Captain Earnest Rohm
Peristiwa yang dikenali sebagai 'The Night of Long Knives' ini berlaku zaman Hitler. Pada awal pembentukkan Nazi, Hitler mempunyai para-trooper yang dikenali dengan nama SA atau Brown Shirt. Nama ini diambil kerana SA memakai seragam berwarna coklat yang asalnya untuk uniform tentera Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Jerman kalah perang sebelum uniform ini diagihkan, kemudia Weimar Republic menjual murah kepada Nazi apabila Hitler bercadang membentuk para-troopernya.
SA digunakan oleh Hitler sebagai 'streetfighter' dan secara literaly bertempur dengan sayap kiri parti Communist Jerman yang selalu melakukan aktiviti sabotaj dan perarakan menganggu perniagaan kapitalist. Nazi juga turut disokong dan dibiayai oleh beberapa industrialist Jerman bagi mengekang aktiviti komunis ini.
SA dikepalai oleh seorang homoseks bernama Captain Earnest Rohm. Dikatakan hampir keseluruhan SA adalah homoseks seperti kebanyakkan kaum Sparta zaman Greek. Rohm antara tokoh yang berpengaruh selepas Hitler, malah lebih berpengaruh dari Goering, Goebel dan Himmler. Pengaruh Rohm dalam Nazi berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada populariti Hitler. Tambahan pula, Rohm mempunyai SA yang setia kepadanya.
Setelah Hitler menjadi Chancellor Jerman, dan apabila semua memanggil Hitler 'Fuhrer', Rohm satu-satunya tokoh yang memanggi Hitler secara casual iaitu 'Du'. Taat setia Rohm kepada Hitler memang tidak berbelah bahagi tetapi Rohm merupakan pemimpin yang bukan Pak Turut. Beberapa tindakkan Hitler tidak dipersetujui Rohm dan ini memberi ruang kepada musuh Rohm seperti Goering dan Himmler untuk plotting menentang Rohm.
Rohm kurang senang dengan polisi Hitler berbaik-baik dengan kapitalist. Hitler memerlukan dana industrialist seperti Thyssen Steel untuk membiayai keperluan pergerakkan Nazi. Dalam masa yang sama, SA yang kelihatan aggresif dibawah pengaruh Rohm membuat Hitler merasakan perlu untuk mengekang pengaruh Rohm.Pada 30 Jun 1934 bermula operasi yang dikenali dalam sejarah sebagai 'Night of the Long Knives'. Berakhir pada 2 Julai 1934, keseluruhan organisasi SA hancur. Rohm sendiri ditembak oleh SS setelah diberi peluang selama 10 minit untuk membunuh diri sebagai 'courtesy' yang biasa diberi kepada pemimpin yang dihormati. Jika Rohm hanya orang biasa, dia hanya ditembak oleh firing squad. Namun Rohm tidak mengambil peluang itu kerana dia minta Hitler sendiri yang menembaknya.
Saki baki SA(Brown Shirt) ini akhirnya dimasukkan kedalam organisasi baru yang dikenali dengan nama SS(Black Shirt).
Bunuh atau dibunuh merupakan perkara biasa dalam politik. Di Malaysia ini ada tokoh yang seperti Hitler suka membunuh sekutunya setelah beliau naik. Pada tahun 1993, beliau menentang Timbalan Presiden dengan sekutunya yang dinamakan 'Team Wawasan'. Keempat-empat sekutunya memenangi jawatan Naib Presiden dan Ketua Pemuda.
Tindakkan beliau selepas menang sebagai Timbalan Presiden, dan dikatakan sebagai 'designed succesor' kepada Perdana Menteri ketika itu ialah melancarkan operasi 'Night of the Long Knives' versi Malaysia. Mangsa pertama adalah Ketua Pemuda yang terpaksa meletak jawatan kerana terlibat dengan skandal seks remaja bawah umur. Mangsa kedua adalah seorang Naib Presiden yang tekantoi kerana membawa duit cash ke Australia, akhirnya meletatkan jawatan juga. Sebelum sempat beliau menghapuskan lagi dua naib presiden, beliau pula telah dipecat oleh pemimpin nombor satu semasa itu.
Setelah dipecat dari UMNO, pemimpin berkenaan sedang melancarkan operasi kedua 'Night of the Long Knives' versi PKR. Beliau ingin menghapuskan Captain Rohmnya iaitu hasil pencaturan Goebbel dan Goering. Mari kita tengok Hitler ini.
Mari kita lihat para pelakonnya:
Captain Rohm
Dr. Goebbel
Herman Goering
Ini dia the great leader atau 'Fuhrer' mereka:
Mein Fuhrer or My Leader
'Membunuh' sekutu sendiri? Politik memang kejam.Baca sini. Dan sini
3 comments:
Batui sangat bro..... tapi dah jadi sikap orang-orang kita, mudah sangat taksyub..... banyak blog-blog Jerantut nyebut-nyebut nama kekanda auk layak jadi calon DUN Tahan.... macam di PRU 12 juga....
YB, Aku suka la ko nyer writeing flair. This piece is good. Keep it up!
Salam Yang Gambi,
Bahaya juga dok sebut sokmo, ramai pulak hok mengeratnya nanti.
Caranthir,
thanks for your support.
Post a Comment