Followers

Monday, May 31, 2010

Israel Menyerang Konvoi Bantuan Kemanusian.

Tentera Israel menyerang konvoi membawa bantuan kemanusian ke Gaza. Kapal berkenaan bukan kapal perang, berada di perairan antarabangsa. Israel tidak mengira semua itu dan tetap menyerangnya. Sejahat-jahat Nazi tidak akan menyerang kapal membawa bantuan kemanusian yang tidak merbahaya.

Adakah Israel ingin menghukum seluruh dunia kerana kononnya ditindas oleh Nazi. Blog Sri Tri Buana mengutuk sekeras-keras tindakkan tidak berperikemanusiaan Israel dan tidak bertamadun ini.

Najib, Churchill dan Ulama-ulama UMNO.

Dalam posting sebelum ini, saya menyanggah pendapat Dr. MAZA tentang Ulama UMNO bakar kapal. Ulama UMNO tidak bakar kapal, tetapi beli kapal. Kapalnya Shukoi dan kapal selam yang harga berjuta. Sebenarnya tidak adil menuduh UMNO jumud. UMNO terlalu advance. Mari kita tengok ulama-ulama UMNO dulu.

 Amirsham


 Nor Yaacob


 Idris Jala - Ulama Paling Terbaru


Dan ini adalah ketua segala ulama:


 Tan Sri Vincent Tan, tidak berkelulusan Al Azhar tapi Al Ascort.

Jadi Dr. MAZA tidak perlu bimbang, ulama diatas tidak akan jumud.Malah mereka sangat maju. Armisham adalah ketua NEAC yang membuang agenda Melayu. Bukankah Dr. MAZA mahu Islam liberal termasuk menyuap dan mengkayakan bangsa bukan Melayu. Nah beliaulah jawapannya.

Tan Sri Nor Yaacob pula seorang yang sangat brilliant. Apa saja yang disentuhnya akan merugikan kerajaan billion-billion RM. Dr. MAZA tidak perlu gusar. Mereka juga minda tajadid, membawa perubahan kepada sistem ekonomi Islam. 

Ada seorang ulama terbaru UMNO bernama Idris Jala. Dia menakut-nakutkan rakyat Malaysia untuk memotong subsidi sebanyak 74billion setahun kerana takut Malaysia menjadi seperti Greek. Dengan ini boleh mewajarkan tindakan memotong subsidi supaya billion-billion ini pula boleh buat kapal yang juta-juta! Siapa kata ulama UMNO bakar kapal? Dr. MAZA kena check fakta dulu.

Dan ulama paling besar dalam UMNO adalah Tan Sri Vincent Tan. Walaupun billionaire dia juga mendapat subsidi sebanyak 12,900 sebulan. Pemurahkan kerajaan BN. Mereka adil kepada semua kaum, bukan hanya orang Islam/Melayu saja. Dr. MAZA tidak perlu susah hati, Islam seperti Dr. MAZA mahu: iaitu progressif, canggih dan semua boleh sedang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO.

Datuk Sri Najib seorang PM yang jauh berpandangan ke hadapan. Sebelum kaum Cina minta dia sudah beri. Dalam Model Ekonomi Baru, mulanya tidak ada agenda Melayu. Pakar-pakar dalam NEAC malu-malu mahu bawa agenda Melayu. Baca sini. Dan sini

Setelah ditekan oleh Perkasa dan MPM, tiba-tiba MEB bukan lagi muktamad, masih boleh bincang. Ini memberi peluru kepada Lim Kit Siang yang menuduh DSN sebagai 'biggest flip flop since Pak Lah'. Baca sini 

Setelah Kementerian Usahawan dihapuskan, meliberalisasikan 27 sektor khidmat, tidak membawa agenda Melayu dalam MEB, ingin memberi 40% pegangan kepada kaum asing untuk memajukan Kampung Baru, dan Petronas makin dikuasai oleh profesional bukan Melayu, Malaysia sudah melonjak menjadi antara 10 negara paling berdayasaing. Pecutan ekonomi juga naik sebanyak 10% dibawah PM Najib.

Syabas kerana Datuk Sri Najib berjaya membawa Malaysia ke track yang betul dari segi ekonomi tapi ayahanda berpesan: "Jika Melayu tidak gembira, kaum lain juga tidak gembira."

Apa kena mengena Datuk Najib dan Winston Churchill?

Winston Churchill telah mengalahkan Nazi dan menyelamatkan British Empire dari tewas kepada German. Sebaik sahaja perang tamat, dan British dibawah Churchill menang perang dengan gilang gemilang Churchill mengadakan pilihanraya. Keputusannya: parti yang dipimpin oleh Churchill kalah dan beliau gagal menjadi PM British. 

Walaupun ekonomi makin pulih, lepas satu, satu pengumuman yang tidak popular dibuat, tidak mustahil Datuk Seri Najib akan menjadi seperti Churchill. 

Dr. MAZA jangan khuatir, mungkin PAS yang dinamik mengikut pendapat beliau akan diperkudakan oleh DAP dan PKR. Melayu akan hilang kuasa. Raja-raja Melayu akan dihapuskan dan ulama yang Dr. Maza tidak berkenan juga akan berkubur.

Malaysia akan jadi republik!
 

Sunday, May 30, 2010

Siapa Ulama UMNO?

Menarik juga membaca posting Dr. Maza dalam Minda Tajadid: "Ulama UMNO Bakar Kapal". Pertama beliau mengakui beliau bukan orang politik dan tidak menyebelahi mana-mana parti. Kedua beliau menuduh 'ulama' UMNO sudah menjadi lebih radikal dan extreme dari PAS. Ketiga beliau memuji Nik Aziz sebagai 'ulama' yang membawa pembaharuan dalam PAS tetapi mendapat sedikit tentangan dari 'ulama' ortodoks PAS ala UMNO.

Baca di  sini

Tulisan ini boleh mengelirukan dari seorang 'ulama' yang apolitical. Jika seorang yang tidak mempunyai kepentingan politik dan ilmu politik menulis tentang politik, ini membahaya kerana selalunya dalam dunia Islam pendapat 'ulama' sangat ampuh, walaupun beliau bercakap bukan dalam bidangnya.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif. Menurut Dr MAZA dalam postingnya.

Saya tidak tahu tentang konservatif tetapi UMNO memang sepatutnya perkauman kerana adanya M atau Melayu dalam UMNO. Dulu, kini dan sepatut selamanya UMNO memang parti perkauman dan ini asas serangan PAS yang kononnya mereka Islamik dan tidak assabiyah kerana mereka tidak pentingkan bangsa.

Antara kritikannya yang menuduh UMNO ala Taliban adalah isu 300 ribu orang murtad. Saya akui kurang faham isu ini dan saya tidak akan ulas. Tuduhan lain merupakan isu peguam syarie dari bukan muslim. Setahu saya orang yang melompat isu ini adalah Zulkifli Nordin dan beliau bukan ulama UMNO. Ada juga media baru UMNO yang bercakap tentang isu ini tetapi mereka bukan ulama UMNO. Tentang isu Allah memang ada golongan dalam UMNO yang melompat tetapi mereka bukan ulama.
Isu orang bukan Islam masuk masjid saya tidak rasa 'ulama' UMNO mengulas tentang ini kerana mereka tidak ada kepentingan. Tentang isu sebat, Mufti Perak tidak boleh di anggap 'ulama' UMNO kerana dia ulama Sultan. Jika dia nak pro UMNO misalnya, UMNO tidak campur urusan peribadi pandangannya. Sebenarnya UMNO tidak ambil kira pandangan 'ulama' pun dalam politik mereka. Mari kira berterus terang.

Jika UMNO ambil kira sangat pandangan ulama, tentu lesen judi bola tidak akan lulus. Dan dek kerana 'ulama' UMNO tidak jumudlah maka lesen judi boleh lulus. 
Beginilah. Politik adalah politik. Nik Aziz tidak membuat sebarang islah dalam PAS pun. Malah Nik Aziz berselisih pendapat sesama ulama dalam isu kalimah Allah iaitu dengan Harun Din. Seperti biasa, perkara begini membuatkan 'ulama' makin tidak dihormati dan ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ini adalah penyakit ego ulama atau golongan mengaku ulama bahawa fatwa mereka yang paling hampir dengan hukum Allah!

Masalahnya Islam diletakkan dibawah kuasa Sultan. Sultan melantik Mufti. Mufti akan membuat fatwa dan jumud atau tidak fatwa mufti tidak ada kena mengena dengan parti UMNO. Jika ada orang UMNO yang melompat isu-isu sensitif kadang-kadang terdiri dari golongan Pemuda. Mereka mungkin inginkan political mileage.

Seperti Nik Aziz, ulama atau tidak orang politik adalah political animal. Matlamat mereka adalah pengaruh. Dalam dunia yang serba liberal ini, semua parti berebut hendak menjadi liberal, termasuklah PAS untuk meraih undi bukan Islam. Islam dan Melayu menjadi yatim piatu. Pendapat Dr. Maza ini tidak membantu Melayu dan Islam pun.

Dr. Maza mungkin maksudkan penguasa agama yang saya sendiri kadang-kadang meluat. Mereka bukan UMNO dan sangat sedikit pengaruh 'ulama' dalam UMNO tentang Islamnya di Malaysia. Tolong jangan kelirukan rakyat. Jika Melayu hilang kuasa, tidak ada apa nak dibicarakan lagi.




Saturday, May 29, 2010

1World,1Love


Gambar dipinjam dari blog Outsyed the Box semasa RPK Hulu Selangor


Pada 26hb Mei, isteri saya telah melahirkan anak pertama kami di Ireland.


Selamat datang ke dunia Wan Maryam Aliyya

Baik dalam Quran mahupun sains, semua bangsa manusia berasal dari hanya seorang lelaki dan seorang wanita. Quran menamakan Adam dan Hawa. Dalam Discovery Chanel, berjudul 'Real Eve' dan 'Scientific Adam', para saintis atau pengkaji baka mendapati tanpa mengira bangsa didunia ini, semua DNA manusia dari keturunan hanya seorang lelaki dan seorang wanita. 

Kemudian atas faktor persekitaran, politik, agama dan budaya membentuk kaum, puak, dan bangsa. Manusia atas nama bangsa dan kepercayaan membunuh, menindas dan menjarah saudara semanusia mereka tanpa mengetahui mereka semua hanya asalnya dari satu bapa dan satu ibu.

Kelahiran anak saya di Ireland, disambut oleh rakan-rakan kami tanpa mengira bangsa. 

 


  



 



Alangkah indahnya dunia ini tanpa kongkongan fanatik agama dan chauvanis bangsa. Seorang sahabat menegur saya agar jangan terlalu rasis dalam penulisan blog ini. Bagi saya, saya hanya memperjuangkan bangsa saya, mempertahankan kepentingannya. Mungkin kaum lain juga akan berhujah sama. 

 Saya masih mengimpikan 1Race,1World, 1Love.....


 DEMI DIA YANG TELAH DILAHIRKAN



Friday, May 28, 2010

PAS Parti Apa?

Bayangan Awal Muktamar PAS Turut Dihadiri Dewan Ulama Bukan Islam

PAS sudah berubah. Pada awal penubuhannya, PAS mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam. Sekarang nampaknya PAS telah menjadi sahabat 'adik-abang' dengan parti DAP yang menentang perjuangan Negara Islam. PAS sudah tertelan ludah sendiri.

Saya pernah menulis posting Bertepuk Sebelah Tangan tentang rasa resah dan tidak senang Kelab Penyokong PAS(KPP) tentang sikap acuh tidak acuh PAS untuk menerima mereka sebagai ahli bersekutu. Dalam artikel berkenaan saya ungkap alasan Nik Aziz tidak terburu-buru menerima mereka kerana "takut diserang habis-habisan oleh UMNO".  Baca sini

Pada 23 Mei baru-baru ini, PAS sudah menubuhkan Dewan Himpunan PAS yang mana bekas KPP ini diserapkan menjadi ahli PAS. Ada keresahan dalam nada Sayuti Omar ketika melaporkan peristiwa itu. Sila baca sini.

Sayuti Omar bimbang jika strategi menawarkan keahlian sama seperti ahli PAS yang Islam, serta tawaran jawatan kepada Dewan Himpunan PAS ini akan memberi ruang kepada bukan Islam membuat tuntutan. Ini kerana Naib Presiden PAS, Salehudin Ayub menyatakan kesediaan PAS memberi tempat ahli Dewan Himpunan PAS sebagai ahli Dewan Negara. Ini turut disokong oleh Haji Hadi selaku President PAS. Haji Hadi yang sama membuat fatwa kafirnya kerajaan BN kerana bekerjasama dengan kafir.

Nyata puritan dalam PAS seperti Sayuti Omar tidak setuju kesucian agama PAS ini dicemari dengan membawa masuk dan memberi taraf yang sama kepada orang kafir. Kita belum dengar komen Nik Aziz yang dari mula nampak keberatan menerima KPP ini. 

Ternyata dalam melaksanakan strategi, PAS kembali berpecah seperti golongan Erdogan dan ulama. Ulama yang masih rigid dan tidak mahu berkompromi soal dasar PAS, dan satu puak Erdogan yang liberal dan sangat sanggup berbuat apa saja demi kuasa. Politik is politik dan PAS hanya parti yang menggunakan Islam sahaja.

Keraguan PAS untuk menerima bukan Islam ini sepenuh hati terbukti lagi apabila Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan meminta KPP jangan membuat tuntutan bukan-bukan sebelum mereka diterima sebagai ahli. Baca sini

PAS sebenarnya dalam dilema. Jika mereka menerima bukan Islam sebagai ahli yang boleh mengundi dan menentukan dasar, PAS sudah jadi parti seperti PKR. Dulu PAS kata mereka berteraskan Islam dan bukan bangsa. Menerima bukan Islam ke dalam 'perut' PAS ini menjadikan mereka parti berteraskan kuasa sahaja demi meraih undi bukan Islam. Setidak-tidak UMNO hanya menerima Melayu/Islam sebagai ahli parti.

Sekarang PAS sudah tidak berteraskan Islam lagi jika menerima KPP. Seperti kata Sayuti Omar:
"Kalau dulu ahli kelab itu hanya duduk di luar dewan mengikuti muktamar Pas menerusi skin CCTV, kali ini mereka akan berada di rumah dan tidak mustahil ketuanya akan diajak naik ke pentas utama."

Di telan mati emak, diluah mati ayah. Dan jika PAS menjanjikan syurga kepada ahli Islamnya, PAS menjanjikan apa pula untuk ahli bukan Islamnya? Dan perpecahan 'ulama-ulama' dalam PAS ini lebih senang jika di grafikkan. 

 

Paling saya minat sekali dalam kategori ALA MAK iaitu Nizar apabila dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak, ditanya oleh Tajol Rosli, beliau minta Tajol menunjukkan dimana dalam Perlembagaan PAS yang menyatakan PAS hendak menubuhkan negara Islam. Lihat bawah ini:





Jadi PAS ini parti apa? Sudah carca merba kah?



Thursday, May 27, 2010

Samy Inc

Selepas Mugilan  dipecat kerana mengeluar kenyataan minta Samy bersara awal dari tarikh yang diberi, MIC atau lebih tepat lagi Samy Inc mendapat liputan yang hebat. Muncul pula GAS atau Gerakkan Anti-Samy tambah mewarnai filem Tamil buatan Malaysia ini. Di anggarkan 7000 orang India menyertai GAS ini.

Anak Samy Vellu, S. Vell Paari pula menuduh GAS sebenarnya didalangi oleh pemimpin tertinggi UMNO. Beliau beranggapan UMNO berbuat sesuatu bagi mengeluarkan Samy dari kepimpinan MIC. Kemelut bermula bila Samy mahukan Palanivel sebagai calon di Hulu Selangor, sementara UMNO mahukan Mugilan dan kompromi dibuat apabila kedua-dua setuju dengan Kamalanathan.

Paari juga menuduh UMNO punca mengapa kaum India dan Cina tidak mahu mengundi MIC dan MCA. Nadanya sudah hampir sama dengan DAP. Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T.Mohan membuat statement MIC tidak akan teragak-agak keluar dari BN jika UMNO mendalangi GAS. Ini kerana GAS akan dilancarkan pada Ahad ini di PWTC. Dua orang lagi CMC atau Jawatankuasa Pusat MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy yang juga telah dipecat dijangka turut serta dalam GAS ini.

Pertama kritikan saya nanti bukan mengenai keseluruhan masyarakat India, tetapi MIC, dan bukan berkenaan MIC keseluruhan juga lebih kepada Datuk Seri Samy Vellu. Beliau tidak mahu berhenti ketika beliau dalam zaman kegemilangannya seperti kata Tun Mahathir elok berhenti ketika orang suka.

MIC yang berani mengugut untuk keluar parti dan berani menuduh UMNO mendalangi GAS sangat biadap dan duri dalam daging kepada BN.  Dalam Pilihanraya Umum 2008, MIC hanya mendapat 179, 422 undi sahaja tetapi semua MP MIC seramai 3 orang di beri jawatan kabinet. Baru-baru ini Palanivel pula dilantik senator. Sepatutnya BN perlu kaji samada MIC perlu kekal atau tidak dalam BN.  Sudahlah minoriti, undi juga minoriti.

Cara Samy Vellu menghakmilikkan MIC sebagai parti individu dan anak beranak membuatkan kaum India yang luar dari kroni membenci MIC. Sikap kuku besi beliau yang langsung tidak boleh ditegur dan dikririk seolah-olah beliau Maharajah tidak sesuai bagi mana-mana pertubuhan demokrasi. Dalam parti demokrasi mesti ada perbezaan pendapat. Jika ada perbezaan pendapat Samy akan memecat mereka. MIC sudah jadi parti diktatorship. Wajar jika GAS muncul dan tanpa perlu direncana oleh pucuk pimpinan UMNO pun.

Sejarah membuktikan, mana-mana pemimpin yang sangat lama akan jatuh akhirnya. Jika peribadi sehebat Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew faham bila masa mereka sudah tiba dan tahu bersara, apatah lagi Maharajah Samy Vellu.

Samy Vellu mungkin kecewa sebagai President beliau tidak mendapat sebarang jawatan seperti Senator atau Menteri. Koh Tsu Koon dan Shahrizat Jalil dilantik sedangkan mereka juga kalah di constituency mereka. Samy tidak faham 'silent languange' Datuk Seri Najib yang rela melantik Timbalan President MIC, Palanivel sebagai senator.

Sebenarnya UMNO tidak perlu campurtangan menjatuhkan MIC. Dan memang UMNO tidak akan membuat tindakkan demikian. Tuduhan berkenaan hanya datang dari khayalan diktator yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Samy Vellu akan ditolak oleh MIC sendiri, jika tidak dan MIC kekal sebagai Samy Inc, MIC akan ditolak oleh masyarakat yang diwakili mereka iaitu kaum India.

Bila ini berlaku, MIC sudah tidak relevan kepada BN lagi.

Monday, May 24, 2010

Antara Unforgiven dan Avatar.

 Unforgiven- filem yang melonjakkan Eastwood sebagai Pengarah

Kita stop seketika berbicara soal politik. Saya berazam minggu ini merupakan minggu santai saya. Saya lebih berminat menulis tentang fine arts. Hari ini tentang filem.

Dua bulan lepas saya menonton semula filem Unforgiven arahan Clint Eastwood. Eastwood merupakan aktor yang saya minat sejak dari kecil. Beliau terkenal dengan beberapa siri filem Dirty Harry seperti The Enforcer, Magnum Force dan The Dead Pool. Beliau juga mula mencipta nama melaui filem koboi yang dikenali dengan genre 'sphagetti western' sebagai hero tanpa nama bergelandangan dalam filem-filem seperti The Good, The Bad and The Ugly, Fistful of Dollars dan For a Few Dollars More. Ramai yang mengatakan sebenarnya genre ini dipinjam dari watak-watak samurai karya Akira Kurosawa dalam filem Yojimbo dan Sanjuro.

Apapun, Eastwood terkenal boleh membawa apa saja watak ketika zamannya: dari polis gila hingga ke DJ music(dalam filem Play Misty For Me), koboi yang gelandangan hingga ke pencinta wanita seperti wataknya dalam filem The Bridges of Madison County. Di usia tuanya, saya kagum dengan kebolehan mengarahnya.

Beliau memenangi Oscar sebagai Pengarah Terbaik dalam filem Unforgiven pada tahun 1992, sebuah genre koboi yang semakin kurang mendapat sambutan. Pada tahun 2004, lagi sekali beliau memenangi Oscar sebagai Pengarah Terbaik dalam filem Million Dollar Baby. Filem berkenaan juga mencalonkan beliau sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan menggondol Filem Terbaik Tahun 2004.

Unfrogiven merupakan filem yang sederhana. Tidak menggunakan CGI, atau teknologi tinggi. Mungkin ada yang menyifatkan filem berkenaan sebagai 'slow'. Apa yang menarik tentang filem ini adalah study Eastwood tentang karakter. Bagaimana karakter-karakter filem berkenaan dimainkan dengan baik oleh pelakon ternama seperti Eastwood sendiri, Morgan Freeman dan Gene Hackman.

Kita akan membenci Gene Hackman sebagai enforcer yang sering kejam dan salahgunakuasa. Wataknya sebagai Little Bill Dagget membuatkan  penonton menunggu seorang yang lebih kuat untuk mengalahkannya. Malangnya, Eastwood sebagai William 'Bill' Munny sebagai hero merupakan koboi tua yang sudah sebelas tahun tidak menunggang kuda, apalagi membunuh orang. William Munny merupakan penjahat yang digeruni zaman mudanya sudah separuh bertaubat apabila mempunyai isteri dan dua orang anak, terdesak menggunakan skill lamanya sebagai bounty hunter kerana desakan kewangan.

Kembali beliau bergabung dengan rakan kongsinya, seorang kulit hitam bernama Ned Logan(Morgan Freeman). Dihantui masa silam, William Munny sudah hampir kehilangan semua skillnya termasuk menunggang kuda. Beliau yang kelihatan lemah apabila dibuli oleh Little Bill Dagget membuat penonton membencinya sebagai wira.

Perubahan dalam karakternya terserlah apabila Morgan Freeman diseksa dan mati dibunuh oleh Little Bill. Sebaik saja mengetahu kawan baiknya dibunuh, penonton boleh lihat perubahan karakter Eastwood dari seorang yang pathetic menjadi pendendam dan kembali ke sifat asalnya yang kejam. Beliau tidak menunggu Little Bill yang sedang bersiap memburunya, sebaliknya beliau terus menuju ke bar dimana Little Bill sedang mengumpulkan orang-orang untuk memburu Eastwood sebagai outlaw.

Babak ini paling menarik dalam keseluruhan filem berkenaan. Suasana tegang apabila beliau berseorang muncul dan tanpa gentar mengumumkan beliaulah sebenarnya William Munny. Melalui dialog yang diucapkan oleh Little Bill, kita dapat tahu kekejaman William Munny, termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak. Dan dijawab oleh Eastwood(sebagai William Munny) dia membunuh apa sahaja yang merangkak dan merayap!

Unforgiven saya sifatkan antara genre yang akan pupus. Pergi ke panggung masa ini boleh katakan semua filem dikuasai oleh filem 3D. Dari Avatar hingga ke Clash of The Titan, Toys Story dan How to Train Your Dragon, 3D memang merupakan filem masa depan. Pengarah sudah kurang menekankan konsep plot, dialog dan kekuatan jalan cerita juga penghayatan watak seperti Unforgiven.

Saya mendapati tidak ada apa-apa yang istimewanya filem Avatar kecuali pada CGI dan teknologi 3D dan digitalnya sahaja. Dari segi plot, adanya campurbaur antara cerita Dances With Wolves(sebagai askar Amerika yang simpati dengan native), Pochahontas(jatuh cinta dengan native) dan filem Alien. Namun demikian, filem-filem seperti Avatar ini merupakan filem masadepan. 

 Avatar - filem masadepan dengan teknologi 3D


Dalam keghairahan Avatar, Eastwood lagi sekali mengarahkan filem masterpiecenya iaitu Invictus, filem dimana Mandela menggunakan ragbi sebagai medium untuk menyatukan orang kulit hitam dan orang kulit putih dibawah 1South Afrika. Lagi sekali, Morgan Freeman membawa watak Mandela. Saya quote satu kata-kata menarik dalam Invictus sebagai penutup posting ini:

"Football is gentlemen game played by hooligans, but rugby is hooligans game played by gentlemen."

Sunday, May 23, 2010

Seni Untuk Seni dan Seni Untuk Masyarakat

 El Pensandor atau Thinker Statue karya Rodin.
Mulanya ditujukan buat Dante tetapi menjadi
lambang manusia secara universalnya pemikir.


Sesuatu yang membezakan manusia dan haiwan merupakan manusia mempunyai kehalusan perasaan dan menikmati sesuatu yang halus dan batiniah. Manusia muncul sebagai species di bumi Allah ini bukan hanya sekadar ingin hidup dan mencari makan. Ini dibuktikan dengan munculnya Cro-Magnon di Eropah yang menggantikan Neanderthal. Sementara Neanderthal hanya hidup untuk mencari makan, Cro-Magnon develop naluri bekerjasama, bahasa yang lebih canggih dan minat terhadap hiasan dan seni melebihi mana-mana species pun. Dan ini rahsia cro-magnun sebagai spesis yang paling berjaya.

Menurut Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, pada era 60an, polemik dikalangan seniman adalah slogan 'Seni untuk seni' atau 'Seni untuk Masyarakat'. Ketika itu, sasterawan merupakan penggiat seni sering berdebat samada seni ini hanya untuk seni walaupun tidak difahami masyarakat atau seni ini adalah untuk masyarakat bagi membentuk dan mendidik masyarakat. Ramai juga seniman percaya dalam karya seni jika terlalu banyak unsur-unsur propaganda dan didaktik bukan karya yang baik.

Saya sendiri sebenarnya mempercayai seni untuk seni dan seni adalah keindahan dan bukan alat propaganda serta bahan mendidik masyarakat. Seni hanya untuk diappreciate keindahannya sahaja seperti kata Oscar Wilde:  "Artist is the creator of beautiful things", "There is no such thing as a moral or immoral book. Books are well written, or badly written. That is all" dan "All arts is quite useless".

Saya mempercayai ramai juga masyarakat kita tidak boleh menerima 'art for art's sake'. Saya juga yakin saya boleh menerimanya termasuklah platonicnya Plato. Plato percaya seniman tidak boleh mempunyai rasa ghairah atau apa-apa perasaan dan nafsu terhadap objek seninya seperti pelukis yang melukis gambar bogel seorang wanita tidak boleh mempunyai nafsu terhadap wanita berkenaan. Kepercayaan saya teruji apabila saya terbaca dalam suratkhabar Raja Azmi akan membuat filem homoseks pertama di Malaysia. Selalunya saya menentang censorship kerana percaya badan ini akan membunuh pertumbuhan seni kerana kreativiti bermakna 'no rules'.

Apabila saya melihat gambar dalam akhbar berkenaan lelaki Melayu berpeluk-pelukan sebagai melakunkan watak gay, saya mula merasakan perlunya ada garispanduan dalam seni filem. Saya rasa loya dan menjijikkan.

Akhirnya, mahkamah kita yang selalu dituduh tidak suci dan banyak campurtangan politik membuat sesuatu judgement yang menarik tentang seni. Mahkamah kita sendiri sudah berwarna-warni seperti sebuah karya seni. STAR  melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur diarah membayar sebanyak RM750  ribu kepada Datuk Syed Ahmad Jamal. Hakim Mahkamah Tinggi, Azhar Mohamed  berpendapat tindakkan Datuk Bandar mengubah ukiran Seniman Negara berkenaan tanpa persetujuannya merupakan tindakan 'institutional vandalism'.

"This is the first time a Malaysian court has awarded damages for infringement of moral rights over an art work."  Kata STAR. Baca sini

Sebagai muslim saya banyak terbelah antara isu moral dan seni. Penolakkan saya terhadap atas nama seni terhadap karya seni seperti filem homoseks Melayu membuatkan saya sedar seni tidak sentiasa indah. Namun keputusan mahkamah yang menghargai nilai seni itu sudah meletakkan Malaysia sebagai negara liberal.

Saya akui saya mula meragui pegangan seni saya: benarkah 'art for art's sake'?

Saturday, May 22, 2010

Apa Kaum Cina Mahu?

Soalan ini subjektif. Jika kita tanya sepuluh orang Cina, kita akan dapat sepuluh jawapan. Bagi penulis artikel 'What Chinese Want', Kee Thuan Chye yang dimuatkan oleh Datuk Ti Lian Ker dalam blognya, kaum Cina tidak mahu kerajaan yang corrupted seperti BN. Pada 18hb Mei baru-baru ini, Presiden MCA bersuara mewakili kaum Cina BN. Mungkin suara kaum Cina DAP lain pula.

Saya quote kata-kata Chua Soi Lek dalam Star:

"Chinese voters now have a deeper concern for intellectual issues rather than just wanting rice-bowl problems to be addressed, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said. These intellectual issues included racial fairness, accessibility to education, scholarships, promotions, judiciary and crime, he told a press conference after a dialogue with automative parts manufacturing associations, at Wisma MCA here Tuesday."

Bagi kaum Cina, isunya bukan 'bread and butter' lagi tetapi hal yang lebih mendasar: isu-isu intelek. Ini berbeza dengan orang Melayu dan India yang masih ramai dibawah paras kemiskinan. Dengan erti kata lain, kehendak kaum Cina adalah perkara yang sukar untuk dipenuhi, tidak hairan jika cek 3juta dan 18juta diperlekehkan.

Untuk menjadi lebih fokus, mari kita bincang satu persatu. Datuk Chua berkata antara isu 'intelek' yang dibangkitkan oleh kaum Cina di Malaysia ini adalah keadilan sosial, kemudahan pembelajaran, biasiswa, kenaikan pangkat, sistem kehakiman dan jenayah.  

Kaum Cina mahukan keadilan sosial. Di sini saya tidak faham keadilan sosial yang bagaimana. Dari segi asas mereka jauh lebih berjaya dari peribumi. Saya tidak nampak orang Melayu menindas kaum Cina. Malah kerajaan BN membenarkan mereka berkongsi kuasa, kebanyakkan mereka menang di kerusi majoriti Melayu kerana jika majoriti kaum Cina sudah tentu mereka akan kalah dengan DAP. Dalam isu menindas saya rasa Melayu paling toleran, membenarkan mereka mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina, membenarkan mereka mengamalkan adat resam dan budaya Cina. 

Dalam satu artikel yang di tulis dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh yang diterjemahkan oleh seorang kawan kaum Cina mengatakan kerana tidak puas hati dengan Malaysia sudah ramai kaum Cina profesional telah migrate ke Australia, New Zealand dan United Kingdom, untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Aneh, saya rasa negara berkenaan lebih rasis dibanding dengan Malaysia dan saya tidak fikir mereka membenarkan sekolah jenis kebangsaan Cina wujud di negara mereka. Apa lagi memberi bantuan kewangan.

Dianggarkan seramai tiga ratus ribu orang golongan profesional yang telah berhijrah dan kebanyakkan dari kaum Cina.
Saya akui Malaysia memang menghadapi krisis kepimpinan baru-baru ini. Mungkin ramai golongan business dan profesional tidak berpuashati dengan cara Malaysia ditadbirkan. Saya sendiri merasakan ramai profesional berhijrah merupakan sesuatu yang tidak elok kepada negara tetapi jika mereka merasakan boleh mencari keadilan di negara-negara lain, tidak ada siapa yang menghalang mereka.

Mengenai pendidikan, saya berpendapat sistem semi meritokrasi perlu diadakan. Jika ada anak orang Malaysia yang brilliant mereka perlu dibantu hingga jaya tanpa mengira kaum. Negara membangun seperti Malaysia ini memerlukan bijak pandai. Kepandaian ini kadangkala anugerah. Jika Enstein menjadi warganegara Malaysia, dia juga perlu dibantu semaksimum mungkin walaupun dia Yahudi. Dalam soal pendidikan, saya setuju pendidikan perlu bebas dari segala prejudis.

Tentang biasiswa, JPA sudah memberi biasiswa sebanyak 45% kepada lain-lain kaum. Ini bermakna seramai 45% bantuan biasiswa yang sepatutnya dapat ke anak bumiputera telah diambil. Kaum bumiputera tidak mengamuk hingga tidak mengundi kerajaan BN atau UMNO yang tidak berdaya mempertahankan hak mereka demi keadilan kaum.

Dari segi promosi, saya kurang faham promosi apa. Jika dalam bidang kakitangan awam, saya rasa kita juga tidak mengamalkan diskriminasi.  Dari segi kehakiman dan jenayah, seperti kata Datuk A. Kadir Jasin, ini bukan hanya isu kaum Cina, ini isu semua kaum di Malaysia ini, bumiputera, orang Asli dan India. Semua warga Malaysia tanpa mengira bangsa mahu melihat Malaysis sebagai sebuah negara yang adil, saksama, tanpa campurtangan politik dalam bidang kehakiman. Kita juga mahu lihat jenayah dikurangkan jika tidak dibenteras terus.

Jika keadilan perniagaan yang dibangkitkan oleh kaum Cina, jangan kita tidak tahu, dasar patronising ini bukan hanya kepada orang Melayu atau UMNOputra, kerajaan juga ada membantu kaum Cina hingga mereka menjadi billionaire hasil bantuan kerajaan. Berbeza dengan orang Melayu, jika mereka ditolong akan datang lagi dan minta ditolong lagi. Sebaliknya bagi kaum Cina, mereka akan menjadikan bantuan itu sebagai batu loncatan.

Datuk A. Kadir Jasin membariskan antara billioanaire Cina atau India yang dibantu oleh kerajaan dalam blognya. Baca sini.

Antara yang disebut sudah tentu Vincent Tan. Beliau mula menjadi billionaire apabila Sport Toto diswastakan dan beliau mendapat hak monopoli lesen judi itu pada tahun 1980. Baru-baru ini beliau mendapat lesen judi bola yang diluluskan kepada Ascort Sport. Begitu juga dengan Ananda Krishnan. Dengan sekelip mata beliau menjadi jutawan apabila mendapat hak pengswastaan lumba kuda Jalan Ampang, beberapa lesen judi dan komunikasi. Ini diberi kepada mereka kerana hak ekslusif tidak boleh diniagakan oleh bumiputera.

Di Sibu, kaum Cina yang mendapat faedah ekonomi hasil pembalakan tetapi tetap tidak menyokong kerajaan. STAR melaporkan seramai 27 orang  'Sarawak Shakers' dari kaum Cina. Antaranya Tiong Hiew King, Ting Pek Khiing, the Lau brothers (Henry Lau Lee Kong, Stephen Lau Lee Kiong and Vincent Lau Lee Ming), Hii Yii Chiong, Ding Jack Sung, Ling Chiong Ho, Wong Kie Nai, and Yaw Teck Sen.

Pada tahun 1970an YTL Group hampir bankrupt tetapi mendapat kontrak kerajaan membina sekolah, hospital, rail keretapi dan mendapat IPP(Independetn Power Producer) hasil dari kerajaan. Robert Kuok yang mendapat monopoli AP gula juga mendapat AP dari kerajaan. Jadi jika semua yang besar-besar sudah ditelan oleh mereka, apa lagi cerita keadilana sosial. Takkan kelasF yang monopoli bumiputera juga hendak dibangkitkan.

Jadi sebenarnya, apa kaum Cina mahu? Perdana Menteri Cina yang pertama, atau Presiden CIna? Langkah mayat saya dulu.







Wednesday, May 19, 2010

Islam dan Sekular

Seringkali kita mendengar orang pandai, atau rasa pandai atau mengaku pandai agama akan berkata, Islam syumul dan sekularisme bukan cara Islam. Saya setuju dengan ungkapan berkenaan. Saya rasa hampir keseluruhan orang Islam akan setuju. Mungkin juga keseluruhan orang Islam yang bersetuju tetapi masih ada persoalan: mengapa masih wujud apa yang dikatakan sekular itu?

Paling ketara dalam politik. Ahli politik Islam, atau yang membawa panji Islam, atau yang menggunakan Islam sebagai 'selling point' mereka akan mengatakan dalam Islam politik dan Islam bersatu dan bukan politik lain dan Islam lain. Mereka yang mengungkapkan tidak boleh pula memberi contoh dimana politik Islam selepas terbunuhnya Syadina Uthman bin Affan. Saya sudah membariskan bukti-bukti sejarah bahawa politik selepas terbunuhnya Khalifah yang ke tiga itu sudah tidak 'islamik' lagi - jika boleh dikatakan demikian.

Sekadar untuk mengulangi hujah berkenaan, mari kita ungkap semula. Fitnah berleluasa selepas terbunuh Uthman bin Affan dan banyak hadis palsu yang direka ketika itu. Ahli politik Islam seperti Muawiyah banyak menggunakan helah seperti menjunjung Quran untuk berdamai palsu. Selepas terbunuhnya peribadi gemilang Islam seperti Ali bin Abi Talib, politik Islam bertambah huru hara dengan muncul puak Syiah, Khawarij, Ummayah dan Abbasiyah yang mempunyai politik cacat cela dan sangat jauh dengan apa yang dikatakan 'politik Islam' itu.

Sudah tentu ilmuwan akan berhujah politik Rasulullah. Rasulullah merupakan rasul. Baginda telah mendapat wahyu dan ulama sekarang walaupun so called 'spiritual leader' sudah tidak mendapat wahyu lagi.  Jika peribadi sehebat Ali bin Abi Talib tidak dapat menyatukan ummah seperti politik Rasulullah walaupun Ali ditarbiah oleh Rasul sendiri, apa lagi hanya sekadar 'mursyidul am' yang mendapat pendidikan di Timur Tengah atau Pakistan sahaja.

Jadi jelas politik sebenarnya memecahkan ummah. Bermula mazhab atau sect dalam Islam adalah kerana perbezaan politik. Syiah dan ahli sunnah berasal dari perbezaan politik sedangkan Islam hanya satu dan rasulullah tidak mengajar mazhab-mazhab. Apabila nature politik itu sendiri kotor dan memecahkan tidak ada sebenarnya yang dikatakan politik Islam. Semua politik adalah kuasa dan mencari pengaruh. Plain and simple.
Jika ada perdebatan dengan hadis dan nas hanya perdebatan akedemik, secara praktikalnya politik tetap keji.

Sekularisme asalnya datang dari Barat. Ini kerana sistem feudal barat memberi kuasa kepada Raja sebagai tuan tanah dan dibantu oleh kuasa rohani seperti Papacy atau kegerejaan Vatican. Ketika Zaman Gelap di Eropah, masalah apa yang dikatakan sekularisme ini tidak melanda ummah kerana dalam Islam pemikiran saintifik dan rasional adalah intipati ajaran Islam dengan Quran sebagai panduan. 

Permulaan Islam seperti di zaman Abbasiyah ulama merupakan bijak pandai yang menguasai ilmu seperti Quran dan juga ilmu sains seperti fizik, kimia, biologi, geografi dan sebagainya. Memang istilah sekular tidak pernah wujud kerana ilmuwan Islam menguasai keseluruhan ilmu. Ini berlainan dengan Barat. Cleric mereka hanya menguasai hal-hal kerohanian dan sering bertelingkah dengan ilmuwan sains. Akhirnya terpisahlah gereja dan sains.

Apabila Barat meninggalkan gereja atau muncul gerakan Protestant oleh Marthin Luther yang protes terhadap monopoli penafsiran Bible oleh Vatican, Barat menjadi maju dizaman Enlighment.Mereka mula menguasai perdagangan dengan menguasai lalu lintas perdagangan, menguasai ilmu sains dan pemikiran rasional. Dalam dunia Islam pula, makin ramai ulama-ulama faqahi yang muncul dan menguasai Raja-raja Islam serta membuat fatwa yang melemahkan kebolehan berfikir orang Islam. Di sini bermula kemerosotan tamadun Islam persis zaman Gereja pula apabila Raja memberi kuasa kepada ulama untuk menafsirkan agama mengikut kehendak mereka. Dan bukan tidak berlaku penafsiran ini dibuat mengikut kepentingan politik ulama ataupun Raja berkenaan.

Kononnya orang Islam tidak boleh menafsir Quran tanpa pra-syarat ilmu seperti mereka. Dengan kuasa yang ada pada ulama berkenaan, akhirnya lumpuhlah pemikiran rasioanal orang Islam dan ummah makin terkongkong dan terkongkong dalam kepompong agama. Sebenarnya ini yang memisahkan Islam dengan keduniaan kerana apabila ulama berkenaan hanya menguasai ilmu kerohanian dan faqahi maka berlaku sekularisme.  Ummah yang ingin maju dari segi keduniaan terpaksa melihat model diluar Islam kerana jawapannya tiada dalam Islam - kerana ilmuwan Islam gagal memberi jawapan.

Seperti yang pernah saya tulis dalam posting 'Persoalan Yahudi', apabila orang Islam(read Arab) ingin membuat 'Islamic Banking'(still read Arab) maka mereka terpaksa rujuk kepada Yahudi yang menguasai sistem kewangan dunia sekarang. Dan ulama faqahi pula masih bertingkah. Ada yang kata interest bukan riba(Tantawi) dan jika mengikut Mazhab Hanafi bank Islam juga haram tapi Syafie kata halal. Umat Islam diseluruh dunia sebenarnya 'lawless'.

Lebih teruk lagi apabila ulama faqahi membuat fatwa terhadap ilmu yang mereka tidak kuasai. Semasa umat Islam menutup pintu mereka daripada ilmu 'orang kafir', di luar dunia Islam telah membangun dengan pesat sistem kewangan dan banking moden, kemajuan sains dan teknologi yang bebas dari moral seperti klon, permanian beradas dan muncul ilmu-ilmu baru yang tidak difahami oleh ulama tradisional. Dan pernah seseorang bertanyakan 'ustaz'  apa hukum main facebook!

Berlakunya sekularisme dalam dunia Islam bukan salah orang lain, tetapi salah ulama juga yang hanya menguasai ilmu keagamaan dan kerohanian sedangkan jika mereka mendakwa Islam syumul mengapa mereka langsung meninggalkan keduniaan? Dan lengkap bererti ada dunia dan ada akhirat, menguasai ilmu akhirat sahaja menjadikan mereka yang sekular.

Banyak yang perlu dilakukan untuk menjadikan Islam syumul semula. Dan kita memerlukan generasi ulama yang juga syumul, bukan yang hanya tahu menghukum.

Tuesday, May 18, 2010

Semua Kuasa Adalah Korup

"All powers are corrupt, absolut power corrupt absolutely."

Jika tidak salah itu merupakan kata-kata Lord Anton. Rakyat tidak akan suka korupsi. Sesebuah kerajaan yang kelihatan korup akan segera diguling oleh rakyat. Kemudian naik pula pemerintah baru. Mula-mula mungkin bersih, tetapi lama kelamaan dalam mercu kuasa, sudah mula berlaku korup.

Sepatutnya semua parti politik tidak boleh menjadikan ketelusan dan bersih dari korup sebagai manifesto mereka. Bukan saya suka korupsi, tetapi saya hanya ingin menjadi realist. Rasuah tidak mungkin dapat di hapuskan kerana ia hampir melibatkan semua pegawai kerajaan dan orang politik. Orang politik pula bukan hanya kerajaan BN, termasuk PR. Oh sudah tentu mereka tidak akan mengaku. Kesalahan hanya wujud jika 'terkantoi'. 

Mari kita renung mengapa DEB gagal, mengapa GLC gagal dan mengapa anak syarikat milik kerajaan negeri kebanyakkannya gagal? DEB bahkan MEB mempunyai idea dan nilai yang murni, tetapi tidak akan mencapai sasaran jika tidak dilaksanakan dengan teliti dan jujur. Seramai 1.2 juta pegawai kerajaan yang kebanyakkan Melayu, PM Melayu dan seramai 67% penduduk Malaysia merupakan Melayu. Mengapa kita masih gagal mengembeling tenaga untuk mencapai hasrat memantapkan ekonomi orang Melayu. Kita mempunyai 'gigantic Malay political dan administrative machine' untuk mencapai matlamat berkenaan. Kita ada jentera, kita ada matlamat, mungkin kita tidak mempunyai will power atau singlemindessness untuk mencapainya.

Jika Melayu sudah memenuhi pra-syarat berkenaan untuk mencapai matlamat rangka samada DEB atau MEB dan masih tidak kesampaian, in bererti pelaksanaan(atau pelaksana) sebenarnya tidak ikhlas melaksankan gagasan berkenaan. Mana-mana gagasan juga akan gagal.

Dan dengan jujur saya akui memang semua kuasa adalah korup. PR mengatakan BN korup.Namun bila PR berkuasa seperti di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan, kedengaran saja di sana sini korupsi, kroni dan juga tidaktelus dalam menangani dana awam. Mari kita baca posting terbaru Kickdefella di sini 

Dalam posting berkenaan, PAS sebagai parti berlandaskan Islam tidak bebas dari korupsi. Sebelum ini saya sudah banyak mendengar keghairahan poli-tikus PAS menjual kawasan balak dan tanah persis seperti poli-tikus UMNO yang ditentang mereka. Atas nama politik, buntut masing-masing memang hitam seperti kuali dan belanga. 

Di Selangor, seorang ADUN minta MB Khalid menyiasat kes konsesi pasir. Jadi dimana-mana ada saja isu salahguna kuasa ini. Bukan hanya kerajaan BN malah kerajaan utopia PAS-DAP-PKR juga sama. Saya rasa masalah yang paling ketara dalam isu salahguna kuasa dan korupsi ini adalah 'rule of law'. Malaysia sebuah negara yang terlalu banyak memberi kuasa kepada executive(MB atau Menteri) menggunakan kuasa budibicara. Begitu juga dengan pegawai kerajaan. Dan kuasa budi bicara ini merupakan 'blank cheaque' yang membolehkan mereka mewarnai apa saja polisi tanpa sekatan - selagi masih dalam penafsiran 'bidangkuasa' mereka.

Di negara-negara maju mereka meletakkan 'rule of law' sebagai check and balance kepada kuasa manusia. Kuasa manusia yang cenderung kepada korupsi. Untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam jangka panjang, 'rule of law' ini perlu dibaiki dan diperketatkan. Letak mereka dalam satu rangka polisi dan hanya boleh bertindak berdasarkan jurisdiction yang terbatas. Jika tidak, tindakan mereka 'ultravirus'.

Jika ini tidak dilakukan, kita akan kekal dalam politik dunia ke tiga, mungkin masa itu sama dengan Laos, Kemboja, Vietnam dan Filipina. Indonesia, Thailand mungkin lebih advance. Dan Singapore memang sudah jauh advance. 

Banggalah kita sebab masih ada dua tiga negara yang lebih teruk.


Monday, May 17, 2010

Bersediakah Kita




Seronok membaca komen disana sini mengulas kekalahan BN di Sibu. Macam-macam pendapat. Saya membaca komen di Rocky's Bru, di blog Datuk A. kadir Jasin dan sebagainya. Macam-macam kesimpulan dibuat. Oleh kerana saya dalam mood malas, maka saya tak mahu copy and paste komen mereka. Saya hanya ingin mengajukan cakap-cakap mereka mengikut versi saya

Seorang pembaca mengaku anak watan Sibu mengkritik dasar membantu orang Cina yang kebanyakkannya senang sementara pribumi dan Melayu Sarawak lebih susah. Ada yang menganalisis undi Cina seramai 60% tidak boleh memenangkan DAP jika tidak dibantu oleh undi bukan Cina. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.

Ada pendapat pula mengatakan kaum Cina tak suka disogok, mereka lebih muslim dari muslim. Pendapat yang ini paling saya nak tergelak. Jadi kita sudah ada ustaz Lim Guang Eng sebagai wannabe Umar bin Abd Aziz. Iyerla jika hati dah suka, semuanya indah belaka.

Ada pula yang berkata kerajaan BN memang dah decline jadi buat apa saja semua tidak kena. Rakyat memang dah tak suka. Beri duit tak suka, buat baik tak suka dan macam-macam. Mereka tidak kira DAP lagi teruk, atau Anwar peliwat ini semua tak relevan. Pokoknya orang dah tak suka.

Paling saya tak faham apabila PAS seronok melihat Islam dicerca dan dituduh menindas. DAP gunakan isu ini untuk memenangi hati kaum Cina Kristian dan PAS menganggap kemenangan DAP kemenangan mereka. PAS Kaduk sungguh, menang sorak kampung tergadai.

Paling menggelikan hati saya dalam salah satu komen Rocky's Bru. Katanya BN akan kalah PRU 13. Rossy kena banyak-banyak simpan duit berbillion-billion apabila BN kalah nanti.  Dan dia juga meramalkan Jibby adalah PM terakhir BN. Dia sudah ingin mengisi borang PKR kerana dia meramalkan BN akan kalah majoriti kecil di sana sini dalam PRU ke 13. Dia mengajak KJ join PKR juga. Dan Malaysia akan mempunyai Perdana Menteri gay yang pertama!

Sudah bersediakah kita semua?

Sunday, May 16, 2010

Cek 18 Juta dan 3 Juta

Dalam Perhimpunan Bersama PM yang dianjurkan oleh Gempita di PWTC tahun lepas, PM ada menyatakan bahawa DEB dan agenda Melayu perlu dinilai semula kerana terbukti selepas 30 tahun ia gagal mencapai matlamat. Menurut beliau, Melayu memerlukan strategi yang berbeza kerana sistem itu terbukti gagal. Sebenarnya mana-mana sistem pun akal gagal jika dibuat separuh hati dan tempoh 30 tahun DEB hendak melonjakkan ekuiti bumiputera sebanyak 30% itu sangat utopia hendak dicapai dalam masa berkenaan.

Logik kah sesuatu bangsa yang tidak pernah berniaga hanya ditolong selama 30 tahun kemudian kita tunduk dengan tekanan kaum bukan Melayu untuk menghapuskan tongkat? Dan alasan yang PM berikan pada masa itu adalah, jika sesuatu itu sudah dicuba berkali-kali tetapi gagal mendapat hasil yang kita inginkan, pendekatan mesti diubah. Untuk quote kata-katanya secara literally dengan hanya melalui memori saya sahaja: "Ada 99 jenis gila, antaranya meneruskan kerja yang terbukti tidak berhasil'.

Oklah kita terima logik ini. Bagaimana jika di Hulu Selangor dengan cek 3 juta diberi kepada Sekolah Cina masih tidak berhasil menarik undi kaum Cina, diteruskan juga dengan memberi 18 juta di Sibu. Hasilnya sama, kaum Cina hanya mempermain-mainkan BN dan akhirnya dipersendakan. Tidak belajar lagi. Bila mahu belajar sedangkan 'anak kecil bermain api, terbakar hatinya yang sepi' tidak dihiraukan.

Sebagai Presiden UMNO, kembalilah ke sarang. That  matter now



DAP Menang Di Sibu, 1Malaysia Tewas

Keputusan tidak rasmi yang telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia DAP telah menang di Sibu yang sebelum ini dimenangi oleh BN. Klik sini

Kekalahan BN ini membuktikan kaum Cina benar-benar telah menolak BN. Di Sibu bukan isu perkauman tetapi DAP menggunakan isu agama Kristian. PAS pula bersembahyang hajat dan berdoa agar DAP menang. DAP yang menuduh Islam jika naik akan menindas kaum Cina Kristian di Sarawak. Syabas! Politik is politik.

1Malaysia telah tewas. Kaum Cina tetap tidak menerima BN

Sultans of Swing

Tukar parti? Hina atau bermaruah. Sekarang ini banyak sangat kedengaran wakil rakyat yang tukar parti. Kebanyakkannya dari PKR ke .... nanti dulu, masih di 'grey area' bukan BN. Apapun di Perak fenomena ini menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat, dan mengembalikan Perak ke BN.

Kepada wakil rakyat yang keluar parti, samada menyertai BN atau kekal bebas mereka dicop dengan berbagai stigma. Bagi bekas parti mereka akan melabelkan sebagai 'pembelot', 'katak' dan berbagai perkataan yang menghinakan. Dan ada pengikut berhujah, mandat yang diberi oleh mereka berdasarkan parti yang mereka dukung, bukan peribadi mereka.

Bagi saya perkara ini subjektif. Ia perlu diteliti berdasarkan kes. Jika kita berjuang didalam sesuatu parti dan parti berkenaan sudah lari dari matlamatnya, saya fikir wajar seseorang itu menukar parti. Kita tidak boleh jumud dengan parti, apalagi apabila parti sudah lari dari perjuangan asalnya. Pernah juga saya tulis, parti yang tidak ada ideologi tidak akan bertahan.

Parti seperti PAS dan DAP boleh bertahan kerana mempunyai ideologinya. Bagi mereka menang kalah soal lain tetapi mereka tetap dengan ideologinya. Parti seperti PKR memang bermasalah hendak mengekalkan momentum kerana parti berkenaan tidak mempunyai ideologi. Saya tidak rasa rakyat ramai akan terseret berterus-terusan menjadikan seseorang sebagai landasan perjuangan walaupun atas nama keadilan. Sesebuah parti memerlukan lebih dari itu sebagai ideologinya.

Maka terjawablah mengapa kebanyakkan 'raja katak' atau 'sultans of swing'(dengar lagu Dire Strait) terdiri dari kalangan wakil rakyat PKR. Jika mereka ingin memperjuangkan isu rasuah dan ketidakadilan, masalahnya dinegeri yang mereka kuasai juga mengamalkan rasuah dan pilih kasih. Lihat saja isu ADUN Kapar, Manikavasagam yang memprotes tuduhan rasuah dilkalangan Ahli Majlis kerajaan tempatan dan beberapa exco dalam isu pasir.

Terbukti apabila memegang kuasa, 'buntut kuali dah sama hitamnya dengan belanga.' Kepada ADUN dan MP yang idealist tidak dapat menerima keadaaan ini lalu bertindak keluar parti. Jika mereka keluar parti atas prinsip seperti YB Zulkifli Nordin, ini tindakkan yang berprinsip. Jika sudah jelas celanya sesuatu pertubuhan mengapa perlu disokong?

Di Kedah juga sedang bergolak dengan fenomena 'sultans of swing' ini. ADUN Bukit Selambau, S.Manikumar, Tan Chow Kang ADUN Sidam, Lim Soo Nee dari Kulim dan Lee Guan Aik dikatakan boleh melompat bila-bila masa sahaja. Bicara Nobisha dan Sayuti Omar sudah menulis tentang ini. Sayuti Omar tidak memempercayai janji Mukhriz Mahathir bahawa BN tidak akan mengambil Kedah dengan cara lompat parti. Politik is politik. Curiga memang asas waspada.

Sementara dari BN ke PR pula semuanya terdiri dari orang yang 'tidak laku' dalam BN seperti Chua Jung Meng, Zaid Ibrahim dan Datuk Fauzi Abd Rahman. Orang yang keluar dari PKR sering pula dilemparkan dengan tuduhan rasuah, disogok, diculik dan sebagainya. Penyokong PKR gagal melihat masalah dalaman PKR sendiri yang memangkinkan keluarnya YB seperti Zulkifli Nordin.

Menjadi pemerintah memang tidak sesenang membangkang. Apapun fenomena keluar parti dari PKR ini merosakkan imej PKR dan seperti 'house of card', PKR tidak akan bertahan. Jangan pula kita lupa, the real 'sultans of swing' sebenarnya berada dalam pertubuhan NGO Melayu. Sesuatu perlu dilakukan juga kerana merbahaya apabila non political organisation diketuai oleh orang politik. Semua tindakkan beliau nampak dipolitikkan. Tambahan lagi spesis yang melompat pula.

Friday, May 14, 2010

Klise

 YB Wee Cho Keong

Seorang lagi Ahli Parlimen dari PKR telah meninggalkan PKR. Beliau merupakan Wee Cho Keong, MP Wangsa Maju. 

Mengejutkan? Tak lah. Dah klise.(Cliche)

Thursday, May 13, 2010

Kuat Itu Benar

Ada peribahasa Inggeris mengatakan, "might make right'. Sepanjang sejarah manusia, sentiasa yang kuat akhirnya benar. Tidak kira dari segi moralnya siapa betul tetapi bangsa kuat adalah betul. Bahkan dalam Islam Rasulullah dengan bantuan dan petunjuk Allah menjadi kuat dalam Penaklukan Kota Mekah. Ini titik tolak baginda menjadi 'betul' bagi bukan Islam hingga Islam diterima diseluruh semenanjung Arab.

Mari saya bariskan bukti-bukti sejarah. Julius Caesar selama 15 tahun menakluk bangsa Gaul dalam Perang Gallic adalah benar dalam sejarah. Bangsa Gaul akhirnya pupus dan berjaya diromankan. Siapa akan protes sikap Rom yang menakluk ini? Mereka benar kerana mereka kuat. Tidak ada cerita dari segi moral orang Rom tidak betul kerana menjadi aggressor. Tidak ada protes kemanusiaan pun walaupun dari sejarahwan. Oh itu kisah purba. Lihat kisah moden.

Siapa memberi hak kepada British, Belanda dan Portugis menjarah rantau Melayu? Sepanyol menjarah dan menindas kaum Inca dan tidak ada siapa kata mereka salah? Red Indian dalam cerita koboi orang jahat dan orang kulit putih orang baik. Kenapa? Kerana yang kuat sentiasa benar.

Sejarah tidak akan menangisi orang yang kalah. Malah bangsa yang kalah juga tidak akan diingati pun. Saya menulis topik ini kerana Datuk Ti Lian Ker menghentam Tun Mahathir dalam entri terbarunya. Bagi tidak menganggu kelancaran artikel saya, saya akan linkkan tulisannya di akhir artikel ini.

Dengan segala hormat memang Almarhum Tunku Abdul Rahman disenangi oleh semua kaum kerana Tunku orang yang easy going. Saya berpendapat, karakter Tunku merupakan karakter Melayu yang sebenar. Walau apapun dosa Tun Mahathir, beliau memberi makna 'harga diri' kepada orang Melayu dan Malaysia. Usah dibangkitkan darah India sesuku dan sesudu dalam tubuhnya kerana itu tidak penting. Beliau Melayu dari segi semangat dan hati nuraninya.

Saya tidak sanggup melihat beliau dituduh 'berpura-pura' menjadi ultra Malay. Memang banyak sifat Tun M yang menyalahi peribadi Melayu. Beliau menghargai masa, kerja kuat dan yang penting seorang yang teliti dan tidak cincai( Ingat remark Lee Kuan Yew tentang orang Melayu yang suka cincai). Beliau benar-benar ingin membawa Melayu ke satu mercu yang boleh dibangga walaupun beliau gagal kerana kebanyakkan Melayu tidak mahu berubah.

Memang ada tindakkan beliau yang machiavellian tetapi dalam politik menurut machiavelli tindakan sebegini merupakan 'kemestian'. Jangan naive kononnya politik Islam tidak begitu. Ini dunia sebenar bukan dunia khayalan. Dunia Melayu memang memerlukan orang kuat. Memerlukan orang yang mempunyai karisma dan boleh membuat semua orang tunduk. Saya tidak ingat dizaman Tun Mahathir kaum Cina berani mecerca Melayu seperti sekarang ini. Kuat itu benar.

Menjadi satu tradisi kepada kaum Cina mereka tidak sesuai dengan demokrasi. Kaum Cina yang biasa dengan triad, yang mementingkan nilai kekeluargaan dan patriach memang takut kepada orang yang kuat. Ini cara Lee Kuan Yew menjinakkan bangsanya di Singapura. Jangan cerita dengan saya betapa demokratiknya Lee Kuan Yew dan beliau berjaya membawa bangsanya maju dengan sikap kuku besinya. Sudah tentu bersalut dengan baldu.

Bagi saya Tun Mahathir tidak racist. Beliau bejuang apa yang perlu untuk kebaikan bangsanya. Beliau juga tidak menindas mana-mana kaum. Malah dizamannya beliau melantik Setiausaha Politik dari kaum Cina. Walaupun beliau mengakui beliau terhutang budi kepada kaum Cina kerana mengundi kerajaannya dalam pilihanraya 1999 apabila Melayu yang mengundi mengikut sentimen dan emosi dalam kes Datuk Seri Anwar, Tun Mahathir tidak tunduk kepada desakan Siqui yang menuntut banyak perkara. Mungkin ini yang tidak disenangi oleh kaum Cina. 

Justeru itu layak jika beliau dikagumi oleh bangsanya, Melayu. Kami sanjung orang yang berani dan tidak lembik. Kami dalam pencarian wira Melayu yang berani untuk bangsanya. Dan berani Tun Mahathir bukan saja dari segi physical courage but moral courage.Berani beliau juga berani berakal.

Dalam dunia mangsa dan pemangsa, yang kuat adalah betul. Seperti kata Cardinal Richelieu,'dalam hal kenegaraan negara kuat sentiasa betul, dan negara lemah sentiasa perlu mengalah untuk tidak dilabelkan sebagai salah dimata dunia".

 Ini rahsia diplomasi barat: Might make right. Dan soal keadilan sosial hanya untuk bangsa lemah. Tak percaya? Lihat Iraq dan Amerika. Baca artikel Datuk Ti Lian Ker disini

Tragedi Greek

Kesatuan Eropah dan dan IMF telah memberi suntikkan dana sebanyak hampir USD I trillion. Greek tidak akan mampu membayarnya dan ekonomi Greek juga telah menyeret Kesatuan Eropah dalam kemelut ini. Euro telah turun dengan banyaknya. Ketika artikel ini ditulis, Euro turun lagi kepada 1 euro = RM4.052.

Globalisasi yang selalunya menelan mangsa-mangsanya melalui electronic herd memakan Greek pula. Seperti kata Perdana Menteri Greek, George Papandreou, market bond elektronik herd ini bukan manusia lagi,  mereka adalah komputer dan akan menjadi  mode automatik apabila mengesani ada masalah.

Rakyat Greek sendiri tidak tahu adakah mereka perlu menyimpan, melabur atau membawa keluar duit mereka dari Greek. Bantuan dari IMF juga bererti Greek perlu berhati-hati menangani pinjaman yang diberikan untuk memulihkan Greek. Greek sudah hilang kemerdekaan ekonomi mereka. Pegawai kerajaan yang korupsi, poli-tikus yang tidak cekap dan perniaga yang suka menipu cukai akan didakwa sekeras-kerasnya.

Samada Greek mampu menangani ekonomi dengan baik atau tidak bukan hanya memberi kesan kepada Greek, tapi juga kepada nilai euro dan seluruh 27 negara dalam Kesatuan Eropah. Lagi sekali seperti yang pernah ditulis, dalam dunia global, kita samada mangsa atau pemangsa.

Seperti kawan saya membuat remark selepas menonton 'Clash of the Titan' baru-baru ini, sebegitu banyak dewa Greek seperti Zeus, Hades dan Poseidon dalam mitos Yunani purba, masih gagal menyelamatkan Greek dari menjadi mangsa raksasa Globalisasi.

Kita ambil ikhtibar dari Tragedi Greek ini. Dan kali ini bukan 'The Birth of Tragedy' oleh Frederick Nietzsche. This time is the real Greece's tragedy.

Wednesday, May 12, 2010

Mereka Yang Dilumpuhkan

Ada beberapa petanda baik ekonomi. Menurut Outsyed The Box, ekonomi Malaysia mencapai pertumbuhan sebanyak 10% melepasi target 8% oleh kerajaan. Selepas kemelesetan ekonomi baru-baru ini, Malaysia telah pulih dengan cepat. Kita perlu angkat topi kepada PM Najib. Sila baca disini

Dalam entri terbaru Datuk Rocky's Bru, seramai 900 orang 'movers and shakers' menghadari bengkel National Key Economic Area(NKEA) di Kelana Jaya bagi membincang dan mencadangkan 'key area' yang kerajaan perlu tumpukan bagi mencapai objektif Model Ekonomi Baru dan menjana ekonomi hingga Malaysia mampu menjadi negara maju pada 2020. Baca sini

Menarik juga kerana saya ada terbaca dalam Star baru-baru ini Tun Mahathir membuat statement, berdasarkan keadaan yang ada dan perkembangan ekonomi dunia yang sangat berlainan dan perubahan yang tidak dijangka, beliau skeptic Malaysia mampu menjadi negara maju pada 2020. Menurut beliau Malaysia belum betul-betul pulih dari kesan serangan matawang atau 'electronic herd' pada tahun 1997. Pembuat gagasan sendiri sudah meragui gagasannya. Maaf saya tidak ingat tarikh STAR berkenaan.

Walau bagaimanpun, petanda yang baik apabila PM Najib berjaya memulihkan ekonomi negara seperti yang dibincangkan oleh Outsyed The Box. Cuma saya ingin menyuarakan di sini, minta kerajaan bantu ekonomi kontraktor Kelas F. Rata-rata mereka sedang 'lumpuh' sekarang ini. Ramai kawan-kawan saya terpaksa buat kerja lain dan ada yang rumah dan kereta sudah tidak mampu dibayar lagi. Apalagi yang tidak ada pendapatan lain kecuali melalui kerja-kerja Pembangunan Luar Bandar.

Saya tidak ada lesen kelas F dan saya bukan termasuk dalam golongan ini tetapi mereka adalah wajah-wajah yang sangatt berharap kepada bantuan kerja-kerja projek kerajaan. Semua pemegang lesen kelas F ini merupakan bumiputera dan mereka merupakan sebahagian pengundi Melayu. Jika UMNO gagal menjaga mereka lambat laun mereka tidak akan mengundi BN.

Saya faham dasar PM sekarang tidak mahu lagi menaungi dan mengamalkan konsep 'rental' dibawah MEB tetapi mengubah sesuatu kebiasaan dengan mengejut akan mengakibatkan kerugian kedua pihak; kerajaan dan kontraktor. Dalam 48 Laws of Power mengatakan "preach reform frequently, make change slowly'. Jika tanpa amaran tiba-tiba nasib kontraktor ini menjadi 'mereka yang dilumpuhkan' akan memakan diri kerajaan BN juga.

DEB yang gagal mencapai matlamat 30% pegangan ekuiti bumiputera yang dilaksanakan selama 30 tahun ini tidak diboleh diganti secara drastik. Masih ada dasar-dasarnya yang perlu diteruskan, paling tidak untuk sementara waktu. Perniaga Melayu, dengan malu saya akui, masih memerlukan tongkat.

Orang Melayu masih belum hilang terkejutnya apabila Kementerian Koperasi dan Usahawan yang menjaga kepentingan Melayu selama ini sudah dihapuskan. Bagi mereka masa untuk mencernakan  realiti baru ini. Jangan abaikan kontraktor kelas F ini kerana saya ada terbaca di Perak, Dewan Perniagaan Melayu Perak membuat statement sudah ramai kontraktor kelas F yang sudah bungkus kerana tidak ada projek lagi. 

Kita perlu ajar perniaga Melayu bersaing tetapi padang masih tidak sama. Bagi mereka masa

Mengembalikan Roh UMNO

Saya terilham untuk menulis posting ini setelah membaca entri terbaru Datuk Seri Dr. Khir Toyo: 'UMNO Harus Kembali sebagai Parti Siasah'. Baca sini

Terus terang saya cakap, antara punca-punca UMNO kehilangan pengaruhnya adalah kerana parti ini dilihat sebagai parti elit, parti peluang dan pintu kepada 'technically know who'. Saya pernah kenal seorang Ketua Pemuda Bahagian yang baru menyertai UMNO kurang dari lima bulan, terus bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian dan menang. Secara berterus terang dia nyatakan kepada saya, dia menyertai UMNO kerana mahu kenal 'orang atas'.

Ketika saya menjadi Ketua Penerangan Pemuda Bahagian saya dahulu, apabila saya membuat program, akan ada yang menanyakan saya 'duit minyak', elaun dan imbuhan kewangan. Saya tidak menggalakkan perkara seperti ini dan bertegas ia mesti disertai dengan ihklas. Pointnya di sini adalah, apa yang UMNO buat ia akan dilihat oleh ahlinya sebagai tempat mereka mencari 'extra income'. Dan sokongan tidak akan diberikan kepada pemimpin yang tidak mahu melakukan. Ini menggalakkan budaya 'politik wang' dan seperti virus corrupted seluruh bahagian.

Pemimpin UMNO yang sudah melabur dan 'kenal orang atas' pula akan mencari projek berjuta-juta ringgit dan akan hidup mewah dengan kereta besar dan pengikut yang nampak hebat dan ramai. Tidak ada apa-apa kebolehan dan keistimewaannya mereka membuat duit kecuali 'kenal orang atas' tadi sahaja trademarknya. Silent majority yang tidak terlibat dengan UMNO akan mencemburui dan mula merasa meluat dengan elitisme UMNO.

UMNO sudah tidak dilihat sebagai parti perjuang tetapi parti peluang. Tidak ada keikhlasan menyertai UMNO hanya ingin merebuu peluang. Bukan tidak ada langsung ahlinya yang ikhlas dan kerana sayangkan bangsa tetapi mereka ini kebiasaannya terpinggir. Boleh dikatakan hampir keseluruhan pemimpin dari bahagian hingga ke cawangan memikirkan perut masing-masing. Seperti enau didalam belukar.

Saya percaya masih ramai silent majority Melayu yang sayangkan UMNO cuma mereka sangat membenci pemimpin UMNO yang terlalu elitsme dan hidup bermewah-mewah tanpa kerja keras dan bersaing. Lihat dalam isu artkel bangsa Melayu tidak wujud, mengapa Ketua Pemuda Malaysia dan exconya tidak membuat sebarang protes sedangkan Pemuda merupakan sayap yang radikal, aggresif dan pressure group.  Ini kerana Ketua Pemuda dan barisan exco datang dari generasi kepimpinan yang lembik, suka duduk dikerusi empuk, kereta mewah dan suka hang out di kelab-kelab eksklusif. Mereka sudah terpisah jauh dari masyarakat marhein kerana kemewahan mereka.Mungkin ada sesekali buat program Pemuda Masuk Kampung dan sebagainya tetapi hanya sekadar melepas batuk ditangga.

Tidak seperti pemimpin UMNO dahulu. Datuk Harun Idris, Jaafar Albar dan sebagainya.

Kemudiannya, ukhwah dalam UMNO sendiri sudah tidak ada. Ini kerana ahlinya bagaikan sudah memahami mereka menyertai UMNO bertujuan komersial semata-mata. Setiap gerik geri ahli yang lain akan dinilai, penyokong siapa mereka, jawatan apa yang hendak direbut dan apa keuntungan mereka dapat jika bersama dengan sesuatu golongan. Tidak ada soal tanya khabar, soal kebajikan atau soal silaraturahim lagi.

Saya pernah terjumpa Unit Media Baru yang turun ke bahagian-bahagian untuk mendapat maklumat tentang ahli-ahli dibahagian. Mereka mempunyai kesedaran untuk menjaga ukhwah dalam UMNO ini ingin mengumpul database ahli UMNO. Tujuannya jika ada anak orang UMNO masuk ke institusi pengajian tinggi di Kedah misalnya, UMNO Kedah akan mengambil berat kebajikan mereka tanpa menunggu masa pemilihan. Niat mereka yang baik ini tidak akan kemana tanpa bantuan pucuk pimpinan.

UMNO sudah mencecah usia 64 tahun. Seperti mana-mana pertubuhan pun, UMNO tidak lestari. Seperti mana-mana pertubuhan, UMNO juga sudah semakin hilang roh perjuangannya kerana kurang faham ahlinya sebab apa mereka menyertai parti yang banyak berjasa ini. Seperti mana-mana pertubuhan, selepas lebih setengah abad, kesucian perjuangan UMNO juga sudah corrupted.

Baca dalam sejarah, mana-mana empayar pun akan jatuh kerana bobrok dari dalam. Musuh hanya memainkan peranan yang kecil. Semua empayar runtuh kerana corrupted(bukan rasuah) dan rotten from inside. Rotten to the core.

Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan roh perjuangan UMNO yang semakin hilang. Jika roh tiada, maka badan UMNO sudah tidak bernyawa lagi.