Followers

Thursday, July 16, 2009

Mati Teraniaya?

Terkejut saya apabila sedang saya surfing internet terbaca di Facebook dan juga laporan Star online(2600-khidmat yang disediakan oleh Maxis) seorang pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor mati terjatuh dari tingkat 20, Plaza Massalam, Shah Alam.

Beliau bernama Teoh Beng Hock, pembantu kepada Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan didapati mati terjatuh ketika SPRM menjalankan siasatan terhadap ADUN Seri Kembangan itu. Walau bagaimana pun, tiada laporan rasmi samada kematian beliau ini kemalangan atau adanya foul play.

Saya terbaca status Tony Pua dan Teressa Kok dalam facebook, sebelum ada laporan rasmi dari Polis sudah bagaikan menuduh perbuatan itu perbuatan SPRM. Tony Pua mengajak orang ramai berarak di hadapan pejabat SPRM dan memasang lilin bagi memperingati 'kesyahidan' wali DAP ini.

Sebenarnya, saya tidak berniat membela mana-mana pihak pun. Menghasut orang ramai berbuat sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan bukan langkah bijak bagi mana-mana parti sebelum mengetahui kedudukan sebenar sesuatu perkara. Andai kata adanya foul play di sini, SPRM sememangnya kena bertanggungjawab dan pegawai berkenaan perlu diambil tindakan sewajar dengan peruntukkan undang-undang.

DAP dan PR sudah jadi kerajaan di Selangor, kena adalah juga mentaliti 'kerajaan' dan bukan pembangkang lagi. Saya percaya, jika memang berlaku kezaliman, pihak kerajaan pusat juga tahu 'rules of law' dan mengambil tindakkan sewajarnya. Sudah berapa orang yang berbuat salah dikenakan tindakan oleh polis jika jelas dan terang kesalahan mereka di sisi undang-undang.

Tidak perlu terlalu paranoid sangat hingga hendak membawa undang-undang rimba.

Walaubagaimana pun, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh Beck Hock.

3 comments:

Unknown said...

kesian???? buat apa kebenaran mesti di tegakkan kita kena cari sebab ape dia nak bunuh diri

Ekeng A/L Etong said...

Nak kata tak beriman, confirm tak ada iman pasai dia bukan Islam.

Peribahasa atau pepatah Melayu ada mengatakan, berani kerana benar, takut kerana salah. Atau yang lembut sikit, siapa makan cili, dia yang merasa pedas. Atau yang lagi lembut, siapa makan nangka, dia yang terkena getahnya. Ada lagi?

Begitulah budaya Melayu mendidik manusia agar tidak merasa takut sekiranya kita yakin tidak melakukan kesalahan. Mungkin pepatah ni tak ada dalam budaya hidup bangsa lain.

Biarkan labu terjun dengan labu-labunya. Biarkan... biarkan...

sri tribuana said...

Saya kesal dengan sikap YB DAP yg nk mengambil kesempatan atas peristiwa ini, sepatutnya, uruskan dahulu hal keluarga mangsa, dan sebagainya, ini cepat sgt nk exploit dan claim political mileage.