Followers

Sunday, July 12, 2009

100 Hari

Semalam merupakan genap 100 hari PM Najib menjadi Perdana Menteri. Selalunya, tempoh 100 hari ini dianggap tempoh suaikenal atau orientasi. Ada juga yang menganggap 100 hari merupakan tempoh berbulan madu.

DSN telah menjalankan kerja beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia seawal beliau mengangkat sumpah. Beliau tidak menunggu hingga hari yang ke 101. Beliau telah melakukan sekian banyak walkover untuk memahami keluh-kesah rakyat jelata. Beliau juga banyak melakukan perubahan-perubahan samada disenangi atau tidak, kesan baik atau buruknya akan dinilai.

Dengan ringkas, kepimpinan DSN merupakan kepimpinan berani, bertenaga dan juga kadang-kadang unconventional. Beliau tidak dapat menunggu lama dalam membuah perubahan dan memulakan kerjanya kerana kerajaan yang diwarisi beliau begitu banyak masalah. Politik. Juga ekonomi.

Banyak yang boleh diperkatakan tentang DSN dalam tempoh 100 hari ini kerana beliau berlari dan bukan berjalan. Kontrovesi yang pertama adalah hilangnya Kementerian Usahawan yang selama ini terkenal menjaga kepentingan Melayu dengan agensi seperti MARA, TEKUN, SMIDEC dan berbagai lagi.

Liberalisasi 27 sektor servis yang tidak mewajipkan pegangan bumiputera juga boleh menimbulkan rasa tidak senang orang-orang Melayu. Begitu juga dengan biasiswa berdasarkan meritokrasi.

Terbaru sekali adalah, pemansuhan PPSMI dan kembali mengajar sains dan matematik ke dalam bahasa Melayu(dan Cina dan Tamil).

Semalam saya bersama majlis anjuran GEMPITA dimana DSN merupakan pembentang terakhir wacana yang berlangsung selama 2 hari. Majlis tertutup dan demi menghormati beliau saya tidak dapat dedahkan semua ucapan beliau. Selama saya berblog ini, pembaca boleh merasa betapa tebal semangat kemelayuan saya.

Hanya satu sahaja yang dapat saya jamin dari pengamatan saya selama 100 hari DSN menjadi Perdana Menteri dan melalui soal jawab dengan hadirin semalam. Saya bangga diterajui oleh beliau dan saya amat yakin, selepas mendengar ucapan beliau, bahawa kepentingan Melayu tidak akan diabaikan sama sekali.

Saya juga amat bersetuju dengan sikap pragmatik beliau yang akan mengubah pendekatan yang salah jika sudah terbukti ianya tidak berkesan. Seperti kata Rocky's Bru, cabaran bagi DSN bukan datang dari luar sekarang, tetapi datangnya dari pro-UMNO dan pro-kerajaan yang gagal menafsirkan langkah-langkah beliau.

Beliau juga mengumumkan 11 'hadiah' kepada rakyat semperna 100 hari beliau menjadi PM. Tidak perlu rasanya saya tulis di sini kerana senang di cari apakah ianya.

Cuma saya hendak tegaskan di sini, saya bersetuju dengan semua langkah yang beliau ambil tetapi masih kecewa dengan keputusan PPMSI.

For a better tomorrow.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Malaysiakini melaporkan hari ini, Tun Mahathir berkata banyak yang negatif dalam 100 hari Najib jadi PM....

sri tribuana said...

salah lapor tu, biasala media, spin la apa lagi, Malaysia kini lak tu

Apache said...

Bro..aku pun tak sokong mansuhkan PPSMI..kata deme buat kajian tapi sampling boleh di ubah-ubah untuk kepentingan sendiri

sri tribuana said...

Tu la masalahnya saudara apache, dia tidak fikir panjang, demi masa depan anak-anak Melayu akan datang.