Followers

Friday, May 28, 2010

PAS Parti Apa?

Bayangan Awal Muktamar PAS Turut Dihadiri Dewan Ulama Bukan Islam

PAS sudah berubah. Pada awal penubuhannya, PAS mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam. Sekarang nampaknya PAS telah menjadi sahabat 'adik-abang' dengan parti DAP yang menentang perjuangan Negara Islam. PAS sudah tertelan ludah sendiri.

Saya pernah menulis posting Bertepuk Sebelah Tangan tentang rasa resah dan tidak senang Kelab Penyokong PAS(KPP) tentang sikap acuh tidak acuh PAS untuk menerima mereka sebagai ahli bersekutu. Dalam artikel berkenaan saya ungkap alasan Nik Aziz tidak terburu-buru menerima mereka kerana "takut diserang habis-habisan oleh UMNO".  Baca sini

Pada 23 Mei baru-baru ini, PAS sudah menubuhkan Dewan Himpunan PAS yang mana bekas KPP ini diserapkan menjadi ahli PAS. Ada keresahan dalam nada Sayuti Omar ketika melaporkan peristiwa itu. Sila baca sini.

Sayuti Omar bimbang jika strategi menawarkan keahlian sama seperti ahli PAS yang Islam, serta tawaran jawatan kepada Dewan Himpunan PAS ini akan memberi ruang kepada bukan Islam membuat tuntutan. Ini kerana Naib Presiden PAS, Salehudin Ayub menyatakan kesediaan PAS memberi tempat ahli Dewan Himpunan PAS sebagai ahli Dewan Negara. Ini turut disokong oleh Haji Hadi selaku President PAS. Haji Hadi yang sama membuat fatwa kafirnya kerajaan BN kerana bekerjasama dengan kafir.

Nyata puritan dalam PAS seperti Sayuti Omar tidak setuju kesucian agama PAS ini dicemari dengan membawa masuk dan memberi taraf yang sama kepada orang kafir. Kita belum dengar komen Nik Aziz yang dari mula nampak keberatan menerima KPP ini. 

Ternyata dalam melaksanakan strategi, PAS kembali berpecah seperti golongan Erdogan dan ulama. Ulama yang masih rigid dan tidak mahu berkompromi soal dasar PAS, dan satu puak Erdogan yang liberal dan sangat sanggup berbuat apa saja demi kuasa. Politik is politik dan PAS hanya parti yang menggunakan Islam sahaja.

Keraguan PAS untuk menerima bukan Islam ini sepenuh hati terbukti lagi apabila Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan meminta KPP jangan membuat tuntutan bukan-bukan sebelum mereka diterima sebagai ahli. Baca sini

PAS sebenarnya dalam dilema. Jika mereka menerima bukan Islam sebagai ahli yang boleh mengundi dan menentukan dasar, PAS sudah jadi parti seperti PKR. Dulu PAS kata mereka berteraskan Islam dan bukan bangsa. Menerima bukan Islam ke dalam 'perut' PAS ini menjadikan mereka parti berteraskan kuasa sahaja demi meraih undi bukan Islam. Setidak-tidak UMNO hanya menerima Melayu/Islam sebagai ahli parti.

Sekarang PAS sudah tidak berteraskan Islam lagi jika menerima KPP. Seperti kata Sayuti Omar:
"Kalau dulu ahli kelab itu hanya duduk di luar dewan mengikuti muktamar Pas menerusi skin CCTV, kali ini mereka akan berada di rumah dan tidak mustahil ketuanya akan diajak naik ke pentas utama."

Di telan mati emak, diluah mati ayah. Dan jika PAS menjanjikan syurga kepada ahli Islamnya, PAS menjanjikan apa pula untuk ahli bukan Islamnya? Dan perpecahan 'ulama-ulama' dalam PAS ini lebih senang jika di grafikkan. 

 

Paling saya minat sekali dalam kategori ALA MAK iaitu Nizar apabila dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak, ditanya oleh Tajol Rosli, beliau minta Tajol menunjukkan dimana dalam Perlembagaan PAS yang menyatakan PAS hendak menubuhkan negara Islam. Lihat bawah ini:





Jadi PAS ini parti apa? Sudah carca merba kah?



9 comments:

KAPAKTAJAM said...

PARTI PAS yg berjiwa ISLAM sepenuhnya sudah hanyut & hancur. Yg ada sekarang PAS ala Wang Kaut!.PAS sekarang sudah pandai lihat duit tujuan utama, HALAL & HARAM belakang kira. Itulah PAS yg akan jadi kenangan sedikit masa lagi.

KAPAKTAJAM, hanya meminta dan menggesa Umat Melayu ISLAM ni kembalilah bersatu. Hanya penyatuan Bangsa Melayu sahaja yg akan mengimbangi kuasa musuh2 ISLAM. Realitinya orang Melayu hampir 99.9% adalah ISLAM, mahu tidak mahu masih mahu memartabatkan ISLAM.

Bila Bangsa Melayu bersatu dan bersatu hati, ia akan menjadi benteng yg kuat untuk terus berkuasa dan menjadikan Agama Islam sebagai asas doktrin kepimpinan.

Marilah Bangsa Melayuku Bersatu dan Bersatu hatilah dalam mempertahankan kedaulatan Raja2 Melayu dan Kuasa pentadbiran Melayu. Kembalikan Era Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka.

http://www.kapaktajam.blogspot.com

ISAC said...

Bro, ko punya posting, macam buat joke pun ada....:)

Gambo menarik...

sri tribuana said...

Thanks saudara Kapak Tajam, nnti saya linkkan blog saudara.
Saudara ISAC, sesekali mencuba bakat sebagai Raja Lawak.
:)

Wake UP! said...

Ulama Islam yang sebenarnya patut menumpukan kepada penyatuan umat Islam. Dan juga menyebarkan agama Islam kepada orang kafir. Ini tidak, dia pula nak jual nama Allah pada Kristian yang sudah tentu menggunakan peluang ini untuk menyebarkan agama Kristian ini.

Jesus Christ is not the same as Allah.

Anonymous said...

Pas= Parti Ayam(pelacur) Sakit

Inilah gelaran paling layak Pas Terima Pada Abad ini..

Anonymous said...

pas hanya sebuah parti politik,yang menggunakan perkataan islam untuk meraih sokongan melayu islam, itu sahaja...

Anonymous said...

STB,

Tanpa mengira apa nama nya, brand nya, perjuangan nya, matlamat politik adalah untuk kuasa. kuasa untuk memerintah, bagi mendapat kuasa untuk memerintah perlu menang , menang perlu sokongan. sokongan itu nombor. Nombor di generate oleh pengundi.itu lah dia nya.

Dalam soal ini parti tidak kira PAS atau mana - mana pun perlu menyesuai dan keupyaan beradaptasi dengan keadaan semasa, negara berkaitan. Dalam kontek Malaysia tiada satu kaum atau parti boleh memerintah sendirian kecauali melayu dan UMNO, kerana kawasan parlimen dan DUN masih majoriti Melayu kecauali Lembah Kelang dan Pulau Pinang bahagian pulau. Tapi soal nya boleh kah stabil, kerana ekonomi masih lagi majoriti masih bukan melayu. Tengok saja daripada 20 orang terkaya di Malaysia hanya 4 -5 orang melayu. Kuasa politik perlu di sokong oleh kekuatan ekonomi. Ini hakikat nya, PAS perlu beradaptasi, melainkan ianya wujud platfom baru UMNO dan PAS berpadu, tapi boleh kah survive dalam kontek malaysi?. Logik nya agak sukar kerana keadaan berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang bahasa dan berbilang kebudayaan adalah penentu survival negara kita. Oleh itu BN masih relevan untuk kepentingan semua kaum. Namun begitu konsep Reward dan Punish perlu dalam menentukan anggota pentadbiran, mengikut meritokrasi. Meneng lebih dapat lebih , menag kurang dapat kurang, tidak menang langsung berehat seketika. Ini perlu BERUBAH.


TQ Kuang Bukit.

CUCU TOK WAN said...

PAS cuba mewujudkan wuzarah-wuzarah (kementerian-kementerian) di dalam parti itu untuk menunjukkan yang depa lebih pandai dan lebih memahami fiqh syahsiah berbanding UMNO. Pada masa yang sama, cuba menolak fahaman sempit dan dangkal mereka tentang assobiyyah.

Maka diwujudkan wuzarah yang diketuai oleh tafwidl dan tanfidz.

Dalam apa keadaan pun, seharusnya wazir tafwidl mengatasi wazir tanfidz memandangkan wazir tafwidl diwajibkan sebagai orang Islam, tahu tentang hukum-hakam Islam dan tahu tentang strategi dan taktik perang serta tahu cara-cara menguruskan kewangan.

Sedangkan wazir tanfidz pula dikhususkan untuk si kafir...

Dalam kes PAS, kita sendiri dapat melihat bagaimana tunduknya PAS kepada kehendak dan tuntutan kaum kafir dari DAP. Jadi, apa yang diharapkan kalau kaum kafir berada di dalam PAS? Apakah wazir tafwidl mereka akan mampu mengatasi wazir tanfidz mereka?

Nampak gayanya tidak mungkin! PAS akan ditelan oleh si kafir yang berada di dalam parti tersebut terutama apabila kaum kafir diberikan hak mengundi....

Sejarah Malaysia sendiri sudah cukup untuk dijadikan panduan. Kesilapan terdahulu dengan memberikan hak mengundi 1 undi sama seperti orang Melayu menyebabkan orang Melayu-Islam kekal seperti ketika British memerintah negara ini!

Anonymous said...

Jangan lupa kumpulan yang terbaru, kumpulan 'ammak' dengan 'lai ma'...

wan..