Followers

Sunday, June 13, 2010

Mengapa Kita Pertahankan UMNO?

Saya sering ditanya oleh orang yang tidak berparti mengapa saya mempertahankan UMNO walau kadang-kadang saya mengkritik pemimpin BN. Mereka kenal saya juga bukan fanatik mana-mana pegangan cuma mereka juga kenal saya kuat sentimen Melayu.

Seperti segalanya, UMNO memang ada cacat celanya. Saya sayangkan UMNO kerana ia mempertahankan Melayu satu ketika dulu. Sekarang UMNO sebagai parti masih mempunyai roh pejuangan yang sama. Mungkin beberapa pemimpin UMNO memang sudah makin pelik-pelik tapi seperti kata perpatah 'takkan marahkan nyamuk bakar kelambu'.

Saya juga percaya UMNO mempunyai sistem 'self ejection'. Maksud sistem 'self ejection' ini adalah, tidak kira sehebat mana dan setinggi mana atau seberkuasa mana seorang pemimpin hingga ke taraf PM, jika meninggalkan agenda Melayu akan di 'eject' sendiri oleh ahli UMNO. Kita sudah lihat apa berlaku pada Tun Slumberjack walaupun beliau di 'eject' bukan kerana meninggalkan agenda Melayu, tetapi kerana langsung tidak ada agenda kecuali menaikkan menantunya sebagai PM sebelum berumur 40 tahun.

Dan seperti halnya yang lain yang bersifat baru dan tidak kekal, UMNO juga mengalami proses penuaan. UMNO juga melalui proses atau sindrom 'sebahagian besar ahlinya bejuang untuk periuk nasi saja'. Juga sindrom inginkan jawatan dan bermewah-mewah. Semua sindrom ini bagaikan prelude kepada kejatuhan parti UMNO sendiri. Semua empayar tidak jatuh kerana kekuatan musuh, tetapi kerana kelemahan sendiri. Dan semua empayar tidak jatuh kerana faktor luar tetapi kerana faktor dalaman.

Saya juga sedih sebagai ahli biasa UMNO yang tidak ada kepentingan ini bejuang habis-habisan mempertahankan UMNO demi Melayu tetapi pemimpin UMNO pula merosakkan imej parti ini. Satu demi satu kedunguan yang diucapkan, atau tindakkan yang tidak bijak mereka buat; atau bercadang akan buat mencemar imej UMNO. Mereka yang sangat berkepentingan samada UMNO kalah atau menang tetapi tindakkan mereka seperti menggali lubang kubur sendiri.

Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan peniaga gula, minyak masak dan tepung perlu mendapatkan lesen untuk berniaga barang kawalan berkenaan. Mulanya RM10 satu lesen. Lepas itu percuma pula. Kita tidak nampak faedah lesen berkenaan. Tidak juga ianya mengawal harga barang-barang tersebut. 

 Sebelum ini Datuk Noh Omar juga mensyaratkan nelayan perlu membeli kotak khas yang ditanam cip untuk memuatkan ikan tangkapan mereka. Sebiji kotak berkenaan berharga RM 205, perlu ada kelulusan SIRIM dan lebih mahal dari kotak yang biasa digunakan oleh nelayan. Ini boleh menaikkan harga ikan dipasaran.

Terbaru, ada ura-ura cadangan mengubal Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan semua kenderaan membeli plate kereta yang mempunyai cip komputer. Pemilik kereta boleh membeli plate berkenaan melalui dua syarikat yang baru ditubuhkan. Sebuah plate bercip komputer berkenaan akan dijual dengan harga RM150. Seperti ada seseorang yang akan buat duit dengan undang-undang baru ini. Untuk tahu lebih lanjut  klik sini.

Ada satu lagi berita yang sedang hangat adalah seorang menteri memiliki rumah di Holland Park, London yang bernilai  RM 40juta. Baca sini  Idris Jala ingin potong subsidi tetapi menteri berbelanja mewah di sana, dan mewah di sini. Nazri Tan Sri Aziz pula mencadangkan untuk membina parlimen baru di Putrajaya. Jadi rakyat ikat perut tapi para menteri bermewah-mewahan. 

Pemimpin PAS dan PKR juga tidak lebih baik, malah ada kes lagi teruk. Dalam Muktamar PAS para blogger tidak dibenar membuat liputan. Para blogger selalunya bebas dan tidak seperti akhbar di miliki tokeh masing-masing. Jika dengan blogger PAS takut, apa cerita inginkan ketelusan. Belum dibongkar kes Kohila lagi.

Tindakkan para menteri UMNO ini seperti ingin memerah segalanya sebelum UMNO berkubur. Kami yang tidak dapat apa-apa cuma sayangkan parti keramat ini juga yang benar-benar 'angkat senjata' cuba meyakinkan silent majoriti UMNO masih relevan dan masih bejuang untuk kebaikan Melayu.

Dan pejuangan ini kerana masih yakin, ikhlas yakin masa depan Melayu masih seeloknya diurus oleh UMNO dari parti yang tunduk kepada DAP seperti PAS dan PKR. Seperti UMNO juga, silent majority  mempunyai sistem 'self ejection' juga kepada parti yang tidak memenuhi citarasa mereka. 

Seperti kata para blogger pro UMNO yang melaungkan mantra ini: "BN. nak menang PRU ke tidak?" Jika hendak, hentikan buat statement dan keputusan yang bodoh-bodoh. Paling tidak, buang menteri yang masuk golongan 'the dungus'.


9 comments:

Mohd said...

Kaum Cina akan memerintah The Republic of Malaysia selepas PRU13 nanti!
1. MCA dan Gerakan adalah musuh dlm selimut dlm BN. Menjelang pilihanraya kecil atau besar, mereka akan meminta bermacam2 utk kaum Cina sekurang2nya sejuta dua utk sekolah2 Cina. UMNO kononnya dgn harapan nak ambil hati pengundi2 Cina akan melayan tuntutan2 mereka ini.
2. Kaum Cina tahu jalan ke Puterajaya adalah melalui Kerajaan Pakatan Rakyat. Dgn itu kaum Cina akan mengundi Pakatan Rakyat. Mereka akan mengundi DAP, PAS atau PKR. BN sorry!
3. Nasib kaum Melayu adalah malang sekali!
4. Disebabkan PAS salah congak menyokong PR, ahli2 PAS terpaksa mengundi PR setelah dijanjikan syurga bila pangkah PR oleh TGNA.
5. PAS sudah mula merasakan mereka akan ditinggalkan dlm pemerintahan PR kelak bila Anwar telah menjanjikan TPM kpd Cina. PAS pun membalas dgn mahu meletakkan calun2 bukan Melayu di PRU13 nanti.
6. UMNO yg suka utk berlumba2 dgn PR supaya tak kalah dgn Anwar akan pula cuba menjanjikan TPM kpd MCA!
7. Ingatlah DAP telah berjanji utk menghapuskan Hak2 orang Melayu jika mereka memerintah.
8. PAS dok kata mereka tak pentingkan Hak2 Melayu. Bagi PAS yg penting adalah Hak2 Islam. Tetapi jika kita lihat Hak2 Islam pun PAS tak jaga. Tengok saja bagaimana TGNA memyokong orang bukan Islam mempersendakan Kalimah Allah!
9. PAS mengatakan mereka nak tegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud jika mereka dapat tumpang memerintah The Republic of Malaysia. Ini adalah terang2 salah satu penipuan kpd orang kampong. TGNA telah mengaku tak ada dalam Perlembagaan PAS utk menegakkan negara Islam boleh baca katanya. Apa ni cakap berbelit2?
10. UMNO pulak spt biasa tidak akan berubah. Pemimpin2nya asyik menjaga kedudukan masing2. Jika ada orang2 muda yg sepatutnya jadi pelapis masuk UMNO akan dicantas supaya tidak dapat menggugat kedudukan pemimpin2 di peringkat cawangan dan bahagian dan seterusnya.
11. Perhatikan gelagat pemimpin2 UMNO dan PAS seolah2 mereka tahu tak lama lagi memegang kuasa. Contohnya, Nazri mencadangkan dibina sebuah bangunan Parliamen yg baru berharga RM800 juta. Senanglah kroni dan menteri sendiri buat duit dari duit rakyat.
12. PAS pula mencadangkan ahli2 PAS tambah lagi pelaburan dlm Kohilal supaya duitnya boleh disalahkira lagi oleh lebai2 PAS. Dlm Muktamar PAS masalah Kohilal didiamkan sebab tak boleh membuka aib teman2 dlm parti. Ini pula nak kutip Dana Palestin supaya duitnya nanti boleh dirembat oleh lebai2 PAS spt yg telah berlaku dgn dana Memali. Tak kiralah lagi duit2 sedekah dari penjualan balak2 di Kelantan.
13. Akhirnya, rakyat marhaen terutama orang Melayu juga yg akan menderita terpaksa mengemis di tanah air sendiri spt di Singapura.
Nauzubillah.

ISAC said...

Salam bro,

Apa kata blogger Pas & PKR "lompat" sokong Umno pulak...

Walaupun tidak di bayar macam kita ni...Tapi kita bebas untuk menulis...

PARPUKARI said...

Artikel yang sangat bagus bro! Bila mereka nak berubah bro?

sri tribuana said...

Salam saudara Mohd, ISAC dan Parpu Kari,

Berbeza dgn blogger pro PAS atau pro PKR, kita tidak mendewa-dewakan pemimpin dan jumud. Parti adalah institusi dan bukan personality. Mana2 personaliti yg tak betul kita tegur. Tapi puak PAS dan PKR ini tidak boleh langsung org kritik pemimpin mereka, mcm la pemimpin mereka ini malaikat.

Utk bro Parpu, harap pemimpin kita berubah segera, dlm dunia blog2 ini, semua perlakuan ditilik, diulas dan dinilai

Anonymous said...

mereka yg di atas akan berubah bile dijatuhkan kebawah....so org di bawah
bersedialah berubah untuk merubahkan yg di atas yg tak mahu berubah-ubah..
kita masih sayang UMNO, jgn sampai kita semua yang berubah.

Anonymous said...

kenapa isu perkauman semakin ketara sejak kebelakangan ini?...jawapan nya adalah kerana kegagalan kerajaan BN memerintah selama 52 th. Antara kegagalan utama adalah spt berikut: 1.Kegagalan dasar pendidikan dimana kerajaan gagal melaksanakan lapuran razak dimana semua sekolah aliran Cina dan Tamil ditutup bersamasama dgn penutupan sekolah aliran Inggeris. Apa yg berlaku adalah sebaliknya kalau dulu sekolah2 jenis kebangsaan ini hanya setakat darjah 6 shj,tetapi Mahagila tu dia bagi sampai universiti. 2.Kegagalan DEB. Ini adalah kegagalan yg paling besar sekali. Bila dasar inigagal org Melayu melalak supaya dasar ini diteruskan. Org Cina pula kate hualawwe berapa lama lagi kita org mau tunggu maaa. Sudah 40 tahun loo. 3.Dasar pengswastaan juga gagal.Matlamat utama dasar ini adalah utk meningkatkan perkhidmatan dgn mengurangkan kos.Apa yg berlaku adalah sebaliknya. Malahan dasar ini telah mengkayakan segelintir individu tertentu dan rakyat terpaksa membayar dgn kos yg lebih tinggi. Eg: lebuh raya bertol,IPP,Air,Puspakom dll. 4.Akhir sekali WAWASAN 2020 juga akan gagal....hehehe, boleh kompom dr sekarang

Anonymous said...

Salam Sdr Tri Buana,

Orang Melayu yg cinta dan sayangkan UMNO adalah kerana mereka jiwa dan semangat Melayu yg tulin dan jatidiri yg luhur dan jitu.Selain daripada itu,mereka teramat sayang dan bangga dengan agama,adat resam serta budaya dan tanah tumpah darah mereka.Kecintaan mereka kepada segala yg disebutkan itu mengatasi segala-gala.Hatta, mereka sedia berkorban jiwa dan raga untuk mempertahankannya.

Oleh kerana UMNO telah dilihat dan diyakini sebagai satu-satunya parti yg telah memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu,dan diharapkan dapat berterusan dengan perjuangan itu,maka mereka terus memberi kesetiaan, sokongan dan dokongan kepada parti keramat itu.Kesetiaan dan sokongan itu akan terus diberi selagi UMNO dilihat mampu dan berjaya memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.

Kebelakangan ini kelihatan kepimpinan UMNO begitu lemah,goyah dan kurang bersemangat disemua peringkat.Pada peringkat parti,keadaan tidak bemaya dan lesu diperlihatkan diperingkat akar umbi.Sementara itu,pihak kerajaan pimpinan UMNO/BN pula telah banyak menimbulkan keraguan dan kecelaruan,dengan belakunya tindakan flip-flop yg terus-menerus yg telah menghakiskan keyakinan orang ramai terhadapnya.Disamping itu,kerajaan juga dilihat tidak lagi peka dan prihatin terhadap kepentingan orang Melau/Bumiputera.Para pemimpin UMNO terlalu mengalah dan mudah tunduk serta melayani tuntutan kaum lain.Terkini TS Muhyidin telah bersetuju untuk mengkaji mewajibkan bahasa Tamil dan Mandarin disekolah,melambangkan sifat lemah dan mengalah kepada kaum lain.

Keadaan dalam UMNO sekarang dan segala tidak tanduk para menteri dalam kerajaan pimpinan UMNO/BN yg tidak konsistan dan celaru,khusuanya yg secara langsung merugikan orang Melayu pastinya akan menghakiskan keyakinan dan seterusnya mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Para pemimpin UMNO pelu berubah sekarang.Jika tidak,kemungkinan besar riwayat kerajaan pimpinan UMNO/BN akan berakhir pada PRU 13 nanti.


Askar Tua

The UMNO Supotter said...

saya rasa kanser dalam umno sudah hampir membunuh tuannya.Tunggu ajalah..Ahli UMNO pun tak ada hati nk mengundi calon mereka..kalau sikap pemimpin atas dan bawah ditakok lama. Kronism. nipotism,Medanism,projectism,pleasurism,Bodeknism,hartanism dan apa-apa saja.Marhain-marhain papa kedana lantak kau orang..HIDUP UMNO..BAHASA JIWA BANGSA..

Anonymous said...

tubuhkan balik parti berhaluan kiri UMNO untuk membetulkan keadaan, saya dah lama jadi pemerhati politik, dah tiba masanya kot saya berjuang untuk agama, bangsa dan negara saya. buat masa sekarang makin menyampah dengan keadaan politik yang kucar kacir dan jugak orang melayu yang tak ada otak. kita kena bersatu dan mengeratkan balik hubungan antara satu sama lain, sebagai contoh, perjumpaan ahli-ahli blog UMNO yang sayangkan UMNO (adakan kroni baru dalam parti UMNO untuk membina parti berhaluan kiri). naik kan balik individu yang boleh dipercayai dalam parti dari bawah, kita perlukan revolusi untuk mencapai matlamat, bukan sekadar bercakap tapi harus ada tindakkan. tindakan itu harus dimula dari sekarang. buat dulu perjumpaan ahli-ahli blog. tapi bagaimana? (saya pun hanya pandai berkata-kata sahaja)

sekadar cadangan..

GodFathterX