Followers

Sunday, May 23, 2010

Seni Untuk Seni dan Seni Untuk Masyarakat

 El Pensandor atau Thinker Statue karya Rodin.
Mulanya ditujukan buat Dante tetapi menjadi
lambang manusia secara universalnya pemikir.


Sesuatu yang membezakan manusia dan haiwan merupakan manusia mempunyai kehalusan perasaan dan menikmati sesuatu yang halus dan batiniah. Manusia muncul sebagai species di bumi Allah ini bukan hanya sekadar ingin hidup dan mencari makan. Ini dibuktikan dengan munculnya Cro-Magnon di Eropah yang menggantikan Neanderthal. Sementara Neanderthal hanya hidup untuk mencari makan, Cro-Magnon develop naluri bekerjasama, bahasa yang lebih canggih dan minat terhadap hiasan dan seni melebihi mana-mana species pun. Dan ini rahsia cro-magnun sebagai spesis yang paling berjaya.

Menurut Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, pada era 60an, polemik dikalangan seniman adalah slogan 'Seni untuk seni' atau 'Seni untuk Masyarakat'. Ketika itu, sasterawan merupakan penggiat seni sering berdebat samada seni ini hanya untuk seni walaupun tidak difahami masyarakat atau seni ini adalah untuk masyarakat bagi membentuk dan mendidik masyarakat. Ramai juga seniman percaya dalam karya seni jika terlalu banyak unsur-unsur propaganda dan didaktik bukan karya yang baik.

Saya sendiri sebenarnya mempercayai seni untuk seni dan seni adalah keindahan dan bukan alat propaganda serta bahan mendidik masyarakat. Seni hanya untuk diappreciate keindahannya sahaja seperti kata Oscar Wilde:  "Artist is the creator of beautiful things", "There is no such thing as a moral or immoral book. Books are well written, or badly written. That is all" dan "All arts is quite useless".

Saya mempercayai ramai juga masyarakat kita tidak boleh menerima 'art for art's sake'. Saya juga yakin saya boleh menerimanya termasuklah platonicnya Plato. Plato percaya seniman tidak boleh mempunyai rasa ghairah atau apa-apa perasaan dan nafsu terhadap objek seninya seperti pelukis yang melukis gambar bogel seorang wanita tidak boleh mempunyai nafsu terhadap wanita berkenaan. Kepercayaan saya teruji apabila saya terbaca dalam suratkhabar Raja Azmi akan membuat filem homoseks pertama di Malaysia. Selalunya saya menentang censorship kerana percaya badan ini akan membunuh pertumbuhan seni kerana kreativiti bermakna 'no rules'.

Apabila saya melihat gambar dalam akhbar berkenaan lelaki Melayu berpeluk-pelukan sebagai melakunkan watak gay, saya mula merasakan perlunya ada garispanduan dalam seni filem. Saya rasa loya dan menjijikkan.

Akhirnya, mahkamah kita yang selalu dituduh tidak suci dan banyak campurtangan politik membuat sesuatu judgement yang menarik tentang seni. Mahkamah kita sendiri sudah berwarna-warni seperti sebuah karya seni. STAR  melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur diarah membayar sebanyak RM750  ribu kepada Datuk Syed Ahmad Jamal. Hakim Mahkamah Tinggi, Azhar Mohamed  berpendapat tindakkan Datuk Bandar mengubah ukiran Seniman Negara berkenaan tanpa persetujuannya merupakan tindakan 'institutional vandalism'.

"This is the first time a Malaysian court has awarded damages for infringement of moral rights over an art work."  Kata STAR. Baca sini

Sebagai muslim saya banyak terbelah antara isu moral dan seni. Penolakkan saya terhadap atas nama seni terhadap karya seni seperti filem homoseks Melayu membuatkan saya sedar seni tidak sentiasa indah. Namun keputusan mahkamah yang menghargai nilai seni itu sudah meletakkan Malaysia sebagai negara liberal.

Saya akui saya mula meragui pegangan seni saya: benarkah 'art for art's sake'?

4 comments:

Anonymous said...

Salam STB,

1.Aku kagum atas kebolehan STB membicarakan pelbagai isu dalam berbagai disiplin, kontemporari berlandaskan retrospektif sejarah masa lalu. Tahniah.

2. Pada aku, aku bersetuju seni untuk masyarakat. Semua perkara baik fikiran, idea, ciptaan, inovasi, ubahsuai , penyelidekan saintifik dan teknologi perlu sentohan seni untuk tampak indah dan lembut bagi masyarakat untuk menerima serta mengapplikasikan nya. Dalam kehidupan sehari -hari, berbincang ada seni nya, mengkritik ada seni nya, berpolitik ada seni nya, begitu juga berblog pun ada seni nya. makan ada seni nya, bersetuboh pun ada seni nya, jadi apa saja yang dilakukan oleh individu dan masyarakat tak lekang dengan seni nya.Rumus nya, masyarakat berseni perbuatan nya.

TQ Kuang Bukit.

Basuh Baju said...

seni utk perubahan masyarakat..

Wake UP! said...

Raja Azmi ni dapat sponsor dari Anwar Ibrahim atau MP Australia?

Majority rules

sri tribuana said...

Salam saudara Kuang Bukit,
Asyik cerita politik sokmo, letihla.
Salam saudara Basuh Baju,
in a way i agreed art transform society.
Saudara Wake UP!,
biasa la Raja Azmi, suka buat sensasi