Followers

Wednesday, July 22, 2009

Siapa Betul?

Dalam posting 'Bodoh Kerana Agama', seorang pembaca yang berideologikan PAS telah condemn orang-orang UMNO sebagai agent Yahudi, perlembagaan tidak Islamik etc etc yang sudah biasa kita dengar. Saya tidak hendak mengulas kenyataan beliau, cuma saya suka menyorot keyakinan beliau bahwa hanya perjuangan beliau sahaja yang suci, murni, betul dan diredhai Allah.

Yakin benar beliau dengan keyakinannya itu. Ini mewujudkan bibit-bibit keyakinan bahawa perjuangan orang yang tidak dalam kelompoknya sebagai anti-thesis kepada keyakinan beliau. Tidak Islamik, agent Yahudi, pendosa, kafir, dimurkai Allah dan berbagai.

Keyakinan sebegini bukan perkara baru. Kita sudah lihat ratusan tahun perkara sedemikian. Soal kita sedar atau tidak, dapat pengajaran atau tidak soal lain kerana manusia sering jumud dengan fahaman mereka.

Lagi sekali saya suka mengungkap kata-kata George Santayana: "Those who forget the past, condemned to repeat it."

Ingin saya ceritakan sedikit sejarah Islam sebagai panduan kepada orang-orang Islam yang sering suka berbalah sesama Islam kerana mazhab, berlainan pendapat, lain parti bahkan ada kerana lain bangsa walaupun sesama Islam.

Sebelum Khalifah Umar wafat, beliau enggan melantik pengganti beliau, sebaliknya di tubuhkan satu syura seramai enam orang untuk memilih khalifah. Antara ahli syura itu adalah Abdul Rahman bin Auf dan lima orang lagi sahabat rapat Rasulullah.

Calon-calon khalifah adalah Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awwam dan mungkin beberapa orang lagi yang saya tidak ingat. Khalifah Umar juga minta anaknya dikeluarkan dari calon khalifah kerana menurutnya 'cukuplah seorang Bani Khatab yang menanggung sengsara menjadi khalifah'.

Diringkaskan cerita, calon yang telah disenaraipendekkan tinggal Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Ramai juga umat Islam yang takut Ali menjadi khalifah kerana Ali seorang yang tegas dan berprinsip dengan'rules of law'nya seperti Umar Al-Khattab. Malah, Khalifah Umar sendiri pernah berkata: "Andainya si Botak(Ali) itu menjadi khalifah, sifatnya adalah seperti aku."

Syura pada peringkat awalnya memilih Ali. Bila Ali hendak di bait sebagai khalifah, Abdul Rahman bin Auf selaku wakil Syura minta Ali bersetuju dengan syarat: "Mengikut Quran, sunnah Rasulullah dan ijmak Abu Bakar dan Umar."

Ali bersetuju dengan dua syarat iaitu mengikut Al-Quran dan sunnah tetapi beliau minta untuk bebas dari ijmak Abu Bakar dan Umar. Beliau minta boleh mentadbir mengikut 'ijtihad' beliau.

Ada sebab mengapa Ali berbuat demikian. Ketika zaman Umar, beliau sangat melarang orang Arab-Islam berhijrah ke Mesir. Ini kerana Mesir yang baru menerima Islam dan Umar tidak mahu lihat orang Arab-Islam mengambil tanah dan menguasai ekonomi Mesir seperti penjajah.

Umar melarang keras hingga ada kalanya secara peribadi beliau membawa cemeti disempadan dan bersedia menggunakannya jika ada orang Arab-Islam yang mahu berhijrah ke Mesir. Ali yang memahami perubahan zaman tidak sanggup mengekalkan tradisi itu. Itu antara beliau minta menggunakan ijtihad beliau.

Apabila Ali tidak bersetuju, Uthman dipanggil dan ditanya syarat yang sama. Uthman bersetuju dengan semua syarat berkenaan.

Khalifah Uthman memerintah selama 12 tahun. Sejarahwan membahagikan enam tahun pertama sangat aman dan makmur. Enam tahun keduannya bermula unsur-unsur nepotisme, apabila keluarga beliau memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Beliau juga tidak dapat meneruskan tradisi Umar yang melarang orang Arab berhijrah ke Mesir. Malah ramai kaum keluarga Ummayah yang ke Mesir dan menguasai tanah dan ekonomi Mesir, persis seperti yang ditakuti Umar.

Banyak perkara yang berlaku ketika itu direncana oleh kaum keluarga beliau seperti setiausaha peribadi beliau Marwan bin Al Hakam. Ini menimbulkan rasa tidak puashati orang Islam. Di Mesir juga telah berlaku pemberontakkan terhadap pemerintahan Uthman yang mana sangat nampak dikuasai oleh kaum kerabat Uthman.

Uthman juga menghalau Abu Zar Al Ghifari kerana satu-satunya orang yang berani mengkritik beliau. Abu Zar telah meninggal dunia dipadang pasir hanya ditemani oleh isterinya. Beliau dikebumikan oleh segerombolan kafilah yang lalu dan apabila mengetahui yang meninggal dunia itu adalah sahabat rapat rasulullah, mereka menyifatkan kejadian itu sebagai 'batu akan menangis melihat nasib Abu Zar.'

Kaum pemberontak Mesir mengepung rumah Uthman dan antara mereka adalah Muhamad bin Abu Bakar iaitu anak Syaidina Abu Bakar. Uthman bin Affan keluar dari rumahnya untuk menghadapi pemberontak. Melihat Khalifah mereka yang sudah berumur 72 tahun dan nampak ikhlas hendak menyelesaikan masalah, para pemberontak menjadi hiba dan meletakkan senjata. Mereka bermaaf-maafan dengan Khalifah dan Khalifah bersetuju menyelesaikan masalah mereka.

Dalam perjalan balik dari Madinah ke Mesir, Marwan selaku setiausaha peribadi Uthman dan tanpa pengetahuan Uthman telah menggunakan cap mohor Khalifah, menghantar perutusan ke gabenor Mesir untuk menangkap dan membunuh pemberontak. Surat itu jatuh ke tangan pemberontak. Tanpa berlengah mereka berpatah ke Madinah dan mengepung rumah Khalifah sekali lagi. Kali ini mereka hilang kawalan.

Berlakulah fitnah terbesar dalam sejarah Islam. Khalifah Uthman terbunuh. Peristiwa ini mencetuskan huru hara dalam dunia Islam. Selama beberapa hari umat Islam tidak mempunyai khalifah atau Amirul Mukminin.

Peristiwa ini juga menandakan berlakulah perpecahan dalam Islam yang menyembah Allah, mengakui Muhammad Rasulullah dan menjadikan Quran sebagai panduan. Peristiwa ini mewujudkan banyak mazhab, aliran politik dan berbagai ajaran yang sudah tidak ada kena mengena dengan Islam ajaran Rasulullah. Semuanya menggunakan nama Islam.

Dalam instalment seterusnya, saya akan menulis bagaimana Ali menjadi Khalifah dan terpaksa memerangi Zubair dan Muawiyah. Kedua-duanya merupakan sahabat Rasulullah juga.

6 comments:

Caranthir said...

Nice piece bro! Can't wait for the next instalment.

YANG GAMBI said...

Baodohnya apabila ilmu dipersalahguna oleh puak-puak nicky ajis......

Apache said...

Bro..sejarah ni deme semua tahu..tapi kerana kuasa dan nafsu..sanggup buat apa sahaja..jahaman kepada pemecah belah rakyat..

Tok Ngah said...

Tuan,

Perkara yang nak tuan ceritakan ni merupakan sejarah yang penuh dengan fitnah hingga ramai ulama dan cendikiawan yang rasa keberatan hendak mengulasnya, kecuali sedikit. Berbagai cerita dan versi sejarah muncul dalam dunia Islam hinggakan untuk mengetahui yang mana benar tidak dapat siapa pun pastikan yang ada cuma lah sebahagian dari cerita-cerita yang sukar disahihkan. Disinilah juga timbulnya aliran Syiah dan ASWJ. Seyakin mana pun kita pada versi cerita yang kita bawa patut juga kita renungkan maksud hadis Rasullullah SAW yg diriwayatkan dari Abu Hurairah RA :
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Akan terjadi fitnah di mana orang yang duduk (menghindar dari fitnah itu) lebih baik daripada yang berdiri dan orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang berlari (yang terlibat dalam fitnah). Orang yang mendekatinya akan dibinasakan. Barang siapa yang mendapatkan tempat berlindung darinya, hendaklah ia berlindung. (Shahih Muslim No.5136)"

Pada pandangan aku peristiwa ini bukanya dari cerita Julius Ceasar di ROM atau Jeneral Rommel waktu bangkitnya Nazi di Jerman ataupun berleluasanya Temujin yang ganas dari Monggolia. Ini ialah sejarah tentang shabat2 Nabi yang dimuliakan. Jika benar tuan hrus juga menulisnya maka ada baiknya tuan sertakan rujukan dan nota kaki agar Tuan boleh membebaskan diri dari tuduhan merekacipta cerita baru.
Pun ini cuma pandangan akule, yang lainnya Tuan lah yang lebih tahu.
Wassalam

sri tribuana said...

Saya tahu apa yang saya tulis saudara Tok Ngah, terima kasih

SERINDIKMERAH said...

ENJIN pencarian Yahoo! menunjukkan terdapat jutaan bahan di bawah tajuk boikot produk Israel yang ada kaitan dengan keganasan ke atas rakyat dan negara Palestin.

Banyak daripadanya merupakan laman web khusus mengenainya, contohnya http://home.pacbell.net/halnet/Boycott (Kempen produk Israel: Rayuan kepada semua warga dunia). Pengenalan kepada laman sesawang ini cukup menarik. Ia berbunyi: Sebagai warganegara di negara-negara kita, ada masa kita berasa begitu kecewa dengan ketidakadilan dasar-dasar kerajaan kita. Kita sering merasa tiada kuasa yang boleh menukar mereka kerana kerajaan dan ahli-ahli politik yang memerintah semakin tunduk kepada kepentingan korporat global dan perbankan.

Namun, bagaimanapun, ada satu senjata yang jika digunakan secara kolektif - bersatu boleh menghasilkan kuasa perubahan yang cukup positif berbanding perarakan, tunjuk perasaan dan demonstrasi. Senjata itu ialah memboikot, memulau barangan tertentu secara sistematik.

Seorang pemimpin buruh berbangsa Mexico-Amerika, Cesar Chavez menggunakan senjata itu dengan jayanya terhadap penanam anggur yang tamak di Alta California dan berjaya membela pekerja yang selama ini ditindas. Gerakan pemulauan produk anggur milik syarikat-syarikat tamak itu berjaya dilakukannya atas sokong padu rakyat seluruh dunia.
AGAMA ISLAM JUGA BETUL...