Followers

Thursday, June 24, 2010

Anak DOL

Penduduk Ireland dianggar sekitar lima juta sahaja. Orang Irish yang berhijrah ke luar Ireland lebih ramai dari penduduk Ireland. Di anggarkan sekitar 50 juta orang Irish yang berada di luar Ireland terutama Amerika dan Australia. Walaupun sejarah bangsa Irish ditindas oleh orang Inggeris, tetapi orang Irish menjadi dominan di Amerika Syarikat. Kebanyakkan presiden-presiden Amerika dari keturunan Irish. Presiden keturunan Irish yang paling terkenal sudah tentulah J.F Kennedy.

Orang Irish kebanyakkannya easy going, peramah, mudah mesra, sukakan bayi, tidak racist dan suka bercakap. 50 tahun yang lalu, sekitar tahun 1959 hingga 1966, seorang Perdana Menteri Ireland bernama Sean Lemass telah mengambil beberapa langkah berani dalam merevolusikan sistem pendidikan dan cara berfikir orang Ireland. 

Irish meruapakan bangsa yang kuat pegangan agama mereka iaitu Christian Catholic. Selama berabad, gereja merupakan pusat mengembangkan ilmu dan tidak dapat tidak gereja memainkan peranan dalam mencorak sistem pendidikan Ireland. Apa yang telah  dilakukan oleh Lemass adalah membebaskan sistem pendidikan dari pengaruh gereja. Dengan kata lain, Lemass telah meng'sekular'kan pendidikan Ireland yang selama ini masih dibawah kepompong gereja.Tindakkan Lemass ini mendapat tentangan dari 'ulama' Catholic.

Orang Irish membenci segala yang berbentuk pengaruh Inggeris termasuk bahasanya. Mungkin kerana Ireland selama ini dijajah oleh Inggeris. Pada peringkat awal republik, ada usaha yang ingin membebaskan Ireland dari pengaruh bahasa Inggeris dan menghidupkan bahasa Gaelic. Mengenalpasti bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dan global, Lemass lagi sekali mengambil langkah berani dengan menjadikan bahasa Inggeris bahasa Ireland. Hasilnya kini, Gaelic menjadi bahasa hampir mati - hidup segan mati tak mahu. Bahasa Inggeris dipertuturkan oleh keseluruhan orang Irish dan Gaelic jarang dipertuturkan - malah ramai orang Irish yang tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka lagi.

Hasil dari reformasi Lemass ini dapat dilihat 50 tahun kemudian. Ireland pernah menjadi negara yang mempunya pendapat per kapita yang kedua tertinggi di Eropah. Kemajuan perubatannya hasil research mereka menjadikan Ireland negara yang melahirkan ramai doktor-doktor yang berkaliber. Kerajaan Malaysia menghantar ramai pelajar jurusan perubatan ke Ireland kerana kemajuan perubatan mereka.

Ireland merupakan negara kebajikan. Tidak akan ada orang Irish yang susah. Sesiapa yang tidak bekerja akan mendapat elaun mingguan yang dibayar seminggu sekali sebanyak lebih kurang 200Euro. Ini bererti mereka akan mendapat sebanyak 800 Euro(dengan currency sekarang kira-kira RM 3200)  sebulan. Mereka akan disediakan rumah yang percuma dan tidak perlu membayar bil eletrik dan air. Jika mereka mempunyai anak, mereka akan mendapat 'child benefit' sebanyak 200 Euro sebulan bagi setiap anak. Mereka ini masuk dalam skim DOL.

Orang-orang Malaysia di sini selalu menceritakan tentang anak DOL. Anak DOL adalah anak kepada penerima bantuan yang dinamakan DOL. Anak DOL ini selalu juga mengganggu orang dan buat hal seperti mabuk dan sebagainya. Mungkin kerana mereka tidak ada kerja dan ditanggung oleh kerajaan. Sangkaan saya jolokan 'anak DOL' ini versi Malaysia tetapi rupanya penerima bantuan ini memang dipanggil DOL. Jadi anak mereka memang 'anak DOL'. Apa makna DOL atau singkatan apa saya tidak pasti.

Sekarang kerajaan Ireland sudah kembali 'miskin'(broke). Ini kerana pada awal mereka menjadi 'kaya', mereka senang meminjam dengan pelabur asing dan bank dunia. Seperti negara Eropah yang lain, setiap kemelesetan ekonomi bermula dengan kejatuhan bank-bank. Bank-bank disini mengalami nasib yang sama mungkin kerana terlalu mudah memberi pinjaman dan mungkin pinjaman tidak berbayar(NPL) menjadi tinggi.

Dengan beberapa perbualan saya dengan orang Malaysia di Ireland, kerajaan Ireland sedang pening kepala kerana perlu mencari sebanyak 5billion untuk menampung masalah anak-anak DOL yang ditanggung oleh kerajaan ketika mereka kaya. Dengan penduduk hanya seramai 5 juta, cukai yang boleh dikutip tidak sampai sebanyak itu. Kerajaan Ireland mengenakan cukai yang tinggi kepada pekerja,terutama pekerja asing. Katanya cukai pendapat pekerja sebanyak 42%, dan ditambah dengan berbagai levi-levi lagi.

Walaupun kerajaan Ireland mengalamai krisis kewangan yang serius, anak-anak DOL ini tidak membenarkan kemudahan elaun mereka ditarik balik. Mereka sudah senang lenang hidup tanpa tanggungjawab dan tidak perlu bekerja dengan memakan duit kerajaan hasil cukai kepada golongan bekerja. Mereka juga pengundi dan mana-mana parti yang ingin menang masih perlu menjaga anak-anak DOL ini.

Saya rasa kisah anak DOL ini juga ada pengajaran buat kerajaan Malaysia yang diramalkan akan bankrap pada 2019. Datuk Ti Lian Ker kata "Don't shoot the mesengger" dalam mengulas kenyataan Idris Jala. Mungkin memang dia dijadikan menteri untuk ditembak kerana dia menteri yang bukan ahli politik.

Kembali kepada kisah anak DOL tadi, apa yang diberi bukan senang untuk diambil balik, terutama jika ia sudah menjadi entiti yang mempunyai kuasa undi ketika pilihanraya. 





4 comments:

Anonymous said...

Ya,
Ada mungkin juga kita boleh mengambil teladan daripada kisah anak DOL ini. Namun, terdapat perbezaan yang ketara dalam membandingkan situasi di Ireland dan di Malaysia.

Tanggungan kerajaan Ireland adalah pada mereka yang rata-rata tidak bekerja, di beri kemudahan lengkap. Manakala di Malaysia, bantuan seumpama itu tidak diberikan dalam bentuk yang sama. Yang melibatkan tanggungan adalah subsidi yang diberikan. Beza antara elaun yang diberi percuma oleh kerajaan Ireland dan subsidi yang diberikan kerajaan Malaysia (bagi mereka yang juga bekerja dan juga dicukai)adalah usaha dan penglibatan rakyat.

Dan perlu juga diingat, kuasa beli rakyat Ireland dan rakyat Malaysia juga berbeza. Di sana, gaji boleh dikatakan seimbang dengan kos hidup. Perlu diingatkan, Ireland merupakan salah satu negara yang mempunyai kos hidup yang tertinggi di dunia.

Akan tetapi di Malaysia, kenaikan gaji tidak seimbang dengan kenaikan harga barangan. Umum gaji naik (walau tidak seberapa), harga naik. Umum bonus, harga naik. Ini belum masuk musim perayaan, yang mana pasti gaji bukan dinaikkan ketika perayaan.

Sekadar pandangan yang tidak seberapa daripada seseorang yang pernah menetap di Ireland...

~ OnDaStreet

Anonymous said...

Salam STB,

Tom Hagen also Irish + German...hehehehe.

But he can speak Italian @ Sicilian....

Anak DOL...maybe will implement in M'sia under PR.....hehehehe biar negara miskin sbb rakyat ramai jangan miskin sbb Menteri2 bodoh.

Bukan Anak DOL

sri tribuana said...

Salam saudara Ondastreet,
saya tidak membandingkan, mungkin maksud saya lain.
saudara Bukan Anak DOL,
menang election dulu baru boleh ckp.

Anonymous said...

Salam, saya bukan nak pergi secara mendalam hal politik membezakan Malaysia dan Ireland...
Malaysia merupakan negara berkapitalis .yg miskin akan miskin ..yg kaya akan kaya...
Ireland pula negara yang bukan berkebajikan bagi saya tapi merosakkan generasi dan 'future' mereka sendiri...
Contoh yang timbul dol ini adalah singkatakan DOLE - benefit/social welfare/charity... saya tak pasti may be bahasa Irish..

Yang masaalah mereka ini umpama duri dalam daging masyarakat ..
kalau tak silap perhead 200 euro dan setiap dependent 28 additional
so jika bapa tak kerja ,ada isteri/partner dan 2 anak = 284 perweek @ 1136 permonth...itu elaun sahaja..tak masuk rumah elauan, baju,kasut,kenderaan,renovation rumah, buku sekolah, medical expenses free,drugs scheme free,
Child benefit lain ...skrg 120 perchild kalau 5 anak dalam 800 euro permonth..
hari tu campur tolak kami kira mereka mungkin dapat dalam 4000 sebulan..
lagi kaya dari kami yang kerja bagai nak mampus kena byr tax hampir separuh gaji sebab nak menjaga mereka ni..
satu lagi ingat african ramai mendarat kat sini dalam thn 98 onward under refugee scheme pun mostly mereka ni under DOLE..
Itulah mukadimah sedikit berapa sakit hati kami yang bekerja ni..

Now anak DOL pulak kami bagi singkatan budak2 Irish kebanyakan dari golongan nilah...Jahatnya saya rasa lebih dari syaitan... merompak,mencuri,merosakkan harta benda ,dll byk lagi..saya mengatakan ni mereka bukan minoriti tapi majority..
bayangkan tuan2 saya rasa last lepas recession Irish population rasanya tak sampai 3 juta..yang tinggal ramai golongan nilah..dapat duit free ..malam gi minum arak anak2 terbiar..yang perempuan tak lama dah mengandung...yang perempuan pun sama2 perangai syaitan ..inilah kepincangan mereka..agak2 saya calculation masyarakat ni lebih dari separuh sekarang..kalau Tuan2 nak tahu jika melawat ireland cth tempat resident mereka Ballymun,Finglas,coolock, north citu dublin, tallaght,clondalkin ,liffey valley,ballyfermot ,crumlin,cabra,dan byk lagi tak terlarat sy nak tulis...
majority kalau tak silap sy mereka ni byk kepincangan keluarga .. anak luar nikah/bastard..tak pernah kenal bapa/tak tau..