Followers

Thursday, November 18, 2010

Assalamualaikum

Di Malaysia, ulama mengatakam haram jika memberi salam kepada bukan muslim, dan haram menjawab salam mereka. Assalamualaikum dalam bahasa Arab bermakna 'Selamat sejahtera ke atas kamu' atau 'Peace upon you'.

Allah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab tetapi bahasa Arab per se hanya bahasa. Ianya tidak sacred dan hanya medium atau perantara. 

Oleh kerana 'assalamualaikum' dikatakan haram dutujukan kepada bukan Islam, seringkali dalam ucapan orang Islam akan memulakan: 'Assalamualaikum dan selamat sejahtera'. 'Selamat sejahtera' itu ditujukan buat bukan Islam.

Bagaimana 'assalamualakum' dalam bahasa Arab yang bermakna 'peace upon you' tidak boleh ditujukan buat bukan muslim, tetapi  'selamat sejahtera' dibenarkan walaupun maknanya sama? Adakah haram jika dipertuturkan dalam bahasa Arab dan harus jika digunakan dalam bahasa Melayu?

Sejak bila Islam melarang umatnya mengucapkan 'salam' kepada sesama manusia hanya kerana berlainan agama? Allah hanya membenar umat Islam menentang kafir yang menghalang umat Islam dari jalan Allah, mana yang tidak mengganggu boleh hidup rukun dengan umat Islam. 

Dan selain 'submit to God's will', Islam juga bermakna 'sejahtera'.

6 comments:

Anonymous said...

Tidak salah menghormati sesama manusia tetapi jangan sampai menidakkan hak Pencipta. Kalau tidak boleh maka tidak bolehlah. Alasannya mudah. Manusia tidak ada kuasa untuk memberi kesejahteraan makanya tak perlulah beri salam sana dan sini seolah-olah manusia itu berupaya menentukan kesejahteraan manusia lain.

sri tribuana said...

salam anon 9:26.

1.Kalau tak boleh mana nasnya?
2. Jika haram dalam bahasa Arab ngapa tak haram dalam bahasa Melayu?

Anonymous said...

STB,

Betul. Orang yang kata begitu kerana tak tahu makna perkataan nya. Itu lah jadinya. Aku teringat masa kecik dulu,orang kg aku suka bila dengar lagu arab, pada hal siarab tu nyanyi lagu cinta, cuma musik nya arab. Itu Melayu.

Sang Guna said...

Waalaikumussalam Sri tri buana,

- aku tak pernah dengar pulak yg org kafir haram memberi salam dan kita haram menjawap salam dari org kafir.
- setau aku memberi salam tu berupakan doa kepada org yg diberi salam, sunat hukumnya, menjawap itu wajib.
Klu kita memberi salam pada org kafir umpamanya kita sengaja membiarkan perkara wajib itu tidak berjawap.
Klu org kafir itu memberi salam kepada kita, kepada siapa pulak si kafir itu doakan kesejahteraan kita, sedangkan kita cuma berharapkan kesejahteraan dari yg Allah yg Esa.
Ini cuma pendapat aku yg cetek ilmu.
Wallahualam.

Tok Ngah said...

1. Hadis Muslim No 2167 Kitab As Salam.
Disahihkan oleh ramai ulama tersohor.Menjadi dalil tentang haramnya memulakan memberi salam pada org kafir. Bukan sahaja dalam bahasa arab malah dalam bahasa planet Tattooin sekalipun (kalau ada la). Bukan Ulama Malaysia sahaja yang mengharamkan malah majoriti ulama dia dunia Islam mengharamkannya.

2. Menjawab salam org kafir mempunyai hukum berbeza. Kita dituntut untuk menjawab dengan ucapan yang sepadan dengan ucapan mereka.

Wallahualam

sri tribuana said...

Beberapa himpunan hadis sahih baru-baru ini dipersoalkan, contoh sahih bukhari dikumpulkan selepas 250 tahun wafatnya Rasulullah, dan disalin semula oleh orang lain 50 tahun selepas bukhari meninggal dunia, tapi di katakan sahih bukhari...

Quran tidak pernah gerenti menjaga kesahihan hadis tetapi gerenti kesahihan Quran...

Jgn salah faham, bukan menolak hadis menjadi isu di sini tapi kesucian perkataan rasulullah dalam proses merawi semula hadis walaupun dalam himpunan so called sahih. walau bagaimana ketat ilmu menapis hadis atau mustalah hadis tapi kemungkinan hadis untuk corrupted tetap ada.

Umar Al Khattab melarang pegawainya meriwayat hadis, minta mereka lebih banyak mengajar Quran, Umar juga marah Abu Hurairah kerana sering meriwayat hadis, dalam buku biografi Umar yang ditulis oleh Muhammad Hussein Haikal, beliau pernah memenjarakan sahabat yang meriwayat hadis.

Ilmu hadis flourish selepas wafat Umar, terutsma zaman fitnah terbesar selepas terbunuhnya Uthman bin Affan.

Wallahualam