Followers

Saturday, July 18, 2009

Membirokrasikan Agama

Banyak keluhan yang saya dengar tentang betapa kadang-kadang pihak berwajib agama Islam menyusahkan penganut agama Islam sendiri dalam berbagai hal. Memang setiap undang-undang atau peraturan yang wujud bertujuan baik, tetapi jika terlalu rigid hingga menyusahkan akan menimbulkan rasa tidak senang hati umat Islam sendiri.

Beberapa bulan lepas, saya ada terbaca email yang dihantar kepada Dr Maza dalam blog Minda Tajadid berkaitan betapa rigidnya pihak berkuasa agama dalam menangani hal-hal urusan penganut agama Islam. Sudah lama saya hendak mengulas isu ini tetapi banyak perkara lain yang mendesak. Di sini, saya terbitkan semula email berkenaan untuk tatapan pembaca:

From: xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com)
Subject: Ingin bertanya
To: moasriza@yahoo.com
Date: Friday, May 22, 2009, 8:44 AM

Assalamualaikum Dr,

dulu Dr Asri adalah mufti negeri perlis. di sini saya ingin bertanya tentang perkahwinan.

saya mempunyai seorang sepupu yang telah berkahwin. sebelum ini dia adalah seorang janda. Di hari perkahwinan dia semasa akad nikah dia tidak mempunyai sijil kursus perkahwinan dan terus di nikahi oleh imam. kebetulan imam itu adalah bapanya sendiri.

Masalahnya sekarang selepas berkahwin dia mendapat cahaya mata. Sekarang ni anaknya dah dua orang. tapi dia tidak boleh mendaftar anak sebabnya mereka tidak di beri sijil nikah. alasannya ialah kerana mereka berdua tidak mempunyai sijil kursus sebelum berkahwin.
anak sulungnya hanya di beri surat sementara dan anak kedua belum dapat lagi di daftarkan.
Persoalannya sekarang ni apa yang wajib di dalam perkahwinan? Kursus ataupun akad nikah dan adanya wali. bukannya kawin lari.
Apa yang pentingnya kursus perkahwinan? adakah ia boleh membawa kebahagian sehingga akhir hayat. apa yang telah saya ketahui kursus ini hanyalah menguntungkan setengah pihak sahaja. ada setengah yang pergi kursus hanya sempat berkahwin hanya seminggu sahaja. apa yang di pelajari di dalam kursus.
Saya harap dato’ dr asri dapat memberi pendapat dan pandangan.xxxxxx

Saya kesal dengan apa yang terjadi diatas. Sepatutnya dalam Islam kita kena memudahkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam dengan memudahkan urusannya. Berkahwin merupakan sunnah Rasulullah dan umat Islam digalakkan berkahwin bagi mengelakkan zina. Tindakkan pihak berkuasa yang mengenakan 'extra rukun' selain yang wajip dalam Islam amat dikesali.

Begitu banyak undang-undang extra yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama membebankan para penganut agama. Sesetengahnya tidak ada kena mengena pun dengan hukum asal agama Islam. Contoh hak berkahwin lebih dari satu yang mana mutlak kuasa ditangan kaum lelaki, pihak berwajib mengambil hak dengan mengenakan berbagai-bagai syarat.

Begitu juga soal fasakh. Berapa ramai wanita yang boleh fasakh dalam Islam kerana diabaikan oleh suami tidak dapat hak mereka kerana karenah birokrasi agama. Talak sepatutnya berada ditangan suami juga terampas bila majlis agama Islam boleh mendenda jika talak tidak dijatuhkan tanpa pengetahuan mereka.

Kita tidak perlu semua ini. Kita kena kembali ke jalan yang asal. Jangan banyakkan sangat karenah birokrasi dalam soal-soal agama. Kita hanya perlu ikut apa yang ditetapkan oleh Allah mengikut Al-Quran dan sunnah. Kita tidak perlu lagi tambahan terhadap hukum Allah.



Update: Dalam blog 'Thinking Outsyed the Box, beliau mengecam JAKIM yang akan menban dan menapis filem-filem berunsur seram dan tahyul. Kita tak perlu censorship dah, ini zaman upload and download, tak perlu undang-undang purba lagi.

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro,

Kawan rasa takut pasangan itu nikah tak daftara kat pejabat khadi kot......... apa yang susah sangat, duit banyak beli je sijil tu..... tak pun gilah kejap bukan lama nak cari ilmu.....

ngapa nak susah-susahkan diri nak berdegil tak nak ikut peraturan.......

sri tribuana said...

Hendaklah kamu permudahkan, dan jangan menyusahkan. Tidakkah Rasulullah pernah menasihati demikian. Islam agam praktikal dan simple, ni golongan-golongan yg ngaku ulama ni yang menyusahkan.

AKK-KAY said...

mungkin atas sebab nak menjaga sekalian yang ada dalam negara. tetapi, manusia, lagi pulak yang bernama melayu, bukan ke 'mudah lupa'? but oh well, kesian those yg 'tidak lupa' dan berjalan di atas nama agama instead. hurm...

Tok Ngah said...

Patutla ada kawan2 aku yang tak nikah2 lagi banyak birokrasi kat pejabat ugama rupenya. Inila masalahnya bila pintu perzinaan dibuka seluas-luasny (sapa buka?) dan pintu untuk menghalalkanya disekat dengan bermacam cara. Baik nikah cepat kalo tak nati banyak lagi syarat tambahanya...........

SERINDIKMERAH said...

Laaaaa nak nikah pun susah...
tapi cekap amat dalam bab agama...
meh nak kawas ajarkan...