Followers

Saturday, August 13, 2011

"Kami Sudah Ada Juara, Kami Tidak Perlu Yang Lain"

Kata kuncinya adalah monopoli.

Anatolia Karpov menjadi Juara Dunia Catur dibawah FIDE tanpa mengalahkan Bobby Fischer. Enigmatic Bobby Fischer, satu-satunya pencatur dari Amerika Syarikat yang memecah dominasi Soviet dalam era Perang Dingin mengejutkan dunia setelah beliau mengalahkan penyandang juara dari Soviet, Boris Spassky.

Sejak era Perang Dingin, bermula dengan Mikhael Botvinik, Soviet telah mendominasikan Juara Dunia Catur, hingga Boris Spassky pencatur terakhir dari Soviet yang telah dikalahkan oleh Bobby Fischer dari Amerika. Ketika era Perang Dingin, kekalahan seperti ini tidak boleh diterima Soviet, apa lagi musuh itu dari dunia kapitalist - Amerika Syarikat.

Rejim Soviet mula mencari tokoh untuk mengalahkan Bobby Fischer. Maka muncul Anatolia Karpov. Karpov seorang fanatik komunism. Beliau bahkan pernah berkata hanya ada dua benda yang menarik minatnya: catur dan komunisme(saya rasa survey umum akan menjawap: wanita dan duit).

Setelah Karpov bersedia untuk mencabar Bobby Fischer, sudah memenangi Candidate Match, Fischer enggan bertarung. Fischer memang seseorang yang aneh. Beliau hanya ingin bertarung semula dengan musuh lamanya, Boris Spassky. 

Akhirnya Anatolia Karpov menjadi Juara Dunia tanpa bertarung dengan penyandang Juara. He was crowned by defaulted. Sepanjang career nya, Karpov dihantui dengan pengiktirafan ini - iaitu menjadi Juara tanpa perlu berjuang dengan Juara bertahan.

Karpov berjaya mempertahankan kejuaraannya selama 10 tahun hingga muncul seorang prodigy muda bernama Gary Kasparov. Gary menjadi Grand Master termuda dalam sejarah pada tahun 1980. Dalam dunia catur, semua orang bercakap tentangnya.

Dalam biografinya, Unlimited Challenge, Kasparov bercerita bagaimana ketika itu Karpov bagaikan raja di Soviet. Ini kerana Karpov dilihat sebagai wira Soviet apabila berjaya merampas semula kejuaraan dari penjahat kapitalist. 

Kasparov pula memenangi kejuaraan demi kejuaraan, dan ini menimbulkan rasa tidak senang beberapa pegawai Soviet yang pro Karpov. Media sudah mula meramal Kasparov merupakan bakal juara dunia. Dalam satu pertemuan Kasparov dengan pegawai sukan Soviet, beliau menceritakan beliau diugut supaya jangan terlalu cemerlang.

"We already have World Champion, we don't want another". Kata pegawai berkenaan. Namun Kasparov terus cemerlang, berjaya memenangi Candidate Match. Akhirnya, pertembungan Karpov-Kasparov tidak dapat dielakkan. 

Pada 10 September 1984, bermula apa yang disifatkan oleh pundit catur sebagai 'Clash of the Titan'. Format kejuaraan ketika itu adalah siapa yang menang sebanyak 6 game yang pertama akan menjadi Juara Dunia. Keputusan seri tidak dikira dan ini bererti jika ditolak keputusan seri, permainan akan berlanjutan tanpa had selagi tidak ada dapat memenangi 6 permainan. Format ini dicadang oleh Karpov, walaupun dibantah oleh Kasparov.

Pada mulanya Karpov berjaya mendahului 5:0. Kemudian, dengan hanya memerlukan satu kemenangan saja beliau telah penat. Sebanyak 48 permainan dimainkan, Kasparov berjaya merapat kedudukan menjadi 5:3. Permainan ini, dalam usaha mencari pemenang pertama menang 6 permainan berlanjutan selama 6 bulan.

Akhirnya pada 15 Februari 1985 FIDE terpaksa memberhentikan kejuaraan itu atas alasan kesihatan pemain. Ketika itu, Presiden FIDE adalah Campomanes, dari Filipina dan rakan baik Karpov. Walaupun diprotes dengan hebatnya oleh Kasparov, permainan dihentikan. Perlawanan ini mendapat julukan 'Marathon Moscow', dan kedua-dua pemain telah turun berat badan mereka.

Kejuaraan disambung semula pada 1 September 1985. Format race for 6 telah ditukar kepada 12:12 iaitu permainan dihadkan kepada 24 saja dan jika berkesudahan 12:12, penyandang juara akan dinobat sebagai juara semula.

Kasparov menjadi juara dunia termuda, 22 tahun setelah mengalahkan Karpov dengan 13:11. 

Dunia monopoli menghalang insan yang lebih baik menyerlah hanya kerana mereka berada dipuncak, bukan kerana kehebatan. Kita tidak tahu kita akan dapat Einstein atau Newton dengan dunia monopoli bermaharaja lela. Dunia monopoli yang menjadi pegangan akan menghapuskan persaingan, sedangkan persaingan sangat bagus dalam mencari yabg terbaik.

Apabila AMANAH dilancarkan, walaupun hanya sebagai NGO ramai juga yang menghentam dan mempersoalkan niat AMANAH. 

"We already have the king, we don't want another. Long live the king!"

Siapa budak kecil yang boleh menyatakan kebenaran bahawa Maharaja telah ditipu oleh pereka pakaiannya(con-sultan) dan sedang berarak dalam keadaan terlanjang?

Yang lain masih berteriak: "Long live the King!" (And First Lady).











3 comments:

Jeffrymlaka said...

SaluTe bro, nice article, hope u tulis lg dgn idea bernas, perinfatan pada pemimpin ..really like it.tqvmch

Anonymous said...

Aku Hensem

Cian Fischer
US layan dia macam haram
Last2 mati dlm kesdihan
Sedih pabila sumbangannya tidk dihargai

BABI US

Panglima Hitam said...

Artikel yg sangat bermakna..