Sebenarnya saya terpanggil untuk mengulas isu ini apabila terbaca artikel penting Jebat Must Die dalam posting bertajuk: Who's afraid of the past? Perenggan ini mendorong saya menulis artikel ini:
"Will the book be subject to multiple police reports as Zaini is being subjected to by several politicians who claim that the journalist’s article was seditious?
Yes, believe it or not, many of our politicians need to grow up and learn that making police reports against every little thing you don’t agree with is a reaction that is childish."
Yes, believe it or not, many of our politicians need to grow up and learn that making police reports against every little thing you don’t agree with is a reaction that is childish."
Blogger JMD sebenarnya mengulas tentang artikel kolumnis Cuit Utusan Malaysia, Zaini Hassan untuk menjadikan 13 Mei sebagai Hari Muhibah.
Memang menarik cara kerja kebanyakkan poli-tikus Malaysia pasca era Mahathir. Mereka lebih rajin membuat polis report dari membuat kerja yang lebih produktif. Ini semacam 'rethoric in motion'. Mereka akan buat laporan polis atas sebab perselisihan pendapat yang kecil atau besar.
Tidak setuju dengan cadangan 1sekolah untuk semua, Wee Ka Siong buat laporan polis. Tidak setuju dengan statement Wee Ka Siong tentang kuota biasiswa, Perkasa buat laporan polis. Tidak setuju dengan artikel Rocky's Bru, Rais Yatim buat laporan polis.
Tidak setuju dengan Zaini Hassan, pembangkang buat laporan polis.
Tidak setuju dengan Zaini Hassan, pembangkang buat laporan polis.
Laporan polis, laporan polis, laporan polis. Hanya itu penyelesaian yang mereka tahu untuk menyelesaikan perbahalahan dan perbezaan pendapat - kecil dan besar - antara ahli politik dengan ahli politik, NGO dengan ahli politik, menteri dengan blogger, atau parti dengan kolumnis.
Sementara seorang kawan mengadu kepada saya, syarikat tempat beliau bekerja membuat laporan polis apabila seorang pekerjanya pecah amanah. Anehnya polis tidak mengambil tindakan terhadap pesalah walaupun jelas pekerja berkenaan bersalah di bawah Criminal Breach of Trust.
Polis minta syarikat berkenaan dan pekerja itu selesai sendiri. Dan beberapa kenalan yang lain mengadu perkara yang sama - banyak report polis mereka tidak ada progress dalam hal yang mungkin tidak mengancam 'keselamatan awam'.
Jenayah mungkin priority polis, report polis yang 'picisan' bagi pihak PDRM ini mungkin terpaksa diletak bawah kategori 'not urgent'. Ahli politik separuh matang mungkin antara penyumbang kepada polisi polis ini.
Saya katakan mungkin - jadi ianya hanya hipotesis.
No comments:
Post a Comment