Followers

Sunday, May 17, 2009

Masyarakat Kertas V Masyarakat Tanpa Kertas

Kertas ditemui dinegeri China pada 105 A.D. Penciptanya bernama Tsai Lun, jika saya tidak silap dalam '100 the Most Influential Persons in History' beliau menduduki tempat ke tujuh.

Beliau di anggap begitu berpengaruh kerana impak yang dibawa oleh kertas itu kepada tamadun umat manusia. Sebelum itu, di negeri China ilmu pengetahuan disimpan didalam bilah-bilah buluh yang mana tidak praktikal, berat dan tidak boleh dihasilkan besar-besara.

Selama 5 abad, China merahsiakan teknik membuat kertas ini. Rahsianya terbongkar apabila apabila pada tahun 751, orang Arab menangkap pembuat kertas bangsa Cina dan berjaya mencungkil rahsia membuat kertas. Teknik membuat kertas ini pula dipelajari oleh orang Eropah dan tersebar secara meluasknya di Eropah pada abad ke 12.

Secara globalnya, dunia menjadi masyarakat 'berkertas'.

Bila teknik menghasilkan kertas ini menjadi milik dunia, ilmu pengetahuan menjadi pesat berkembang dengan kertas sebagai mediumnya. Buku-buku pengetahuan dapat ditulis dan boleh dicetak secara besar-besaran. Ini membuatkan karya-karya agung boleh dimiliki oleh sesiapa yang berminat dan pendemokrasian ilmu telah bermula.

Kertas bukan sahaja digunakan dalam bidang ilmu, juga sehari-harian kita. Perniaga akan membuat ledgernya di atas kertas, sang pencinta mengutus surat buat kekasihnya melalui kertas, treaty-treaty antara negara, perjanjian sosial antara masyarakat dan pemerintah seperti Magna Carta di England menggunakan kertas, catatan peribadi, jurnal, suratkhabar, warta, dan kertas paling berkuasa iaitu duit. Dengan ringkas, hampir tiada kehidupan kita tidak tersentuh oleh kertas. Bahkan 'toilet paper' bagi sesetengah masyarakat tidak menggunakan air.

Kertas telah mendominasikan kehidupan sehari-hari umat manusia hampir 2000 tahun lamanya.

Sekarang ini segalanya hampir akan di 'elektrik' kan. Muncul istilah 'paperless society' serentak dengan kemajuan digital dan komputer. Peranan kertas secara beransur-ansur telah diambil alih oleh komputer dan segala macam gadget digital seperti PDA(Personal Digital Assistance), Palm, IPhone, calculator, laptop, digital wallet, credit card, charge card dan debit card sebagai contoh.

Dengan revolusi digital ini, bererti manusia terpaksa mengubah satu culture atau kebiasaan yang telah membentuk asas tamadun dan kehidupan mereka selama hampir 2000 tahun.

Sang pencinta tidak mengutus surat lagi, tetapi melalui email, SMS atau MMS. Kad raya juga berkurangan dan pendapatan Pos juga merosot. Sesetengah kita tidak menyimpan diari lagi tetapi membuat temujanji dan menyimpannya melalui PDA atau Palm sebagai organiser.

Tidak lama lagi, duit juga akan didigitalkan dan wang kertas mungkin tidak dibawa oleh manusia. Secara beransur-ansur, kertas sebagai ikon zaman silam yang banyak membantu tamadun manusia telah diambil alih oleh teknologi yang lebih canggih.

Perubahan ini akan mengubah banyak sifat dan tabii manusia.

Antaranya jika datuk kita dahulu bergantung kepada suratkhabar sebagai sumber maklumat kini anak-anak muda lebih sukakan blog dan internet. Mereka sangat yakin(bukan tanpa kebenaran), akhbar selalunya memihak dan berat sebelah. Keghairahan untuk mempercayai blog dan internet juga akhirnya akan menjadi seperti akhbar juga kerana tidak ada siapa yang boleh mengawal ethik blogger-blogger.

Nasib karya-karya agung juga demikian. Saya dapat merasakan ramai anak muda tidak cuba membaca karya-karya seni seperti hasil Leo Tolstoy, Hemingway, Kafka atau Schopenhauer dan sebagainya. Mereka lebih minat mencari info melalui internet dengan melayari website dan mendapatkan maklumat. Mungkin tidak sekarang tapi awas Kunikoniya dan Times dan MPH.

Seperti Tsai Lun yang menemui kertas dan menjadi kaya raya dengan penemuaannya, begitu juga tokoh-tokoh digital dan komputer. Cuma bila dua ribu tahun dari sekarang, jika buku(jika masih wujud buku zaman itu) menamakan '100 the Most Influential Persons in History' membuat penilaian, adakah Tsai Lun jatuh ke tangga lebih bawah dan diganti oleh penemu-penemu digital? Tanpa kertas, tak mungkin ilmu berkembang kerana penemu digital sendiri lahir zaman kertas.

Lagipun, peranan kertas hampir menyeluruh kerana hingga dibilik air ia digunakan. Saya masih tidak dapt membayang ada gadget digital dan eletronik yang boleh ganti 'toilet paper.'

1 comment:

alfian_firhan said...

Bagi aku walaupun the whole world being digitalized, kertas masih diperlukan. Aku kata macam ni sebab bagi aku digital adalah sesuatu yang fragile, tak secure betul. Data dan maklumat boleh diubah.. Em tak sesuai diadaptasi dalam treaty atau agreement. Hackers pun belambak kat pasaran digital. Soal Tsai Lun berada di tangga di bawah atau atas tu tak berapa penting. Ranking tu manusia tertentu je yang buat dan terlibat. Tu pun kan bleh ditukar gak.. Em ntah la. Ni dari dimensi pemikiran aku la..