menyertai PKR berharapkan parti utopia yang tidak corrupted, tidak mementingkan kroni, anak beranak, pemilihan yang adil dan telus, semua tidak wujud dalam PKR. Buntut belanga sama hitam dengan kuali. Politic is politic. 

 Anwar Ibrahim emulated Neo in Matrix. Anwar Ibrahim is real but his love is not.

Saturday, September 25, 2010

Darah Terakhir.

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini saya sering teringatkan Ireland. Orang-orangnya, ketenangannya, keindahan dan cuacanya. Mungkin saya akan 'kembali' ke negara kelahiran anak saya. 

Ketika di Ireland, hari-hari terakhir kami sekeluarga di Galway kami melawat museum Galway. Dalam memorial Perang Dunia, saya terharu melihat kisah seorang pemuda Irish yang berumur 22 tahun dihukum tembak oleh askar British kerana mengetuai mutiny ketika beliau bertugas di Punjab, India.

Private James Daly, berkhidmat dengan tentera British mengepalai beberapa orang Irish untuk memprotes tindakan tentera British yang bertempur dengan orang Irish dalam War of Independance di Ireland tahun 1919 yang menuntut kemerdekaan. James Daly dan rakan-rakannya tidak menyerang tentera British, cuma enggan menurut arahan dalam protes mereka untuk membebaskan dua orang rakan mereka yang di tahan oleh British.

Dua orang rakan mereka, juga orang Irish yang menyertai tentera British dan salah seorang darinya bernama James Hawke telah ditahan oleh British kerana mutiny dan melanggar perintah. Saya kurang pasti nasib kedua mereka tetapi James Daly telah dijatuhi hukuman tembak kerana mengepalai mutiny. Pada subuh 2hb November 1920, Private James Daly telah dihukum tembak.

Beliau menulis kepada ibunya: "It is all for Ireland. I m not afraid to die."


Beliau merupakan orang terakhir dalam sejarah tentera British yang mengalirkan darah kerana kesalahan tentera. Tidak ada lagi hukum tembak selepas kematian beliau. Walaupun tentera British cuba menyembunyikan mutiny dan kematian Daly, namun James Daly tetap menjadi martyr kepada negaranya. 

Private James Daly, darah terakhir Ireland.

Dalam lawatan yang sama, saya sempat mengambil gambar kata menarik dalam bahasa gaelic yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris berbunyi:

Dalam sejarah orang yang benar-benar berjuang tidak dapat apa-apa, selalunya opportunist yang beruntung.

Untuk mengenang perjuangan Private Jame Daly, suka saya menurunkan lagu youtube di bawah ini yang bertajuk 'Go on home British soldier.'


Benar sekali ungkapan :

"Ni hiad nar fir mhor a bhaineas an fomhar i gconai"

dan

"A man is free to act, but must act to be free."

Tun Dr. Mahathir, Nazri Dan Perkasa.

Tun Dr. Mahathir dalam persaraannya masih lagi seorang enigma. Beliau melepaskan semua jawatan politik dan kerajaan tetapi suara-suaranya masih kedengaran dimana-mana. Seperti katanya semasa beliau berkuasa, "ini hanya nasihat, seperti nasihat Residen British dahulu". Itu ungkapan beliau apabila beliau menegur menteri-menterinya. Namun batuknya sahaja sudah menakutkan ramai orang.

Esok TDM akan berucap di Pasir Mas, Kelantan sempena rally yang dianjurkan oleh Perkasa. Kali terakhir beliau ke sana, diikuti dengan insiden sembur spray lada. Baca kupasan ini oleh Another Brick in the Wall disini. Penulis blog itu percaya, peristiwa itu didalangi oleh tokoh tertentu untuk memalukan TDM. Harap ia tidak akan berulang lagi, atau 'in depth languange'nya, PM Najib tidak smart.

TDM yang sudah tua ini masih formidable. Ini komen Tun Dr. Mahathir tentang Nazri Tan Sri Aziz yang memilih jalan untuk betempur dengan Tun.





Walaupun TDM sudah lama bersara, beliau masih mampu insert pengaruhnya dengan caranya. Beliau mengingatkan saya kepada satu paragraph dalam Tao Te Ching yang berbunyi:

"Skilled warriors of old were subtle,
mysteriously powerful.
So deep, they were unknownable." 

Friday, September 24, 2010

Masih Relevankah Pemuda?

Sayap penting UMNO ini mengalami zaman gelapnya. Ini bukan hanya kerana Ketua Pemudanya, KJ tidak dilantik apa-apa jawatan dalam kabinet. Sejak ianya diterajui oleh Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, Pemuda UMNO sudah sememangnya lesu. Mereka bukan fighter lagi, bukan pendesak tetapi lebih kepada 'apple polisher' dan gelanggang untuk UMNOputra mencari peluang.

Asalnya Pemuda UMNO diwujudkan untuk menjadi pendesak. Pernah saya menulis dizaman kegemilangannya dahulu, Pemuda merupakan pressure group yang digeruni, malah ada yang menyifatkan mereka sebagai 'goverment in the government.' Kita imbau semula Pemuda zaman Tun Hussien Onn, zaman Harun Idris, Jaafar Albar bahkan zaman Anwar Ibrahim sendiri( mungkin hakikat ini tidak disenangi oleh beberapa orang UMNO, tetapi dizamannya terbukti Anwar berjaya menjadikan Pemuda UMNO digeruni).

Selain daripada menjadi pendesak atau pressure group, Pemuda juga merupakan tempat yang sepatutnya melahirkan pemimpin pelapis. Lihat Pemuda UMNO sekarang ini secara keseluruhannya. Mereka gagal menjadi pressure group, lebih kepada Pak Turut dan yang lebih membimbangkan lagi mereka lebih senang dibentuk dan dilenturkan oleh 'politik wang.' KJ yang secara umum tidak diterima sebagai calon Ketua Pemuda oleh bahagian-bahagian tetap boleh menang sebagai Ketua Pemuda apabila 'wang berkata-kata' dan 'kebenaran pun diam.'

Fenomena Pemuda senang disogok dan bertuankan duit ini berada dimana-mana dalam bahagian dan cawangan UMNO. Dan inilah pemimpin yang akan mengisi kekosongan UMNO masa depan. Tidak dinafikan, wang merupakan jalan singkat untuk meraih undi dan pengaruh. Jika dulu, seseorang ketua pemuda atau tokoh yang ingin naik dalam Pemuda perlu berkhidmat dan membentuk kader-kader politiknya, sekarang Ketua Pemuda bahagian contohnya hanya perlu menabur wang untuk diterima. 

Sayap Pemuda sudah menjadi corrupted dan lebih teruk dari bahagian sendiri. Ini menyebabkan Pergerakan Pemuda akan lesu jika tidak 'dipam duit' untuk bergerak dan bertindak. Orang yang ingin menjadi Ketua Pemuda perlu pula mempunyai wang yang banyak dan ini akhirnya menggalakan nepotisme, crony dan pengagihan projek kerajaan yang tidak mementingkan merit tetapi jawatan dalam UMNO. Ini menyebabkan pengundi menjadi jijik dan mual melihat UMNO, dan Pergerakan Pemuda sendiri. 

UMNO sudah tidak dilihat sebagai parti pejuang tetapi parti peluang. Kecintaan kepada UMNO sebagai parti keramat sudah ditukar kepada kecintaan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Isi borang UMNO dan sertai Pemuda UMNO, nah Gua Ali Baba akan terbuka untuk dirampuk oleh Kasim Baba.

Terbaru, Pergerakan ini dikatakan seperti sabotaj pucuk pimpinan hanya kerana 'periuk nasi sahaja.' Tidak ada lagi semangat patriotik iaitu menyayangi parti kerana semangat cintakan Islam dan Melayu. Mungkin saya sangat idealist dan melupakan realiti moden yang mana ramai orang bejuang 'untuk periuk nasi saja.'

Ntahlah. Saya masih berharap ada jalan Pemuda dan UMNO keseluruhannya boleh dibaiki, kembali seperti mula-mula penubuhannya seperti kata Jebat Must Die, 'sebagai persatuan UMNO' dan bukan tempat membuat duit.

Amin.


Thursday, September 23, 2010

UMNO's Fifth Column.

Saya pernah menulis tentang fifth column. Baca sini.

Boleh kita katakan fifth column ini adalah musuh dalam selimut. Mengikuti beberapa blog, dan berdasarkan pengamatan saya sendiri, saya merasakan memang dalam UMNO ada agenda yang ingin memusnahkan UMNO dari dalam. Ada usaha sedang sabotaj UMNO sekarang ini kerana kecewa tidak dapat jawatan atau takut hilang jawatan. Klik sini.

Begitu juga dengan pendirian beberapa joker-joker dalam UMNO yang bertempur secara terbuka dengan NGO Melayu. Lupakan seorang Ibrahim Ali, tetapi Perkasa merupakan wadah perjuangan Melayu selepas UMNO sendiri tidak berdaya. Tindakan bermusuhan dengan Perkasa kerana persoalan peribadi seperti tak suka Ibrahim Ali atau Mahathir hanya membawa kerosakan kepada UMNO - undi Melayu dalam Perkasa atau yang bersimpati dengannya jangan diperkecilkan.

Mari kita fikir mengapa Anwar tidak mahu menjadi Presiden PKR? Anwar sudah mempunyai pengikutnya yang solid dalam PKR. Anwar sebenarnya tidak keluar dari UMNO. Beliau dipecat. Anwar masih meninggalkan benihnya dalam UMNO walaupun disebalik lakunan cantik poli-tikus yang saling kata mengata, saya yakin Anwar masih mengidam untuk menjadi Presiden UMNO. Anwar masih percaya melalui UMNO beliau boleh mentadbir Malaysia lebih baik lagi.

Ini sebab mengapa Anwar inginkan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden. Azmin Ali merupakan pengikut Anwar yang setia, juga bekas ahli UMNO yang berkiblat totok kepada Anwar sendiri. Zaid Ibrahim, walaupun bekas ahli UMNO hanya dilihat sebagai political oppotunist dan kesetiannya terhadap Anwar's grand design - iaitu kembali ke UMNO - diragui. 

Anwar perlukan privy dalam UMNO untuk menjatuhkan pemimpin yang ada sekarang dan memberi laluan kepadanya untuk menyertai UMNO. Dan fifth colum ini terdiri dari orang-orang yang menjawat jawatan penting dalam UMNO. Bukan hanya sekadar picisan.

Saya rasa Dato Sri Najib juga sudah nampak, tetapi perlu segera melakukan great purgenya. Jika tidak lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh fifth column dalam UMNO ini.




Tuesday, September 21, 2010

Pemusnah Sekolah Cina dan Tamil

Konsep 1Malaysia yang diterajui PM Najib sudah menimbulkan berbagai kekeliruan. Ini kerana rakyat menafsirkan konsep ini mengikut acuan masing-masing.PM sendiri bagaikan tidak mempunyai jurucakap yang berkaliber untuk menjuarai - dan menangani - konsep ini kepada rakyat bawahan. Jurucakap yang cuba menjadi jaguh seperti Nazri, KJ dan Tengku Adnan pula lebih membawa malapetaka kepada PM - dan BN - dari membawa faedah.

Saya pernah menulis konsep 1Malaysia perlu bermula dengan 1Sekolah. Tidak ada 1Sekolah, maka tidak akan ada 1Malaysia. Kebudayaan kaum-kaum selain Melayu mesti dihapuskan. Bahasa selain Bahasa Melayu dan Inggeris perlu dihapuskan. Ini negara Malaysia, milik semua kaum tetapi kena mengikut acuan Melayu. Period.

Dalam posting terbaru Jebat Must Die, Will Lim Kit Siang support One School system so that once and for all he is Malaysia and not chinese first?  Jebat mencabar Lim Kit Siang yang kononnya mengaku Malaysian First, chinese second menyokong 1Sekolah. Sudah lebih dari 200 blogger menyokong 1Sekolah dan hapuskan sekolah vernacular.

Kita tahu kebanyakkan poli-tikus Cina tidak akan menyokong 1Sekolah. Tahun lepas, Ketua Pemuda MCA dan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong membuat laporan polis terhadap blogger Kijang Mas kerana memulakan kempen 1Sekolah. 

Jadi konsep 1Malaysia bagi kaum Cina yang menuntut Melayu berkorban, membuang affirmative action, hak-hak istimewa, tidak boleh cium keris dan sebagainya hanya pengorbanan sehala. Hanya Melayu yang perlu beralah tetapi kaum Cina mahu mengekalkan status quo mereka. 

Kaum Cina menuntut Melayu buang itu dan buang ini sementara mereka kekal dengan sekolah jenis kebangsaan, kebudayaan mereka dan sebagainya. Jika diusik, akan bangkitlah NGO Cina seperti Su Qui dan Dhong Jang Zhio. Akan menikuslah poli-tikus Cina terhadap NGO yang chauvanist. Ini menjadikan politik Malaysia complicated dan sekolah vernacular tidak mampu untuk dihapuskan.

Lebih-lebih lagi sudah menjadi habit orang Melayu menghentam NGO mereka sendiri dan senyap terhadap tuntutan NGO kaum lain. Begitu juga dengan orang politik Melayu yang lebih minat hentam orang sendiri dan jadi talibarut kaum lain. Terbaru seorang tokoh politik dengan bangga mengakui dia tidak bangga jadi orang Melayu. Soalnya bukan perlu bangga atau tidak, perlu diperjuangkan taraf ekonomi bangsa kita. Kita tidak minta dilahirkan sebagai Melayu. Dan memang pencapaian Melayu tidak ada apa yang mahu dibanggakan buat masa ini.

Bertunjangkan parti super racist DAP, kaum Cina berganding bahu dengan NGO mereka bagi memastikan 'hak-hak istimewa kaum Cina' tidak terusik walaupun tidak dijamin oleh perlembagaan. Ini menjadikan mereka lebih kuat kerana mempunyai 'kuasa politik' yang memberi mereka 'bargaining power'. Mana-mana parti Melayu - samada pembangkang atau pemerintah - perlu tunduk kepada tekanan politik 'undi collective' kaum Cina.

Dan bermaharajalela sekolah jenis kebangsaan yang mencorak pemikiran mereka mengikut acuan kebudayaan mereka yang 'racist' dan superior. Perlembagaan tidak ada memperuntukkan kerajaan perlu bantu sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah ini wujud berdasarkan semangat kebangsaan kaum Cina dan India terhadap negara asal mereka. Perbelanjaan mereka perlu ditanggung oleh kaum mereka sendiri. Seperti halnya yang lain, sebagai entiti politik, mereka akhirnya mampu mendesak dan menekan kerajaan supaya memberi bantuan kepada mereka. 

Mengejutkan, ini pandangan uncle Henry Lee a.k.a Lee Kuan Yew terhadap sekolah jenis kebangsaan:

“Now we have a very polarised Malaysia — Malays, Chinese and Indians in separate schools, living separate lives and not really getting on with one another. You read them. That’s bad for us as close neighbours,”  

Di Malaysia, sejak kemerdekaan hingga kini, tidak ada tokoh politik yang mampu memusnahkan sekolah jenis kebangsaan ini. Tidak walaupun Tun Dr. Mahathir yang diperkatakan berani dan perkasa. Ironinya dalam sejarah, orang yang mampu memusnahkan sama sekali sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ini adalah Lee Kuan Yew - katak besar dalam kolam kecil. 

Saya akui ianya bukan mudah, walaupun bagi Lee Kuan Yew. Tapi beliau mempunyai strong political will. Itulah sebenarnya pemimpin, lead isntead of being led. Jika tidak menyediakan acuan, walaupun bertaraf PM, kita hanya Tok Empat yang kebetulan jadi PM. Tidak lead tapi hanya menjaga kampung bernama Malaysia supaya jangan huru hara.

Kita perlukan Lee Kuan Yew versi Melayu dan Malaysia. Anyone?
 


Monday, September 20, 2010

1Malaysia: Muhyidin dan Nazri Tan Sri Aziz.

Tun Dr. Mahathir kata beliau tidak faham 1Malaysia. Tengku Razaleigh Hamzah turut berkata demikian.

Muhyidin Yasin menyatakan dengan tegas setelah didesak oleh Lim Kit Siang bahawa beliau Melayu dulu, baru Malaysian. Nazri Tan Sri Aziz pula menyatakan sebaliknya.

Nazri Tan Sri Aziz telah dikritik oleh Awang Selamat dalam artikel Alahai Nazri. Baca sini. Antara isu yang dibangkitkan adalah tentang sikap permusuhan yang ditunjukan oleh Nazri terhadap Perkasa dan Tun Dr. Mahathir. Nazri juga menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda untuk membawa balik TDM sebagai PM.

Nazri Tan Sri Aziz yang berada di Bucharest, Romania telah menjawab secara terbuka artikel Awang Selamat itu. Baca sini Surat Terbuka ini telah disiarkan oleh Datuk Ti Lian Ker dalam blognya, Thinking A Loud. Dengan ini, Nazri Tan Sri Aziz menjadi orang kedua selepas Khairy dari UMNO melancarkan jihad terhadap Utusan Malaysia.

Tidak seperti Muhyidin yang didesak oleh Lim Kit Siang hingga menyatakan Muhyidin sebagai "Malay first, Malaysian second", Nazri dengan rela hati dan bangga menyatakan beliau "Malaysian first, Malay second."

2 Menteri, 2 kenyataan berbeza terhadap 1konsep 1Malaysia yang sering disalahertikan. Tanyakan juga menteri-menteri Cina seperti Koh Tsu Koon, Wee Ka Siong mereka Malaysian first, Chinese second or vice versa. Tanya juga Chua Soi Lek dan Samy Velu.

No 2 UMNO sudah menyatakan pendirian. Bagaimana no 1 UMNO? Rakyat ingin tahu mahu ikut Nazri atau Muhyidin. Kalau boleh jangan sampai TDM menghuraikan 1Malaysia ikut kefahamannya.

Atau memang konsep 1Malaysia ditakdirkan vague untuk selamanya?




Sunday, September 19, 2010

Mere Nam Joker(Untuk Joker-Joker UMNO)

Selepas PRU ke 12, semacam ada suatu perubahan pada iklim politik Malaysia. Orang-orang politik - terutama menteri - tidak lagi digeruni tetapi menjadi bahan lawak oleh blogger. Sebelum PRU ke 12, kita boleh lihat poli-tikus ini sangat digeruni dan sering disanjung.

Malangnya bagi sesetengah mereka masih mempunyai pemikiran lama. Mereka masih menganggap rakyat bodoh dan sebagai menteri mereka tahu semua. Mereka masih merasa mereka layak dipuji dan disanjung. Rakyat inginkan result bukan menyanjung mereka dengan hanya memegang jawatan menteri dan buat kenyataan bodoh-bodoh.

Ini menjadikan mereka seperti joker atau jester saja. Nazri Tan Sri Aziz merupakan clown yang melucukan. Mulanya beliau menunjukan keangkuhan dengan melontar kata-kata kesat kepada Tun Dr. Mahathir ketika beliau mempertahankan Pak Lah. Beliau melantik dirinya sebagai 'Sham-murai' Melayu kononnya mempertahankan Shogunnya(mulanya Pak Lah, sekarang Najib).

Terbaru Nazri menjadi Melayu liberal dalam usahanya untuk menjadi jurucakap kepada PM Najib. Usahanya itu membawa kerosakan dari kebaikan kepada UMNO. Beliau juga join force dengan joker-joker lain seperti Khairy Jamaludin, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Khalid Nordin dalam menghentam Perkasa.

Dato' Sakmongkol berkali-kali menulis tentang UMNO yang tidak mempunyai jurucakap atau ambassador idea PM Najib, tidak seperti zaman TDM dimana Tun mempunyai Sanusi Junid, Anwar Ibrahim, Daim Zainudin dan Megat Junid Megat Ayub. Apa yang PM Najib ada hanyalah joker-joker UMNO. Niat mungkin baik tapi hasilnya.....

Clown yang paling melucukan adalah Khairy Jamaludin. Pemuda UMNO menjadi lesu dibawahnya, Exco Pemuda macam tidak wujud - hidup segan mati tak mahu. Dalam isu yang sepatutnya Pemuda bangkit tetapi KJ tidak habis-habis mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang Melayu.

Mulanya beliau menyokong Wee Ka Siong, Ketua Pemuda BN dalam isu biasiswa Mara. Apabila Wee mempersoalkan Mara, Wee mempersoalkan perkara asas berkaitan hak-hak istimewa Melayu. Kerajaan sudah memberi 45% kuota biasiswa JPA kepada kaum-kaum lain, mengapa dipersoalkan Mara?

KJ juga mencemburui kemasyuran Perkasa dan memilih untuk bertempur dengan Perkasa. Dalam komen saya dalam satu artikel Dato' Sakmongkol, saya menyatakan mengapa pemimpin UMNO ingin mencari pasal dengan Perkasa kerana dalam PRU nanti, jika Perkasa kekal NGO, penyokong Perkasa hanya ada dua pilihan iaitu samada mengundi BN atau PR. We barked at the wrong tree.

Apabila joker-joker politik UMNO ini seperti Tengku Adnan, KJ, Nazri dan Khalid Nordin mencari musuh 'baru' dengan menembak Perkasa, ini akan membuatkan lebih ramai Melayu menjauhi UMNO. Ada yang menyarankan, biar Perkasa menjauhi UMNO, dan kita lihat kesannya.Najib kena lebih pantas mencantas joker-joker ini. Sudah terbukti mereka lebih sebagai liabiliti dan bukan asset kepada UMNO. Sudahlah UMNO banyak musuh, kesetiaan komponen juga amat goyang.

Mungkin juga kita menganggap joker-joker warisan Pak Lah ini sebagai jester tetapi mereka sebenarnya Kitol. Kitol merupakan 'musang berbulu ayam'. Pura-pura setia kepada Melaka tetapi mereka menjadi fitfh column bersubahat dengan musuh Melaka. UMNO hanya boleh dihancurkan dari dalam.

Mungkin Najib memakai petua dari filem Godfather: "Keep your friends close, keep your enemy closer".

Saya teringat filem Hindustan lakunan Raj Kapoor: Mere Nam Joker.(Nama saya joker)


.

Saturday, September 18, 2010

Brutus UMNO, Brutus PKR dan Brutus Melayu.

Tun Mahathir pernah berucap dalam Perhimpunan Agong UMNO: "Jangan jadi Brutus dalam UMNO."

Anwar Ibrahim dipuncak kuasanya ketika itu. Anwar melalui media massa - dengan 'empat budak Melayu' - sudah menguasai suratkhabar perdana dan imej beliau sedang digilap sebagai penganti Mahathir. Tidak ada siapa yang dapat menangkap siapa Brutus yang TDM maksudkan.

Brutus adalah seorang ahli politik Rom yang disayangi oleh Julius Caesar. Selepas Perang Pharsalus di mana legion Caesar telah menewaskan Pompey, Caesar mengarahkan orang-orangnya mencari Brutus - ketika itu memihak kepada Pompey. 

Setelah mendapati Brutus masih hidup, Caesar sangat gembira. Kemudiannya Caesar memaafkan Brutus, dan memberi jawatan yang penting dalam pemerintahannya. Brutus telah berkonspirasi dengan Cassius dan beberapa orang senator untuk membunuh Caesar pada Ide of March. 

Brutus berucap dalam usahanya untuk merasionalkan perbuatan beliau membunuh Caesar - orang yang menaikkan beliau dalam politik - dengan mengatakan "bukan aku kurang menyayangi Caesar tetapi aku lebih menyayangi Rom."

Ucapan TDM tadi memeranjatkan ramai orang. Tun juga sangat mahir dengan 'in-depth language' dan tidak ada siapa menyangka Brutus yang dimaksudkan oleh Tun merupakan Anwar bin Ibrahim. Ini kerana selama ini Anwar dilihat sebagai Tun's blue eyes boy. Anwar sendiri tanpa segan silu menggunakan nama Tun ketika mengalahkan Tun Ghapar.

Malangnya dalam episod ini, Brutus gagal membunuh Caesarnya kerana beliau terlebih dahulu dipecat.

PKR dibentuk kerana kononnya Anwar telah diperlakukan dengan kejam. Konon lagi PKR merupakan parti alternatif yang telus, tidak kejam dan tidak kotor. Ramai pembenci UMNO terpedaya dan amat percaya PKR adalah parti yang suci dan telus. Kesian mereka. 

Seperti UMNO juga dan mana-mana parti dilahirkan suci. Apabila mendapat kuasa, seperti mana-mana manusia juga mereka akan membuat pencaturan berdasarkan kepentingan peribadi. Let's call a spade a spade.

PKR bukan parti picisan lagi. Era posmen bertanding dan hampir menjadi MB sudah berakhir. Kerana mabuk kuasa, perebutan jawatan dalam PKR menjadi sengit dan seperti UMNO, PKR sedang bunuh membunuh, cantas mencantas dan caci mencaci. PKR juga sebenarnya bengkak dan bernanah hingga ke usus. Baca komen MSO disini.

Zaid Ibrahim dan Azmin Ali sedang berusaha merebut jawatan no 2. Sementara Anwar nampak favour kepada Azmin; Azizah dan Nurul Izah lebih cenderung kepada Zaid Ibrahim. Parti yang kononnya 'government in waiting' ini nasibnya hanya ditentukan oleh anak beranak bin Ibrahim. Jadi nasib Malaysia akan datang juga ditentukan oleh rumahtangga Anwar Ibrahim. Baca Dunia Tiger disini

Nurul Izah berkata, sebagai parti masa depan, beliau tidak mahu ada musang berbulu ayam. Jadi siapa Brutus dalam PKR sekarang? Belum menawan Putrajaya, warna sebenar PKR sudah kelihatan.

Dengan wujudnya PKR, DAP mempunyai advantage. PR kelihatan meneutralkan perjuangan Melayu kerana PAS sebagai parti tidak berasaskan bangsa dan PKR sebagai parti berbilang kaum memberi kelebihan kepada kaum Cina dan India membuat tuntutan yang merugikan Melayu. Kadang-kadang, UMNO terpaksa menari rentak yang sama kerana ingin 'mengurat' undi bukan Melayu. 

Satu hari nanti, Anwar akan berkata: "Bukan saya tidak sayangkan Melayu, tetapi saya terlalu sayangkan Malaysia'. Nah ini Brutus yang kita cari.



Lihat bawah:



 Anwar bin Ibrahim- Brutus UMNO, Brutus PKR dan Brutus Melayu.




Thursday, September 16, 2010

16 September dan Long March.

Hari ini rakyat Malaysia bercuti kerana 16 September diperingati sebagai Hari Malaysia. Sebelum ini kita terbiasa menyambut besar-besaran kemerdekaan pada 31 Ogos. Sekarang ada pula Hari Malaysia. 

Pada 16 September 2008, penipuan paling besar telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim bahawa PR akan mengambil alih kerajaan Persekutuan. Ini bererti pada 16 September 2010 merupakan ulangtahun kedua rakyat Malaysia ditipu oleh seorang tokoh pembangkang yang sepatutnya dihormati. Dan untuk menghormati beliau, Kerajaan Pusat mengisytiharkan 16 September sebagai 'public holiday'. Ini seperti babak dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok'. Ya kita isytihar public holiday kerana menghormati kematian Kasim Baba.

Sudah dua tahun insiden 'The great bluffing' ini berlalu, Anwar masih bercita-cita ke Putrajaya walaupun realiti 'we have the numbers' sudah merosot. Bukan 31 BN ke PR tetapi 7 PR menjadi bebas kerana tidak percaya kepada kepimpinan yang berasaskan pembohongan. Anwar sedang menuruni lurah yang curam. Seperti Mao Tse Dong dengan 'Long March' yang terkenalnya, dari 84,000 pengikutnya hanya 4000 yang selamat. 

Long March Anwar nampaknya bukan ke Putrajaya tetapi ke Sungai Buloh!  

Wednesday, September 15, 2010

Setelah Singa, Kaum Cina Inginkan Naga Pula

 Kepala Singa sudah dikuasai, badan naga bila lagi?

Singa merupakan haiwan yang tidak berasal dari Negeri China. Naga pula merupakan haiwan mistik kaum Cina yang sebenarnya hanya legenda. Salah satu dari acara di Tahun Baru Cina adalah tarian naga dan tarian singa.

Beberapa ratus tahun yang lalu, seorang raja Melayu bernama Sang Sapurba Taram Sri Tri Buana telah terlihatkan seekor haiwan yang berbulu lebat dimukanya, sangat perkasa tubuh badannya. Oleh kerana baginda tidak pernah melihat haiwan sedemikian, lantas baginda bertanyakan pembesarnya. Lalu dijawab binatang itu merupakan seekor singa. Berminat dengan negeri itu, beliau menjadikan negeri berkenaan pusat pemerintahannya. Maka lahirlah Singa Pura, atau Lion City.

Dalam beberatus ratus tahun kemudian, datanglah bangsa yang lebih kuat dari negeri atas angin yang dinamakan England. They came, they saw, they conquered. Veni Vedi Vici.

Di desak oleh  'gunboat diplomacy' Inggeris, keturunan Sri Tri Buana melepaskan Singa Pura itu kepada Inggeris. Pura(city - dalam bahasa Melayu lama) yang makmur itu menarik ramai pendatang dari India dan China. Akhirnya makin sedikitlah penduduk asal Singa Pura iaitu orang Melayu. Bila merdeka, Singa Pura yang merdeka bersama Malaysia sudah menjadi 'little China'.

Dengan ringkas, Singa Pura akhirnya diperintah oleh kaum Cina. PAP merupakan tunggaknya. Baca sini. Dalam blog Che Det, beliau menyatakan sebagai seorang yang sezaman dengan Lee Kuan Yew, beliau melihat sendiri bagaimana LKY mungkir janji untuk tidak mengembangkan PAP yang cuba melumpuhkan dominasi politik Melayu di Tanah Melayu. Setelah Singa Pura keluar dari Malaysia pada tahun 1965 benih PAP yang bernama DAP telah lahir. Kaum Cina sudah mendapat Singanya, tetapi masih belum puas kerana 'naga'nya masih di tangan Melayu.

Jika kita perhatikan peta Semenanjung Malaysia, ia seakan-akan badan seekor naga. Perjuangan kaum Cina yang chauvanist yang berkepalakan Singa ini diteruskan oleh DAP. Untuk berlaku adil kepada kaum Cina, masih ramai ketika mula merdeka menyedari bahawa mereka perlu mengakui Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu. Ketika itu hanya UMNO mewakili Melayu keseluruhannya.

Kaum Cina yang tidak chauvanist ini menubuhkan MCA dan bahu membahu dengan UMNO membina Malaysia. Api perkauman tetap ditiupkan oleh DAP. Terciptalah mitos Melayu bukan penduduk asal, slogan Malaysian Malaysia dan mitos kaum Cina ditindas oleh orang Melayu terutama UMNO.

Perlu diingat, DAP berkepalakan PAP yang sudah menguasai Singa. Mereka ingin menguasai badan naga iaitu Malaysia. Lebih menguntungkan parti rasis DAP ini ialah adanya Melayu yang sanggup bekerjasama dengan mereka. Tercipta lagi mitos bahawa artikel 153 tidak sesuai dengan zaman, DEB atau affirmative action warisan dunia ketiga, kuota ekuiti 30% membuatkan pelabur takut dan berbagai lagi. Ramai juga Melayu kononnya liberal mempercayainya.

Sekarang kaum Cina sudah merasai mereka boleh menguasai badan naga yang masih tertinggal oleh PAP. Sebab itu 80% mereka menyokong DAP. Mereka nampak melalui Pakatan Rakyat mereka boleh mendapat semula badan naga yang tertinggal tadi. Hanya 20% kaum Cina yang masih bersama MCA. MCA sekarang tidak seperti MCA zaman Tun Tan Chek Lock. Dalam usaha untuk mengembalikan sokongan kaum Cina, mereka juga perlu vocal.

Maka menjadi tanggungjawab blog Sri tri Buana untuk menerangkan politik licik kaum Cina yang berhajat menguasai badan naga yang tertinggal oleh parti PAP. Dengan sinis Tun Mahathir pernah berkata, cita-cita besar Lee Kuan Yew adalah menjadi PM Malaysia. Singapura terlalu kecil buatnya.  Ini kenyataan Tun Mahathir:

"He is a big frog in a small pond. He is not satisfied with what he has. He had ambitions to become Prime Minister of all Malaysia .... But I think he will go down in history as a very remarkable intellectual and politician at the same time, which is not a very often thing."


Walaupun Tun Mahathir tidak bersetuju dengan cara Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura dari Malaysia, mungkin itu cara yang terfikir oleh Tunku menghalang cita-cita mereka untuk menguasai badan naga(Malaysia).

Namun ideologi PAP - antaranya Malaysia untuk orang Malaysia - sudah mula bertapak dan meniup semangat perkauman. Kaum Cina mula mempersoalkan perjanjian yang mana Ketuanan Melayu mesti diiktiraf kerana membenarkan mereka menjadi warganegara Malaysia.

Ini bukan statement rasis, ini hakikat sejarah.

Apabila Lee Kuan Yew gagal menguasai Malaysia, benihnya DAP berjuang bersungguh-sungguh untuk menawan badan naga ini. Lee Kuan Yew sendiri gagal, seperti kata TDM sebagai 'katak besar dalam kolam kecil'. 

Mampukah Lim Kit Siang sebagai anak didik Lee Kuan Yew? Tun Mahathir membuat kenyataan tentang Lee Kuan Yew bahawa beliau akan dikenang dalam sejarah sebagai seorang intelek yang luar biasa dan ahli politik dalam masa yang sama. Bagi Tun Dr Mahathir ini satu kombinasi yang jarang. 

Lim Kit Siang tidak memiliki intelektual yang tinggi, juga bukan ahli politik yang resourceful. Sebab itu modal yang tinggal bagi beliau hanya meniup api perkauman.

Dan saya sangat tertarik dengan statement terakhir Tun Dr. Mahathir dalam posting terbarunya: Malaysia According to LKY. Dalam point ke 21 beliau berkata: "Lee Kuan Yew and I saw the same things and know the reasons why." 

Jangan Politikkan Pembunuhan Sosilawati.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Arwah Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim, Noorhisham Mohammad dan Kamarudin Shamsudin. Alfatihah dan semoga roh saudara sekelian ditempatkan Allah bersama orang-orang yang mulia.

Saya kesal kerana kes pembunuhan ini telah dipolitikkan. PAS dan PKR telah mengaitkan kerajaan BN dan Antatulya. Mahfuz Omar dan Nizar Jamaludin telah mengeluarkan kenyataan yang tidak berkaitan dengan kes ini. Beberapa rakan blogger mesra kerajaan juga mengaitkan pembunuh yang kebetulan keturunan India dan ada kaitan dengan Hindraf dan DAP.

Mari kita kembali kepada pemikiran rasioanal. Ini kes bunuh. Plain and simple. Biarkan PDRM menjalankan tugas mereka hingga kerja-kerja selesai. Mari kita berdoa agar mereka dapat membawa si pesalah ke muka keadilan dan menerima hukuman yang setimpal. Ini bukan isu perkauman. India pembunuh, atau Melayu pembunuh atau Cina pembunuh tidak ada bezanya. 

Apa-apa bangsa mempunyai orang jahat dan orang baiknya. Ini kenyataan universal. Kesalahan individu tidak boleh di 'bin'kan kepada bangsanya. Biarkan hanya Lim Kit Siang sahaja yang akan 'bin'kan segala perkara kepada kesalahan bangsa Melayu. Hatta jika ada lembu mati dilanggar lori juga adalah salah bangsa Melayu bagi Lim Kit Siang dan DAP.

Saya teringat cerita tentang Umar Mokhtar dalam filem 'Lion of the desert'. Dalam filem berkenaan, seorang pengikut Umar Mokhtar menembak seorang askar Itali yang sudah menyerah diri. Apabila Umar Mokhtar melarang beliau menembak lagi askar yang lain, pengikutnya berkata: "They did this to us." Dan Umar Mokhtar menjawab: "They are not our teachers."

Saya ingin melihat akhlak sedemikian ada pada pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar dan Nizar Jamaludin. Baca Minda Intelek Melayu disini.

Jangankan peribadi Rasulullah, peribadi pemimpin Libya ini pun pemimpin PAS tak boleh hendak hayati. Ini termasuk Nik Aziz.


Monday, September 13, 2010

In-depth Language

Saya sebenarnya merujuk kepada satu istilah terkenal parti komunis ketika zaman Revolusi Bolshevik di Rusia. 

Seorang pengkaji arkib Soviet Union selepas era kejatuhan komunis menghadapi masalah untuk memahami beberapa dokumen pemimpin revolusi komunis apabila mereka berkomunikasi. Apabila mereka menyatakan akan mengadakan 'peaceful demostration' ia mempunyai beberapa makna tetapi bukan demostrasi aman. Kadang-kadang maknanya sangat bertentangan iaitu rusuhan. 

Ini dipanggil 'in-depth language'. Hanya beberapa ahli politik komunis yang sangat memahami makna atau kedalaman makna yang dimaksudkan oleh pemimpin tertinggi mereka. Stalin merupakan salah seorang master of this art. Ini menjadikan Stalin berjaya mengakali Trosky walaupun dari segi intelek, Trosky jauh mengatasi Stalin.

Saya rasa politik memang memerlukan seni 'in-depth' language ini. PM Najib menyatakan UMNO tidak memusuhi Perkasa kerana pertubuhan itu tidak menyaingi UMNO kerana ianya hanya NGO. Menurut PM, Perkasa hanya ingin memastikan hak-hak keistimewaan orang Melayu kekal. Baca sini.

Jadi kenyataan pemimpin tertinggi UMNO dan BN ini sangat bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agongnya. Mengapa jadi demikian? Tidak faham arahan?Arahan tidak jelas? Gagal memahami kehendak pemimpin kerana terlalu ghairah untuk menjadi 'apple polisher'? Lebih sudu dari kuah?

Konsep 1Malaysia Dato Sri Najib memang banyak menimbulkan kekeliruan kerana ianya sendiri 'in-depth language'. Dalam keghairahan sesetengah pemimpin menafsirkan niat Dato Sri Najib, maka ramailah pemimpin yang terperangkap kerana ingin menunjukkan mereka setia 'dibelakang PM', articulate dan memahami kehendak pucuk pimpinan.

Maka keluarlah kenyataan-kenyataan dari Nazri Tan Sri Aziz, Tengku Adnan Tengku Mansor, Khairy Jamaludin dan Khaled Nordin yang menunjukkan mereka 'current' dan global dan liberal. Mungkin PM sendiri tidak mempunyai niat seperti yang mereka pertontonkan. Dato Sri Najib sendiri seorang yang master art of 'in-depth language' dan sering membuatkan orang tertanya-tanya apa yang beliau sebenarnya inginkan.

Di zaman Stalin, kegagalan menafsirkan dengan tepat 'in-depth language' ini akan membawa malapetaka hingga menghadapi firing squad. Ramai tokoh politik telah di'liquidified'kan oleh Stalin dalam 'Great Purge'nya. Mungkin DSN sedang menjalankan 'great purge' dalam UMNO kerana sebahagian mereka yang berkuasa dan memegang jawatan ini merupakan warisan Pak Lah.

Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan. Biarkan.



MCA, DAP dan Gerakan Menolak NGO Cina.

Mari kita bayangkan....

Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek membuat sidang akhbar. Dalam sidang akhbar berkenaan beliau selaku Presiden MCA menolak NGO Cina yang chauvanist iaitu Dong Jiao Zhong. Ini kerana NGO berkenaan sangat rasis dan masih ingin mengekal sekolah jenis kebangsaan cina.

Dalam sidang akhbar yang berlainan, Presiden Gerakan juga senada dengan pendirian MCA. Mereka menolak NGO berkenaan kerana menghalang konsep 1Malaysia. Turut dikecam adalah pertubuhan NGO lain seperti Su Qui dan Hua Zhao.

Sementara itu, Lim Kit Siang juga dilaporkan turut mengecam Su Qui, Dong Jiao Zhong dan Hua Zhao. Menurut Setiausaha Agong DAP, pertubuhan NGO Cina berkenaan menggalakkan racisme dan ini tidak boleh dibiarkan kerana bertentangan dengan konsep Middle Malaysia yang dianjurkan oleh DAP.

Oppss.... ini reality checknya:

It won't happen. MCA, DAP and Gerakan will never forsaken their power based. They don't even dare to make a slight remark to undermine those Chinese NGOs because it may alienated chinese voters from them.

Reality check untuk UMNO:

Setiausaha Agong UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan BN dan UMNO menolak Perkasa. Kenyataan ini dibuat selepas Tengku Adnan mempengerusikan mesyuarat bulanan BN baru-baru ini. Beliau berkata:

“Being associated with Perkasa will only weigh the party down. This sentiment was shared by all component parties which are worried about feedback they have been getting from the grassroots,”. Katanya seperti dilaporkan oleh NST.

Sebelum ini, Khairy Jamaludin pernah berkata beliau akan keluar UMNO jika Perkasa mendapat sambutan menggalakkan dari orang Melayu. Anehnya, BN tidak pernah membuat pendirian yang sama terhadap NGO Cina seperti Sui Qui, Dong Jiang Zhao dan Hua Zhao. MCA, DAP dan Gerakan juga tidak mengecam NGO mereka. 

Menidakkan Perkasa akan merugikan politik orang Melayu. Lagipun Perkasa masih lagi NGO dan bukan saingan politik kepada UMNO. Jika ingin mengambil hati komponen BN yang lain, seperti saya nyatakan di atas, MCA dan Gerakan tidak pula mengecam NGO mereka. 
Siapa dungus di sini?

Menurut blogger Another Brick in the wall, semacam ada usaha dari dalam UMNO sendiri yang ingin lihat pengundi Melayu fed up dengan UMNO. Baca sini. Sejak pilihanraya Bukit Gantang, ada peningkatan undi melayu kepada UMNO. Anehnya, fifth colum dalam UMNO sendiri membuat kerja-kerja sabotaj.

Menurut blogger Barking Magpie, adanya beberapa 'little napoleon' dalam pentadbiran Dato' Seri Najib yang memberi imej buruk terhadap pentadbiran beliau. Baca sini. Walaupun dalam posting berkenaan beliau merujuk kepada kes blogger Hasan Skodeng dan kes Namewee, namun saya sendiri merasakan dalam UMNO sendiri ada usaha membantu Anwar dari dalam.  

Isu untuk menjauhi Perkasa ini merupakan bukti. Perkasa tidak rugi apa-apa kerana mereka hanya NGO buat masa ini. Yang rugi adalah UMNO.

Politik kaum Cina lebih advance dari politik melayu. Kenyataan pahit yang kita kena terima.


Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431

Hari ini merupakan ramadhan yang terakhir. Esok bermula Syawal. Ramadhan tahun ini akan dirindui.

Saya berdoa saya masih boleh menyambut ramadhan tahun hadapan. Begitu juga dengan orang-orang yang saya sayang. Kepada semua umat Islam dan pembaca saya, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri. Saya juga memohon maaf jika ada saya menyinggung perasaan saudara dan saudari dalam blog ini. Semoga Allah memberkati saudara dan saudari sekelian.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI BLOG SRI TRI BUANA.

Wednesday, September 8, 2010

Apabila PKR Berebutkan Ghanimah

Ingat Pemberontakkan Taiping? Saya pernah menulis mengusik sedikit tentangnya berkaitan Perkasa andainya NGO itu menjadi parti. Sekarang masalah itu sudah melanda PKR. Mereka sedang 'bunuh membunuh', 'kerat mengerat' dan fitnah memfitnah demi jawatan. 

Dulu mereka susah, mereka hanya parti picisan. Sekarang mereka 'government in waiting'. For how long, it doesn't matter as long as there is a hope. PKR sudah mula berantakkan. Berantakkan kerana masing-masing sedang mencari jawatan penting andainya PKR menjadi kerajaan. Mereka sudah merasa nikmat sebagai kerajaan di Selangor. Persetankan rakyat, yang penting kerusi empuk.

Ramai yang tidak faham, PKR sebenarnya mempunyai 'fratenity' mereka sendiri. Fratenity atau ukhwah ini hanya dikalangan orang PKR yang asal. Core kepada fratenity ini adalah bekas-bekas orang UMNO yang mengikut Anwar. Tian Chua, Sivarasa, Chua Jung Meng dan Zaid Ibrahim bagi PKR hanya 'second fiddle' saja. 

Ada satu lagi kasta atau old guard yang loyal kepada Anwar jauh sebelum Anwar masuk UMNO - Angkatan Beliau Islam Malaysia atau ABIM. Menurut Syed Akhbar Ali, PKR walaupun parti tidak berasaskan kaum, tetapi berjaya score banyak undi Melayu pada PRU ke 12. Menjelang PRU ke 13, PKR tidak akan banyak memberi ruang kepada kaum bukan Melayu kerana undi Melayu merupakan bread and butter mereka. 

Imej Islam dan Melayu perlu di tonjolkan untuk meraih undi Melayu. Maka disini pentingnya ABIM untuk menguasai jawatan-jawatan penting dalam PKR. Modus operandi ini juga cara Anwar menguasai UMNO dulu. Kemuncaknya adalah pertembungan Anwar-Ghapar. Baca sini.

Dalam pemilihan UMNO tahun 1993, kita dapat lihat kelicikan Anwar menggunakan segalanya untuk berkuasa. Beliau bahkan menggunakan nama Tun Dr.Mahathir yang kononnya ingin beliau sebagai TPM dan berjaya meyakinkan hampir keseluruhan bahagian untuk mencalonkannya. Hanya 7 bahagian mencalonkan Tun Ghapar Baba sebagai incumbent.

Ketika 'menawarkan' diri sebagai calon Timbalan Presiden UMNO, Anwar berjaya membawa menteri besar dan ketua menteri sebagai badan perhubungan menyokongnya. Menurut YB Zulkifli Noordin, sejarah bagai berulang kembali. Kali ini Azmin Ali seperti mentornya disokong oleh 18 Ahli Parlimen dan 2 senator untuk menjawat jawatan no 2 dalam parti. Baca sini. 

Malangnya, terdapat penafian dari Sivarasa dan beberapa individu berkenaan bahawa mereka merestui Azmin Ali. Baca sini. 'Taktik kotor' Azmin Ali a'la mentornya ini menimbulkan rasa tidak senang Zaid Ibrahim. Keresahan in juga turut dirasa oleh Mohd Sayuti Omar yang dalam posting 'Firasat Buruk' Seperti tajuknya, MSO bagaikan berfirasat PKR diambang perpecahan. Semuanya kerana 'ghanimah'.

Ghanimah merupakan harta rampasan perang. Seringkali pertelingkahan dalam sejarah Islam berlaku kerana tidak puas hati dalam pengagihan ghanimah. Belum benar-benar memenangi perang lagi, PKR sudah berpecah berebutkan jawatan.

PKR merupakan serpihan UMNO. Sebagai parti yang disertai renegade UMNO, banyak juga taktik atau budaya politik UMNO yang diamalkan. Oleh itu, PKR tidak mempunyai ground untuk menyaingi UMNO kerana mereka hanyalah pendua UMNO dalam versi lebih jelek, lebih tidak tersusun dan lebih kurang mantap organisasinya. Ini diakui oleh DAP sendiri yang lebih meyakini PAS sebagai organisasi politik yang lebih mantap.

Jika mereka mendakwa UMNO korupsi, angkuh, tidak demokratik, mengamalkan kroni dan sebagainya, PKR juga merupakan UMNO versi gelap. Ini kesimpulan blogger Penarik Beca. Baca sini. Dan saya pernah mengatakan, sebagai parti baru, PKR masih bayi. Sebagai bayi, kita tak tahu mereka sempat dewasa atau tidak.

Ramai berkata UMNO sudah tua, sudah 64 tahun. Orang selalu lupa, kecuali Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa UMNO sudah 'mati' pada tahun 1987. Seorang doktor bernama Mahathir Mohamad memberi jantung baru dan menghidupkan semula UMNO. Berapa sebenarnya umur UMNO? 64 atau 23 tahun? 

Selalunya selepas bypass, seseorang itu akan lebih sihat lagi. Apa lagi setelah memiliki jantung baru.






Tuesday, September 7, 2010

Soalan Yang Kita Semua - Para Blogger Mesra Kerajaan - Lupa Hendak Tanya!

Saya melihat ada update terbaru dari blogger tersohor, Jebat Must Die. Sebelum saya melayarinya hati saya berkata, selalunya JMD menulis panjang-panjang, apalagi tajuknya nampak berat: The most important question of all....

To my surprise what he raised in his blog is the most fundamental one, the one that all bloggers forget or maybe dare not to ask. It is similar to the story of a naked emperor, only one small kid asks the most basic yet truthful and sincere question: why the emperor naked?

So fundamental, so basic but important and vital; Jebat Must Die need only 76 words plus 3 question marks. It's a stroke of genius and need a courage of a brave soul!

Monday, September 6, 2010

Kongsi Raya

Maaf saya tidak ingat dengan tepat tahunnya, tetapi umat Islam pernah menyambut Aidilfitri serentak dengan Tahun Baru Cina. Ketika itu, Malaysia masih diterajui oleh Tun Dr. Mahathir. Tidak ada ketegangan kaum. Tidak ada Namewee. Tidak ada facebook yang mencerca umat Islam. DAP dan Lim Kit Siang - seperti biasa - berusaha meniup api perkauman tetapi tidak ada respond baik dari Melayu mahupun kaum Cina. 

Saya merindui zaman Malaysia harmoni seperti itu. Kaum Cina tidak mempersoalkan hak istimewa orang Melayu dibawah artikel 153, orang Melayu tidak pernah memanggil kaum Cina dan India 'pendatang'. Bagi orang Melayu, kedua bangsa itu, bahkan Sikh dan Portugis merupakan 'fellow brothers' di bawah 'Malaysian fratenity.' 

Saya teringat Professor Khoo Kay Kim. Beliau mengakui bahawa Melayu merupakan bangsa asal yang mewujudkan sistem politik di Tanah Melayu ini. Beliau juga berkata sejarah sering diputarbelitkan. Kononnya dasar 'pecah dan perintah' British menjadikan Melayu dan kaum immigren sering tidak persefahaman. Menurut Professor Khoo, British sebenarnya cuba merapatkan jurang kaum ini. Masalahnya ialah mereka sendiri tidak mahu keluar dari kepompong masing-masing.

Ketegangan kaum tidak sangat dirasai dizaman Tun Mahathir. Beliau bijak 'mengimbangi lapan biji bola sekali gus tanpa satu pun mencecah lantai'. Antara gagasan Wawasan 2020 beliau adalah untuk mewujudkan bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia juga gagal kerana semua bangsa masih ingin mengikut acuan masing-masing.

Isu perkauman makin kuat sekarang. Dengan sedikit usaha, DAP dapat menyemarakkan lagi api ini dikalangan orang Cina. Saya hairan mengapa perkauman menjadi meruncing sekarang. 

Adakah kerana ekonomi tidak bagus dan semua kaum mula salah menyalah? Atau tidak ada ketegasan pemerintah bertindak secara 'pre-emptive'? Atau mungkin kerana slogan 1Malaysia yang mana pemerintah membiarkan setiap kaum mentafsirkan mengikut kefahaman sendiri? Kemudian bermula tuntutan demi tuntutan yang bertentangan dengan perlembagaan. Jika Artikel 153 dibiarkan dan tidak dipersoalkan, masalah perkauman tidak akan timbul.

Penarik Beca merindui sentuhan iklan raya Arwah Yasmin Ahmad. Saya mula merindui sentuhan Tun Dr. Mahathir. Dan jika Tun Mahathir dengan segala kegeniusannya gagal merapatkan jurang kaum dengan Bangsa Malaysia,  mampukah pengganti-penggantinya melakukannya?  British juga telah gagal.

Oh saya rindu juga iklan kongsi raya apabila pahlawan melayu bahu membahu dengan penari naga Cina. Zaman yang telah hilang.

Sunday, September 5, 2010

Namewee: Icon Anti-racist Kepada Parti Racist DAP.

Bapa racist Malaysia, Lim Kit Siang memuatkan tulisan wartawan Malaysian Mirror, Mariam Mokhtar: Namewee is a uniting factor dalam blognya. Pemuda yang menghina bendera Malaysia, Negaraku, menghina azan, orang Melayu dan Islam telah diangkat menjadi icon anti-racist. How shallow! 

Namewee langsung tidak mempunyai rasa bersalah, mungkin dia memang dilahirkan tanpa hati nurani. Apa lagi parti racist DAP menggalakkan beliau menghina bangsa Melayu dan Islam. Disokong,dipuja dan diangkat sebagai icon. Tidak hairan makin ramai 'benihnya' lahir seperti Katy Lim dan akan ramai lagi. DAP masih bermain dengan api.

Saya turunkan artikel itu dibawah ini, dan komen saya dalam warna merah. 

                                                Namewee is a uniting factor

If Namewee (Wee Meng Chee) is prosecuted for his music-video, then two mixed messages are being sent out by the government: The first is that the authorities practise double-standards. The second is that it was only because of Namewee’s ‘intervention’ that the government sat up and took racism seriously.

On Wednesday, it was reported that the rapper was being investigated by the police for sedition. Various ministers and a menteri besar also want Namewee punished for his controversial video.

In the first place, Namewee made this clip because of the government’s slow response to tackle effectively the latest racist incident. It appears that we are now united, against racism.(How fast government act when Namewee insuledt national anthem and our flag? Can he easily forget Malaysian government's clemency?)

Far from being seditious or racist, Namewee has done the job of the government in exposing all that is ‘ugly’ about us.(This is funny!)

Just over two weeks ago, the Johore school headmistress featured in Namewee’s clip made serious, humiliating and crude remarks to non-Malay students in her school.

The prime minister, who coined the term 1Malaysia, took two weeks to make any comment regarding this issue. In the meantime, the damage became magnified.
Finally, Najib said that when it came to racism, he wanted ‘zero-tolerance’ and a ‘swift response’ to people who made racial slurs.

It appears that the prime minister has fallen at the first hurdle. There was not a quick, speedy response, as promised. It took him a very slow two weeks before issuing a statement.

For another, why has the police investigation been allowed to drag?

But let us imagine that for one moment, it was a non-Malay school head who had uttered derogatory remarks about her Malay pupils and told them to ‘pergi balik bawah tempurung’ (return to your place beneath your coconut shell) or that the tudung worn by the girls was only to cover-up their ‘bad hair-do’.(AG prosecuted malay blogger name Hasan Skodeng for insulting Che Khalib and TNB, but let Namewee free at his will to shoot another video clip to insult malay! Namewee too, insulted TNB before).
Wisdom and tolerance

I need not mention how the Malay community, egged on by the Ketuanan Melayu clowns, would react by picketing, protesting and practically foaming at the mouth.(So this statement is not racist?)

If anything, the Johore school incident proved that the non-Malay community has shown extreme restraint and should be commended for their wisdom and tolerance.

The shame is that few Malays voiced their objections to the disgusting remarks of the Malay school-heads (both in Johore and Kedah). Where are the voices of condemnation for these racist rants? Are they afraid of pilloried by members of their own community? Or have they no principles? And lack a conscience?

Namewee is reacting to the slow response of the government to tackle racism. Hence, it is the government who has failed the Malaysian public. It is Namewee who conveyed the important message to Malaysians, in an entertaining way via his Youtube clip, that ‘racism sucks’.( How irony!)

To date, what is the progress into the school-head investigation? How long does it take to get eye-witness statements?

People forget that Namewee is a rapper. He produces videos and music videos. Rap music may glorify violence, misogyny, drug abuse and homophobia. Profanity and vulgar language are common.(Yea, now  make fun of other race's religion is an art?)

Like it or not, rap or hip hop, is the language of the young these days. With rap, he has managed to engage with the young, to ‘say ‘no’ to racism’. Any parent of a teenager will know what I am talking about. The songs teenagers listen to these days, often colour the air-waves blue. (Unfortunately his anti-racism breed more racists, young chinese look up at him as hero even dare to say "Fuck Allah")

One can only imagine Namewee’s rage at the slow official response to tackle racism.

It is the same fury that overcomes us when we are lectured by our political masters to do, think and talk ’1Malaysia’ but then discover to our shock, that some ministers do not practise it.

Admittedly, Namewee is simply expressing his anger and frustration in creativity and music, just like Eminem or Jay-Z.

It is highly unlikely that our aging ministers will understand nor appreciate rap music.

Namewee is the perfect entertainer and has sound business acumen. Sometimes, to shock may even sell more records. He has gained increased publicity for himself being enterprising.(Maybe in the expense of racial tension)

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin adopted a different spin on Namewee’s questions: “You tak baca? Siapa buat Malaysia kaya?” (Don’t you know? Who made Malaysia prosperous?). Khairy assumed that 
 Namewee suggested the ‘Malays played a minor role in Malaysia’s economic growth’.(Forget KJ, he's a foregone conclusion.)

Khairy is possibly wrong and as far as can be ascertained, Namewee wasn’t alluding to anything.
Namewee posed an open-ended question. However, political personalities are already scoring brownie points by insinuating various things.

Namewee was wrong to be abusive – even I would balk short at such behaviour. But Namewee speaks for all those who suffered that day in school and for the people in Malaysia who care.

Maybe if the authorities had been swift in their response, Namewee would not have had the reason to come up with this clip.(I agreed, if only those authority strip him from citizenship long time ago!)

The more potent danger

Actually, Namewee has done the job of the government much better that the government itself. It has given prominence to racism issues in a creative way and made us take a stand against racism. If not for his Youtube, clip, would we have taken as much attention? The problem is that the authorities have ‘lost it’.(So now we know what kind of minister we going to have IF PR take over the goverment - lots of Namewee kind!)

When Dr Chua Soi Lek criticised Namewee and said, “Freedom of expression should come with responsibility to consider sensitivities towards other races and religions”, he forgot that it was the two school principals who ignored sensitivities and caused a furore.

And instead of the school principals being censured, it is Namewee who is allegedly being charged with sedition. Namewee’s clip was crude and coarse, but not racist.(Ha ha ha, how true?)

This young disgruntled Malaysia’s response to racism has been blown into something of a racial firestorm. That is the more potent danger.

It seems that when you scratch beneath the surface, 1Malaysia is unraveling faster than a knitted jumper. One person condemns an irresponsible racist head, and the so called defenders of the race, react like beasts unleashed, and all for the wrong reasons.

Namewee has talent. He engages with the young via his rap music and lyrics. He should be nominated for a role in the Ministry for Information, Communications, Cul¬ture and Arts, to promote racial unity and other Malaysian issues.(He will produce lots more video clips insulting Malay and Islam, so this is so-called anti-racism?)

Far from creating disharmony, Namewee has united us against racism. He at least has the courage to tackle racism in his own entertaining way.(Don't forget your 'entertaining' hurt other race's feeling.)

Saya hairan bagaimana Mariam Mokhtar boleh menjadi penulis kepada Malaysia Mirror. Hujahnya terlalu cetek, berat sebelah dan buta kebenaran. Manusia seperti Namewee yang memulakan dahulu ketegangan kaum dan agama, lama sebelum isu ketegangan kaum ini hangat telah diangkat sebagai icon penyatuan anti-racism. Mungkin bagi DAP definisi anti-racism adalah 'boleh hina bangsa lain selagi bukan kaum Cina. Hina agama mereka juga.' Mana-mana Melayu yang sokong DAP tu, secara langsung atau tidak, insaflah segera.