Followers

Tuesday, May 12, 2009

Kemelut Perak

Semalam Mahkamah memutuskan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar dan secara teknikalnya beliau tidak pernah digugurkan jawatannya. Hanya ada dua cara secara teknikal seseorang Menteri Besar itu gugur jawatannya. Pertama ialah beliau sendiri meletakkan jawatan. Kedua, Dewan Undangan Negeri membuat usul tidak percaya.

Sultan menurut perlembagaan tidak boleh memecat Menteri Besar. Baginda boleh dalam budi bicara baginda memperkenan seseorang Menteri Besar tetapi tidak boleh menggugurkannya.

Semalam dalam Astro Awani ada membincangkan perkara ini, antara panel adalah penulis blog Nobisha dan Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR. Antara membincangkan isu ini adalah Professor Salleh Buang, seorang pakar dalam bidang undang-undang.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, pendapat Professor Salleh Buang sebagai pengamal undang-undang. Beliau berpendapat, penyelesaian berdasarkan undang-undang dalam soal apa sekalipun bukan jalan yang terbaik. Dikalangan peguam juga setuju, mahkamah merupakan last resort.

Dalam soal siapa Menteri Besar di Perak, dari segi teknikal memang sejak awal procedure undi tidak percaya tidak dilakukan oleh BN dalam Dewan Undangan Negeri. Ini membawa padah dalam pencaturan BN kerana perancangan mereka setengah masak.

Apabila parti Menteri Besar yang memerintah tidak majoriti lagi, dibawah konsep demokrasi Menteri Besar sepatutnya meletakkan jawatan. Apabila baginda Sultan Perak enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri yang mana dibawah bidang kuasa baginda, Nizar tetap enggan meletak jawatan walaupun parti beliau bukan majoriti.

Kekalutan bermula di sini apabila proses melucutkan jawatan beliau melalui undi tidak percaya tidak dilakukan apabila beliau berdegil. Lebih kalut lagi, secara pre-mature BN melantik Menteri Besarnya, dan Sultan memperkenankannya; walhal proses melucutkan Menteri Besar yang wujud belum dilakukan. Dalam perpatah Melayu mengatakan, belum duduk terus berlunjur.

Semalam mahkamah memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Saya banyak membaca blog-blog tentang ini. PR sering lebih tidak gentleman dalam soal yang tidak memihak kepada mereka. Seperti ketua mereka Datuk Seri Anwar, mereka selalu percaya kepada konspirasi teori termasuk tidak bebasnya mahkamah.

Berlainan dengan PR, BN selalu menerima kekalahan sebegini dengan lebih tenang. BN menerima keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka. Tidak ada penyokong BN yang buat kacau, berarak, protes, mengepung pejabat SUK dan sebagainya.

Apabila mahkamah membuat keputusan memihak kepada BN, PR akan mengatakan mahkamah berat sebelah. Seperti kata Professor Salleh Buang, jika kita menggunakan budi bicara, setelah tidak majoriti lagi, sepatutnya Nizar meletakkan jawatan dan tidak perlu kekalutan ini.

Jika beliau mempertahankan hak beliau yang sudah minoriti tetapi berbekalkan perlembagaan yang tidak dapat menggugurkan beliau kecuali dengan meletak jawatan dan undi tidak percaya, apa jadi jika sekarang ini Sultan Perak juga mempertahankan hak baginda tidak membubarkan dewan undangan negeri?

Bolehkan Nizar memerintah dengan majoriti kecil dan sentiasa menghadapi undi tidak percaya dari pembangkang?

Adakah kekalutan ini berterusan dengan mahkamah sebagai penyeleasaian. Banyak kes yang diputuskan oleh mahkamah berdasarkan peruntukkan undang-undang. Undang-undang selalunya rigid, cold dan tidak mengambil kira unsur-unsur kemanusiaan. Ini kerana undang-undang ciptaan manusia dan tidak bebas dari kesilapan. Sementara hakim pula hanya berkuasa menterjemahkan rationale undang-undang berkenaan.

Semua yang terlibat dalam kemelut di Perak adalah golongan yang bijak. Datuk Seri Zambry merupakan seorang Doktor, Datuk Seri Nizar merupakan Ir dan Sultan dan Raja Mudanya bukan calang-calang pendidikan undang-undang.

Sebaliknya, kemelut di Perak merupaka episod paling memalukan rakyat Malaysia. Kita terlalu banyak menggunakan hati dan bukan rasioanal. Kuasa menjadi kiblat dan budi bicara tidak diguna pakai lagi.

PR tidak berpuashati kerana mereka rasa terkalah kerana 3 ADUN mereka belot menyokong BN dan oleh itu mereka mendakwa kekalahan mereka bukan kehendak rakyat tetapi kerana pencaturan politik. Anehnya, sebelum itu Anwar Ibrahim sendiri yang mengwara-warakan ada 30 Ahli Parlimen BN akan belot dan beliau akan jadi PM pada 16 September 2008.

Macam mana rules of law hendak mereka perjuangankan jika mereka juga begitu. Apabila menang, method itu halal buat mereka, jika kalah, method itu salah, tak demokratik, kotor dan bukan kehendak rakyat.

Betul lagu Rolling Stone, susah hendak menghadapi kenyataan bila hati kita memang hitam. Semalam ada kawan, saudara Riduwan Zanin dalam Facebook membuat komen tentang Perak yang menarik perhatian saya.

Katanya: "Perak is an international joke, but I am too sad to laugh."

Yeah Painted it black!

4 comments:

fuzer azez said...

kan senang bubarkn saje dun perak,berikn kuase kpd rakyat utk menentukan walaupun akan membazirkan wang rakyat skali lg tapi lebih baik dr hura hara sebegini. kelak mane2 parti politik pun takleh pertikaikan hak rakyat selepas ini.baru lah takde org yg akan pertikaikan 3 yb yg mnjadi calon bebas yg menyokong BN tu.tertutup la tohmahan rasuah ke atas mereka.kalau benar rakyat d 3 kawasan dun tersebut pun tidak percaya pd kepimpinan PR nah buktikan pd election ini.tiada kesudahan nye jika dibiarkan sebegini rupa.
mengapa pemerintahan d perak hanye ditentukan oleh 3 dun yg berpaling.biar rakyat tentukan khusus nye d 3 dun yg berpaling itu bkn yb yg tentukan.wallahualam..

Apache said...

Sultan juga adalah sebahagian daripada DUN..apabila semua 31 dah berjumpa dengan beliau dan menyatakan sokongan kepada BN semestinya mereka tidak lagi percaya pada nizar bintang 3..nak usul kat dewan tentu dah maharaja kumar tak luluskan...yang sibuk nak pilihanraya ni naper..aritu dah suruh pilih tak pilih betul2..masa Nuar sibuk nak pujuk MP BN tak bising pulak..tah apa-apa la Pakatan Rosak nih..

MusangTembaga said...

Macam-macam provokasi dpd PR dilakukan kepada BN, tapi BN tak melatah dan mengamuk macam Hang Jebat sebab orang2 BN ni profesional, bijak dan faham pada undang2. Tetapi apabila apa2 keputusan tidak memihak pada PR, macam2 onak dan perangai buruk dilakukan oleh PR..Wahai rakyat Perak inilah balasannya apabila mengundi ikut emosi dan tak ikut kata hati yang ditunjukkan oleh Maha Pencipta...Renungkanlah

Anonymous said...

Isunya :-

1. Cara yang dilakukan oleh BN semasa mengambil alih kuasa dari PR 3 bulan yang lalu tidak diurus dengan betul. Terlalu tergopoh gapah dan saya berpendapat Istana juga telah dinasihat dengan cara yang salah. Ini seharusnya tidak berlaku sekiranya BN berfikir dan membuat perancangan yang rapi sebelum mengambil alih kuasa.
2. Kini nasi telah terjadi bubur. Dari segi perundangan Nizar masih MB (Mahkamah Agong - kes Stephen Kalong Ninkam -MB/CM hanya boleh dilucutkan melalui undi tak percaya di DALAM dewan DUN).
3. Rayuan adalah cara terbaik untuk BN, tetapi kes ini telah ada kes pendulu di Mah Agung. maka saya rasa PR ada kelebihan jadi saya rasa biarlah mahkamah yang putuskan.
4. Inilah akibatnya jika membuat sesuatu tanpa berfikir. Rakyat hari ini sudah makin cerdik, pembangkang pun sudah kuat Mungkin Istana juga tidak menyangka bahawa Nizar akan 'derhaka' sampai mcm ini....
5. Apapun saya setuju jika serahkan kemelut ini kepada rakyat supaya rakyat dapat memilih antara PR atau BN. Tapi nampaknya BN macam takut-takut je untuk pilihanraya kecil DUN Perak....Mengapa Ya...takut2 ? Kalau kerajaan yang memerintahpun takut nak buat pilihanraya kecil...berat tu....Mcm mana nak hadapi PRU 13 nanti.
6. Apapun SUK, Penasihat Undang2 Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kena kerja dengan baik sikit la...jangan terlalu nampak sangat berat sebelah sampai ADUN PR nak pergi pejabat pun tak boleh masuk sebab kena kunci.. Padahal mereka adalah wakil rakyat DUN PERAK yang lebih rajin masuk pejabat berbanding Wakil Rakyat BN yang selalu hilang ????

Bukan Rakyat Perak