Followers

Sunday, April 3, 2011

Saiz Memang Penting.

Kita berehat dahulu bicara tentang politik. Hari minggu ini lebih baik kita santai sahaja. Semalan saya bercerita tentang buku. Hari ini saya ingin menulis tentang saiz.

Sexologist berkata, saiz tidak penting, yang penting penentrasi. Orang lelaki selalunya ghairah membandingkan saiz mereka, sedangkan dari segi sains, ianya tidak penting. Mungkin saiz tertentu dapat boost ego mereka, atau self esteem mereka.

Alec Research telah membuat perbandingan secara purata saiz kemaluan lelaki mengikut negara. Malaysia, sudah tentu, tidak tersenarai dalam 'Hall of Fame', atau mungkin 'Hall of Shame' ini. Dalam blog Datuk A. Kadir Jasin bertajuk Don't Allow Penile Rating To Bear Us Down sangat menarik perhatian saya - juga melucukan - apabila Datuk A. Kadir Jasin memilih tajuk ini. 

Mungkin beliau sudah bosan dengan kisah video seks yang mewarnai Malaysia sekarang, lalu mengalih perhatian pembacanya kepada 'educated sex'. Walaubagaimanapun, purata panjang kemaluan lelaki dimenangi oleh lelaki Congo iaitu puratanya 17.1 inci, diikuti oleh lekaki Ecuador sepanjang 6.9 inci ditempat kedua, tempat ketiga lelaki Ghana, 6.8 inci dan ke empat dikongsi lelaki dari Colombia dan Venuzeala sepanjang 6.7 inci.

Seterusnya tempat ke 7 lelaki Lebanon, Jamaica tempat ke 12, Brazil 15, Perancis 17, Republic Chech no 22, lelaki Belanda no 27 dan Italy no 31. Mesir dikedudukan no 33, Denmark 42, Mexico 49, Maghribi 51, Sweden 58, Greek 61, lelaki Chile 64, German 68, Norway 72, United Kingdom ditempat ke 82, Sepanyol 85, Australia 94, USA 98, Ireland 99 dan Romania 101.

Tidak dinyatakan Malaysia tetapi lebih tinggi dari Jepun di tempat ke 110, China 112, India 116, Thailand 117 dan Korea Selatan 119. Namun, Malaysia tewas kepada Indonesia dikedudukan 104. Malaysia diantara  tempat ke 105 hingga 109. Singapura langsung tidak disenaraikan, dan negara kiasu ini akhirnya tewas juga - setidak-tidaknya dalam hal ini.

Kemungkinan blogger tidak taksub lagi kepada Alexa Ranking selepas ini kerana 'penile ranking' akan lebih cepat manjadi sensasi. Walaupun dari segi praktikaliti, saiz tidak penting, tetapi dari segi ego dan 'maruah' sesama  lelaki ianya penting. 

Jika tidak, takkan Husin Lempoyang menulis memberi ingatan kepada Jho Low jangan kasi malu Malaysia. Saiz sememangnya penting.

2 comments:

Jeepers Creepers said...

hahahaha

Anonymous said...

ha ha ha ha THE BIGGER, THE LONGGER THE BETTER ......

THAT IS KAYU BALAK ...