Pada kira-kira pukul 11pm 25hb Mac 2009, Khairy 'Lord of the Flies' telah dinobatkan sebagai Ketua Pemuda Malaysia yang baru.
Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda dengan 304 undi, dengan mengalahkan Dr Khir Toyo (254) dan Mukhriz Mahathir (232).
Mukhriz Mahathir yang mendapat percalonan tertinggi telah tewas dan mesej ini amat senang. Kehendak dan amanat akar umbi bahagian-bahagian tidak diterjemahkan oleh para perwakilanan.
Namun demikian, kita akur dengan keputusan dan menang tetap menang dan kalah tetap kalah.
Sudah jelas sekarang, sistem perwakilan memang banyak celanya. Saya masih ingat, ada bahagian-bahagian ketika pencalonan dibuat, ramai perwakilan dari cawangan mege'boo' bila nama Khairy disebut.
Boleh kita katakan, dimana bahagian Khairy tidak mendapat pencalonan begitu ramai ahli-ahli UMNO pihak cawangan tidak merestui kemenangan beliau. Beliau menang kerana seramai 790 perwakilan memilih 3 calon dan Khairy menang kerana mendapat 304undi - mendahului persaingnya.
Atas konsep demokrasi beliau menang.
Tapi adakah beliau direstui oleh 3 juta ahli UMNO yang meluat terhadap beliau tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak terpilih sebagai perwakilan?
Jawapannya tidak. Kita mendapat kuasa dan kita fikir kita mendapat kebijaksanaan. Seorang yang didapati bersalah tetapi lepas dari hukuman akhirnya menerajui sayap penting UMNO.
Apa persepsi orang-orang Melayu yang silent majority, dan yang bukan ahli UMNO seramai 3 juta itu? Jika ahli-ahli UMNO seramai 3 juta itu yang majoriti mereka tidak selesa dengan kemenangan Khairy, apatah lagi orang-orang Melayu yang tidak berpolitik, yang mana mereka juga akan mengundi dalam pilihanraya.
Bagaimana mereka menilai UMNO sedangkan 304 perwakilan mengundi pengamal rasuah yang terang-terang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti, cuma tidak dilarang bertanding sahaja.
Sedangkan jelas kehendak bahagian tidak mahukan Khairy.
Inilah penyakit dalam UMNO yang perlu dirawat segera. Lagi-lagi kita akan membawa cerita Pak Kaduk - menang sorak kampung tergadai. Ketika di julang oleh penyokongnya, Khairy menepuk dada macam wrestler WWF.
Inilah Ketua Pemuda kita. Ketika UMNO dijangkiti penyakit yang parah, malah sebahagiannya angkara beliau, masih sempat beliau bersikap sombong dan angkuh.
Ketika orang Islam terhalau dari bumi Sepanyol bila Islam tewas di tangan Kristian, raja Arab terakhir itu telah menangis dan tangisan itu di panggil "Tangisan Arab Terakhir." Ibu raja itu tidak bersimpati dengan nasib anaknya. Beliau berkata: "Janganlah kau menangis seperti perempuan, jika kau gagal mempertahankan negara dan agamamu seperti lelaki."
Wahai Ketua Pemuda, lebih baik fikir nasib bangsa Melayu dari menepuk dada kerana saya bimbang tuan akan jadi Raja Arab terakhir tadi.
2 comments:
Sedih hati ku... apabila melayu dketuai oleh Mamak (Khairy & Sharizat)
Tahniah....maka bergembiralah sekalian musuh-musuh UMNO kerana kemenangan ini memberikan satu kemenangan juga buat mereka...HIDUP KHAIRY..YANG MATINYA UMNO
Pisang Bakar
Post a Comment