Followers

Wednesday, March 25, 2009

Cium Keris dan Minta Maaf


Pernah satu ketika isu cium keris ini menjadi hangat. Kononnya, parti komponen Barisan Nasional tersinggung dengan perbuatan pemimpin Melayu(UMNO) mencium keris.

Selepas PRU 12, parti-parti komponen Barisan tidak cemerlang. Mereka menyalahkan dasar BN yang bertunjangkan kepentingan Melayu yang mana dikepalai oleh UMNO. Isu cium keris lagi sekali dibangkitkan.

Maka pemimpin berkenaan terpaksa meminta maaf dan mendapat pujian Perdana Menteri kononnya pemimpin berkenaan 'berjiwa besar.'

Saya adalah penyokong totok parti UMNO tetapi ini tidak menghalang saya mengkritik pemimpin yang penakut. Parti UMNO adalah parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan tidak patut ada pemimpin yang gentar dalam memperjuangkannya.

Isu mencium keris adalah isu remeh. Tidak ada significant pun dalam perbuatan itu. Paling hebat pun itu hanya ritual orang Melayu yang masih kuat memegang adat. Bagi saya bukan soal samada kaum lain hendak rasa tersinggung atau tidak. Soalnya mengapa kita perlu meminta maaf pada perkara yang tidak salah. Perbuatan meminta maaf itu melambangkan keterdesakan kita, lambang kebaculan dan kepengecutan.

The Star melaporkan, keris berkenaan akan diarak lagi dan akan diserahkan terus kepada pemimpin berkenaan sebagai lambang beliau menerajui pemuda selama 12 tahun. Star melaporkan, tidak ada lagi acara mencium keris dan kaum bukan Melayu menganggap ini merupakan kejayaan mereka.

Merosotnya pengaruh MCA dan MIC dalam pilihanraya yang lepas lebih dari hanya sekadar kononnya UMNO parti racist - jauh sekali kerana pemimpin UMNO mencium keris. Lebih dari itu ianya adalah protest semua kaum terhadap pendekatan salah oleh semua parti komponen dalam menangani isu kaum masing-masing.

Dalam ucapan beliau di perhimpunan Melayu Perkasa, Tun Dr. Mahathir ada menyuarakan silent majority Melayu dalam ketakutan. Mereka ketakutan kerana pemimpin mereka sudah tidak berani lagi(kalau bukan pengecut), sudah tidak garang lagi mempertahankan kemuliaan orang Melayu.

Zaman ini, pemimpin UMNO yang lantang menyuarakan hak Melayu akan dikenakan tindakan seperti Dato Ismail dari Pulau Pinang. Sementara pemimpin UMNO yang lain pula berebut-rebut untuk kelihatan liberal dan tidak nasionalis lagi.

Dato Khalid Nordin, calon Naib Presiden UMNO menyatakan dalam temuramah beliau dengan The STAR baru-baru ini UMNO perlu berubah dan tidak boleh menjadi parti yang ethnic-ccentric lagi. Dato, perjuangan Melayu adalah ideologi UMNO dan tidak ada kompromi dalam soal itu.

Renungkanlah pemimpin UMNO sekian. Tuan-tuan adalah harapan bangsa Melayu. Saya bimbang dalam kita dek ghairah hendak menyenangkan hati kaum lain -yang mana kita setuju mengadakan pakatan dan setiap parti komponen menjaga kaum masing-masing - kita semakin hilang sokongan orang-orang Melayu.

"Leader is dealer in hope." Kata Napoleon.



2 comments:

Mook said...

knp x kite katakan acara menanda dahi bg org india satu isu racist? knp x kite katakan apabila org cina mkn gune chopstik satu isu racist? tp bile org melayu je, trus racist. then, sng2 je mintak maap.

cium keris etc, sume tu adat org2 melayu, xd kaitan pon ngn racist, sama spt bile org cina mkn guna chpstick, india ade tambi etc. adat, bkn nye mempersoalkan ttg kaum lain. tp, kaum lain lak y mempersoalkan kita.

stuju, united malays national organization. kt situ pon kita da nmpk y kite mmperjuangkan org melayu, bkn nk mnjadikan org melayu sama spt @ ikut telunjuk org lain. mana leader2 melayu garang?

sri tribuana said...

tun mahathir kata, org melayu takut nk defend hak mereka sbb takut nk di anggap racist. Kita x pernah ajak pun org cina datang sini tapi dia org datang bawa adat budaya mereka lepas nk tuduh melayu racist. Bayangkan org Melayu hijrah ke cina, berani ke kita nk berkokok?