"In matters of state, he who has the power often has the right, and he who is weak can only with difficulty keep from being wrong in the opinion of the majority of the world."
Kata-kata merupakan pandangan Cardinal Richelieu, diplomat dan ahli siasah Perancis.
Tun Dr. Mahathir telah memberikan pandangan beliau tentang perkara ini. PBB mengumumkan mereka begitu berazam untuk membawa Presiden Sudan ini ke muka pengadilan.
Sejak pasca Perang Dunia Kedua lagi, 'keadilan' merupakan keadilan versi sang pemenang. Malah sebelum itu pun, selepas Perang Dunia Pertama, jika Perjanjian Versaille tidak keterlaluan menekan Jerman, pihak yang kalah, Hitler mungkin tidak mendapat tempat di hati rakyat Jerman.
Memang benar hujah Tun Dr. Mahathir. Umum tahu, penjenayah perang no satu dunia merupakan bekas Presiden Bush dan bekas Perdana Menteri Tony Blair.
Kuasa mana yang boleh bawa mereka ke muka pengadilan? PBB yang tidak meluluskan penaklukan Iraq hanya budak suruhan Amerika dan Yahudi dan sekutunya. PBB ini pula yang begitu garang hendak menegakkan keadilan membawa ikan-ikan bilis ke muka pengadilan.
Akhirnya kita perlu akur, 'adil' adalah mengikut versi siapa yang Amerika, Yahudi, PBB akan hukum.
Sudah sampai masa, ikan-ikan bilis ini perlu bersatu menentang dominasi dan campurtangan Amerika terhadap PBB. Mungkin kita lihat kes Presiden Sudan sebagai kes terpencil, tapi kita tidak tahu bila kapak akan memancung kepala kita pula.
1 comment:
United Nations one of the program that has been developed by Jews & America, which is this program is used, using and use to terminate and abolish the international criminal.. As far as it concern, this program failed to prove America, Jews and their cliques are guilty.. You know why? I would like to answer that with question. Who developed the program?
Post a Comment