Followers

Sunday, November 14, 2010

Counter Keadilan dalam PKR

1Seringkali jika sesuatu revolusi berjaya, pihak yang memegang tampuk kuasa selepas revolusi sangat berhati-hati mengawal jika ada apa yang dinamakan 'counter-revolution'. Mao Tse Tong selepas berjaya menumpaskan Kaomintang juga berjaya mengatasi counter-revolution dari ahli Politburo sendiri seperti Deng Xiao Peng dan Liu Shaoqi yang beliau labelkan sebagai 'capitalist roader'.

Parti Keadilan Rakyat mengalami masalah yang sama sekarang. Anwar dipecat dari UMNO dan melancaran Parti Keadilan Rakyat untuk membela 'kezaliman' ke atasnya. Cuma saya hairan apa kaitan keadilan untuk Anwar dengan rakyat. Malaysia masih bukan Rwanda atau Sierra Leone.

Sejak dari awal, dengan slogan reformasi(saya tak tau apa yang nak direformnya), Anwar menggunakan senjata ampuh semasa beliau memimpin gerakan pelajar - politik jalanan. Beliau bangkitkan emosi anak-anak muda yang teruja dengan 'spirit of adventure' demi berjuang untuk 'keadilan rakyat'(read kepentingan Anwar).

Mereka baris dan arakkan anak-anak muda yang terdedah kepada risiko bertempur dengan polis, mereka hasut perkauman dan menggalakkan gerakan perkauaman seperti Hindraf untuk merongrong parti pemerintah. Kata orang putih, to certain extent, mereka telah berjaya. Keadilan dilihat sebagai parti yang menjadi alternatif kepada BN.

Malangnya, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Banyak peristiwa demi peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan mesyuarat pemilihan parti dinodai dengan peristiwa yang memalukan - dari parti yang berhajat besar ingin mereformasikan Malaysia.

Mesyuarat diperingkat cabang dan ranting berlaku macam-macam perkara yang memalukan. Baling kerusi, bertumbuk, bertengkar, tidak puas hati dengan pengiraan undi, tipu undi, pengundi hantu dan banyak lagi jika saya ingin senaraikan disini. Semua orang harus mengakui - termasuk Anwar Ibrahim sendiri - PKR tidak layak memimpin apa-apa reformasi pun.

Menarik, Parti Keadilan Rakyat ini mengalami gelombang kebangkitan ahlinya sendiri yang berjuang mencari keadilan. Mencari keadilan dalam Parti Keadilan?! Sungguh indah mainan dan manipulasi bahasa ini.

Saya quote posting terbaru Rocky's Bru dibawah tajuk Demo at Mechant Square :

"Kepada semua ahli PKR, sudah tiba masanya untuk kita bangkit demi mempertahankan maruah parti dan selamatkan dari runtuhan. Kita akan berkumpul di ibu pejabat PKR di Merchant Square pada 13hb November 2010 pada jam 10.00 pagi."

Sebelum ini, Pak Bakaq, blogger Penarik Beca sudah meramalkan perkara ini akan berlaku. Suka saya quote lagi sekali kata-katanya:

"Tetapi, tentulah kita tidak boleh mengharapkan Tian Chua memimpin demonstrasi Bersih di hadapan pejabat PKR di Merchant Square."

Jika sms yang dihantar kepada semua ahli PKR yang setuju untuk mengadakan counter keadilan benar-benar berlangsung pagi tadi, ini bererti kehancuran PKR benar-benar imminent. Cuma seperti kata Dato's Rocky's Bru: adakah demonstrasi ke atas parti mereka sendiri mendapat sambutan? Siapa masih berpengaruh, 'pemerintah' dalam PKR atau pemberontak? 

Yang pasti, Tian Chua sebagai aktivis dan idealist tidak akan bersama pemberontak kerana beliau setia dengan keadilan a'la Anwar. Dan beliau memang tidak boleh diharap. Sorry Pak Bakaq. 

 


2 comments:

Perak Today said...

Salam empunya blog,

Kami mohon supaya dipautkan Portal Perak Today dengan blog anda, kami sudah pun memasukkan pautan anda ke dalam portal kami.

Sekian. Terima Kasih

http://peraktoday.com/wp/

oRang kAmpong said...

Masok dlm surat kabor Perak aok yaak.glamourlah blog aok wan.biar kita ajar mike ckp kawan pulak bukannya teman.kwn bulihlah sesikit ckp perak dulu teman lama duk di kuala bos teman tu ada projek kat sana.wlwmcmmne pun blader anWAR gopoh sgt orgnya bab tun mahathir xkenan amat ke dia.bos kwn ckp masa diakhir pengujung dia jd TPM dulu klu masa kabinet meting ke mt umno meting ke masa blader anWAR ni ngah bercakap ke atau present apa2lah org tua buat2lah ngelap cermin matalah ngikat tali kasutlah bab aok tau nape wan sebenornya tun berzaman dah tau ker perangai autar keling nuar tu.pas tu klu dato najib ckp dia kosentriik jer nengar keknya dlm gitulah lantek Pak Lah juga.