Saya tidak nampak keputusan kerajaan ini merupaka kemenangan kepada Bahasa Melayu pun. Para 'pencinta bahasa Melayu'(saya pencinta bahasa Melayu dan bangsa Melayu) tidak berjuang habis-habisan minta mendaulatkan bahasa Melayu hingga boleh menjadikan bahasa ini digunakan disekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Mengapa mereka berasa mereka menang dan berjaya?
Seperti yang saya sudah tulis dalam posting berkaitan dengan isu ini, keputusan pendidikan ini merupakan masa depan generasi akan datang. Jika ianya terlalu dipolitikkan, akibatnya generasi akan datang menanggung kerugian akibat keuntungan pencaturan politik dua tiga orang. Saya tidak akan menulis lagi tentang mengapa PPSMI perlu dipertahankan dan betapa Bahasa Inggeris merupakan bahasa global tetapi keputusan kerajaan ini sebenarnya membawa kita kembali ke belakang.
Tidak seperti Mao Tse Tung 'Great Leap Forward', keputusan kembali mengajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu ini membawa kita 'Great Leap Backward'; dan kita berasa bangga menjadi mundur. Terima kasih kepada Menteri Pelajaran.
Mexico, negara yang bersempadan dengan Amerika Syarikat, tidak dapat membangun dan mengeksport human capital mereka dalam dunia global ini kerana terlalu berpegang pada bahasa hispanic(Spanish) mereka. Sebaliknya, kejayaan India sebagai negara yang banyak mendapat faedah dari teknlogi maklumat dan globalisasi adalah kerana majoriti mereka fasih berbahasa Inggeris.
Dalam Outsyed the Box, blogger berkenaan menerangkan bahawa job market sangat meminati pelajar-pelajar yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Ini petikannya:
Let me give you some street feedback. At least one Internet based employment agency has instructions from its clients to completely ignore any job applicants who are graduates from UITM (University ITM). As we know UITM graduates are all Malays. They say the quality of the graduates is low and their English is bad.. They are unemployable. This is what I heard.
Another preference by another employer – a Multi National Corporation - in the job market is to take in job applicants who are graduates of IPTA (private universities) who have done twinning programs. This means their English is good and they are more marketable. Again this means Malays with poor English skills are not preferred. Bottom of the line.
Tun Dr Mahathir membuat poll di blog beliau. Setakat ini dalam 30 ribu yang mengundi, 82 peratus tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan sementara 12 peratus sahaja yang bersetuju. Membaca blog Thinking Aloud, Dato Ti Lian Ker juga mengecam Dong Jiao Zhong sebuah pertubuhan yang mempertahankan pembelajaran dalam bahasa Cina tentang isu ini.
Dong Jiao Zhong boleh pula bekerjasama dengan GAPENA untuk menghapuskan PPSMI. Dan kerajaan tunduk kepada kehendak mereka yang saya ragui mewakili pendapat grass root. Jika di blog dan internet, kecenderung kelihatan tidak setuju dengan keputusan kerajaan, adakah kerana blog dikuasai oleh golongan yang berpendidikan?
Dimana sebenarnya asas kepada keputusan kerajaan ini? Adakah hanya kerana dua pertubuhan yang kuat berbunyi, tetapi seperti katak, hanya beberapa ekor sahaja sebenarnya. Mungkin kerana silent majority tidak berbuat perarakan maka mereka dianggap 'not reallly matter'? Adakah kerana merosot pengaruh BN dalam PRU ke 12 membuat kerajaan tunduk kepada minoriti yang bising?
Masa depan generasi Malaysia sekali lagi menjadi mangsa kepada permainan politik baik pembangkang mahupun kerajaan. Dan kerajaan perlu belajar membuat foundation kepada bangsa Malaysia berdasarkan 'a solid and long term policy rather than flip flop and shaky one.'
Even Rome was not built in one day.
1 comment:
Betul tu.. pasaran kerja memang meminati mereka yang boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Inggeris.. mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris, harapan mereka hanyalah pada kerja-kerja rencam,nelayan, dan petani. Dan ini merupakan permulaan kepada masa depan yang kelam.
WAIT A MINUTE!!! IS THIS REALLY THE TRUTH??
Adakah dengan bekerja sebagai petani, kita akan kekal miskin??? Betapa ramai orang yang sudah pun meninggalkan kerja di syarikat gergasi dan beranjak kepada pertanian. Mereka mampu membina empayar perniagaan mereka sendiri tanpa mengharapkan belas kasihan syarikat gergasi.
majukah Bahasa Inggeris seseorang itu dengan mempelajari Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris??? Adakah lebih mudah mempelajari Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris??
Apa sebenarnya yang hendak dicapai dengan PPSMI??
Hendak majukan Bahasa Inggeris di kalagan anak Melayu?? Kenapa tidak diajarkan Kesusasteraan Inggeris?? Kenapa tidak ditambah masa pengajaran BI??
Maleh dah aku... lantak koranglah...
Post a Comment