Followers

Monday, March 30, 2009

Biduk Lalu, Kiambang Bertaut

Masih belum terlambat untuk saya mengulas kehadiran Tun Dr. Mahathir ke Perhimpunan Agung UMNO ke 59 baru-baru ini.

Ramai yang terharu melihat kelibat mantan Perdana Menteri dan negarawan ulung itu. Beliau juga membayangkan akan menyertai semula UMNO pada tarikh yang beliau fikirkan sesuai.

Serentak dengan itu, Datuk Sri Najib dengan rasminya menjadi Presiden UMNO. Apabila beliau dengan rasminya menjadi Perdana Menteri nanti, ibarat sirih pulang ke gagang kerana ayahanda beliau juga merupakan negarawan ulung dan banyak jasanya kepada orang Melayu.

Besar harapan orang Melayu dan UMNO dengan sokongan Tun Dr. Mahathir kepada parti yang beliau pimpin selama 22 tahun itu. Besar juga harapan kita kepada Datuk Seri Najib untuk memimpin UMNO dan membela nasib Melayu.

Kita juga tidak melupakan Datuk Seri Abdullah Badawi yang sanggup melepaskan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib. Dengan kehadiran Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah maka lengkaplah 'rites of passage' dari golongan lama ke golongan baru.

Ketika parti-parti seusianya seperti Congress di India, LDP di Jepun menuruni lurah-lurah kehancuran, UMNO masih bertahan. Namun simpton-simpton 'penyakit tua' sudah mula kelihatan.

Diharap Datuk Seri Najib dapat mengdiognasis penyakit dan mencari vaksin yang sesuai. Dr. UMNO iaitu Tun Mahathir masih hidup dan semua orang tahu, pandangannya yang tajam sentiasa mendapat perhatian media massa, bukan hanya di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Beliau sendiri bagaikan bersedia untuk membantu memulihkan imej UMNO. Beliau sudah menempa tempatnya dalam lipatan sejarah, dan saya percaya beliau tiada agenda peribadi kecuali memulihkan UMNO.

Reformasi yang paling besar adalah memerangi politik wang. Segerakan kuasa memilih bukan hanya di tangan perwakilan tetapi semua ahli UMNO, jika tidak nasib UMNO akan ditentukan oleh broker-broker politik dan oligarki.

Libatkan semua ahli UMNO dan bukan hanya ahli yang selalu menjadi perwakilan bahagian dan pusat. Salah satu punca ahli UMNO sendiri mengenepikan UMNO adalah mereka terpinggir jika mereka bukan perwakilan.

Jangan disekat para intelek yang minat dengan UMNO kerana akan berlaku 'brain drain' dari UMNO ke pembangkang. Kepada Pemuda UMNO rapatilah para pelajar institusi pengajian tinggi dan jangan hanya mengejar kontrak jutaan sahaja. Rekrutlah cadre-cadre dikalangan mereka.

Akhirnya, setelah lalunya biduk, kiambang kembali bertaut.

2 comments:

Anonymous said...

kehadiran tun mungkin sdikit sbnyk buat pak lah rasa diri dia useless gak..masa aku ada, ko kuar..masa aku nak kuar, ko dtg..

ciss..hehehe..

Anonymous said...

Aku teringat tulisan Taufik Tun Ismail...bagaimana dia menfitnah Tun. Jadi Long Live TUN sambil kita mengangkat tangan macam Nazi,ha,ha,ha,ha.....Pisang Bakar