Followers

Tuesday, March 31, 2009

Bahaya Jumud dan Taklik

Saya terbaca dalam Malaysia Kini isu berkaitan bekas MB Perak menjadi imam di masjid Simpang, dekat dengan Taiping. Imam berkenaan mengakui, mengikut laporan Malaysia Kini, beliau yang menjemput Datuk Seri Nizar. Tidak seperti dakwaan BN yang Datuk Seri Nizar merampas mikrofon.

Selepas bersolat maghrib dengan berimamkan Datuk Seri Nizar, mereka mengadakan tazkirah mengenai ayat al Quran yang dibacakan ketika beliau mengimamkan solat.

Ada semacam satu kekeliruan tentang Islam di Malaysia ini buat sesetengah orang Islam. Justeru kita malas membaca, malas mengkaji, malas memahami dan segala macam malas, kita sering 'bersimpati' atau 'menghormati' dengan membuta tuli atas nama agama.

PAS merupakan sebuah parti. Parti ini disertai oleh berbagai ahli dari berbagai latar belakang. Malah Datuk Seri Nizar sendiri merupakan Ir. iaitu seorang engineer. PAS bukan agama Islam tapi hanya parti.

Dakwaan mereka sebagai satu-satunya parti yang sah memperjuangkan Islam adalah tidak betul. Selepas terbunuhnya Saidina Usman bin Affan ada sekurang-kurangnya 6 puak(parti) yang mengaku mereka memperjuangkan Islam. Shiah, Khawarij, Ummayah, Abbasiyah dan berbagai lagi.

Yang mana satu dari berbagai parti yang timbul angkara terbunuhnya Saidina Uthman(sejarahwan Islam menyifatkan kejadian itu sebagai 'Al Fitnahtul Kubra' - Fitnah terbesar dalam sejarah Islam) yang sebenarnya Islam?

Seperti mana-mana parti politik, matlamat PAS adalah kuasa. Jika tidak, mereka hanya perlu menjadi pendakwah atau pendidik.

Bila sebahagian kita orang Islam jumud(beku) dan taklik(buta) maka parti yang sepatutnya bukan agama ini menjadi dogma. Islam menentang dogma. Islam agama rasional.

Oleh kerana dogma PAS kononnya sinonim dengan Islam, tidak kira apa latar belakang ahlinya, mereka akan dianggap ulama. Bahkan ulama sendiri pun, tidak mahfum atau terpelihara dari dosa atau kesilapan. Hanya Rasulullah S.A.W sahaja yang terpelihara dari dosa.

Seperti kata Imam Hambali, "Tiada siapa yang pendapatnya tidak boleh disangkal kecuali orang suci dalam makam itu." di mana beliau merujuk kepada baginda S.A.W.

Jika Imam yang bertauliah dan sudah pasti diakui lebih tinggi ilmu agamanya dari seorang engineer menyerahkan mikrofon kepada engineer berkenaan hanya kerana beliau ahli PAS, sudah tentu sikap jumud dan taklik terlalu menebal dalam kebanyakkan orang Melayu.

Jika seorang imam sudah bersifat demikian, apatah lagi orang lain. Imam sepatutnya ulama dan ulama merupakan pewaris para rasul. Jika pewaris rasul merasakan seorang engineer kebetulan ahli PAS lebih layak dari beliau bukan sahaja mengimamkan solat, malah memberi tazkirah mengenai bacaan Quran, saya rasa dogma ini amat membimbangkan.

Bila kita gagal membezakan antara agama dengan parti, maka kita akan menjadi jumud dan taklik. Islam menjadi lemah kerana sikap ini, setelah orang Islam meninggalkan pemikiran rasional, cintakan ilmu dan tidak mengkaji sendiri Islam dari sumbernya : Quran.

Bekas MB yang menjadi Imam itu pula merupakan hanya boneka kepada DAP yang mana sepatutnya musuh tradisi Islam. DAP mahu Malaysia ini menjadi negara sekular, menolak dominasi orang Melayu, apatah lagi negara berteraskan Islam.

Exco kerajaan Perak dibawah Datuk Seri Nizar majoritinya bukan Melayu dan bukan Islam. Mereka mengutuk BN kerana kononnya bekerjasama dengan bukan Islam. Beliau terpilih menjadi MB kerana Undang Tubuh Negeri mewajibkan hanya orang Melayu boleh menjadi MB.

Jadi bagaimana seorang boneka kepada sebuah parti yang menolak negara Islam - iaitu menolak perjuangan PAS sendiri - memberikan tazkirah berkaitan ayat Quran jika mereka sendiri hipokrit atau munafik?

Demi agama dan bangsa, tolonglah umat Islam sekelian, jauhilah jumud dan taklik.

4 comments:

Anonymous said...

hmm..ada yg saya tak setuju di sini..kalau jadi engineer tak boleh jadi imam solat kah?mungkin saudara menilai dr sudut kerjaya dan politik..tapi selidik kembali,apa syarat yg melayakkan seseorang menjadi imam?
kalau ada seorg pencuci tandas yg bukan dr mana2 parti tetapi mahir membaca alQuran, tidak salah makhraj dan mafhumnya, isteri dan keluarganya juga diajar menutup aurat..salahkan dia memimpin saf solat walaupun di blkgnya ada seorg presiden?
dan apa pula komen saudara bila pak lah yg mengimamkan solat?

saudara, waktu solat kita semua sama di depan Robb..takde taraf yg berbeza melainkan org2 yg tidak khusyuk..

sri tribuana said...

soal menjadi imam ni soal berat. Imam adalah ketua. Mengapa rasulullah memastikan Abu Bakar menjadi imam ketika baginda sakit sedang Umar, Ali dan Usman masih ada, ini menunjukkan orang yang boleh mengimamkan solat paling kanan pada ketika itu.
Saya tak kata jadi engineer x boleh jadi imam solat, tetapi apa yang saya nk tekankan adalah, beliau diminta jadi imam sbb dia engineer dari parti PAS dan dianggap lebih faham agama kerana dari parti PAS sedangkan imam yang tidak berparti dan memang sepatutnya lebih mendalami al Quran lebih afdal mengimamkan solat dan memberi tazkirah.

Anonymous said...

Hello Bro....

Sapa-sap jadi imam pun OK la.. Kalau Anwar Ibrahim pun aku ikut aje. Kita ini hanya insan kerdil....

sri tribuana said...

yup saya setuju jugak tu...
kita hanya insan biasa di mata Allah
saya cuma tak suka golongan extremis, saudara tahu Imam Syafie hampir dibunuh oleh pengikut Hambali kerana tidak setuju dgn mazahab mereka. Bukankah kita semua Islam? Soal perbezaan pendapat bukan soal boleh merosakkan akidah, soal pendekatan dan tak perlulah menanamkan semangat mengecop kafir mengkafir sesama Islam.
Itu saja