Followers

Thursday, June 3, 2010

Mazhab Nusantara

Seorang sahabat pernah menceritakan, seorang profesor pernah berseloroh tentang mazhab. Menurut profesor berkenaan, Islam merupakan deen universal dan tidak perlu tertakluk kepada budaya Arab. Beliau juga menyatakan kepelikan bagaimana 'ulama' sering membuat fatwa atau keputusan berkaitan hukum hakam merujuk kepada 'ulama' Timur Tengah. Katanya lagi sudah sampai masa rantau ini memerlukan mazhabnya sendiri atau beliau namakan 'Mazhab Nusantara'.

Sebenarnya posting ini tidak banyak mengenai Islam, lebih menekankan ketaksuban kita umat Melayu untuk merujuk ke sana sini dalam kebanyakkan bidang. Seolah-olah adanya rasa rendah diri untuk mempunyai jatidiri atau fahaman sendiri atau acuan sendiri bukan hanya berkenaan Islam, malah dalam hampir semua segi. Seringkali jika ada individu yang cuba membuat acuan sendiri akan ditentang dan dianggap 'sesat'. Antara contoh adalah HAMKA yang sering dianggap menyalahi peribadinya sebagai 'ulama' oleh kebanyakkan 'ulama' rantau ini pada zamannya.

Sebagai bangsa atau negara baru keluar dari penjajahan. tidak salah jika pada permulaanya kita merupakan peniru. Kita sudah lihat Jepun meniru kemajuan Barat dalam masa 45 tahun sahaja dan akhirnya Jepun mempunyai acuan kemajuannya sendiri. Begitu juga Korea.

Jika kita mempunyai keyakinan, kita sebenarnya lebih mengetahui selok belok, peribadi, jatidiri, budaya dan karakter bangsa kita. Kita merupakan hakim yang terbaik dalam menilai diri sendiri. "Know thyself" merupakan antara kebijaksanaan falsafah Greek. Kenal diri sendiri menjadikan kita original.

Dalam rantau ini, Tun Mahathir terkenal sebagai orang yang suka defy conventionality. Ternyata beliau tidak pernah percaya kepada acuan atau teori yang dibuat oleh orang lain. Mungkin sebagai doktor beliau yakin setiap ubat mempunyai keserasian yang berbeza kepada pesakit dan penyakit yang lain. Racun bagi pesakit A mungkin penawar bagi pesakit B. Begitu juga sebaliknya.

Dalam penulisannya seperti dalam 'New Deal For Asia' dan 'The Voice of Asia', Dr Mahathir sentiasa percaya Asia tidak perlu mengagung-agungkan Barat. Beliau selalu bercakap tentang 'nilai Asia' seperti kerja keras, patuh, setia dan sabar. Dalam polisi beliau juga nampak beliau suka mengkritik kebobrokan Barat seperti kemalasan orang Barat tetapi mahukan gaji tinggi, bermewah dengan ekploitasi sistem kapitalist dan globalisasi dan sebagainya. Beliau juga membuat dasar seperti 'Pandang ke Timur' dan 'Buy British Last'.

Malangnya, seringkali dalam hal sebegini Tun Mahathir berseorangan. Pengganti beliau kembali mempunyai jiwa yang tidak merdeka dan masih mentaliti mengagungkan Barat. Mungkin mereka tidak segenius Tun Mahathir untuk memikirkan acuan sendiri dan perlu mengupah 'consultant' untuk berfikir bagi pihak mereka. Alangkah indahnya jika 'otak' juga boleh di 'sub'kan.

Saya setuju dengan Tun. Terlalu bergantung kepada 'pemikir' luar atau Barat juga tidak menjamin mendapat keputusan yang baik. Sepatutnya kita lebih mengenali diri sendiri dari orang lain. Seperti saranan profesor tadi, mengapa kita bergantung kepada fatwa yang dibuat oleh 'ulama' padang pasir dari abad yang lalu sedangkan ada antara fatwa mereka tidak sesuai dengan budaya tempatan. 

Para consultant berkenaan bukan orang yang memahami keadaan setempat lebih dari kita sendiri. Apa yang pemimpin kita perlukan adalah keberanian keluar dari bayang-bayang dan rasa rendah diri sebagai orang Asia.  Mari saya petik kata-kata Tun Mahathir dalam posting terbarunya:

"5. The Europeans and the Americans are still hoping to keep all the "financial products" which they must know are what precipitated the current crisis. They are still refusing to review, modify or discard the monetary, banking and financial systems that they had devised and which they abused in order to get rich quick.

6. If we in Malaysia or other developing countries were to have this state of mind, then they would say that we are in a state of denial. And some locals will also echo their words.

7. I have no say in the Government but I think Governments should take note that not copying the West is not a sure recipe for failure.

8. In fact we should not consult Western people in the running of our country. They don't know our situation and their advice would not be good for us.

9. And we should note that even when they know a lot about the affairs of their own countries, they often bungle things. It is they who messed up the world's finances.

10. We are not always right of course. But I think we know our situation better than foreign consultants. We know our situation and the character of our prople. What may be good for the West may not necessarily be goof for us. Besides we know now that the very developed west can make very many horrible mistakes.

11. I will leave it at that. "



Pembaca boleh baca artikel penuh beliau sini

Walaupun teguran beliau lembut tapi jika Tun sudah mula bersuara, seseorang perlu berhati-hati.



 


6 comments:

Anonymous said...

Salam STB,

Bersetuju sangat apa yang diperkatakan dalam posting tuan ini mengenai Mazhab Nusantara. Apa yang tersirat begitu mega berbnding yang tersurat.


Perkara kedua, lain sikit, ingin mengetahui apa penilaian tuan kepada posting Outsyed the Box dan Bigdog.com mengenai MCA, Gerakan dan DAP...antara lain trend pengundian KITA_KITA ini akan berubah tidak lagi memberi undi calon siasah berkenaan, yang penting apakah trend ini akan juga menerjah di Jerantek am nya dan Damak khas, makna nya sipendek berteropong itu akan melangau lah . Apa kah itu bermakna akan berubah pandangan?.


TQ

Unknown said...

kebanyakan Ulama dinegara kita pada asasnya berguru dengan guru2 di timur tengah , tahap keilmuan mereka lebih tinggi dari guru2 nusantara,
ulama besar tersohor , keluarga dan keturunan syekh fatani pun berguru ditanah Arab ,
Ilmu yang mereka bawa disebarkan pula kepada masyarakat , dan ini menjadi tradisi warisan keilmuan para Ulama , soal agama sangat tidak bleh disamakan dengan soal2 lain , agama punya hukum , undang2dan cara, disiplin , yg hakiki tanpa kompromi sebagaiman cork pentadbiran , perniagaan yg bleh dikompromikan , tdk salah sebahagian guru2 agama menjadikan seseorang Ualam Arab sebagai rujukan, tambahan pula kalau Ulama itu disepakati keilmuannnya oleh Jumhur , masalahnya ...ada yg mengaku ulama dinegara ini tidak disetujui pendapatnya oleh para Ulama Besar , cara mereka mengalahkan ulama muktabar yg disepakati , malah kadang2 diselar ulama2 dahulu kata silap , tdk tepat dan sebagainya , sedangkan jika dibandingkan tahap ilmu antara keduanya , bagaikan langit dan bumi ..

Unknown said...

lebih menyedihkan , kemunculan guru2 muda [mengaku Ulama ] yang ingin menjadi jaguh Ilmu dikalangan Ulama dalam negara , dia menghentam dan mencela pendapat ulama yg lain , pendapat dia saja yg betul dan benar ,
bkn setakat itu , malah ulama2 muktabar juga dicelanya , semuanya tidak benar dimata guru muda tersebut , hebat sangatkah ilmunya itu ..sudah mampukah menandingi ilmu para Ulama2 silam yang sempat berguru dengan para Tabiin wat taabiin , malangnya guru tersebut sangat mudah dan bjak menarik perhatian para pendengar , sehinggakan menimbulkan pertembungan pendapat sesama Ulama ,

one one no belen said...

Kita tidak akan ada lagi pemimpin seperti TUN DR M dlm 100 tahun mnedatang.

sri tribuana said...

Salam saudara sekelian, saya sedang berada di airport KLIA utk ke Dublin, banyak yg menarik dari komen saudara sekelian tapi saya kesuntukkan masa.
InsyaAllah saya akan reply sebaik saya settle down di Ireland.
Khas utk saudara anon 3:06, terima kasih kerana mengingatkan saya utk baca blog Outsyed. Wajib saya kena tulis posting berkenaan tulisan beliau nnti bila saya sampai di Ireland.

Wake UP! said...

Kita tak boleh jadi bodoh. Contohilah cara orang Cina berpolitik dan bersatu.

Act against Israel terrorist.