Followers

Tuesday, May 4, 2010

Laut Biru Laut Merah.

Kita akui Malaysia merupakan negara berbilang bangsa. Isu perkauman merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan. Dan tidak akan ada kesudahannya kerana semua kaum akan melihat dari sudut pandangan masing-masing. Semua mereka mungkin betul mengikut perspektif masing-masing.

Saya bangsa Melayu. Saya menulis untuk menyedarkan bangsa saya(dan saya sendiri). Saya tiada niat menyinggung perasaan lain-lain bangsa(read chinese). Namun 'wanita cantik selalunya tidak setia'. Kebenaran tidak cantik('ugly truth') dan dalam saya menghujahkan kebenaran, mungkin ada yang tersinggung dengan fakta yang 'tak cantik' itu. Let's call a spade, a spade.

Saya tidak akan minta maaf kerana menyatakan  'ugly truth' ini. Demi Melayu, saya pernah nyatakan saya sanggup digelar 'criminal' pun dalam memperjuangkannya.Seperti kata Mahaguru kaum Cina(read DAP), "One great obstacle to a rapid and orderly political development of Malaya has been and still is the Malayan habit of ignoring unpalatable facts and avoiding unpleasant controversy."

Kita memang suka simpan masalah bawah karpet dan remark ini dinyatakan oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1950!

Pada awal perjuangan menuntut kemerdekaan, kaum Cina di Malaya setuju dengan konsep 'Ketuanan Melayu'. Mereka setuju untuk mengikut UMNO dalam Perikatan bagi menuntut kemerdekaan bersama. Walaupun tidak bertulis, inilah sosial contractnya.

Tidak dinafikan, di Singapura dan negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka, kaum Cina lebih dominan. Lee Kuan Yew melalui partinya PAP adalah seperti UMNO di Malaya. PAP bersetuju bersama UMNO dalam menuntut kemerdekaan bersama. Tunku dari mula tidak setuju Lee Kuan Yew atau Singapura bersama Malaya kerana takut Cina di Malaya yang mengikut MCA akan termakan 'hasutan' PAP.

Ketakutan Tunku benar-benar berlaku. PAP menyebarkan idea 'Malaysian Malaysia' mereka hingga ke Semenanjung. Mereka menafikan hak Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Tunku yang tidak senang dengan ideologi Lee Kuan Yew terpaksa melepaskan Singapura dengan 'talak tiga'.

Ideologi 'Malaysian Malaysia' diteruskan oleh DAP. Ketika zaman itu mereka bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya yang menguasai kesatuan sekerja. Oleh kerana komunis terlalu radikal dan tidak berpolitik secara 'sah', DAP adalah rakan kongsi parti radikal kaum Cina yang bergerak secara 'sah'. Jadi DAP merupakan benih PAP yang mana chauvanis dan radikal. Mereka merupakan 'laut merah' kaum Cina.

Namun Cina Malaya tidak sama dengan Cina Singapura. Masih ramai mereka yang setuju pendekatan MCA melalui bekerjasama dengan UMNO dan berkongsi kuasa.Oleh itu selama 50 tahun konsep perkongsian kuasa ini kekal dan berjaya. MCA merupakan 'laut biru' kaum Cina.

Sekarang laut biru sedang dilanda gelora. Kaum Muda Cina sangat radikal. Mereka sudah lupa sejarah. Majoriti mereka menyertai 'laut merah' DAP. Baru 50 tahun, mereka sudah merasakan kongsi kuasa adalah untuk kaum lemah. Jika kongsipun mereka sepatutnya dominan, bukan sebaliknya.

Malang bagi orang Melayu jika mereka terlalu naive dengan konsep 1Malaysia ini. Melayu sepatutnya berdiri sendiri dengan 'lautan Melayu'nya tanpa memikir laut merah atau laut biru kaum Cina. Biar ahli politik yang menguruskannya namun Melayu dalam laut hijau, laut biru atau laut biru muda mesti memikirkan kelangsungan survival politik orang Melayu.

Laut Merah kaum Cina sedar, dengan laut biru terlalu sedikit yang mereka boleh dapat secara politiknya. Ini sebab 20% sahaja yang masih setia dengan UMNO. Mereka sedar dengan PKR sebagai parti tidak bersandarkan perkauman, dan PAS parti Melayu/Islam yang kecil, tidak banyak kuasa Melayu yang ada dalam PR ini. Jika mereka menang plihanraya umum nanti, jika PM Melayu pun(read Anwar atau Zaid Ibrahim), DAP yang boleh merampas kerusi majoriti Cina akan menjadi dominan. PM hanya akan jadi boneka sahaja.

Ini sebenarnya trend mengundi kaum Cina. Mereka berilah apa-apa alasanpun mengapa mereka tidak boleh menerima BN, tetapi hakikatnya mereka sudah nampak, jalan menjadikan Malaysia republik yang dikuasai oleh kaum Cina seperti Singapura adalah melalui laut merah.

Seperti kata penulis blog Sakmonkol AK 47 , laut biru atau merah, survival politik kita terletak kepada kebolehan kita terapung dan berenang. Jika tidak, apa laut tetap menelan mangsanya yang tak pandai berenang.

5 comments:

Anonymous said...

Salam Sri Tribuana,

1. Sungguh indah dan mendalam sekali bila saudara membuat kiasan LAUT. Laut ini amat luas dan mempunyai lapisan tak bersempadan seperti keh talam atau kek lapis, jelas pada pandangan mata. Tapi lapisan laut dibatasi oleh kedalaman ( depth), suhu ( temperature) dan tekanan ( pressure). Survival hidupan nya sesuai dengan faktor tersebut dan keupayaan menyesuai fisiologi hidupan tersebut. Itu sebab penghuni laut tidak di ketahui selengkap nya oleh insan penghuni bumi.

2. Begitu lah politik di tanah air Malaysia ku, walaupun kita boleh megkelompok kan berdasarkan laut, merah, laut biru, laut biru muda dan laut hijau serat laut tak berwarna tapi kita masih gagal sepenoh memahami perlakuan kelompok itu yang sebenar. Kerana apa yang dizahirkan mungkin tak sama apa yang difikir atau dalam minda masing-masing.

3. Tapi ingat lah peristiwa kejatuhan Khalifah Abbassiah kerana belot nya Perdana Menteri nya yang sanggup bekersama dengan Hulagu Khan, Monggol. Keruntuhan kesultanan Melaka kerana pembunuhan bendahara Sri maharaja berketurunan India dan peranan si kitul. Banyak lagi peninggalan sejarah yang memberi pengajaran. Soal nya kenapa periatiwa masih berulang lagi. Apakah laut biru juga mengikut putaran yang sama?.

4. Olih itu Melayu yang sedang belayar dan berenang dalam lautan biru, dalam lautan biru muda dan lautan hijau, ingat lah bangsa mu dan survival anak cucu, cicit kaum mu bergantung apa yang kamu perbuat pada hari ini. BERSATU adalah Jawapan nya.Kenapa dan sampai bila menunggu lagi?. Dalam hal ini kita jangan buta warna,buta mata ,buta hati. CURIGA ASAS WASPADA.

TQ Sri TRiBuana and keep up.

sri tribuana said...

Salam saudara anon 7:57.
Saya suka kata2 CURIGA ASAS WASPADA tu, jika tak silap Ahmad Boestamam atau Burhanudin Helmy yang mengucapkannya. Anyway, tq for the comment

Anonymous said...

STB,
Malaya - tanah melayu- malaysia.
Negara ini diperintah oleh berbagai cara seperti Absolute monarchy, kolonialisma,14 hari komunisma, Ketenteraan dan Demokrasi. Demokrasi bukan satu jalan jika tidak sesuai dan mendatangkan mudharat kepada negara. Kudeta atas nama MAGERAN,pernah berkuasa 1969Mungkin jenerasi baru semua kaum tidak tahu apakah itu Mageran dan mereka mahu melihatnya sendiri untuk melangkah 50 tahun kehadapan kerana tulisan pada sejarah hanyalah persepsi penulis yang berbeza-beza dan adakalanya mengelabui mata dan fikiran anak muda antara untung ruginya.

2. Tidak semudah yang disangka untuk mengambil rumah bertuan dengan sebatang pensel atas nama demokrasi. kami tahu yang mana intan yang mana kaca. Yang mana patung yang mana berhala. Jika tak percaya cubalah dipersilakan taukey muda yang kaya raya.

sri tribuana said...

Dalam kata2 saudara anon 7:13. Secara berkias saudara juga radikal. Saudara berkata bahasa tua. Walaubagaimanapun, saya masih percayakan demokrasi. Hingga kini

Nur said...

salam kenal.. postingan yang menarik..