Followers

Friday, June 18, 2010

Ketuanan Melayu

Jika Melayu berkata-kata tentang Ketuanan Melayu, Melayu akan dilabelkan sebagai rasis. Siapa yang tidak rasis dalam dunia ini jika mereka adalah tuan kepada bumi yang kaum pendatang pijak? Kita tidak kira berapa generasi pun mereka di sini tetapi mereka tetap bukan penduduk asal Tanah Melayu.

Saya tertarik untuk mengulas posting Datuk Ruhanie Ahmad dalam blognya bertajuk : 'Etnisiti, Kewarganegaraan dan Nation'. Baca sini. Dalam tajuk berkenaan, Datuk Ruhanie membezakan antara nation state dan state nation. Nation state adalah seperti Jepun yang mana bumi Jepun dihuni oleh bangsa Jepun sahaja. State nation pula adalah negara seperti Malaysia, negara majmuk.

Malaysia tidak menjadi state nation dalam sekelip mata. Ia melalui proses sejarah yang rumit dan unik. Kadang-kadang seperti tidak masuk akal. Ketika zaman empayar Melaka dan sebelum penjajahan ras putih, Tanah Melayu ini merupakan nation state. Negeri Melayu, ditadbir oleh orang Melayu untuk orang Melayu. 

Kepelikan sejarah bangsa Melayu yang suka memberi ini berlaku apabila dizaman Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan, demi menyakinkan British sanggup memberi kerakyatan kepada kaum asing yang menetap disini. Ketika itu, Melayu merupakan 80% penduduk Tanah Melayu. Dengan memberi kewarganegaraan kepada mereka, Melayu menjadi majoriti sebanyak 60%. Baca entri terbaru Tun Mahathir disini

Maka bermula Malaysia sebagai negara majmuk atau state nation. Pemberian kewarganegaraan ini bukan tanpa syarat. Syaratnya mereka perlu mengakui Melayu sebagai Tuan atau penduduk asal disini dan mengiktiraf beberapa hak-hak istimewa orang Melayu. Malangnya, selepas beberapa tahun, generasi baru yang menerima faedah kerakyatan ini sudah lupa dan menuntut macam-macam. Mereka melabelkan Melayu sebagai rasis kerana menganaktirikan mereka.

Dalam blog Kudakepang, Datuk Ruhanie Ahmad memberi contoh betapa kedekutnya Jepun dalam memberi taraf warganegara. Di Jepun ada seramai 200ribu keturunan Cina dan 700ribu keturunan Korea yang berhijrah ke Jepun selepas era penjajahan Jepun ke atas Korea dan China. Mereka dilayan sebagai kelas bawahan, tidak ada civil right menghadapi social exclusion oleh bangsa Jepun. Generasi kedua dan ketiga mereka tetap dianggap sebagai gaijin atau orang luar dan tergolong dalam social pariah. Masih rasis kah bangsa Melayu?

Kesilapan kemurahan hati Bapa-bapa kemerdekaan kita menganggap dengan 60% bangsa Melayu dalam negara Malaysia ini menjamin kelestarian dominasi Melayu dalam politik Malaysia. Perpecahan Melayu yang mendalam seperti UMNO, PAS dan PKR menyebabkan Melayu cemas mereka akan hilang kuasa. Kecemasan ini mungkin dikalangan silent majority yang tidak tahu mana pergi hala tuju parti-parti yang sepatutnya mempertahankan Melayu dan Islam. Boleh dikatakan, semua menjurus ke arah liberalisasi dan terlalu ingin memenangi hati kaum bukan Melayu.

Dengan berpecahnya Melayu kepada berbagai parti dan tidak pandai bersatu atau 'vote collectively' seperti kaum Cina, tidak mustahil tidak akan ada lagi apa yang dikatakan 'Ketuanan Melayu' dalam politik Malaysia. Terima kasih UMNO dan PAS. Terima kasih tidak terhingga juga kepada PKR kerana jasa paling besar dalam memecahkan Melayu dengan imej liberalnya.

Dan perpecahan Melayu yang besar ini oleh PKR hanya kononnya untuk mewujudkan keadilan seorang insan bernama Anwat Ibrahim yang gagal menjadi PM dalam UMNO.


12 comments:

Anonymous said...

sedih dan takut baca statement abg teh ni

Unknown said...

rasa terhina sgt jika mandarin dan tamil diwajibkan.

Wake UP! said...

Melayu terlalu baik hati itulah sebabnya kita ditindas kaum pendatang kini.

sri tribuana said...

Melayu dah baik hati masih dikata rasis. Cium keris tak boleh, azan diperumahan mereka tak boleh, tuntut kekalkan bahasa Melayu dan hak2 istimewa seperti biasiswa tak boleh. Ngapa di Australia, Jepun atau USA tak berkokok mcm kat sini? Kat Indonesia pun dah tak berani nk berkokok.

Anonymous said...

minta maaf kerana anonymous. maleh nak register....anyway.....i buat research on Kota Gelanggi..nak tgk integrity kisah sejarah malaysia....dan i dpt.....

1. On April 28th 2006, the Malaysian National News Service (Bernama) reported that the "Lost City does not exist". Khalid Syed Ali, the Curator of Archaeology in the Department's Research and Development Division, said a team of government appointed researchers carried out a study over a month in July last year [2005] but found no trace of the "Lost City".

2. References to Kota Gelanggi were reported in the late 19th and early 20th centuries by colonial scholar-administrators including Dudley Francis Amelius Hervey (1849-1911); who published eyewitness reports of the city in 1881; and Sir Richard Olof Winstedt (1878-1966); who stated that an Orang Asli was prepared to take people to the site in the late 1920s. The ancient city was also known to the adventurer-explorer Gerald Gardner (1884-1964), who discovered the ruins of Johore Lama while searching for Kota Gelanggi.

http://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Gelanggi

Berpandukan di atas, i mendapati yang people in power boleh menukar atau melenyapkan sejarah.

So, statement encik yang berbunyi "mereka perlu mengakui Melayu sebagai Tuan", sounds really ridiculous, without facts. Pada pendapat saya, statements mcm ini hanya org yang tak pakai akai boleh terima.

Anonymous said...

minta maaf kerana anonymous. maleh nak register....anyway.....i buat research on Kota Gelanggi..nak tgk integrity kisah sejarah malaysia....dan i dpt.....

1. On April 28th 2006, the Malaysian National News Service (Bernama) reported that the "Lost City does not exist". Khalid Syed Ali, the Curator of Archaeology in the Department's Research and Development Division, said a team of government appointed researchers carried out a study over a month in July last year [2005] but found no trace of the "Lost City".

2. References to Kota Gelanggi were reported in the late 19th and early 20th centuries by colonial scholar-administrators including Dudley Francis Amelius Hervey (1849-1911); who published eyewitness reports of the city in 1881; and Sir Richard Olof Winstedt (1878-1966); who stated that an Orang Asli was prepared to take people to the site in the late 1920s. The ancient city was also known to the adventurer-explorer Gerald Gardner (1884-1964), who discovered the ruins of Johore Lama while searching for Kota Gelanggi.

http://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Gelanggi

Berpandukan di atas, i mendapati yang people in power boleh menukar atau melenyapkan sejarah.

So, statement encik yang berbunyi "mereka perlu mengakui Melayu sebagai Tuan", sounds really ridiculous, without facts. Pada pendapat saya, statements mcm ini hanya org yang tak pakai akai boleh terima.

Minta maaf kalau i tersinggung perasaan, tapi kita mesti terima hakikat and pakai akai yang dikurniakan Allah.

Encik, berani tak post comment i? Kalau ya, terima kasih for being open minded.

sri tribuana said...

Anon 4:47,
saya tidak ada masalah nak publish your comment. U dont have to apologised when give comment, weather right or wrong tht's your opinion. Saya sendiri tak faham sangat apa yg saudara ingin sampaikan, dan apa kena mengena posting saya denga gua kota gelanggi. Yes sesetengah sejarah diputarbelitkan oleh orang menang tapi merujuk kpd wikipedia utk berdebat sangat memalukan coz wikipedia ada msalah dari segi kesahihan kerana sesiapa boleh update datanya.

Satu fakta remain, YES MALAY IS THE MASTER OF THIS COUNTRY AND WE THE ONE WHO ESTABLISHED KINGDOM IN THIS REALM. THE FACT REMAIN THOSE WHO ARE NOT MALAY WAS IMMIGRANT OR DECESNDANT OF IMMIGRANT. EVEN A THOUSAND YEARS FROM NOW THE FACT STILL REMAIN THE SAME. WE DONT NEED BRAIN TO KNOW THT. MAYBE WE NEED BRAIN NOT TO DENY THT

Anonymous said...

sangat tertarik dengan topic kali ini. melayu tak pernah sedar bangsa dia ditindas, dihimpit sehingga menjadi terpinggir ditanah mereka sendiri. lihat saja bandaraya yang dikuasai kaum lain. lihat saja pembekal, pemborong yang dikuasai oleh kaum lain. lihat sahaja tanah dikampung-kampung yang sudah dimiliki oleh kaum lain. tahun demi tahun apa yang tinggal? subsidi? hurmm... sedar-sedarlah. sudah-sudah bangsa melayu jadi pembeli, tukar arah menjadi pengeluar, sampai bila kita nak begini, sapotlah kedai orang melayu atau produk orang melayu. kaum lain boleh tindas kita dalam perniagaan kenapa tidak kita? apabila melayu menguasai ekonomi, dia akan menguasai politik keseluruhannya. pada masa itu tidak kira walaupun jumlah melayu 30% dan kaum lain 60% dia tetap tuan tanah dan tidak mungkin dipijak lagi.

sangat sedih bila bangsa kita dipermainkan dalam perniagaan. pemborong suka-suka hati turun naik harga ikut sedap mulut. adakan persatuan yang kuat terdiri dari orang melayu (tanpa melibatkan kerajaan). invest dalam satu-satu bidang seperti pemborong ikan, sayur, pembuatan seperti besi, batu bata dan lain-lain. supaya dapat menstabilkan balik ekonomi orang melayu dan bersaing diantara satu sama lain (itu pun kalo orang melayu boleh bersatu).

betul ker pendapat saya ni? sekadar pendapat.

godfatherX

Anonymous said...

merdekakan balik tanah melayu dari kaum/bangsa lain. pastikan kaum/bangsa lain menguasai bahasa melayu sepenuhnya jika mahu jadi menteri, adun, dan jugak bidang pekerjaan lain yang berkaitan dengan kerajaan. kekadang malu jer orang cina/india yang warganegara malaysia tidak fasih bahasa melayu. ini negara malaysia, bukan negara cina atau india.

godfatherX

||Aku Pemikir|| said...

Salam blogger,

Minta link dan men jadi followernya dan minta jika tuan juga sama link kan dan menjadi follower blog saya. moga dapat bertukar pandangan dan idea.. :)

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/



khairul hafidz,
anak kelahiran Mentakab ,Pahang
UNPAD, Bandung

sri tribuana said...

Salam kpd saudara Khairul Hafidz, saya sudah linkkan blog saudara ke link politik. Terima kasih kerana ikuti blog ini dan menjadi follower.
Godfather X,

Cakap2 org selepas merdeka Tunku pilih raja berpelembagaan sebagai cara politik di Malaysia dgn parlimen melalui proses demokrasi kpd rakyat. Awal merdeka Tunku boleh pilh cara apa untuk mentadbir M'sia termasuk raja mutlak mcm Brunei. Bila kita bagi kuasa kpd 'rakyat', ramailag yg mcm2 pendapat. Kaum Cina kata Malaysia ni nenek moyang dia punya. India kata sama juga. Melayu pendatang. Ada satu golongan Melayu Tanggang konon liberal sokong juga. Jadi ini akibat jika kita layan tuntutan semua orang.
Kata orang la sbb kalau kata sejarah karang ada pula yg kelur hujah bersandarkan wikipedia. Org tak sekolah boleh rujuk ke wikipedia.

Unknown said...

pernah seorang rakan bangsa cina mengatakan, mereka anggap melayu ni mcm sampah dan boleh di beli dgn duit.

sedih... tapi sy tak percaya 100%