Saya terkejut apabila membaca blog Belia Anti-BN. Penulis blog berkenaan mendewa-dewakan seorang tokoh komunis iaitu Chin Peng. Beliau memperjuangkan agar Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia kerana Chin Peng menurutnya, perjuang kemerdekaan. Baca rationale beliau di: http://keraspedal.blogspot.com/
Saya faham beliau anti BN dan dalam demokrasi tidak salah itu. Cuma adakah ini cara pembangkang mentarbiah pemuda/belia mereka dengan memberi input yang salah? Parti Komunis Malaya adalah parti yang paling ganas dalam sejarah Malaysia. Mereka membunuh, merompak, menyamun dan memerasugut rakyat yang tidak berdosa tanpa belas kasihan atas nama perjuangan mereka.
Dalam blog Thinking A Loud, Datuk Li Tian Ker juga ada mengkritik seorang belia Cina yang pro PKM. Beliau mengklasifikasikan penulis blog itu sebagai buta sejarah.
Bagi saya, memang betul pun mereka ini buta sejarah. Tun Dr. Mahathir juga memanggil ini sebagai jurang generasi kerana mereka lahir selepas tahun 1957, tidak dapat merasai dan menjiwai bagaimana perjuangan kemerdekaan diperjuangkan. Apatah lagi(saya tahu mereka akan berhujah sejarah diputarbelitkan) sukatan pelajaran sejarah di Malaysia sekadar setengah masak sahaja.
Pertama sekali ideologi komunis sangat bertentangan dengan mana-mana masyarakat beragama tidak kira agama apa. Komunis menganggap agama merupakan candu bagi orang yang susah untuk melupakan kesusahan mereka. Mereka akan membunuh orang jika hanya seseorang itu mempercayai adanya tuhan.
Macam ini kah perjuang kemerdekaan? Komunis tidak pernah kisah pasal kemerdekaan pun. Mereka licik dan gunakan apa saja trend yang menguntungkan mereka. Jika kemerdekaan boleh membantu perjuangan komunis, mereka gunakan propaganda kemerdekaan. Mari saya ceritakan asalnya komunis ini supaya saudara belia yang anti-BN dan buta sejarah tahu asal-berasal sesuatu perkara.
Pada asalnya tidak pernah adanya komunis. Selama ini pun sayap kiri dipanggil sosialis. Tidak semua sosialis ini komunis tetapi komunis adalah cabang sosialis. Sosialis adalah fahaman umum bagaimana masyarakat perlu disusun. Mereka tidak membenarkan sesuatu golongan terlalu berkuasa dan mengeksploit golongan lemah. Ini ideanya sosialis.
Apabila Karl Marx terlalu jengkel dengan golongan pemodal yang mengumpulkan kekayaan, dan mengekploitasi golongan pekerja, beliau menulis Das Kapital. Beliau sendiri tidak menamakan komunis tetapi bukunya menjadi kitab suci sosialis.
Di Rusia, Lenin merupaka seorang pelajar pintar, tidak sukakan feudalisme Tsar telah mendapat inspirasi dengan membaca karya Karl Marx. Beliau orang bertanggungjawab mewujudkan manual praktikal bagaimana mewujudkan negara sosialis yang pertama.
Pada mulanya, golongan sosialis ini bersatu. Kemudian terpecah dua. Ada yang ingin menggunakan keganasan dan ada dengan cara aman. Kemudian mereka berpecah menjadi golongan Bolshevik maknanya 'majoriti' dan golongan Menshevik iaitu minoriti. Bolshevik ini berpendapat, untuk berjaya dalam revolusi, mereka akan menggunakan keganasan termasuklah membunuh sesiapa sahaja yang tidak setuju dengan ideologi mereka.
Bolshevik adalah diketuai oleh Lenin dan Menshivik seperti namanya lenyap dalam sejarah. Lenin berpendapat, untuk menwujudkan negara sosialis, mereka mesti menguasai golongan proletariat atau kelas pekerja dan petani yang kelihatan ditindas.
Maka dakyah-dakyah kebobrokan sistem Tsar dan kelas atasan dilancarkan. Mereka meresap ke dalam persatuan sekerja dan mewujudkan huru hara dan rasa tidak puas hati kepada golongan yang kaya dan bangsawan.
Strategi ini amat berkesan. Penipuan demi penipuan akhirnya diyakini oleh orang susah yang bodoh ini. Mereka menentang Tsar dan berjaya menggulingkan Tsar ketika Revolusi 1917. Maka wujudlah negara sosialis mengikut corak Lenin yang dinamakan komunis. Komunis adalah dari perkataan commune atau masyarakat.
Kononnya kerajaan rakyat untuk rakyat. Sepanjang pemerintahan komunis di Rusia, mereka membunuh rakyatnya lebih dari Hitler membunuh askar Rusia. Di China, Mao Tse Tung pula terpengaruh juga dengan Karl Marx dan memulakan gerakan komunis yang mengambil masa 27 tahun untuk berjaya. Beliau terkenal dengan 'Long March'nya yang mana 84,000 komunis diburu oleh Kaomintang yang selamat cuma 4000 orang sahaja.
Bila Rusia, China dan Cuba pada tahun 1957 berjaya dikomuniskan, mereka mewujudkan Comitern atau Komunis Antarabangsa untuk mengkomuniskan seluruh umat manusia atau mana-mana negara yang ingin bersatu bawah agama baru ini.
Bila Chin Peng mewujudkan PKM, memerdekakan Malaya adalah perkara terakhir dalam benaknya. Sebagai komunis yang dibantu oleh China, pertama sekali beliau mahu menguasai Tanah Melayu dan mengkomuniskan Malaya. Sudah tentu mengikut acuan komunis, orang yang taat beragama seperti orang Islam akan dibunuh dahulu.
Inikah perjuang kemerdekaan? Mereka bersetuju memerangi Jepun kerana pertama Jepun adalah musuh tradisi orang China dan majoriti komunis dikuasai oleh kaum Cina(ini bukan bererti semua kaum Cina pro-komunis). Mereka mempamerkan diri mereka sebagai perjuang kemerdekaan kerana hendak memenangi hati rakyat sahaja.
Selepas Jepun kalah dan selama 13 hari pemerintahan Bintang 3 iaitu period sebelum Britihs kembali menegakkan law and order, komunis membunuh sesuka hati orang-orang yang tidak berdosa. Di mana keadilan bagi keluarga orang yang tidak berdosa dibunuh sesuka hati oleh komunis ini. Wajarlah jika kerajaan yang pernah merasai bahana angkara keganasan komunis ini tidak membenarkan Chin Peng pulang kerana peristiwa itu masih menjadi igauan buruk sesetengah mereka. Belum mengambil kira lagi perasaan keturunan polis dan tentera terkorban semasa memerangi keganasan komunis ini.
Ketika Jepun menyerang China, Mao minta bekerjasama dengan Kaomintang. Chiang Kai Shek tidak setuju kerana beliau faham tujuan Mao. Demi bangsa China, ramai mendesak Chiang Kai Shek bekerjasama dengan komunis untuk menentang Jepun. Mao memanipulasikan peluang ini dengan membiarkan kekuatan tentera Kaomintang terhakis sedikit demi sedikit kerana mereka berperang dibarisan depan dengan Jepun. Komunis tidak memerangi Jepun sangat dan mengekalkan keutuhan tenteranya.
Lepas perang, Mao menghancurkan Kaomintang dengan taktik ini. Apa jadi pada China bila komunis mengambil alih? Berapa ramai yang terkorban semasa Mao melancarkan 'Cultural Revolution.' Anak-anak muda ditanam kebencian kepada kebudayaan China dan mecerca, memukul dan membunuh ibubapa mereka sendiri kerana taat dengan adat resam China.
Inikah gambaran saudara Anti-BN inginkan di Malaysia ini jika PKM mendapat kuasa? Saudara mengatakan orang BN buta sejarah, sejauh mana celiknya sejarah saudara? Saya ada nampak gambar Nik Aziz sedang berdoa dalam blog saudara. Adakah Nik Aziz berdoa Chin Peng boleh pulang dan disambut sebagai hero yang akan menghapuskan kebebasan beragama?
Inikah cara Pakatan 'Rakyat' mendidik generasi akan datang?
Ntahlah.
9 comments:
Betul tu sribuana! aku rasa org2 mcm keraspedal patut baca artikel sribuana ni, bg celik skt sejarah tu..aku rasa waktu skolah dulu dia belajar sejarah nepal atau zimbabwe kot...huhuhu
Akibat salah asuhan...
tidak betul tu tuan. bukan semua yang anti-BN adalah dari PR atau pembangkang. jgnla melabel mereka mcm tu. ramai lagi mereka dr PR yg tidak sokong chin peng. pembangkang pun ada yg membangkang kepulangan chin peng.
Saya tidak generalizedkan. Kepada siapa yg pro PKM saja. Kalau org BN pro PKM, dia pun x patut. Cuma kebetulan ada dua remaja tak pro BN ni mendewa-dewakan PKM, nampak sgt diaorg x phm sejarah. Pergi ke blog Thinking A Loud, ada seorang remaja Cina mengatakan PKM parti multiracial. Beliau dibetulkan oleh Fatuk Ti Lian Ker, sebagai org yg merasa kekejaman komunis dan melihat sendiri.
terima kasih atas maklumat bro..
erm tak tau kenape (me myself buta sejarah jugak) tapi rase macam vague je artikel ni, plus if fahaman si empunya blog keraspedal yg di sangkal, masih tak tertakrif fahaman anti-BN dikalangan belia, sebab rase nye anti-BN tak semestinya pro komunis kn? ..plus mungkin juga sokongan to chin peng itu bukan kerana fahaman tetapi sbb2 yg lain -- bangsa, agama dsb kn?
seperti seorang kanak2 perempuan yg menyambut harijadi pada hari valentine, yg mungkin ingin kan bunga dan jugak Wii movie sebagai hadiah, sedangkan dia masih kanak2, begitu juga pakatan 'rakyat' yang mahukan fahaman anti-ism (komunism) dan juga fahaman beragama di dalam masa yang sama walaupun sangat antagonism.
Well, but this still an opinion from my small brain, yg buta sejarah pulak tu... =) maaf for any disgrace...
Ramai yang salah faham di sini. Saya tidak menulis tentang semua belia anti BN pro komunis. Nama blog keras pedal itu Belia Anti-BN. All the while i'm addresing him not the youths and anti-BN in general.
The generation gap comform when many youth don't understand my real intention.
The problem is that budak ni memang penyokong fanatik pas...~
Memang mereka neh anti-UMNO sangat2... Disebabkan UMNO pada masa mula merdeka dulu memang pro-british yang menyebabkan undang2 & perlembagaan Negara pun ikut acuan british bagi pandangan persepsi puak2 pas...~
Disebabkan oleh itu... Mereka (puak2 pas neh) menggunakan prinsip "The enemy to my enemy is my friend"...~
So yang mereka nampak musuh UMNO-british siapa lagi?...~
Tapi kesilapan mamat neh adalah menyokong puak2 erdogan yang sememangnye pro-barat...~
Tu lah sebab2 nye kalo mengikut kajian psikologi haku...~
PAS parti sesat... islam tak seperti PAS gambarkan. PAS salah menerangkan org tentang Islam. Tidak ada istilah pro UMNO or pro Barat. Kalau kita pro arab saudi ke, pro iran ke kalau jumud sama saja.
Jika kita mengikut barat dari sains dan teknologi dan pemikiran rasional tetapi akidah Islam tak salah.
Orang PAS dan kebanyakkan org Islam suka memikirkan hal remeh temeh.
Barat sendiri maju kerana meniru org Islam ketika Islam sedang maju walaupun dikritik oleh church. Adakah kerana meniru kemajuan islam menjadikan barat ISlam? Tidak
Begitu juga dgn menjadi Islam. Menjadi Islam bukan bererti kena anti-barat. Menjadi islam adalah pasrah dgn takdir ALlah dan mendapat keredhaan Allah soal nk pakai mazhab mana tidak timbul.
Jika kita bercakap tanpa ilmu ini jadinya
Post a Comment