Kira-kira seminggu sahaja lagi UMNO akan bersidang menentukan hala tuju parti yang banyak berjasa kepada orang Melayu ini. Seminggu bagaikan setahun, dan hari demi hari begitu banyak peristiwa yang mengundang untuk diteropong kehalusannya. Dalam cerita, sentiasa ada cerita. Dalam rahsia, sentiasa ada rahsia.
Bismarck pernah berkata :"Politic is the art of the possible." Politik tidak pernah seperti cerita Hindustan yang pasti sudah klise dan diketahui penyudahnya. Sentiasa ada debaran, sentiasa ada kejutan. Full of surprise.
Bagi sesetengah pemain politik, pencaturan ini hanya mainan. Perwakilan-perwakilan hanya 'pawn of the game.' Bagi kami pencinta melayu, perjudian ini merupakan perjudian nasib bangsa Melayu.
Pada 11 Mac, ada pertemuan 'tidak sengaja' antara Pak Lah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pertemuan kedua-dua tokoh no 1 kerajaan dan pembangkang, mengundang berbagai spekulasi. Lantaran politik adalah seni segalanya mungkin, apa terjadi kepada pimpinan negara pasca Perhimpunan Agung Umno nanti?
Akan terserahkah pimpinan negara kepada bakal Presiden parti UMNO? Atau masih adakah manouvre politik disaat-saat akhir. Seperti menonton perlawanan bolasepak, masa kecederaan ini boleh mengubah kedudukan permainan.
Segala-gala akan terjawab dalam masa seminggu dua ini. Isyarat minta Pak Lah berundur sudah jelas. Memang sukar melepaskan sesuatu yang di sayangi ini tetapi bak kata perpatah Inggeris: "Sometime when we really love someone, with have to let it go."
HIDUP MELAYU!
1 comment:
Harap2 tak de yg buat spekulasi bukan2 terhadap Pak Lah, biasa le kan Pak Lah dan DSAI seguru, setiap gerak buah pukul masing2 dah tau. Yang penting orng yang menanti perlu berhati2, bijak mengawal apa jua situasi gerak teman dan lawan. Salah langkah, salah tafsir ke tanah jua padahnya.... cuma buah pukui kawan bnyk perempuan tak tahu, kalau kena mengelepar deme...
Post a Comment