Followers

Thursday, May 13, 2010

Tragedi Greek

Kesatuan Eropah dan dan IMF telah memberi suntikkan dana sebanyak hampir USD I trillion. Greek tidak akan mampu membayarnya dan ekonomi Greek juga telah menyeret Kesatuan Eropah dalam kemelut ini. Euro telah turun dengan banyaknya. Ketika artikel ini ditulis, Euro turun lagi kepada 1 euro = RM4.052.

Globalisasi yang selalunya menelan mangsa-mangsanya melalui electronic herd memakan Greek pula. Seperti kata Perdana Menteri Greek, George Papandreou, market bond elektronik herd ini bukan manusia lagi,  mereka adalah komputer dan akan menjadi  mode automatik apabila mengesani ada masalah.

Rakyat Greek sendiri tidak tahu adakah mereka perlu menyimpan, melabur atau membawa keluar duit mereka dari Greek. Bantuan dari IMF juga bererti Greek perlu berhati-hati menangani pinjaman yang diberikan untuk memulihkan Greek. Greek sudah hilang kemerdekaan ekonomi mereka. Pegawai kerajaan yang korupsi, poli-tikus yang tidak cekap dan perniaga yang suka menipu cukai akan didakwa sekeras-kerasnya.

Samada Greek mampu menangani ekonomi dengan baik atau tidak bukan hanya memberi kesan kepada Greek, tapi juga kepada nilai euro dan seluruh 27 negara dalam Kesatuan Eropah. Lagi sekali seperti yang pernah ditulis, dalam dunia global, kita samada mangsa atau pemangsa.

Seperti kawan saya membuat remark selepas menonton 'Clash of the Titan' baru-baru ini, sebegitu banyak dewa Greek seperti Zeus, Hades dan Poseidon dalam mitos Yunani purba, masih gagal menyelamatkan Greek dari menjadi mangsa raksasa Globalisasi.

Kita ambil ikhtibar dari Tragedi Greek ini. Dan kali ini bukan 'The Birth of Tragedy' oleh Frederick Nietzsche. This time is the real Greece's tragedy.

3 comments:

KERIANGACHEH said...

SriTriBuana,

Kesan globalisasi, liberalisasi dan global village adalah senjata untuk menjajah dan dijajah. Siapa yang menguasai ekonomi, berwang dan teknologi dia lah pemangsa. Siapa yang tidak menguasai nya dia lah di mangsakan. Macam hukum rimba sahaja, yang lemah dan tidak kuat dibaham.Jadi kena berwaspada supaya tidak tertipu.Berlaku dimana-mana dan bila-bila masa.


terima kaseh.

Terima kaseh

Anonymous said...

Salam STB,

Merisau dan menyeramkan, kerana jika terbersin di negara kesatuan eropah akan menyebabkan kita kena selsema dan batok - batok.


Dari kuang Bukit.

SG PAHANG said...

STB.

Nampaknya virus di Greek itu melimpah benua Eropah. USD dan Euro adalah rantau sensitive dunia ekonomi. Kemerosotan Euro akan beri impaknya keMalaysia. Coraknya boleh diramal ataui tidak tetapi ia tetap sampai.

Bersedialah.