Followers

Monday, November 29, 2010

Media Baru.

Era baru, strategi baru. Siapa yang mengamalkan strategi lama, atau enggan berubah, akan rebah. Beberapa ahli politik yang masih memiliki mentaliti zaman Jurassic, merupakan dinosour politik yang akan pupus. Inilah rumusaan keadaan yang berlaku selepas PRU ke 12.

Sebelum PRU ke 12, pemimpin BN/UMNO memandang remeh para blogger. Mereka cuba menguasai media perdana dan mengabaikan media baru. Malah salah seorang pemimpin sayap ketika itu memanggil blogger 'beruk'. Akhirnya title 'beruk' itu kembali kepadanya. Baca sini.

Selepas PRU ke 12, BN baru memahami selama ini senjata ampuh untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat adalah melalui media baru. Antara rahsia kejayaan PKR sehingga mereka mengangkat diri mereka sebagai 'government-(forever)-in-waiting' adalah  sms based, blog, tweeter dan facebook.

Saya mula membuka akaun facebook pada tahun 2006. Ketika itu Myspace dan Friendster lebih popular. Saya tidak temui seorang pun orang politik berjawatan menteri dalam facebook semasa saya mula-mula membuka facebook. Selepas PRU ke 12, facebook dihuni oleh semua lapisan masyarakat dari tok empat, ketua cawangan, ketua bahagian hingga ke Perdana Menteri. Alhamdulillah, mereka berubah.

Ini bermakna, kerajaan mula mengakui pentingnya media sosial dan media baru. Malangnya dalam kabinet masih ramai dinosour politik yang gagal memahami - dan membaca - realiti baru. Tun Mahathir pernah sekali berucap bahawa para journalist merupakan golongan yang berpengaruh - malah lebih berpengaruh dari beliau yang hanya sekadar ahli politik.

Ketika Tun Mahathir membuat ucapan itu, media baru ini masih belum wujud. Malangnya bagi sesetengah menteri - dan kebanyakkan ahli politik lapisan bawahan seperti ADUN dan ahli parlimen - mereka masih hidup di zaman 'pemimpin tahu semua.' Mereka akan meremehkan media baru dan para blogger yang bagi mereka tidak setanding dengan 'kuasa dan pengaruh yang ada pada mereka.'

Jika negarawan ulung memahami batas-batas kuasanya sebagai 'orang politik', ada pemimpin kini yang gagal memahaminya. Seorang blogger tersohor telah menulis dalam blognya berkaitan penglibatan anak seorang menteri dalam hal lobi melobi projek. Blogger berkenaan telah disiasat oleh SKMM, laptopnya dirampas dan dipaksa menyerahkan password blognya.

Tindakkan menteri berkenaan membuka 'Pandora's Box'. Saya merasakan dalam dunia blogosphere; ini merupakan pengetahuan umum. Moralnya mudah. Malaysia dan seluruh dunia sudah berubah apabila adanya ledakan maklumat yang dijana oleh internet. Orang politik kena faham sekarang tidak semua boleh ditutup dan disimpan bawah karpet.

Mana-mana pemimpin UMNO yang masih hidup zaman kegemilangan 'selected tender', atau kautim, mesti memahami UMNO masih parti yang sama, yang berubah sekarang adalah persepsi. Berubahnya persepsi ini bukan kerana maklumat tetapi 'maklumat yang tidak baru tetapi baru difahami oleh rakyat' telah melanda dunia blog, tweeter dan facebook.

Masalah yang sama sekarang berlaku kepada PKR. Setiap tindak tanduk mereka juga diteliti dan dihuraikan oleh blogger. Mereka tidak bebas menggunakan 'kuasa yang ada pada mereka' kerana setiap penyelewengan akan dibongkar. Imej PKR yang kononnya bersih dan telus juga telah tercalar dek 'maklumat yang baru' itu sudah sampai kepada rakyat.

Pengajaran kepada BN jika mahu kekal memerintah adalah, seperti kata PM Najib, juarailah media baru. Alhamdulillah, sudah banyak juga blogger pro BN yang sudah ada 'ummp'. Dulu dikatakan blog pro BN tidak ada umph, dan BN berjaya belajar dari musuh dan membaiki 'senjata itu' dengan lebih tajam.

Namun pengajaran yang paling penting BN perlu fahami adalah, insaflah, menteri-menteri perlu faham mereka bukan lagi berkuasa penuh. Semuanya sudah diteropong dan dihidangkan dizaman 'third wave' ini. Jadi mana-mana menteri yang tidak faham realiti baru ini, masih hidup dalam zaman 'closed tender', eloklah berundur jika tidak menjadi liabiliti kepada BN.

Menjadi menteri bukan lagi bererti berkuasa penuh, memberi dan mengagihkan  projek kepada kroni, mengamalkan korupsi dan paling penting, bukan jalan untuk cepat kaya dan mengkayakan kroni. 

Zaman sudah berubah.



1 comment:

maya takdir said...

betul..betul..betul.. tapi macam mana kita nak buat kalau mereka buta IT ? Nampak PC pun takut hehehe.

Ada yang cuba buat-buat pandai buka blog macam kucing beranak 5 huhuhu..

Ada yang buka blog start menulis tiada noktah, koma, perenggan dan tidak tahu dimana mahu berenti hahaha. Lepas itu banyak perkataan Haaa.... seorang pelajar sekolah kata blog itu tulisannya seperti kacang hijau penuh dalam botol kaca hihihi