Followers

Friday, May 15, 2009

Bertepuk Sebelah Tangan

Semalam, pada 14 Mei 2009, Malaysia Kini melaporkan, Hu Pang Chow sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS(KPP) mohon disegerakan penyertaan mereka sebagai ahli bersekutu PAS. Beliau bimbang ahli KPP akan lari jika ianya tidak dinaiktaraf sebagai 'Dewan' seperti Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS.

Kelambatan ini, katanya lagi kerana masalah dalaman PAS yang mana Marsyidul Am PAS sendiri keberatan kerana takut "diserang UMNO." Ahli akar umbi juga bimbang dengan kehadiran penyokong mereka yang 'bukan Islam' ini mengunggat jawatan tertinggi parti dan menggugat dua dewan mereka - kecuali Dewan Ulama yang 'untouchable'.

Saya bersimpati dengan Hu Pang Chow dan KPP. Selamat datang ke dunia realiti!

PAS bukan parti rakyat. PAS bukan parti liberal. PAS merupakan parti yang rigid. Saya tidak terkejut dengan tindakan PAS. Saya cuma terkejut dengan tindakan bukan Islam yang 'sangap' hendak sangat menyokong PAS.

Jika dikalangan orang Islam sendiri PAS terkenal rigid dan patronizing, macam mana orang bukan Islam hendak 'berlindung' dibawah panji-panji PAS. Sedarlah bahawa PAS parti yang 'obsolete' atau usang atau milik abad yang ke 15 atau paling moden pun abad ke 19.

Lihatlah apa yang berlaku sekarang antara golongan 'Erdogan' atau 'Young Turk' dalam PAS? Islam sendiri bukan agama rigid tetapi PAS kekal rigid. Dalam PAS sekarang, golongan akar umbi tidak merestui 'golongan professional'. Mereka tetap mahu jawatan presiden dan timbalan presiden dipimpin oleh 'ulama'.

Ulama sudah jadi kasta baru dalam Islam sedangkan ulama hanya salah satu section dalam Islam. Banyak element lain dalam Islam yang sama jika tidak lebih penting dari ulama. Untuk lebih faham istilah 'ulama' ini sila baca posting 'Ulama' saya.

Sekarang timbul pula istilah ulama professional. Siapa pula ulama professional ini? Jika dari segi akademik, kita rujuk 'professional soldiers' atau 'professional philosophers', maksudnya orang yang tidak membuat kerja lain kecuali dalam profession itu, maknanya sama. Ulama professional adalah orang yang 100% mencurahkan tenaganya menjadi ulama seperti priest, cardinal, bishop dan pope.

Mungkin maksud ulama prefessional ini orang yang mahir agama dan bidang-bidang teknikal sekaligus. Sebenarnya perlembagaan minta hanya ulama jadi presiden dan timbalan presiden itu yang menyebabkan PAS parti usang atau 'obsolete'.

Jika sesama umat Islam sendiri sudah didiskriminasikan untuk menjadi pimpinan tertinggi mereka, bagaimana bukan Islam boleh harap mereka dapat hak yang lebih baik. Sudah saya katakan PAS parti yang rigid dan militant.

Saya simpati dengan pengerusi Kelab Penyokong PAS yang hanya menjadi melukut ditepi gantang. Hu juga berkata seperti orang bercinta, jika hari-hari mengucapkan cinta pun, ajak kahwin tidak mahu, lama-lama kekasih akan lari.

Iya saya setuju. Mungkin Hu tidak sedar, cinta mereka kepada PAS hanya satu hala dan bertepuk sebelah tangan. PAS sendiri mungkin banyak 'girlfriends'nya.

Larilah jangan tunggu.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Kawan bersetuju kalau kepimpinan PAS menggantung isu KPP ini, bagi kawan Tuan Guru Nik Aziz bijak dan berpandangan jauh. KPP ini tidak akan menjadi tiang sokong yang boleh diharap, datang sunami hanyut semuanya.......

Kawan rasa PAS melihat apa yang belaku di Indonesia, apabila kerajaan Indonesia melaungkan slogan Nusantara selepas merdeka dari tangan Jepun ( bukan Belanda), iaitu semangat satu bangsa satu bahasa ( agama ikut suka ), semua etnik menggunakan satu nama : susanti, hartono, herman tino, oop silap..... etnik Cina dengan senang hati membuang nama Chong, Wong, Nga, Ngeh.....

Apa terjadi sudahnya ? Rudy, Hartono, Susansi ini yang menguasai ekonomi negara seterusnya toke-toke besar sehinggakan peribumi banyak berkubur dilaut Cina Selatan, Selat Melaka untuk datang ke Malaysia sebuah negara Islam untuk mencari rezeki......

Kawan setuju PAS menolak terus KPP untuk dinaik taraf sebagai Ahli Bersekutu.........

Apache said...

SiLuncai terjuan dengan labu-labunya...Biarkan...Biarkan