Followers

Friday, November 5, 2010

'Mahafiraun' Juga Tahu Bersara.

Tun Dr. Mahathir telah dipanggil berbagai oleh PAS. Diktator. Mr 10 Percent. Mahafiraun. Little Sukarno. 

Dalam Quran, Firaun yang dilaknat kerana mengengkari Allah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa adalah Ramses III. Tidak semua firaun jahat kerana firaun adalah gelaran seperti sultan. Ada juga firaun yang telah membina tamadun dan piramid dengan kemajuan sains dan teknologi dikagumi hingga kini. Tapi kita faham mengapa PAS memanggil Tun Dr. Mahathir sebagai firaun. Kononnya PAS lebih mulia dan akan masuk syurga kerana lebih Islamik.

Diktator juga satu gelaran yang dirujuk kepada Tun Dr. Mahathir. Tun sendiri yang terkenal sarcastic mengakui beliau memang diktator, tetapi beliau minta tunjukkan mana diktator yang bersara. Semua diktator yang saya ketahui dalam sejarah tidak akan bersara. Mereka samada mati dalam kuasa atau digulingkan.

Ironinya, musuh-musuh politik Tun Dr. Mahathir yang memanggilnya diktator dan mahafiraun yang tidak tahu hendak bersara dan melepaskan kuasa yang ada. Nik Aziz sudah tua renta masih ingin memerintah Kelantan. Karpal Singh yang sudah berkerusi roda masih ingin menjadi Ahli Parlimen. Lim Kit Siang yang sudah lama dalam DAP masih aktif dan tidak mahu menyerahkan generasi baru DAP mencorakkan DAP.

Soalan cepumas: siapa lebih diktator dan mahafiraun di sini?

Ada seorang lagi bekas 'shining star' yang nampak gayanya tidak mahu bersara dari politik, walaupun keaktifannya banyak membawa kerosakan kepada umat Melayu dan Islam. Beliau adalah Anwar Ibrahim, yang masih merasa menjadi PM adalah natural rightnya. Dr. Asri telah menegur Anwar dan menasihati beliau lebih elok bersara kerana rentak tarinya sudah makin jauh. Ini kata beliau dalam Minda Tajadid:

3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.(untuk baca penuh artikelnya klik sini.)

Saya sependapat dalam soal ini dengan Dr. Asri. Kepimpinan yang telah lama menjurus kepada diktatorship dan corrupted kerana sebagai manusia, kita sentiasa lalai dan suka dipuji. Kita akan lupa kita manusia biasa walau sealim manapun tetap cenderung kepada sikap hujub dan takbur. Tidak mahu melepaskan jawatan juga tanda-tanda bangga diri kerana kononnya tanpa kita, 'dunia tidak lengkap'. 

Malaysia sudah aman tanpa Tun Dr. Mahathir yang dikatakan 'Mahafiraun'. Mungkin akan lebih aman lagi tanpa Nik Aziz, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. kekalahan PAS di Galas dengan majoriti BN sebanyak 1,190 undi bagaikan isyarat Nik Aziz perlu berundur dan menyerahkan kuasa kepada generasi baru PAS. Kekalahan PKR di Batu Sapi dengan majoriti BN sebanyak lebih dari 6 ribu memberi isyarat Anwar, Karpal dan Lim Kit Siang juga perlu bersara.

Start new breed of politicians



12 comments:

cucunenekkebayan said...

paling suka penggunaan "tua renta" itu. kahkahkahkah

Sudir said...

Takpe.. tunggu 2 tahun lagi. 'Mahafiraun' memerintah selama 22 tahun.

Azizan Yaakob said...

blog sudara telah dipautkan ke http://melayurayadaily.blogspot.com

Anonymous said...

Apa shj yg dituduh kepada Dr M, semua ada pada Master LKS anak beranak tambahan Master LKS anak beranak dan Kroni adala Menggelar diri mereka Musush Allah. Manakala Hamba-Hamaba DAP, NIk Aziz, Anwar anak beranak, Rela dan Redha mengikut arahan Master LKS. Wahai pengikut PKR dan PAS, tamatkanlah zaman perhambaan ini.

Ms Pearl said...

bukan semua orang macam Tun M.
berhenti makan sebelum kenyang.

N.Aziz
Lim Kit Siang
Karpal Singh
Anwar Ibrahim

adalah pemimpin yang berpegang kepada 'MENJATUHKAN BN ADALAH PIALA KEMENANGAN TERBESAR' dalam portfolio politik mereka.

itu sebablah tak bersara sampai skang ni.

p/s: tahniah BN di batu sapi and galas. kerja lebih kuat untuk PRU akan datang

Anonymous said...

rasanya bukan setakat mereka saja yang harus bersara, tapi juga beberapa menteri yang dah berkhidmat sejak zaman tun lagi tapi tak reti-reti bahasa. pada masa yang sama tak semua pemimpin muda boleh dipakai buah fikirannya, dan mereka ini juga harus diletakkan di tempat yang 'setaraf'.

kerbau bala said...

Sudah 2 org yg menegur Pok Nik jangan sampai org yg ketiga menegur Pok Nik cukup cukup lah tu harta pun dah banyak makan pun tak habis berundur lah bagi kat org lain pula hujan pun tahu berhenti.

oRang kAmpong said...

Sepatutnya MAJORITI must be the LEADER.sy bercakap dlm kontek Malaysia yg masyarakat bumiputra islamnya hampir 70%.Apa yg kita nampak PAS dan PKR xdak menjadi leader atau pembuat keputusan kpd PR.yg paling nyata dlm isu DEB,isu bahasa dan yg pelik bin ajaibnya PAS dari satu parti yg teramat jumud dan extrim fahamannya tiba2 dlm sekelip mata menjadi terlalu liberal.sejak melakukan mutaah dgn PKR dan DAP.pas nikah x daftar lak kat msia.daftar kat patani bab tok guru ore lik sano.lg satu agenda utama yg di perjuangkan olih PR adalah moto perjuangan DAP kaum minoriti dan asas perjuangannya pulak bertentangan dengan perlembagaan msia KONTRAK SOSIAL yg telah pun TERMETRI.babil tulah nape xnak cari isu lain.pas tu isu ketirisan dan ketidakupayaan gormen dan kakitagan di olah dgn perasaan dendam dan fitnah.x pro lansong.sampai projek pembangunan pun nak komen sehinggakan semuanya xbetoi pas dlm masa yg sama xdak mengemukakan alternatif idea utk replace that idea had been condem.moral storynya kwn bersetuju kiranya TOK GULU,UNCLE LIM,UNCLE KAPAL N BLADER ANWAR dipencenkan olih pengikut2nya.kita ngabor je bab kome bukan members klu members lama doh KIRIM SALAM.

YANG GAMBI said...

Bro, janganlah paksa pok nik bersara... dia masih ngidam nak jadi Presiden Malaysia mcm Ayotullah Khomini di Iran.. kesian dia..

Anonymous said...

tua renta = tua ganyut = tua pikun hihihihihi..... telinga dah tak dengar, kesian org tua itu dipergunakan.....................hahahahahahahahah

Anonymous said...

berangan la sampai lubang kubur

Anonymous said...

ini yang paling 'afdal gelaran nya
'TUA KUTUK BANGKAI BERNYAWA'
kubur kata mari .... rumah kata nanti