Followers

Wednesday, June 9, 2010

Membuat Kenyataan

Saya berasa sangat pelik dengan ahli politik kita, terutama yang bergelar Menteri. Adakah mereka mempunyai IQ yang rendah, tidak ada penasihat PR atau 'plain stupid'? Mengapa mereka suka membuat statement atau kenyataan yang tidak tepat.

Isu ini mula dibangkitkan oleh Ahli Parlimen saya, YBM Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar sebagai Ahli Parlimen Jerantut. Semasa pemerintahan Tun Flip Flop, semua menteri berlumba-lumba hendak membuat statement. Kadang-kadang bercanggah sesama mereka. Kadang-kadang bercakaran juga. Kadang-kadang statement mereka mendahului PM. Seolah-olah mereka tidak ada disiplin atau persefahaman.

Kabinet adalah 'collective responsiblity', setiap keputusan merupakan tanggungjawab bersama. Namun terkadang mereka bercanggah dan bergaduh siapa lagi betul. Penyakit rejim Tun Slumberjack ini terbawa-bawa hingga kini. Saya minta PM Najib disiplinkan sedikit menteri-menteri yang termasuk golongan 'the dungus' ini.

Lama ke lamaan kebanyakkan menteri menjadi lelucon atau 'laughing stock' para blogger sahaja. Kasihan juga melihat mereka. Datuk Seri Najib membentang dalam parlimen subsidi negara hanya lebih kurang 18 billion. Sebelum itu Idris Jala mengumumkan 74billion. Idirs Jala kata kerajaan akan bankrup seperti Greek dan Iceland, PM Najib kata Malaysia tidak akan bankrup. PM Najib juga merupakan Menteri Kewangan. 

Ini hanya satu contoh. Banyak lagi jika saya hendak kemukakan. Kita tidak lihat para menteri ini menjadi bahan lawak dan 'sirkus' zaman Tun Mahathir. Seperti Jose Maourinho, Tun Mahathir pandai mendisiplinkan menteri-menterinya.

Sepatutnya isu-isu besar hanya diumumkan oleh Perdana Menteri. Itu juga tidak perlu selalu. Seperti Presiden Amerika, beliau akan buat press statement jika perlu dan benar-benar bersedia. Ini baru betul bagaimana menangani  'public image' pemimpin.

Dulu kita ada menteri yang juga masuk kategori 'the Dungus' yang suka buat statement menyusahkan kerajaan iaitu Zahid Ibrahim yang kononnya 'ultra Malay liberal'. Sekarang dia dah lompat parti. Tapi menteri-menteri yang 'the dungus' suka buat statement pelik-pelik masih ada zaman Datuk Seri Najib. Mereka ini juga mencerminkan imej PM.

Seperti kata perpatah Inggeris: "There would never be a bad soldier, under the best general'.

4 comments:

Caranthir said...

Salam YB,

That is very true regarding our politicians. During our Tun M times, things were going good. Like you said, no minister would dare to make contradictory statements. Well, Semi-value managed to almost did that every time he speaks.

I'm beginning to wonder whether all they wanted is just cheap publicity? Come up with some statements, get he media hype around it and then, nothing happens until the next issue comes along.

To them, better be in the media for the wrong reasons, then not being in media at all (and be forgotten).

Anonymous said...

Salam.Semasa dinasti beraja di china dahulu.Jika ada pegawai pegawainya yang membuat kenyataan tanpa dirujuk kepada baginda raja.Hukuman bunuh akan dijatuhkan terhadap mereka.Ini salah satu tujuan untuk mendisiplinkan pembesar bembesar negara.perlukah kita ikuti langkah begini?

Wake UP! said...

Ultra Melayu lebih disukai dari Melayu Liberal yang sanggup menggadai hak Melayu.

IDF troops praised by Netanyahu.

TUADIKAKI LANGIT said...

STB,

Memang betul ragam menteri-menteri kita ini, mereka bercakap ikut sedap mulut sahaja. mereka kurang memikirkan implikasi idea mereka lontarkan yang menjadi kartun deiketawakan oleh bloggers dan rakyat. PM kerja basuh najis dia orang buang merata-rata sahaja. Sepatutnya PM tidak payah pening dengan halkah dia orang.

2 Mereka kena ingat jentera parti yang kena jawab dungus dia orang kat merata-rata. Tapi bila melampau dah tak boleh jawab maknanya satu kegagalan kepada parti.

3. Nasihatkan menteri kurang cakap buat kerja. Jangan berak merata-rata,kencing merata-rata nanti rakyat semua kena sakit jiwa terkena gas busuk mereka. PM Disiplinkan mereka yang tak berapa tajam otak tu. T Qu