Kadang-kadang ramalan ada kebenarannya. Ramalan bagi orang berfikiran rasional bukan dengan menililk nasib atau meminta bantuan ghaib, tetapi berdasarkan bukti empirical dan logik. Pemuda Gerakan dari Kedah dan Perak pernah membuat kenyataan Gerakan patut menarik diri dari BN. MCA juga pernah membincangkannya dalam Majlis Tertinggi mereka.
Baru-baru ini menurut Outsyed the Box, 'orang-orang akhbar' memberitahunya beberapa siri pertemuan antara MCA dan Gerakan telah diadakan, antara apa yang dibincangkan adalah, kedua parti Cina itu keluar dari BN. Sila baca dalam posting beliau bawah tajuk: "MCA, DAP, Gerarakan Unite". Klik sini.
Baru-baru ini menurut Outsyed the Box, 'orang-orang akhbar' memberitahunya beberapa siri pertemuan antara MCA dan Gerakan telah diadakan, antara apa yang dibincangkan adalah, kedua parti Cina itu keluar dari BN. Sila baca dalam posting beliau bawah tajuk: "MCA, DAP, Gerarakan Unite". Klik sini.
Trend mengundi Melayu juga sudah berubah arah. Mereka tidak akan mengundi berdasarkan parti lagi tetapi berdasarkan keMelayuan. Jika dulu mereka masih taat mengundi berdasarkan calon BN, seperti kita lihat beberapa kawasan parlimen dimenangi oleh MCA setidak-tidaknya mempunyai 40% pengundi Melayu yang pro UMNO. Mereka mengundi MCA kerana keTuanan Melayu. Begitu juga dengan MIC.
Masalah dengan silent majotity kaum Cina pula, mereka sudah tidak mempercayai MCA lagi. Mereka mahu DAP dan mereka percaya dengan PKR dan PAS yang boleh meneutralkan pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu, tidak mustahil DAP boleh memerintah. Dan DAP adalah UMNO kepada Cina, cuma sekarang ini UMNO dah jadi liberal kerana ingin menyaingi liberal PAS dan PKR.
Jika MCA dan Gerakan benar-benar ingin bergabung dengan DAP, ini bererti silent majoriti Melayu tiada pilihan kecuali mengundi berasaskan Melayu tanpa mengira parti pula. Hanya ini boleh menyelamatkan pejuangan Melayu. Secara tradisi, dikawasan bandar dan majoriti Cina, MCA akan tewas kepada DAP dan selama ini MCA, juga MIC sangat bergantung kepada pengundi Melayu pro-UMNO.
Ini juga bermakna, UMNO tidak boleh mengemudikan undi Melayu lagi. Sebenarnya bukan UMNO penyebab trend silent majoriti Melayu akan mengundi berdasarkan Melayu tapi sikap dominan DAP dan silent majoriti kaum Cina yang mengundi berdasarkan kepentingan kaum mereka menyebabkan sukar bagi UMNO untuk meyakinkan majoriti Melayu supaya mengundi parti komponen mereka. Kaum Cina sudah nampak laluan mereka untuk memerintah melalui DAP.
Ada juga cadangan yang dibuat UMNO perlu meletakkan calon kaum Cina tanpa melalui MCA. Ini meniru cara PAS pernah meletakkan calon wanita India atas tiket PAS tanpa menjadi ahli PAS. Ini bererti, UMNO perlu engage kaum Cina direct tanpa melalui parti komponen lagi jika mereka ingin wakil kaum Cina nanti. Sejauh mana keberkesanan teori ini masih belum terbukti.
Majority senyap Melayu juga tidak akan mengundi calon yang korup, dungu dan tidak popular. Calon-calon ini mungkin popular dikalangan UMNO dan orang atasa tetapi tidak boleh diterima oleh pengundi.
"The Malays are also not going to vote for the corrupt, the dunggus and the unpopular. So if UMNO fields former second hand car salesmen with fake university degrees but millions of Ringgit in their pockets then it is UMNO who is dunggu." Kata Outsyed The Box lagi
Jadi calon yang kaya, bergelar Datuk, mempunyai projek berjuta, ada ijazah palsu, tetapi korup dan kuat berbohong jangan bermimpi untuk dipilih semula. Ini analisa Syed Akbar Ali jika UMNO ingin terus menang. Pengundi bukan bodoh lagi.
Begitu juga penjawat jawatan dalam kabinet. Sisa-sisa menteri yang tidak popular dan yang cambah zaman Pak Lah perlu dibuang. Terutama sekali menantu Pak Lah. Baca sini
5 comments:
Pemimpin harus mengotakan semua janji. Pemimpin tidak harus mengutamakan kocek sendiri.
Pemimpin harus menyelesaikan masalah rakyat. Barulah rakyat akan mempercayai dan menyokong mereka.
Lies by the Israeli terrorists.
Stb,
MCA dan Gerakan keluar dari BN kemana? paling tidak akan jadi parti bebas. Kecuali mereka bubar semua masuk DAP.Habis pemimpin mereka DAP boleh terima ke?.
2. Pemimpin UMNO masih tidak berubah, masih kereta besar bertukar-tukar, baju kain kasa dan mahal, cakap besar, janji bohong,selesa dalam kumpulannya sahaja, tidak mesra rakyat, hadir dijemput, pulang dihantar, gaya elit, suka ditempat awam berdekak-dekah, hisap cerut dikhalayak dan berbagai lagi, banyak menguruskan peribadi dan lain-lain lagi.
3. Berlagak dengan ijazah beli tanpa bersusah payah belajar, dan banyak melarikan diri dari masyarakat.
STBuana,
UMNO sangat bermasalah mendukung MCA dan MIC kerana presiden mereka tidak ada kedudukan dalam Kerajaan. Gerakan pula ada dalam kerajaan tetapi parti mereka tinggal hilang rangka.BN seperti pesawat tiada kepak sebelah.
Tuan STB,
'Jadi calon yang kaya, bergelar Datuk, mempunyai projek berjuta, ada ijazah palsu, tetapi korup dan kuat berbohong jangan bermimpi untuk dipilih semula'.
"The Malays are also not going to vote for the corrupt, the dunggus and the unpopular. So if UMNO fields former second hand car salesmen with fake university degrees but millions of Ringgit in their pockets then it is UMNO who is dunggu."
I like both of this statements, but do you tried to hint someone in Jerantut ?
I do agreed with you if UMNO Jerantut represent by uncivilised and dunggu....so the chances to loss is big in the PRU 13...
Dan yang terkini kita harus sedar bahawa peningkatan kefahaman tentang 'Masyarakat Sivil' semakin meningkat bukan sahaja di dunia tetapi di Malaysia juga....cthnya Isu Palestine, yang bukan lagi isu Islam & Arab tetapi keseluruhan Masy. Sivil seluruh dunia merasakan mereka harus bangkit menyelesaikan isu ini tanpa mengira agama & bangsa.
Jadi saya tidak akan racist sama sekali.....Jika terpaksa menolak MELAYU yang korup, dunggu, tidak bermoral, pungkar, rendah tahap IQ & EQ nya, tak bersekolah, rakus dan tamak.....maka saya terpaksa lakukan demi kebangkitan dan sokongan terhadap masy. sivil.
The Philadelphia
saya setuju..kalau diharap pada nama UMNO saja..tinggal secebis saja hati orang melayu..akibat dari sikap pemimpin2 pada hari ini..jgn jadikan umno ini minoriti..pengundi melihat..jgn membuatkan mereka mengajar UMNO krn segelintir pemimpin yg tidak boleh dijadikan ikon..diharap pemimpin2 tk kira AJK yg berhibur,ajk tak cukup mkn,pemimpin dlm hiraki atas..harap pergi..jgn biarkan kami mengajar UMNO krn UMNO bkn tempat mencari beras..UMNO adalah tempat wadah org melayu memperjuangkan kesejahteraan org melayu dulu,kini dan akan datang..tuan2 tak layak memimpin..kami perlukan pemimpin yang bervisi,bermotivasi tinggi dan tk boleh dijual beli, jujur kpd tuhan,agama dn bangsa..jgn dimulut syngkan melayu tapi diperut bergelodak krn tk mkn sedap dan anak bini tak cukup tambun..tunggulah akibatnya jgn jadi ahli umno spt ahli MCA..yng tertekan tidak takut kepda kesusahan..kpd ahli umno buang pemimpin begini..
Post a Comment