Followers

Monday, June 14, 2010

Alahai Melayu.

Baru semalam saya menulis artikel betapa pentingnya UMNO mempertahankan kedaulatan Melayu. Saya juga banyak mengkritik sikap pemimpin UMNO yang suka membuat pengumuman, tindakkan dan kenyataan yang bingai-bingai. Hari ini dalam Utusan Malaysia, Tan Sri Muhyidin membuat kenyataan akan menimbangkan untuk mewajibkan bahasa ibunda di sekolah-sekolah. Baca sini.

Walaupun untuk lebih tepat lagi beliau dilaporkan berkata akan mengkaji mewajibkan bahasa Tamil dan Mandarin disekolah, tetapi saya masih ingat Tan Sri Muhyidin sebagai Menteri Pelajaran menolak mentah-mentah cadangan blogger untuk mewujudkan 1Sekolah. Kenyataan beliau adalah "kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan 1Sekolah." Mengapa disini akan mengkaji tetapi 1Sekolah tidak bercadang?

Saya faham bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa perlu diwajibkan disamping bahasa Melayu tetapi Mandarin dan Tamil ini menjadikan Malaysia sebagai negara rojak. Lepas ini kita akan wajibkan juga bahasa Sikh, Portugis, Siam dan bahasa orang Asli disekolah-sekolah.

Kita tidak halang mereka ingin bertutur dalam bahasa ibunda mereka, setidak-tidaknya kita tidak sechauvanis Thailand dan Indonesia. Menginstitusikan bahasa immigran atas nama perpaduan kaum sangat melampau. Di mana jatidiri orang Melayu jika ahli politik kita terus-terusan mengalah. Dan kepada mereka kita pertaruhkan nasib bangsa kita.

Alahai Melayu.

9 comments:

Anonymous said...

harus belajar dari Indonesia yang mana tidak kasi muka pada kaum pendatang

Balik angin said...

stb,

Teruk dah pemimpin kita melalut. Apa nak jadilah Malaysia masa depan. Kerana undi mereka boleh goyang tak tentu fasal. Kita sentiasa tewas dalam apa jua desakan. Rupanya baru kita tahu bangsa melayu tidak tahan dengan desakan. Patutlah kita tergadai banyak benda. Dulu kita tergadai singapura kerana TAR malas berfikir. Apa salahnya pada ketika itu kalau tak tahan kita bagi saja singapore itu kepada Indonesia?.

2. Pemimpin nak buat keputusan besar umpamanya wajib bahasa cina dan tamil itu kena tanya pendapat umum orang melayu. mengapa benda yang kecil tanya pendapat umum yang besar kita tidak dtanya?. Eluk dah dahulu bila nak hapus PPSMI tanya pendapat umum mengapa sekarang dah berubah. Dah rasa kuat sangatlah tu.

3. Satu tabiat pemimpin melayu bila rasa kuat buat benda sesuka hati. Bila kecamuk balik kepada rakyat apa takdirnya kitalah orang melayu jadi bangsa sebodoh ini.

4 Jual sajalah negaraini senang jika tak reti nak jaga.

Anonymous said...

Sri TB,

Not Bad, u r daring. Good for malays. Proceed. The Education Minister stupid. He should go. Liabilitis to the malays. Tq

YANG GAMBI said...

Apalah ertinya kalau pertahankan bahasa Melayu hanya sekadar nak tunjuk wira pada Melayu, tetapi hakikat sebenarnya ada orang Melayu sendiri nak hapuskan kuasa dan hak-hak Melayu demi kuasa dan jawatan... tidakkah retorik namanya...apalah ertinya bahasa kalau kuasa bukan milik bangsa itu sendiri macam mana Melayu-Melayu yg berada di negara bukan Melayu juga... perjuangkan martabat bahasa Melayu hanya sekadar untuk memburuk-burukkan UMNO.... apa ertinya perjuangan ? tetapi membiarkan tok-tok guru PAS, Anwar berleluasa memecahkan kekuatan bangsa Melayu bersama DAP.....

Kawan tertarik dengan komen Anonymous 10:25pm, memang bagus cara Indonesia menjadikan satu bahasa dan satu bangsa, tiada nama atau bahasa lain selain semua Indonesia, tetapi siapakah yang menguasai ekonomi Indonesia walaupun kaum ini hanya 22 juta dari 200 juta lebih peribumi Indonesia..... akhirnya peribumi Indonesia merempat ke negara orang mencari rezeki...

Kpd penulis, jangan hanya memandang dari satu sudut sahaja untuk menyatakan sesuatu dek kerana kita bukan dlam kelompok UMNO atau sudah taidak mahu kepada UMNO....

sri tribuana said...

Saudara2 sekelian,

Sesuatu bangsa atau negara mesti ada jatidiri. Saudara Yang Gambi, isu ini tidak ada kena mengena dgn isu penguasaan ekonomi dan rempat merempat. Miskin2 Myamar juga ada jatidiri, Amerika Syarikat yg tidak ada bangsa dominan juga mengenakan syarat mesti boleh bertutur Bahasa Inggeris utk menjadi warganegara. USA tidak membenarkan mana2 bahasa di ajar disekolah2 mereka, apa lagi mewajibkan.
Jika kita sokong UMNO sekalipun saudara Yang Gambi, takkan tak boleh tegur langsung. Syadina Umar pernah ditegur oleh seorang pemuda dengan sebilah pedang, Umar senyum saja. Takkan Muhyidin lebih mulia dari Umar Al Khattab, takkan UMNO lebih suci dari Islam.
Jgn jadi sokong yang membawa rebah dengan membuta tuli mcm penyokong2 PAS

Wake UP! said...

Kaum pendatang perlu diwajibkan boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih seperti yang dilakukan di Indonesia.

Will scroundrels be fair in their probe?

YANG GAMBI said...

Sdr, Sri Tribuana, maaflah kalau ada ayat-ayat yng mungkin disalah ertikan..... kawan bukan nak menempelak sesiapa, cuma kawan agak teruja dengan manusia-manusia hipokrit, munafik dalam memperjuangkan bahasa dan bangsa Melayu....

Dari satu sudut menampakkan mereka benar-benar perjuangkan bahasa dan bangsa Melayu, tetapi dari satu sudut lain mereka melebelkan 'assobiyah' kalau berjuang untuk bangsa.... tidakkah kerana keutuhan bangsa itu juga telah memartabatkan bahasa ?....

Dapatkan sesuatu bahasa didaulatkan kalau bangsa itu runtuh kekuasaannya ?

Anonymous said...

Pussss Yang Gambi kuat bodek, perjuangan apa sampai bahasa bangsa tergadai kerana desak sikit dek kaum lain dah semua hilang punca.

Itulah kalau kita makan gaji kadang-kadang fikiran kita dalam jebak.

Anonymous said...

bengong! ni bukan negara cina atau india. ini negara malaysia. setiap negara ada bahasa sendiri sebagai mata pelajaran asas di sekolah. pedulikan kaum lain, aku lebih suka 1 sekolah, 1 bahasa. buat malu jer apabila ahli politik tidak fasih berbahasa melayu di tanah melayu (kaum lain), baik jadi ahli politik negara cina atau india kalo tatabahasa ngan bunyi pun macam haram.

orang melayu masih tak sedar diri. lihat sahaja diri kamu pun dah serupa bangsa lain apabila bercakap dengan bangsa lain.

contoh :
ali : apek.. ini belapa arga dia.
apek : tiiiidak maha ooo, lima lingit.
ali : haiya apek, mayak mahal oooo.. kasi itu mulah la sikit. ampat lingit.
apek : boleh la boleh.. haiya ini macam niaga talak untung ooo..

orang melayu : tanah ngan bahasa pun nak digadaikannya pada kaum lain. sangat lucu.

hari ni kita gembira kerana berada dihatas, mungkin esok lusa kita bersedih apabila anak, cucu dan cicit dipijak-pijak macam sampah. kita tidak tahu ajal kita bila, selagi boleh berjuang untuk agama dan bangsa, teruskan usaha. walaupun satu hari nanti kita jadi pembangkang. takut apa, pasti kesedaran akan bangkit semula untuk memperjuangkan kebenaran.

GodFatherX