Followers

Friday, June 4, 2010

Anwar Akan Jadi Timbalan PM

Anwar menjanjikan kerusi TPM kepada kaum Cina. Susah juga jika pemimpin suka retorik ini hingga lupa buat kajian. Seperti saya selalu tulis, jika pola kaum Cina terus-terusan tidak mahu mengundi BN, DAP akan menjadi parti terbesar dalam PR. Kita akan bincang pola mengundi mengikut kaum dalam posting lain kerana saya sedang menulis posting ini di Abu Dhabi, ketika transit flight.

Betul kata Kruschev, orang politik suka berjanji, walaupun tiada sungai orang politik masih berjanji hendak membina jambatan. Dalam blog Bicara Nobisha, Norizan Sharif membuat kajian jika BN menang atau PR menang pilihanraya ke 13 nanti. Jika PR menang menurut Norizan Sharif, parti yang paling banyak perwakilan dalam Parlimen adalah DAP. Tidak hairan jika kaum Cina sudah tidak sudi berkongsi kuasa dengan BN kerana melalui DAP mereka boleh memerintah. Baca sini

Jadi Anwar yang mabuk kuasa selalu menganggap kerusi PM ini memang kerusi dia sejak pra-sejarah lagi. Anwar asyik baca buah dia sahaja lupa nak baca buang Lim Kit Siang dan buah Khalifah Lim Guang Eng. Jadi jika DAP menang terbesar, PM adalah dari DAP. Untuk mengenang jasa Anwar dan Nik Aziz kerana berjaya memecahbelahkan undi Melayu, kerusi Timbalan PM akan diwujudkan dua juga. Satu untuk Melayu sekular dan satu untuk Melayu PAS.

Anwar nak offer kaum Cina TPM, tapi jika tidak sangkut kes liwat, mungkin dia jadi TPM sekali lagi jika analisa Noriza Sharif menjadi kenyataan.

Masuk angin keluar asap.

dari Abu Dhabi 1.45 waktu tempatan.

2 comments:

Anonymous said...

begitulah adat dunia..yang penting jawatan bukan kebajikan.

Wake UP! said...

Kalau Anwar jadi PM pun dia akan jadi boneka Yahudi dan juga DAP.

Human rights does not exists for the Palestinian?.