Followers

Tuesday, November 23, 2010

Parti Baru

Ura-ura mengatakan Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti baru. Beberapa blogger sudah mula 'menganjing' usaha Zaid ini dengan meminta pembacanya mencadang nama parti Zaid. KMK - Keadilan Menentang Keadilan? atau MLUS - Melayu Liberal Untuk Semua?, PLK - Parti Liberal Keadilan? 

Biar Zaid dan pengikutnya menentukan nama partinya kemudian tetapi tindakkan terbaru tokoh Melayu Liberal ini memang menambah warna-warni politik Malaysia selepas era Mahathir. Sudah juga beberapa blogger bercakap tentang 'third force' atau 'kuasa ketiga. Baca sini. 


Pernah saya berbincang dengan beberapa orang rakan yang aktif dalam politik dan mereka meramalkan turning point politik Malaysia adalah dalam pilihanraya ke 13. Pilihanraya ke 13 menentukan samada BN masih kekal memerintah atau BN terus hilang kuasa. 

Jika BN masih kekal, bermakna BN mempunyai talian hayat untuk lima tahun lagi bagi membetulkan kesilapan pilihanraya ke 12. PM Najib mewarisi khazanah Tun Abdullah yang membebankan, dan jika BN masih berkuasa selepas pilihanraya ke 13, itu benar-benar mandat untuk kepimpinan beliau.

Apa yang menarik adalah ramalan jika BN kalah. Scenario politik makin sukar diramal andainya BN kalah. Dalam keadaan PKR yang huru hara, PAS dan DAP kembali curiga mencurigai apabila tiada PKR sebagai pengimbangtara; siapa sebenarnya akan membentuk kerajaan? 

Maka muncul teori 'third force' ini. Jika PR merupakan alternatif kepada BN, maka third force ini alternatif kepada kedua-dua PR dan BN. Rakyat mungkin sudah muak dengan kedua-dua parti 'goverment' dan parti 'government-forever-in-waiting'.

Kita sudah ada beberapa wakil rakyat bebas tapi seringkali mereka lebih pro kerajaan dari pembangkang. Mungkin 'bad blood' antara mereka dengan pembangkang membuat mereka lebih ingin melihat PR hancur dari BN hancur. Ada teori mengatakan mereka - MP Bebas ini - dibawah 'payroll' parti pemerintah.

Walaubagaimanapun, usaha Zaid menubuh parti baru ini membawa satu scenario baru dalam politik Malaysia. Jika dulu kita cuma ada pembangkang dan kerajaan, sekarang kita ada kerajaan, pembangkang, pembangkang kepada pembangkang, pembangkang pro-kerajaan dan pembangkang anti-kerajaan dan anti-pembangkang. Wow indahnya demokrasi.

Zaid Ibrahim merupakan 'political enigma'. Beliau boleh memilih jalan mudah dengan naik dalam UMNO apabila beliau menjadi menteri tetapi seringkali ideannya tidak 'connected' dengan majoriti partinya. Ketelusan yang diharap kononnya ada dalam PKR membuatkan beliau kecewa. Usaha beliau untuk memenangi jawatan tertinggi PKR selepas Wan Azizah menunjukkan tanda-tanda beliau ingin menguasai parti berkenaan.

Beliau tidak sesuai dalam budaya politik UMNO, juga tidak sesuai dalam budaya politik PKR, jalan terbaik baginya adalah menubuhkan parti baru. Soalnya, ke mana hala tuju parti baru ini? Pro-UMNO atau pro-PKR? Berkecuali bererti partinya akan menjadi picisan. Seperti kata Syed Akhbar Ali, pengundi Malaysia suka jenama yang sudah terkenal.

Dalam kesimpulan perbualan kami di Parlimen Kedai Kopi, andai kata BN gagal mencapai simple majoriti untuk menjadi kerajaan pada pilihanraya ke 13 nanti, akan berlaku turning point dalam politik Malaysia yang mana tawar menawar, rundingan dan kompromi perlu dilakukan bagi parti-parti yang 'sesuai jiwanya' untuk menjadi kerajaan. 

Politik makin sukar diramal dan makin tidak stabil. Seperti kata Kickdefella, tidak seperti 22 tahun lalu semasa era Mahathir, samada anda suka Tun Mahathir atau tidak, semua rakyat Malaysia akan tidur dan bangun dengan yakin PM Malaysia tetap Mahathir.

Mungkin dalam mandat lima tahun selepas pilihanraya ke 13, PM akan bertukar lebih kerap, 'vote of no confidence' menjadi mantra senjata politik ampuh. Semuanya mungkin jika BN kalah. 


1 comment:

oRang kAmpong said...

Kwn setuju dgn aok wan dgn adanya 3rd force ini ianya akan lbh mewarnakan senario politik msia.XP sendiri mau ingat bro msia ni terdiri dr masyarakat super majmok.kita dah capai tahap ini patut bersyukor byk sgt dah.maksud kwn dgn status ekonomi yg masih berbelang2 negara kita masih lg aman tenteram cuma calar ckit buat dek DAPig(May 13).BUKAN org cina yak.kwn lebih suka pembentukan bangsa msia tu dulu kita utamakan jika nak hidup aman anak cucu kita suk.dr segi kwn lglah risaunya bab bini kwn sorang cina.buatnya beramok abih anak bini kwn pastu anak2 kwn lak sebiji rupa mau tze tung tulah ckt pon xada rupa melayu.satu lg wan kwn rasa resepi yg paling bagus tuk memikat voters ialah SENTIMEN bab tu DAP bolih pukul MCA dan GERAKAN dgn pukulan KO.xdpt lari dah aok cetalah hal lain peduli xdak dek kaum.kecuali dlm program gormen bapaklah skemanya.ceta pasal zahid ni pulak kwn beranggapan perlantikan dier sebagai menteri olih tun dollah hanyalah utk mengimbangangi pengaruh najib didlm kabinet bab dier kuat bertaki.klu kwn jd PM kwn lantik dier menteri pertanian biar dier jaga kuda.nak jaga undang2 ni wan mne blh bagi org kuat taki kena cari org hak rajin mentelaah dan kuat kerja mcm bro hisam.nanti aok ngabor ke kwn bodek dier pulak.sebenornya bos kwn kerap berurusan dgn kementerian dier dr pelajaran dan kementerian sekarang.bukan menda ngantar borang tender.wlwpun xpernah dpt kerja dier xmarah pon bab nak buat goner xada rezeki.