Followers

Monday, June 28, 2010

Ulama Politik

Ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kita 'mengendali'kan para ulama di Malaysia ini. Ada sesuatu yang tidak kena juga cara kita menyanjung atau membenci mereka. Sebenarnya, saya sudah banyak kali juga menulis tentang ini. Baca sini, sini, sini, sini, sini.

Yang ini memang tajuknya 'Ulama', saya rekomen pembaca membacanya jika malas membaca yang lain.

Ulama harus dihormati kerana ilmu mereka dan sumbangan mereka kepada Islam, tetapi tidak perlu didewa-dewakan. Kadang-kadang mereka di puja seolah-olah mereka keramat atau suci atau maksum. Ingin sekali lagi saya mengungkap kata-kata Imam Malik: "Dalam Islam, tiada siapa yang pendapatnya tidak boleh disanggah kecuali Rasulullah'.

Dalam blog Dr. Maza, beliau pernah menulis tentang bagaimana kita harus memuliakan ulama dan bukan mensucikan mereka. Baca sini. Keparahan jumud dan taksub umat Islam terhadap seseorang ulama, terutama di Malaysia ini boleh dilihat dengan soalan yang dibuat oleh seorang kepada Dr. Maza di sini. Soalannya apa hukum mengkritik tulisan Al-Ghazali!

Imam Ghazali tidak dinafikan seorang ilmuwan besar. Namun beliau cuma manusia biasa. Hanya rasulullah sahaja yang maksum atau terpelihara dari dosa. Rasulullah juga membuat silap sebagai manusia tetapi Allah akan turunkan wahyu sebagai panduan. Imam Ghazali, Imam Bukhari, Nik Aziz, Dr. MAZA atau sesiapa selepas Rasulullah tidak akan diturunkan wahyu lagi. 

Soal jika pengikut mereka mendakwa mereka rapat dengan Allah hanya dakwaan manusia. Tidak ada gerenti dari Allah SWT sendiri. Jadi soalan apa hukum mengkritik Imam Ghazali itu tidak sepatutnya timbul kerana dalam budaya ilmu setiap tulisan akan ada kekurangannya. Imam Ghazali terkenal dengan kelemahannya menyaring hadis. Ihya Ullumudin tidak boleh pula menggantikan Quran kerana Quran merupakan kata-kata Allah, yang satu lagi hanya karangan manusia.

Sekarang di Malaysia kecoh tentang 40 ulama menyertai UMNO. Primadona yang ditunggui adalah Dr. MAZA sendiri. Masuk atau tidak ulama atau Dr. MAZA tidak akan memberi impak yang besar kepada UMNO. Ini kerana mereka hanya individu. Jika Albert Einstein masuk Islam dan menyertai PAS pun tidak memberi impak kepada PAS kerana mereka semua - PAS dan UMNO - hanya parti politik. 

UMNO tidak lebih kelihatan 'suci' dengan kemasukkan Dr. MAZA dan 40 orang ulama. PAS tidak akan lebih teknologikal savvy jika Einstien yang masuk Islam tadi menyertai PAS. Apa yang hendak dikecohkan sangat. Ulama PAS pun berkatalah bahawa mereka akan menjadi murtad, munafik dan sesat kerana mengikut UMNO. Insaflah, ini abad yang keberapa? Jika inginkan ulama yang tidak menguasai ilmu selain feqah  menguruskan negara tengok apa jadi pada Kohilal? Kepada mereka ke kita ingin letak kepercayaan mengurus ekonomi moden. Sebelum tahun 2019, Malaysia sudah bankrap.

Ulama hanya manusia biasa. Mereka dihormati kerana ilmu mereka. Tidak ada kesucian atau kekeramatan pada title ulama itu. Sebagai manusia biasa mereka mempunyai citarasa mereka. Begitu juga dalam soal politik. Jika mereka memilih UMNO, itu juga ciitarasa mereka. Kita perlu hormati citarasa peribadi mereka. Allah akan menilai siapa betul di akhirat nanti. Siapa kita hendak mengadili sesama manusia.

Ulama juga ada yang betul dan ada yang keliru, ada baik. ada jahat. Seperti lumrahnya apa saja yang bersifat baru.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Setuju dengan artikel tuan, sekurang-kurangnya kawan nak dengar kpmen dari ulama-ulama PAS..... apakah mereka-mereka yg menyertai UMNO ini akan jadi sesat ?..........

sri tribuana said...

Biasa la PAS, tak masuk geng diaorg kapir selalu

Otakzcyber said...

Setuju bebenor...UMNO apo kureng nyer..Pabila bersama digelar Ulama, Mufti blah..blah..blah..Bilo tak bersamo..Perlu tauliah jika ingin buat ceramah Ugama...Poning kepalo den..Gelaran Ulama, Mufti bak pengiktirafan berbentuk yoyo la plak, macam pingat bleh ditarik balik..hai entahla apo nak jadi dgn kita ni.....