Followers

Friday, June 11, 2010

Garrincha

The Great Garrincha

11hb Jun 2010 untuk kesekian kalinya, planet biru ini akan dilanda demam iaitu demam bolasepak. Sejak beberapa tahun Piala Dunia dianjurkan, billion manusia tidak pernah jemu melihat 22 orang pada satu-satu perlawanan mengejar sebiji bola. Maka lahirlah 'sukan rakyat' yang boleh menyatukan manusia dalam termasyar Piala Dunia selama sebulan ini.

Seperti biasa Brazil sentiasa favourite. Piala Dunia memang sentiasa berkisar sekitar Brazil, sementara sesekali muncul genius dari negara lain seperti Maradona, Johan Cruff dan sebagainya. Pele memang tidak dinafikan sebagai 'supreme genius'nya namun ada satu nama yang selalu hampir dilupakan oleh peminat bola - terutama generasi muda.

Manuel Francisco dos Santos atau lebih dikenali dengan nama Garrincha merupakan lagenda yang dilupakan. Tidak seperti Pele, beliau mati dalam kemiskinan dan keseorangan akibat tabiat mengambil alkoholnya yang berlebihan.

Garrincha satu nama jolokkan  yang bermakna 'Little Bird' kerana kelincahannya menggelecek bola yag tidak ada tolok bandingnya. Ironinya, beliau dilahirkan dengan kaki tempang, dan tetap tempang selepas menjalani pembedahan tetapi Garrincha tetap megah dipersada bola sepak ketika zaman kegemilangannya. Tidak seperti hampir keseluruhan pemain Brazil yang bermain dengan kelab Santos, walaupun nama Garrincha dos Santos tetapi beliau bermain dengan kelab Botafogo.

Di Piala Dunia diadakan di Chile, Pele mengalami kecederaan, Garrincha yang membawa Brazil ke mercu kejayaan. Ketika dunia masih berbahas siapa lebih agung antara Pele dan Maradona, di Brazil perbahasan masih berkisar siapa lagi agung antara Pele dan Garrincha. Dan masih ramai orang Brazil menganggap Garricha jauh lebih hebat dari Pele. Ini kerana assit gol kepada Pele yang menyebabkan orang Brazil menganggap tanpa Garrincha, Pele tidak sehebat Pele yang dikenali dunia. Garrincha juga mampu menjaring gol sendiri walapun tugasan utamanya adalah assist bola kepada penyerang.

Garrincha meninggal dunia pada 1983, keseorangan, dua kali bercerai dan menghadapi masalah cukai. 

2 comments:

Wake UP! said...

Kebanyakan orang yang dilihat oleh orang lain sebagai berjaya memang mempunyai masalah sebegini.

Jadi orang yang terkenal dan kaya pun mempunyai masalah mereka sendiri.

Social problem and crimes.

Muara Sat said...

STB.

Keagungan Brazil mendewakan bolasepak berlaku sepanjang zaman.Pemain bola adalah pujaan dan Idola membudaya rakyat negara itu. DiMalaysia membudaya orang kaya untuk dijadikan idola.DiJerantut membudaya orang boroi merapu tanah rakyat. t qu