Saya makin sibuk sekarang ini dan masa untuk menulis mungkin berkurangan. Ada beberapa perkembangan yang sihat menyebabkan satu aset berharga saya iaitu masa terlepas untuk saya menulis sebanyak mungkin. Tapi saya tetap akan menulis walaupun dihambat kesibukan - insyaAllah.
Dalam profile diblog ini pernah saya tulis saya sebagai 'full time thinker'. Itupun ada orang tidak senang dan melemparkan bermacam kata-kata terhadap saya. Dan 'orang-orang' itu datangnya dari Jerantut. Ingin menjadi 'full time thinker' pun ada orang marah sedangkan saya tidak hijack projek mega sesiapa, tidak juga berangan untuk merampas kerusi ADUN atau ahli Parlimen Jerantut.
Itu antara reason saya menyiarkan tentang Karl Marx dan 'confession'nya. Favourite occupation Karl marx merupakan 'bookworming'. Maknanya, pekerjaan kegemaran Karl Marx adalah ulat buku. Di dunia barat segalanya itu mungkin.
Di Malaysia, aspirasi saya ingin menjadi 'full time thinker' merupakan 'dosa' dan menjadikan saya alien dari planet zargot, mungkin menyalahi peribadi saya sebagai Melayu. dan sebagai Melayu saya perlu kekal bodoh, pemungkor dan hanya kejar projek mega. Duit adalah segalanya.
Saya berblog kerana hanya satu tujuan - adanya keresahan jiwa saya terhadap persekitaran saya yang tidak dapat saya ubah melalui tindakan atau perbuatan. Tidak juga saya mengharap tulisan saya boleh mengubah apa-apa. Saya hanya insan kerdil yang mungkin hanya 'small time thinker'.
Saya bukan menulis kerana rating untuk menjadi popular hingga masuk dalam golongan 'blogger elite' yang mendapat bayaran dan dijaga oleh orang tertentu. Saya tidak sanggup jadi seperti apa yang disifatkan oleh blog Gelombang Wangsa Maju sebagai BLOGGER FIRAUN KECIL. Demi Allah saya tidak akan melacurkan sedikit sebanyak bakat saya.
Saya juga bukan menulis supaya 'orang atas' pandang saya untuk saya menjadi pemimpin. Saya juga tidak menulis kerana hendak bersaing sesama blogger siapa paling popular. Jika idea kita bernas, seratus tahun akan datang penulisan kita tetap mendapat perhatian kerana emas yang asli tidak akan bercampur dengan loyang. Lambat laun, emas sepuh akan hilang keasliannya.
Kickdefella menulis tentang kesengsaraan Vincent van Goth dalam Vincent - Kesedihan Abadi Selamanya. Sebagai artis, van Goth miskin, melara dan pernah menjual karya-karyanya dengan hanya menukar dengan sedikit makanan dan pekakas lukisan. Semasa hidupnya, lukisan beliau tidak diiktiraf, namun kematiannya menjadikan karyanya masterpiece. Setahu saya, hanya Piccaso seniman yang terkenal dan kaya semasa hidupnya. Yang lain semuanya merempat.
Namun seniman tetap akan memberontak terhadap persekitarannya. Steinbeck memberontak terhadap kemiskinan dan jurang antara 'have' and 'have not'. Hemingway memberontak terhadap hidup yang baginya kosong. Manusia seperti sentiasa terpaksa bertarung dengan alam untuk mengisi makna kewujudannya.
Franz Kafka memberontak terhadap privacy yang tidak wujud kerana sebagai seorang Yahudi Austria, beliau dihantui oleh penindasan Nazi German, dan semasa kecilnya Kafka tidak mempunyai bilik sendiri, bapanya sering bebas keluar masuk untuk membaca surat-surat peribadinya.
Seniman tahu apa yang diberontakkan itu tidak akan seleasai dan tidak akan ada penyelesaian. Keresahan ini menimbulkan rasa syahdu dan kerinduan untuk melepaskan sesuatu gelora yang tersimpan akibat rasa sensitif mereka menafsirkan alam dan manusia mengikut 'sensibility' kesenian mereka. Ini melahirkan tema.
Mungkin manusia yang digarap, cerita dihikayatkan boleh berlaku dimana-mana, namun keuniversalan tema mereka seperti kemiskinan, keresahan, kemelaratan, ketidakadilan ekonomi dan sosial, ketamakan merupakan tema yang universal melangkaui batas agama, budaya, bangsa dan negara.Ianya hanya kisah suka duka manusia.
Saya akhiri posting aneh saya pagi ini dengan maxim kegemaran Karl Marx : "Nihil humani a me alienum puto"
atau
"I consider that nothing human is alien to me."
No comments:
Post a Comment