Followers

Monday, May 24, 2010

Antara Unforgiven dan Avatar.

 Unforgiven- filem yang melonjakkan Eastwood sebagai Pengarah

Kita stop seketika berbicara soal politik. Saya berazam minggu ini merupakan minggu santai saya. Saya lebih berminat menulis tentang fine arts. Hari ini tentang filem.

Dua bulan lepas saya menonton semula filem Unforgiven arahan Clint Eastwood. Eastwood merupakan aktor yang saya minat sejak dari kecil. Beliau terkenal dengan beberapa siri filem Dirty Harry seperti The Enforcer, Magnum Force dan The Dead Pool. Beliau juga mula mencipta nama melaui filem koboi yang dikenali dengan genre 'sphagetti western' sebagai hero tanpa nama bergelandangan dalam filem-filem seperti The Good, The Bad and The Ugly, Fistful of Dollars dan For a Few Dollars More. Ramai yang mengatakan sebenarnya genre ini dipinjam dari watak-watak samurai karya Akira Kurosawa dalam filem Yojimbo dan Sanjuro.

Apapun, Eastwood terkenal boleh membawa apa saja watak ketika zamannya: dari polis gila hingga ke DJ music(dalam filem Play Misty For Me), koboi yang gelandangan hingga ke pencinta wanita seperti wataknya dalam filem The Bridges of Madison County. Di usia tuanya, saya kagum dengan kebolehan mengarahnya.

Beliau memenangi Oscar sebagai Pengarah Terbaik dalam filem Unforgiven pada tahun 1992, sebuah genre koboi yang semakin kurang mendapat sambutan. Pada tahun 2004, lagi sekali beliau memenangi Oscar sebagai Pengarah Terbaik dalam filem Million Dollar Baby. Filem berkenaan juga mencalonkan beliau sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan menggondol Filem Terbaik Tahun 2004.

Unfrogiven merupakan filem yang sederhana. Tidak menggunakan CGI, atau teknologi tinggi. Mungkin ada yang menyifatkan filem berkenaan sebagai 'slow'. Apa yang menarik tentang filem ini adalah study Eastwood tentang karakter. Bagaimana karakter-karakter filem berkenaan dimainkan dengan baik oleh pelakon ternama seperti Eastwood sendiri, Morgan Freeman dan Gene Hackman.

Kita akan membenci Gene Hackman sebagai enforcer yang sering kejam dan salahgunakuasa. Wataknya sebagai Little Bill Dagget membuatkan  penonton menunggu seorang yang lebih kuat untuk mengalahkannya. Malangnya, Eastwood sebagai William 'Bill' Munny sebagai hero merupakan koboi tua yang sudah sebelas tahun tidak menunggang kuda, apalagi membunuh orang. William Munny merupakan penjahat yang digeruni zaman mudanya sudah separuh bertaubat apabila mempunyai isteri dan dua orang anak, terdesak menggunakan skill lamanya sebagai bounty hunter kerana desakan kewangan.

Kembali beliau bergabung dengan rakan kongsinya, seorang kulit hitam bernama Ned Logan(Morgan Freeman). Dihantui masa silam, William Munny sudah hampir kehilangan semua skillnya termasuk menunggang kuda. Beliau yang kelihatan lemah apabila dibuli oleh Little Bill Dagget membuat penonton membencinya sebagai wira.

Perubahan dalam karakternya terserlah apabila Morgan Freeman diseksa dan mati dibunuh oleh Little Bill. Sebaik saja mengetahu kawan baiknya dibunuh, penonton boleh lihat perubahan karakter Eastwood dari seorang yang pathetic menjadi pendendam dan kembali ke sifat asalnya yang kejam. Beliau tidak menunggu Little Bill yang sedang bersiap memburunya, sebaliknya beliau terus menuju ke bar dimana Little Bill sedang mengumpulkan orang-orang untuk memburu Eastwood sebagai outlaw.

Babak ini paling menarik dalam keseluruhan filem berkenaan. Suasana tegang apabila beliau berseorang muncul dan tanpa gentar mengumumkan beliaulah sebenarnya William Munny. Melalui dialog yang diucapkan oleh Little Bill, kita dapat tahu kekejaman William Munny, termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak. Dan dijawab oleh Eastwood(sebagai William Munny) dia membunuh apa sahaja yang merangkak dan merayap!

Unforgiven saya sifatkan antara genre yang akan pupus. Pergi ke panggung masa ini boleh katakan semua filem dikuasai oleh filem 3D. Dari Avatar hingga ke Clash of The Titan, Toys Story dan How to Train Your Dragon, 3D memang merupakan filem masa depan. Pengarah sudah kurang menekankan konsep plot, dialog dan kekuatan jalan cerita juga penghayatan watak seperti Unforgiven.

Saya mendapati tidak ada apa-apa yang istimewanya filem Avatar kecuali pada CGI dan teknologi 3D dan digitalnya sahaja. Dari segi plot, adanya campurbaur antara cerita Dances With Wolves(sebagai askar Amerika yang simpati dengan native), Pochahontas(jatuh cinta dengan native) dan filem Alien. Namun demikian, filem-filem seperti Avatar ini merupakan filem masadepan. 

 Avatar - filem masadepan dengan teknologi 3D


Dalam keghairahan Avatar, Eastwood lagi sekali mengarahkan filem masterpiecenya iaitu Invictus, filem dimana Mandela menggunakan ragbi sebagai medium untuk menyatukan orang kulit hitam dan orang kulit putih dibawah 1South Afrika. Lagi sekali, Morgan Freeman membawa watak Mandela. Saya quote satu kata-kata menarik dalam Invictus sebagai penutup posting ini:

"Football is gentlemen game played by hooligans, but rugby is hooligans game played by gentlemen."

4 comments:

Wake UP! said...

Sukan memang boleh menyatukan perbezaan negara-negara yang sedang di dalam kancah perang.

PKR=Illmuninati.

Anonymous said...

sri tri buana.

antara avatar dan unforgiven tak menarik sangat, tetapi antara dato wan amizan dan yang mulia tengku wan zamzuri yang menarik. sama sama bodoh sama sama bengong. yang satu boroi yang satu kepala lutut.

Anonymous said...

STB,

Diantara posting dan ulasan, begitu menarik. Adakah posting tuan watak dalam unforgiven dan avatar tuan mengkiaskan nama dalam ulsan tuan tersebut itu. Apa sudah jadi.....????. Implikasi adakah pemilehan orong tak bijak dan pengikut tanpa fikir itu satu kesilapan orang tempat STB dalam alah baru ini. INI SATU TRAGEDI?.


TQ Kuang Bukit.

sri tribuana said...

salam semua,

Saya berazam utk tak berckp pasal politik tapi hanya seni. Dalam posting ini saya hanya membincangkan seni filem dlm erti kata yg sebenar. Tidak ada kena mengena dgn mana watak politik pun tapi di Jerantut juga mcm ragby dan bolasepak, game gentleman played by hooligan atau game hooligan play by gentleman