Followers

Monday, May 10, 2010

Blok K dan J

Di blogoshepre masih hangat memperkatakan blok L dan M yang hilang kepada Brunei. Dan tak kurang juga yang masih memperkatakan tentang ura-ura Khairy Jamaludin ke kabinet. Saya tidak membuat survey secara terperinci tetapi saya dapat merasakan ramai yang tidak setuju KJ 'dihidupkan' semula. Masih ramai yang tidak dapat melupakan kesalahan KJ ketika beliau mencipta namanya untuk naik dalam UMNO yang menyebabkan Pak Lah terseret lalu rejimnya jatuh.

Ada juga beberapa blog yang menyokong KJ secara terbuka. Menarik sebenarnya dalam blog M. Bakri Musa sebelum ura-ura rombakkan kabinet ini sudah mencadangkan PM groom KJ sebagai pengganti Datuk Sri Najib. Saya turunkan kenyataan beliau dalam blognya di sini(Dalam posting : Labu and Labi Team of Najib and Muhyidin)

Najib should consider including in his team such individuals as Khairy Jamaluddin, even though I risk puffing up his already inflated ego. Khairy is not even half as smart as the late Tun, but then that is all UMNO has to offer these days. By specifically bringing in Khairy, Najib would be declaring that he is out of Mahathir’s shadow, or at least could not care less what he thinks. That would be quite a statement!

The danger is that unlike the late Tun, Khairy, apart from being not half as smart, is not content remaining in the background; he likes to hog the headlines. Khairy is also “damaged goods” because of his earlier overbearing ways while the under “protection” of his father-in-law, Abdullah Badawi. However, if a discredited politician like Nixon could be rehabilitated, so could Khairy.

Baca sini. 
Blog SAKMONGKOL AK47 juga terang-terang menyokong KJ untuk menjadi ahli kabinet. Baca sini.


Parpu Kari pula menentang cadangan ini. Boleh baca hujahnya disini.

Begitu juga dengan Braveheart. Baca di sini.

Jadi seperti semua perkara pun, kita akan ada pandangan yang berbeza. Sementara M.Bakri Musa mengakui Khairy ada cacat celanya, beliau percaya setiap orang boleh 'dibaiki'. SAKMONGKOL AK47 pula tentu mempunyai hujahnya yang tersendiri dan saya tidak mahu terperangkap dalam hujah mereka.

Selama 5 tahun Pak Lah menjadi PM, KJ telah melakukan banyak perkara yang merosakkan UMNO. Beliau telah menggunakan 'sanction, mentuanya untuk menjadi Naib Presiden. tTba-tiba entah datang dari mana beliau boleh menang tidak bertanding. Beliau didapati bersalah menggunakan politik wang tetapi terlepas dari hukuman kerana mentuanya masih PM.

Beliau telah menjadi dalang dalam meburuk nama Tun Mahathir dan cuba membunuh politik Mukhriz. Ini belum diambil kira peranan yang beliau mainkan dalam hal ECM Libra, penjualan Augusta, Scomi, projek Iskandar, yang terbaru beliau terseret juga dengan skandal blok L dan M dan apa saja polisi 'rich thy neighbour'(read Singapore). 

Dalam erti kata lain, beliau merupakan liability dan bukan aset kepada BN. Walaupun beliau menang  sebagai Ketua Pemuda tetapi tidak semudah itu beliau boleh di 'rehabilitated'kan. Reputasi yang beliau miliki sangat berat bebannya kepada UMNO. Jika saranan mencari tokoh muda ini perlu dipertimbangkan, carilah tokoh lain.

Saya tidak percaya teori 'menjenamakan' semula KJ ini. Jika beliau boleh dijenamakan semuala, mengapa Anwar tidak boleh? Sejarah membuktikan pemimpin yang rakus dan mahu naik dengan cepat seperti Anwar merupakan pemimpin yang membawa kemusnahan. Apa lagi jika mereka ini jenis yang boleh menjual apa saja untuk kepentingan peribadi. 

Kesimpulannya, saya fikir kita tidak boleh menerima kembali bekas 'the most powerful 28t ini. Beliau mempunyai reputasi yang menjadi liability kepada kerajaan.
It's even better to have a bad intention than a bad reputation.

9 comments:

Anonymous said...

STB,

Dalam komen anda dalam blog Urag Drhulug , STB menyatakan STB tak boleh menulis Hal Tempatan/ Jerantut, MENGAPA?. Sudah ada pembahagian tugas dan liputan atau membincangkan hal nasional dan internasinal sahaja. Adakah ini arahan "Tok Halimunan" atau " Godfather" atau "Senora".
STB patut juga kaitkan dan sentuh juga isu tempatan bila membincangkan isu nasional, samaada kesan dan impilkasi nya kepada temptan. Bagaimana STB?, tidak kah posting STB itu akan menyeluroh meliputi tempatan, nasional dan antarabangsa.

Cukup lah Membantai KJ tu, Biar lah DSNTR yang memutuskan nya. Dari segi PRO nya telah diperincikan oleh Sakmongkol AK47 (politician dan ekonomis)dan M.Bakri musa (pengalaman internasional dan pakar bedah seta peneliti sosial), hujah mereka ada kebenaran nya.Manakala pandangan ANTI oleh BH dan Lain-lain pemblog. Pembaca boleh menilai pemikiran dan tahap pemikiran mereka. Lagi pun DSNTR belum lagi minta feedback mengenai RK dalam FBnya?, saya rasa ini tak berlaku!, kerana DSNTR tahu ada bersetuju dan tidak berdasarkan hujah masing-masing. DSNTR tahu siapa boleh bekerja bersama dalam merealisasi Agenda Transformasi nya, kan Di Pekan semalam, beliau telah menyatakan soal kelompok dan komplok , kan itu sudah jelas.

STB, KJ tak boleh dibanding dengan DSAI, kerana KJ KP dan NP UMNO sedangkan DSAI dari PR/PKR, lain itu, bagai epal dengan oreng, kedua buah ini ada asid, satu ada asid malik dan satu lagi asik sitrik, lain rasa dan sifat nya.

Cukup komen setakat ini.

TQ, Urang Dhulu Seno.

sri tribuana said...

Salam Urang Dhuulu Seno, perlu ditegaskan saya tidak menerima arahan sesiapa kerana saya tak cari makan dengan menulis blog. Saya tak tahu jika ada wujudnya godfather, batin ara, tok halimunan, senora dan saya tak terlibat dgn org lain. Libertas virorum fortium pectora acquit atau liberty stimulate spirit of a strong man. jadi saya sangat merdeka dari segi berpikir dan bertindak.
Kedua saya tak membatai KJ, saya berhujah secara sihat. Ada beza membantai dan berhujah. Seperti kata SAKMONKOL AK47, terpulang pd dia lah nak tulis apa kat blog dia. Suka baca, tak suka tak payah baca. Ada persamaan antara KJ dan DSAI, cuma seorang dlm UMNO dan seorang dipecat, bukan keluar UMNO. Jika diberi pilihan DSAI masih mahu duduk dalam UMNO lagi. Dan persamaan itu harus diminus kes liwat DSAI lah Tq

Anonymous said...

Salam Sri TriBuana,

1. Bagaiman hujung minggu . Sehat?. Aku setuju dengan komen awak diatas tu. Manusia Urang Dhulu Seno tu penyokong totok KJ, entah-entah ini orang kuat KP Bagian awak kok. Biar la kedia.

2. Nak tanya?, apa pandangan awak mengenai posting KL-Today mengenai " Perbandingan Amalan Lompat Parti", may 10.2010.

Dari Bentayan.

Anonymous said...

STB,

Re komen anda di atas, dan teliti dan analisis tiga perenggan terakhir termasuk kesimpulan statement anda, ada unsur membantai KJ atau downgraded KJ kan?, Kalau tidak ada elemen membantai dan menutoh KJ saya TAK FAHAM lah???.

TQ, Urang Dhulu Seno.

sri tribuana said...

Terima kasih saudara Bentayan. Nnti saya baca n komen posting KL today, insyaAllah.
Jika saya jawab berlainan, saudara Urang Dhulu Seno akan hujah lain lagi dan tidak akan berkesudahan. Jika saudara simpulkan membantai dan menutoh, simpulkan, lagipun itu apa yg ada dalam mind saudara dan saya tidak terlibat dengannya. Make your own conclusion as long as u happy with it.

Opinion is everything

pro kj said...

mengkala rasa dah hebat, matnye tak jadi KP jerantet..? Ckp seme org boleh

sri tribuana said...

saudara pro kj, tak ada sapa rasa hebatnya di sini dan statement tu of topic. Tq

Anonymous said...

melayu mudah lupa, bukan semua ingat apa yang KJ pernah buat. tanya kepada rakan2 anda, jiran2 anda, kaum kerabat anda sama ada mereka suka KJ atau tak? saya pernah tanya soalan ni pada rakan2saya, saudara mara saya, jawapannya adalah 99% membenci KJ, 1% adalah penyokong KJ. jangan disebabkan politik anda menyokongnya. saya tidak tahu atas dasar apa menyokongnya? saya tidak nampak apa yang KJ buat untuk negara ini, apa yang saya nampak hanya kemusnahan dizaman Pak Lah yang dibuat oleh KJ. saya tetap ANTI-KJ.

sri tribuana said...

Saudara anti kj boleh buat undian di polling saya yer, makin ramai mengundi makin ramai setuju dgn statement sedara