Beberapa minggu sebelum Perang Salib Pertama, seorang penyair dari Jurusalem menulis:
"There are two types of people in this world:
The first is religous but no brain,
The second is brainy but no religion."
Beberapa minggu kemudian, tentera Salib dari Eropah telah menyerang Jurusalem dan membunuh orang Islam denga kejam. Atas nama agama, mereka membunuh hingga orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita. Semuanya atas nama agama.
Kebodohan ini berlanjutan hingga sekarang. Tidak kira agama apa, akan muncul juga golongan fanatik yang sanggup melakukan kekejaman ke atas sesama manusia kerana berlainan pegangan. Saya percaya, ini lari dari matlamat agama - tidak kira agama apa - yang menganjurkan keamanan bagi semua.
Agama merupakan pegangan peribadi. Tidak ada paksaan dalam beragama. Dalam Islam sendiri ditegaskan perkara ini.
Islam agama yang sejahtera. Dalam sejarah Islam, Rasulullah tidak pernah menyerang dahulu kecuali mempertahankan diri. Malah penaklukan kota Mekah berlaku kerana golongan Quraish mengingkari Perjanjian Hudaibiyah.
Kristian juga demikian. Dalam Bible, "jika di tampar pipi kanan, berikan pipi kirimu(untuk ditampar lagi)". Saya percaya agama-agama terbesar di India seperti Buddha dan Hindu juga demikian. Bahkan Judaisme, jika benar-benar mengikut ajarannya.
Sekarang berapa banyak ajaran yang salah tentang agama. Atas nama agama, kita melakukan banyak kerosakkan. Banyak juga atas nama Islam orang membunuh insan-insan yang tidak berdosa.
Semua ini terjadi kerana kita membenarkan para ulama - atau cleric - tidak kira dari agama apa membuat penafsiran terhadap agama. Dalam Islam contohnya, kita gagal memahami intipati Islam itu sendiri dari sumber asalnya, Quran dan sunnah serta ijmak khalifah al rasyidin.
Ketika Perang Salib yang ke 3, ada satu puak dalam Islam yang diterajui oleh Rasyid Al-Sinnan, atau dikenali dengan nama 'The Old Man of The Mountain' menubuhkan satu gerakan rahsia yang dipanggil 'Hashashin'.
Tugas mereka mengambil upah untuk membunuh musuh politik sesiapa sahaja. Pelanggan mereka yang paling ramai adalah dari agama Kristian. Kepada pengikutnya, beliau menjanjikan syurga jika membunuh atas nama agama. Bodoh bukan?
Dan Hashashin inilah asas kepada perkataan 'assassin' dalam bahasa Inggeris.
Kepada pengikut Rasyid Al-Sinnan ini, beliau juga mungkin seperti 'Tok Guru' yang separuh wali kerana kedua-dua 'Tok Guru' ini boleh menjanjikan syurga.
Rasulullah sendiri yang bersedih kerana gagal mengIslamkan bapa saudaranya, Abu Talib telah ditegur oleh Allah bahawa soal hidayat adalah soal Allah. Beliau cuma rasul dan tugasnya menyampai. Mana lagi mulia, Tok Guru atau Rasulullah?
Teringat saya dalam satu babak dari novel Robinson Crusoe. Robinson Crusoe yang terdampar disebuah pulau menemui orang asli yang dinamakannya Friday kerana beliau menyelamatkan Friday pada hari Jumaat.
Robinson cuba mengKristiankan Friday ini. Beliau menerangkan bahawa agama Friday adalah salah kerana tuhan Friday merupakan buaya. Fiday tidak mahu menerima dakwah Robinson ini kerana beliau yakin 'Paqua'(buaya) adalah Tuhan yang sebenar. Friday minta Robinson tunjukkan Tuhannya, dan dia boleh tunjukkan 'Paqua'nya.
Puas Robinson menerangkan konsep Trinity, konsep Tuhan tidak boleh dilihat dan sebagainya, akhirnya Friday menyampuk: "I don't like your God, and I don't like you." Terus mereka tidak bertegur sapa selama berminggu-minggu.
Robinson sebagai orang yang lebih civilised menyedari perkara ini tidak akan selesai. Sepanjang hidupnya, kata Robinson, beliau menyaksikan sekian banyak peperangan, pembunuhan dan penderaan kerana pegangan.
Di pulau yang hanya dihuni oleh dua manusia sahaja, mereka tidak terlepas dari penyakit 'bodoh kerana agama' ini. Lantas beliau menyapa Friday dan menghormati kepercayaannya.
Memang benar, agama merupakan pegangan individu dan tidak ada paksaan dalam Islam. Jika kita berdakwah dan menyampai, kita tidak perlu menjadi fanatik. Mengambil pengajaran dari rasulullah, hidayah terletak di tangan Allah S.W.T.
6 comments:
Salam bro,
Pengajaran inilah yang di bawak oleh broker-broker PAS mempengaruhi umat Melayu......
Biasalah PAS, sesat lagi menyesatkan
kalaulah Pas sesat, apa yang boleh dilebelkan pada Umno? apa yang boleh orang menghalalkan judi, arak dan mengembangkan maksiat? jika kamu rasa yang Pas ini sesat apa yang boleh kita katakan kepada Umno? dimana tugas kamu sebagai pemerintah yang tidak mahu menjalankan hukum Allah SWT? apa yang kamu mahu ucapkan untuk Umno yang selama ini tidak menjalankan Islam sebagai dasar dalam Perlembagaan negara? apakah kamu penyokong kepada yahudi kerana takut melihat Pas memperkasakan Islam di Bumi Malaysia ini, takut kamu tidak dapat menjalankan kerja jahat kamu setelah Islam berkuasa? setelah Hukum Hudud diamalkan di Malaysia? Jangan jadi penyokong Yahudi yang ingin melihat mereka yang berjuang dijalan Allah disekat dan dikutuk.
Kita mana tau, PAS agen Yahudi memecahkan orang Islam. "Evil has many faces."
yes evil has many faces but them can't hear
"Allahuakbar!!!!" but them can hear "hidup melayu"
Biasalah saudara Ibnu Sidek, kami dh masak dgn mcm2 tuduhan PAS kepada kami saudara seIslam ini. Kalau saudara yakin sangat saudara akan diredhai Allah dengan perjuangan saudara, teruskan. Kami juga yakin dgn perjuangan kami. Biar Allah yang menentukan segalanya di akhirat. Semasa Perang Saudara antara Ali dan Zubair bin Awwam, Siti Aishah menyebelahi Zubair. Siapa betul? Semua yang terlibat merupakan awalin dan sahabat rapat Rasulullah. Zubair antara 10 yg dijamin syurga, Aishah isteri Rasullullah dan Ali menantu.
Jadi siapa saudara yang hendak mengadili saudara sesama Islam lebih dari mereka?
Post a Comment