Empat tahun yang lepas, Saddam Hussein telah digantung pada Hari Raya Korban. Sementara umat Islam seluruh dunia menyambut hari yang mulia ini, semperna memperingati peristiwa Nabi Ibrahim.A.S menurut perintah Allah menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S, USA dan sekutu Syiah mengorbankan seorang saudara kita
Bridget Bardot pernah memprotes korban umat Islam ini kerana kononnya menyiksa binatang. Bagi mereka, nyawa haiwan lebih berharga dari nyawa manusia, apa lagi jika manusia itu muslim. Desas desus berbunyi ada rombakan kabinet selepas Raya Haji a.k.a raya korban ini. Baca sini. Seperti biasa, spekulasi juga mula bertiup siapa kekal, gugur dan dinaikkan pangkat. Mungkin kah ada yang terkorban?
Jika PM ingin selamatkan Barisan Nasional, beliau perlu berani mengorbankan. Berani bukan hanya berkorban lembu tetapi dinosour-dinasour politik yang makin tidak disenangi dalam dunia cyber ini. Dinasour politik yang menjadi liabiliti kepada kerajaan BN perlu digugurkan.
Rocky's Bru sudah menulis dalam posting Najib's Korban. Beliau memberi hint siapa yang mungkin gugur dan masuk. Apapun, segalanya terserah kepada PM.
Selamat menyambut Aidil Adha kepada seluruh umat Islam seluruh dunia.
4 comments:
Mat raya wan dan jg tuk seme2.susah jd PM ni.xbetoi lantek kang mcm2 bolih jd.merajoklah,ilang undilah dan mcm2 lglah.nape geng2 blogger xkenan amat ke KJ wan.rupanya wan puak parlimen kedai kopi mamak pun gitu jg wan.kantok bl bersidang tu takat ni dah 21 dah meja mamak tu pecah nasiblah tukeenya anak Hamzah penyokong kuat arwah Dato Vb Abu.inilah rumusannya hasil persidangan parlimen kedai kopi mamak old town jln bahagia temeloh yg bersidang pd mlm raya aji smlm yg kwn leh kongsi ngan aok.kehadiran 3 bakal ketua cawangan umno 2 bakal ketua cawangan pas dan 1 bakal ketua cawangan pkr.wakil dap xdapat dtg bab melaka banjir dan wakil mic xada bab dier dah masok umno.nasib baik ada rela klu tidak dewan hampir ditangguhkan kerana berlaku pergaduhan antara wakil umno dan wakil pas.wakil pas patah gigi wakil umno koyak telinga kena gigit.begitulah hebatnya parlimen kedai kopi yg bersidang membincangkan topik kabinet najib yg berkeputusan sebulat suara menyerahkan kepada kebijaksana najiblah.gitu akhirnya parlimen kome.pendapat aok lak gone nanye kome jer.
lembau remabau tu bila nak korbankan...
STB,
Selamat HRK.
Setuju tapi mulakan diperingkat DUN dulu. Apakata mula di tempat awak dulu. Dinosor pandai memungkor disepikan. Ha....ha....ha. Baru urag diulu senon lena tidurnya.
Salam semua,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Anon 5:50
Weh panjang betul komen deme, pas2 sampai ke DAP, PAS dan PKR dah bersidangnya Dewan Parlimen Kedai Kopi, hi hi hi...
dzimba,
Saya setuju, beliau mmg liabiliti kepada BN
anon 3:48,
erm... we'll see
Post a Comment