Isu subsidi dan Malaysia akan bankrup masih hangat di'pasaran'. Disamping itu saya masih merasa pelik bagaimana apa yang dipanggil 'kabinet' dan jemaah menteri berbincang dan bertindak. Seperti tidak ada chain of command, musyawarah dan pre-council. Siapa rasa nak buat statement, akan buat statement. Menteri-menteri sudah menjadi seperti sarkas.
Hari ini menteri umum Malaysia akan bankrup pada tahun 2019. Esok PM umum kita akan jadi negara maju tahun 2020 disamping pendapatan per kapita naik kepada 49000RM. Jadi kita bankrup pada tahun 2019, setahun kemudian menjadi negara maju. Hebat.
Hari ini Awang Adek kata Ascort Sport milik Vincent Tan akan memperolehi gaming license bolasepak, esok PM kata baru bincang dan belum diluluskan lagi. Hari ini Idris Jala kata kerajaan akan secara ansur-ansur kurangkan subsidi kerana kerajaan tidak sanggup menanggung beban hutang sebanyak 12% setahun. Esok Nazri Tan Sri Aziz umum kerajaan bercadang menggantikan Parlimen yang sedia ada ke Putrajaya bernilai 800juta. Ada duit pula.
Hari ini Raja Nong Chick umum Kampung Baru akan dibuka sebanyak 40% kepada bukan Melayu. Esok PM jamin Kampung Baru tidak akan dibuka kepada kaum lain. Hari ini Amirsham umum dalam MEB tidak ada agenda Melayu. Esok PM jamin agenda Melayu tidak akan diabaikan.
Mana satu betul ini? Salah arahan, idea tidak jelas atau tidak ada sefahaman?
Flip flop sana, flip flop sini.
Tun Mahathir kata Malaysia tidak bankrup, cuma akan miskin sahaja. Nak menangis ke; atau nak ketawa dengan statement itu?
In life, kata Benjamin Franklin, nothing certain except death and taxes.
2 comments:
STB,
Betul, Betul, Betul sangat flip-flop pening dah rakyat kita. Menteri pandir belaka. Tak lama lah umno/BN Kalau cam ni. T qu
Tuan STB,
Semalam keluar satu lagi berita pelik 'Gaji Minimum untuk Pegawai Keselamatan' ditangguh oleh Menteri Sumber Manusia selepas bantahan dan akan dikaji semula.
Pelik, pelik, pelik......dah sebulan lebih dulu buat keputusan kini tangguh pulak...
Rakyat makin pening.....HR Manager lagi pening !!!!
Nak Berhijrah Sudah...No hope to Malaysia lur :
Lu Sapa
Post a Comment