Followers

Wednesday, May 27, 2009

Cina Malaysia v Cina China

Dalam pertandingan Piala Thomas Tahun 1992, di mana Malaysia telah mejuarainya, jika tidak silap dalam perlawanan separuh akhir, perlawanan berlangsung acara beregu antara Chia Soon Kit dan Soon Bin Kiang iaitu pemain Malaysia menentang beregu China yang saya tidak ingat namanya.

Saya menonton dirumah seorang kawan. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita menyokong pemain Malaysia walaupun mereka berketurunan Cina. Kami generasi baru faham semangat Kemalaysiaan merentasi batas-batas perkauman.

Apa yang melucukan saya pada ketika itu, ibu kepada rakan saya yang sangat naif bertanya: "Ini perlawanan antara Cina Malaysia lawan Cina China yer?". Kedua-dua kami - saya dan anaknya - ketawa mendengar soalannya. Anaknya menerangkan bahawa kedua 'Cina' Malaysia itu bernama Chia Soon Kit dan Soon Bing Kiang.

Dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS akan datang, perkara yang hampir serupa, tetapi berlainan ceritanya berlaku. Ahli Parlimen dan penulis blog Screenshots, Jeff Ooi melabelkan pertarungan antara Husam Musa dan Nashrudin Mat Isa sebagai 'PAS-PR v PAS UMNO'.

Walaupun Mat Sabu adalah pesaing yang ketiga, tetapi perlawanan antara Husam dan Nashrudin merupakan yang dianggap sengit. Mat Sabu hanyalah 'wild card'.

Husam Musa merupakan pemimpin PAS pro Anwar, sementara Nasharudin Mat Isa pro-UMNO. Siapa akan menang melambangkan PAS fundamental v PAS liberal, PAS tradisional v PAS moden dan PAS ulama v PAS erdogan.

Akhirnya Piala Thomas kembali ke Malaysia pada 1992 setelah mengalahkan China di peringkat separuh akhir dan mengalahkan Indonesia di akhir.

Semuanya hasil 1Malaysia

4 comments:

KAYREN @ anisyh said...

PAS PR? PAS UMNO? haha berapa banyak parti dah wujud kat MSIA dalam 2 tahun ni? 'I've been missing a lot!!!'

YANG GAMBI said...

Kawan tak peduli lagi pasai deme, nak join dgn PAS ke DAP ke, PKR ke lantak deme, deme dah agung-agungkan Ching Peng, patut le deme nak pakai undang-undang rimba......

Dapat ke cari 2 isu sehari, anak buah maca mana ?

JETT said...

setuju sngt dgn SB tp aku pelik dgn generasi skrg yg dikatakan bijak pandai tp x leh nk pikir mana baik mana buruk..buang la sifat ortodoks & primitif tu!

Anonymous said...

stuju.

generasi skrg ni bijak, tp sgt mudah terpedaya. plus, dorg ni sgt ego. sbb tu dorg x dpt pk dng normal.