Followers

Monday, May 18, 2009

1Sekolah 1Malaysia


Malam semalam saya antara blogger yang menandatangani(secara digital) petition 1Sekolah. Selama ini, kaum bukan Melayu selalu membuat dakwaan mereka didiskriminasikan dan menentang penguasaan Melayu, kononnya.

Malah mereka lebih berani dari itu bila menafikan Malaysia yang asalnya bernama Tanah Melayu ini didiami oleh orang Melayu sebelum datangnya lain-lain kaum. Bukan saya berniat membangkitkan perbalahan kaum tetapi apa yang akan saya tulis merupakan sejarah.

Memang orang Melayu yang mula-mula mendirikan kerajaan di Tanah Melayu ini sebelum datangnya Portugis, Belanda dan Inggeris. Datuk Ti Lian Ker pernah mendakwa, kaum Cina juga berhijrah ke sini sejak zaman Melaka seperti Baba dan Nyonya.

Memang ada kebenarannya. Kaum Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu seperti Baba dan Nyonya tidak berkiblatkan China lagi sebagai adat dan budaya mereka. Mereka bertutur, berpakaian dan mengamalkan adat resam orang Melayu cuma mereka tidak memeluk agama Islam sahaja.

Apa salahnya jika kaum Cina yang datang kemudian mengikuti contoh Baba dan Nyonya. Mereka tidak canggung bergaul dengan orang Melayu kerana proses 'ice-breaking' telah terjadi ratusan tahun bila mereka menjiwai budaya penduduk tempatan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Saya tidak menyentuh soal pegangan. Kaum Cina tidak perlu memeluk agama Islam. Lagipun Islam bukan agama paksaan. Cuma seperti immigren lain, apa salahnya mengikut budaya setempat terutama dari segi bahasa.

Di Indonesia contohnya, kaum Cina mereka langsung tidak boleh bertutur bahasa mandarin dan memakai nama Cina lagi. Lihatlah pemain badminton keturunan Cina mereka seperti Ardy Wiranata, Allan Budi Kesuma dan Fung Fermadi. Semuanya memakai nama Indonesia.

Di Malaysia orang Melayu lebih bertoleransi dan membenarkan perkara remeh temeh seperti memakai nama Cina dan sebagainya. Oleh dek kerana toleransi itu maka kaum lain mudah pula menuduh Melayu sebagai rasis. Betul kata Caligula, Maharaja Rom yang gila itu: "Let them hate us as long as they fear us."

Sikap berlembut ini diintepretkan oleh kaum lain sebagai lemah. Mereka menuntut benda yang bukan-bukan. Mula-mula kononnya mereka menuntut hak mereka. Kemudian mereka mempersoalkan hak kita seperti azan, soal fatwa kita seperti yoga, dan sebagainya.

Saya membaca 3 siri 13 Mei yang ditulis oleh Jebat Must Die, termasuklah terbunuhnya seorang pekerja UMNO iaitu Encik Kassim bin Omar. Beliau dipukul sampai mati dan disimbah cat merah ke mukanya menjelang pilihanraya 1969. Pemimpin UMNO yang takut kemarahan kaum tercetus mengkebumikan beliau secara senyap-senyap walaupun dengan penuh hormat.

Apabila parti yang dikuasai oleh kaum Cina menang besar iaitu parti DAP dan Gerakan, mereka mengadakan perarakkan besar-besaran di kawasan orang Melayu yang membawa sepanduk menghina orang Melayu seperti: "Melayu babi pergi mati" dan 'Sakai balik kampung." Mereka bukan menghina UMNO, kata Jebat Must Die tetapi menghina orang Melayu keseluruhannya.

Seperti biasa apabila Melayu terancam, mereka akan mengamuk dan berlaku pertumpahan darah yang dikenali dalam sejarah 13 mei 1969. Mengamuk bagi orang Melayu seperti berserk bagi orang Viking. Sebab itu perkataan 'amok' dan 'berserk' dalam bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Melayu dan Scandinavian

40 tahun berlalu selepas 13 Mei 1969, dan lebih dari 50 tahun merdeka, jurang kaum masih menebal di Malaysia ini. Saya tidak dapat tidak menyalahkan sistem sekolah yang membenarkan adanya sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Jika di sekolah lagi mereka, warganegara Malaysia dipisah-pisahkan mengikut etnik, sampai bila masalah perpecahan kaum tidak akan selesai.

Tidak ada negara seliberal mana pun mereka membenarkan sistem pendidikan semacam ini. Amerika yang menjadi jaguh liberalisasi juga meletakkan standard tertentu untuk menjadi warganegara mereka. Begitu juga England, Perancis, Norway dan lain-lain.

Jika kaum Cina Malaysia masih tidak mahu menguasai bahasa Melayu, memahami adat resam Melayu dan masih berkiblatkan tanah besar mereka, ini menunjukkan ketidaksediaan mereka menjadi sebahagian dari 1Malaysia. Sememang layak mereka dilayan seperti warganegara kelas dua seperti yang mereka fikirkan.

Saya tidak dapat bayangkan jika orang Melayu,atau mana-mana bangsa lain berhijrah ke China atau India, boleh ke kita mempunyai budaya kita, adat resam kita atau sekolah kita dan menafikan penduduk China dan India sebagai peribumi?

Sekolah satu sistem pendidikan memang penting. Amat penting anak-anak muda yang suci, putih dan bersih ini diberi input dan acuan yang kerajaan setujui untuk mewujudkan 1Malaysia.

1Sekolah. 1Bahasa.1Malaysia

13 comments:

Unknown said...

syabas! sy mmg dah lama ternantikan blog spt ini.. dan sy menyokong 200% 1 malaysia, 1 sekolah. sy ada bangkitkan dulu dlm blog sy tp dsebbkan rasa syg pd bangsa dan tidak mahu pergaduhan, sy padam blk artikel tu...

tp skarang sy sudah semangat kembali. bleh sy linkkan artikael anda?

sri tribuana said...

Sila link kan saudara kayrolldin, saya alu2kan. Jgn takut menyuarakan pendapat dan kebenaran walaupun mungkin ia mengorbankan nyawa kita.

Oleh itu saya meletakkan maxim latin:
"Libertas virorum fortium pectora acquit."

Terima kasih

AiNeRzA said...

Betullllll...saya pun sokong...kekadang geram bila baca pasal hak-hak orang melayu dipertikaikan...kalau la saya ada kuasa yang diberi...saya hantar orang-orang yang tidak menghormati hak-hak orang melayu ke tanah asal mereka...hihihihihi...

Anonymous said...

wah hebat dan sgt sokong....

su said...

Salam...da baca byk yg sy tau....

~tice su~

--{♥Mahirah Abd♥}-- said...

sy sbg CIKGU sgtttttt SOKONG..!!

Hajjah Noraini @Nanie said...

Auntie was fourteen years old, I was in KL bila 13 May berlaku, amat gerun tapi semangat kental Melayu ketiga itu amat membanggakan. Sedih, sekarang hanya tinggal budaya rempit dan budaya lepak. Apa dah jadi dgn pemuda2 melayu? Auntie dah jumpa pon blog yg berani berkata2. Teruskan..menulis.

sri tribuana said...

Terima kasih saudara saudari atas sokongan saudara/saudari. Saya akan terus kan perjuangan.

Seperti kata Wiranggaling, watak dalam novel Arus Balik karya Pramoedya Ananta Toer, "aku akan terus berjuang walau aku tidak mempunyai apa-apa, walaupun aku hanya bersenjatakan secauk pasir sekalipun."

AKK-KAY said...

"benar kata org gila..."

Great piece! Sepertinya pelajar luar negara yang terpaksa bermati-matian belajar utk mengassimilasi diri dengan bangsa dan bahasa orang.. takkan mungkin ada mini malaysia di sini, jadi mengapa perlu ada mini sebuah negara lain di Malaysia? sokong 1sekolah 1malaysia!

Anonymous said...

as a teacher myself in secondary school...it cant been denied anymore that our education system failed to integrated our young generation..and its all due to the fact that they were been educated separately in their early day... melentur buluh biar dari rebung yer

AZLAN said...

aku setuju dgn sribuana! 100% tp nape ada lg melayu yg tak kenal dgn bangsa sendiri..masih tak sedar2

Tok Ngah said...

Suatu masa doeloe aku di Indonesia. Tulisan Cina kat papantanda kedai memang takde. Org cina sana memang ramai tak boleh berbahasa cina apatah lagi nak tulis cina. Nama dalam bahasa cina pun dah tak wujud dah. adakah mereka semuanya berjaya diintegrasikan dalam satu bangsa Indonesia? Sendiri pergi sendiri check lah ye

Sisingamangaraja Gorgor said...

The problem is the chinese people themselves...~

Mengikut kajian psikologi haku:

Mereka tidak mahu menghapuskan skolah vernakular adalah disebabkan sikap mereka sendrik yang terlalu fobia dan takut melihat Malaysia yang pada pandangan mereka saban tahun mengalami "Malaynisation" & "Islamisation"...~

Disebabkan Bangsa Melayu dan juga Bumiputera yang lain yang majoriti serta jumlah umat Islam yang agak besar dan semakin berkembang di Malaysia... Tidak seperti negara pulau slatan tu yang mana Bangsa Melayu & Umat Islam hanya minoriti... Atas sebab itulah skolah vernakular tidak diperlukan disana...~

Tu je la...~

Er...~

...~